Thursday, December 16, 2010

Mendung Melaka di 10 Muharram..

Melaka mendung hari ni. Seingat saya dari mula saya bangun sahur sampai sekarang, hujan berhenti kejap je. Sepanjang hari tak dapat langsung nak tengok kelibat matahari. Lama-lama boleh putih macam Lisa Surihani.. lol..

Seredup-redup juga mata yang mengantuk dari pagi tadi sebab bangun bersahur. Terjaga berkali-kali sebab takut terlepas waktu sahur pulak. Yang berjaga untuk susukan si kecik tu pun banyak kali. Puasa 10 Muharam merangkap khado puasa bulan Ramadhan yang berapa hari rongak. Kalau khado lambat-lambat, takut nanti "buat-buat" lupa.

Time musim hujan ni mesti ada kawasan yang kena banjir.

Banjir. Masa time budak2, memang rumah kami kerap tenggelam dengan air bah. Maklumlah, duk kat kaki bukit, depan pulak kolam. Sah-sah bertakung air.

Tapi seronok jugak sebab tak pernah dapat peluang nak mandi pool. Mandi sungai adala. Maklumlah orang susah, nak jejak kaki kat hotel pun kena pikir juta2 kali. Ambik jela kesempatan yang ada. Tapi sekarang syukur, dah takde banjir dah.

Teringat jugak banjir besar di kawasan Masjid India dan Dataran Merdeka tahun lepas kalau tak silap...sampai terpaksa la peniaga-peniaga tu buat sale tak hengat sebab barang-barang semua dah rosak...





Ada pengalaman di musim banjir?

1 comment:

ayu said...

tak pernah alami lagi la ami..huhu..tapi khairy pernah time dia kerja kat kedah dulu... mmg dasat la time tu..sampai paras bumbung la air dia kat area kuala nerang...


selamat berbuka puasa petang ni..^_^