Ini adalah cerita minggu lepas.
Niat asal nak pergi beli pampers Adik kejap.
Maklumlah, ada shopping baru buka kat area rumah.
Haruslah buat lawatan muhibbah.
Salinkan baju Adik masa kat parking area shopping tu.
Lepas dah siap salin, dengan konfidennya kita tutup bonet.
Sekali, jeng jeng jeng, KUNCI KERETA TERTINGGAL DALAM BONET!
Dan kereta adalah auto locked.
Kunci spare? -- Iye, ada, dalam handbag -- Handbag DALAM BONET.
Nak minta bantuan adik? -- Handphone, iye, ada -- Handphone DALAM BONET.
Public phone ? Kata shopping baru, memang takde la satu batang hidung pun public phone.
Panggil locksmith? Locksmith takde kat shopping tu. Kedai pun banyak kosong!
Tapi Allah nak tolong, kunci rumah ada dalam poket incik boss.
Sempat lagi tu masuk shopping sebelum fikir masalah..heh
Tetiba incik boss panggil. Katanya ada orang nak tumpangkan balik rumah.
Apa-apa hal kena selamatkan rombongan dulu katanya.
Orang yang baik hati nak tumpangkan kami, suami-isteri-anak.
Masuk je kereta MyVi dorang, dah start dah drama king.
Ahmad meronta-ronta "Nak tar (Nak car)..nak tar (Nak car)"
Macam orang histeria. Sungguh tak tipu. Histeria.
Mujur rumah dah dekat kalau tak sah pitam kat situ. Sekali dengan mak bapaknya.
Mujur rumah dah dekat kalau tak sah pitam kat situ. Sekali dengan mak bapaknya.
Risau sangat reta benda babahnya hilang. aishh
Yang kelaka, Adik boleh tersengguk-sengguk time Abam dia mengamuk sakan.
Boleh pulak dia tidur saat-saat kecemasan ni..hehe..Adik...Adik
Nak berkenalan? Tak sempat. Muka dorang pun cuak semacam.
Agaknya muka kitorang ada macam muka sindiket pencopet kut..hihi
Bawak keta laju gila, tambah lagi si Ahmad ngamuk sakan.
Sampai rumah check dulu kut-kut ada kunci spare ke tak. Confirm takde.
Orang ni pandang muka dia ni, dia ni pandang muka orang ni.
Incik boss congak-congak.
Kalau kopek bonet - mahal.
Pecahkan cermin tingkap besar - mahal.
Try korek celah tingkap macam McGyver- mahal.
Locksmith - lambat sebab dah pukul 10 mlm. Katanya esok boleh.
Takbleh ooo...
Nak cepat! - ada susu Adik - handphone - laptop - handbag - ada duit gaji - ada duit raya dah tukar RM1500!
Last-last ahli jemaah setuju pecahkan tingkap kecik belakang. - kos paling murah antara semua.
Siap mintak tolong anak auntie sebelah lagi.
Incik boss dengan anak auntie pergi balik ke shopping tu.
Bawak hammer, pecahkan cermin.
Incik boss punya perut sangat mantap, jadi tangan nak seluk kunci tak sampai.
Anak auntie tinggi dan kurus dan panjang tangan, eh maksudnya bertangan panjang.
Berjaya juga bukak pintu dan selamat balik rumah.
Akhirnya, RM80 terbang melambai-lambai melayang-layang.
Takpe, dugaan sikit je tu Allah bagi.
Ada la part mana yang kena cekidaut tu.
Selamat 24 Ramadhan semua.
20 comments:
mmg dngn plbagai gaya... huhu simpati tapi time baca.. gelak jugak. agaknya cara penulisan...ye.. hehe
Astaghfirullahal'aziimmm... betul-betul ujian ramadhan nie. Mujur en abang panjang akal. Adik tu yg best boleh lena sedangkan si abang seboleh-boleh nak naik kereta sendiri..:)
hahaha.hahaha.hahaha. kita ni serba salah nak gelak ke nak sedih. cara awk tulis nih buat kita nak tergelak besar je. ape-ape pon at least duit terbang rm80 jer kan? oklah tu dari terbang beriban-riban. mau tutup rumah duduk sesenyap dalam umah time raya sebab bajet lari. hahahahah! ape2 hal, alhamdulillah dah selamat semuanya. next time beringat-ingat lah awk yer *__*
syukur nasib baik ada orang yg berhati mulia....
nasib baik terbang duit sikit...
masa memula baca, ingatkan si adik ada kt dalam kereta. cuak dah. nasib baik adik pon berjaya pulang dengan kereta yg dipandu laju..
takper lah, rezeki saam2 dirasa kan ami..rm80 duit raya utk kedai cermin kereta :)
Ya ampunnn kak amirah kok knp boleh lupa huhu. Kt dlm shopping tu takde bebi room ke? Apapun smua pasti ada hikmah nya. Okla 80 dr ratus/ riban
dugaan di bulan pose ni tapi melucukan lah entry ni..hehe..selamat hari raya mira :)
sorry to hear that, anyway kena cari kos paling murah kan?
di mana kunci spare kereta? dalam rumah dan kunci rumah dalam kereta?
hahahaha.. pernah terjadi kalut mcm tu.. situasi hampir sama cuma tak smpai pecahkan cermin kereta lagi.. bahaya kan bila buat urusan kat bonet keta ni..
mak ai...kalau sy time nih mesti dah serabut...ngan anak2 lg...dasat akak..huhu
ganas betui la pun..hahaha.. tak cuba guna mcgyver dulu ke?
Hehehehe...gelak² aku baca tau. Dugaan dibulan posa. Nasib baik abam tak der dpm keta.
Perghhh...banyak tuka duit raya ☺☺
seram, kelakar pun ada kisah ni..apa2 pun kena beringat la lain kali..hihi
salam aidilfitri.. ^_^
http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html
adoi, kak baca pun cemassss je. alhamdulillah semuanya ok walaupun rm80. nasib baik budak2 tak terkunci skali dlm tu. semuanya ade hikmah. :)
aku baca tajuk ko pun aku dah gelak nok....haha...
pastu mcm kesian pulak....huhu...sbb kecuaian ko tu...
pas tu mcm kelakar sbb adik boleh tido dlm keadaan cemas mcm tu...
lepas tu mcm kesian balik sbb duit terbang dah nak dekat raya cenggini...
so, kesimpulannya, mood aku berubah2 bila baca n3 ko ni...haha...
mesti akak excited sangat nak shopping kan sampai boleh segalanya tertinggal dalam bonet..dah tau dah! haha..selamat hari raya..lalala
ya allahh sabar ye dik ekkeke
macam2 .. semoga dipermudahkan dik ..
ya allahh sabar ye dik ekkeke
macam2 .. semoga dipermudahkan dik ..
begitulah... kira tak panik oklah.. kalau panik lagi susah..
masatu otak berfikir lebih dari biasakan...
tapi syukur semuanya selamat.. dugaan kecil dari Allah...
selamat hari raya..
alahai siannya... ^_^
selamat hari raya yer...maaf zahir batin..
Post a Comment