Wednesday, August 08, 2012

Ahmad Raif demam lagi.

Sejak minggu lepas saya sibuk.
Banyak pulak kerja time-time Ramadhan ni.
Sampai tak sempat nak BW atau reply komen.

Tiba-tiba semalam Ahmad demam.
Terpaksala cuti kami suami isteri.
Masalahnya dia susah nak makan ubat.
Meraung-raung, sembunyi sebalik langsir.
Dah pujuk, dah pegang kuat-kuat pun, last-last dia akan muntah juga.
Walaupun dia dah telan ubat tu tiba-tiba dia muntah balik.

Takut dia dehidrat sebab dia terbuang air besar masa tidur.
Pagi tadi pun masih cirit birit lagi.
Dahla tak makan apa-apa.
Dia boleh minum je.
Kalau badan panas tiba-tiba sampai menggigil.

Susahnya hati saya.
Tolong doakan.
Tolong bagi petua yang tak perlukan dia makan ubat.
Tolong doakan dia sihat tak perlu admit ke wad.
Aissshhh..susah hati tak fokus nak buat kerja!


16 comments:

Mommy_Cha said...

hi ibu. ni bukan petua tapi bila nak kasi mikhail ubat i kena pair dgn my hubby. my hubby buat-buat suap air dalam mulut dia, and I immediately picit shrink tu terus dalam mulut dia. so dia akan telan ubat bersekali denagn air suam tu...try it! much more easier..

Ardini Humaira said...

dni kalau demam, cepat kebah lepas minum air barli + barli. rebus barli tu.. minum dan kunyah barli :)

Anamarza Sue said...

Tak da petua, biasa lap je badan anak, plus paksa minum air kosong banyak2. ubat mmg budak2 ni pun tak nk mkn

wahida said...

nok, ko kena standby ubat masuk ikut bontot tu...kena sentiasa ada kat umah...agak2 susah nak mkn je, sampai buat ko laki bini hilang sabar, haha...ko terus sumbat ubat bontot tu nok...senang citer....

harap Ahmad cepat sembuh...

Kazman / Sue said...

bab anak yg susah makan ubat ni kami pun dah rasa dah... boleh sampai tahap stress kita jadinya bila dia boleh muntahkan balik.... tapi kena bersabar.... insyallah ahmad sembut secepat mungkin... aminnn....

Kakzakie said...

Macam kata wahida kakak sama. Bullet yg masuk bontot tu kena ada. Bila panas sangat masukkan, bahaya kalau panas sampai menggigil amie..

Usah dibiar tanpa ubat, apa cara pun kena bagi walau kena paksa...

fiza said...

Siannya ahmad. Cuba bagi madu sket. Tak pon ko campur jer ubat tu dlm susu. Bagi minum air masak bebanyak.

Smoga ahmad cepat² sembuh. Memang tak senang hati klo anak demam nih.

Qhaifa Nur said...

risau kalau anak2 demam panas...
ada yg makan masa 2 3 hari juga...
moga ahmad raif cepat sembuh.....

Eliss Mie said...

alahai kesiannya. check2 dlm mulut kot2 ada ulser ker so dia tak nak makan.

Anonymous said...

Amie...aku x tau la ni petua ke ape...tp aku mmg apply tiap kali anak2 aku demam.masa diorg demam aku x kan bg diorg pakai baju...pakai pampers je...kerap mandi/basahkan tempat2 yg simpan haba mcm kat tengkuk/tahi/ketiak.tang ketiak tu aku bg dia kepit kain basah...tp bila malam tu aku tutup la sikit dada n kaki dia.tp baju still x bg pakai...setakat ni aku rasa buat mcm ni mmg cepat kebah n demam pun x hit tinggi sgt.

-ruhul-

Kazman / Sue said...

dah baik demam ke belum ni...

LadyBird said...

semoga anak cepat sihat :) ameeennn.. sabar yer..

ieda said...

akk pun x der petua
sbb zahrien anak akk tu kena makan
antibiotik baru demam reda dgn segera ..
harap anak cepat sembuh yee
musim niee

lydzar said...

ciannya ahmad. dear, mealshake awk ada lagi tak? cer try masukkan 1/2 sudu kecik dalam susu dia. atleast ada something berkhasiat masuk perut. but stil kena pujuk dia makan lah.

get well soon ahmad

Hanis MY said...

Huhu siannya takde pnglamn plak hanis doakan ahmad cepat smbh

man yusoef said...

ubatkan tu kasi dalam campuran susu tak bole? hahaha..okay tak tau =___=