Tuesday, October 23, 2012

Kamus Bahasa Ahmad

wo-chen = wash hand
man - de = mangga
mi - nam = menang
i - lam = hilang
e-do = tidur

pande - men = spiderman..bukan spender-man ye!
-----------------------------------------------------------------------------------


Sekarang tengah musim ucap "ema atih" = terima kasih.

  • Sekali suap telur goreng, "Ema atih mama". Sekali lagi suap telur goreng, "Ema atih mama". Makan lagi, "ema atih, mama". Errr..kalau mama masak lamb steak with sour cream ala Masterchef mesti ucap terima kasih sampai 2-3 hari tanpa henti ni..kih kih..kih

  • "Janganla buat adik, Ahmad Raif. Nanti mama denda rotan nak tak?"- "Otan nanak. Otan ocak. Ema atih mama". (Rotan tak nak. Rotan rosak. Terima kasih mama) ..Tak jadi marahhh...

  • Semua ucap terima kasih. Bagi air, suap makan, mandikan, ambikkan mainan. Ambilkan makanan jatuh. Buatkan susu.hehe

  • Kalau kita cakap "terima kasih, Ahmad"..Dia akan reply, "Sama-sama mama"..

Buat mama terharu dapat anak bersopan (tanpa mengambil kira betapa "BAIK" nyaaaa keadaan beliau ketika sedang buat amukan dan betapa nyaringnya suara bila diajak gunting rambut... : )) - ucap terima kasih tanpa jemu..kih kih kih...


Setiap anak ada kebolehan, keistimewaan, ragam, bakat, potensi tersendiri. Sila jangan bezakan anak-anak kita dengan anak orang lain. Eh, saya pun kadang-kadang TERbuat macam tu. - Ingatan untuk diri sendiri! Yang penting jangan berhenti dan jemu BERDOA
 
 


  
 
 
 
Sibuk lagi, lagi, lagi dan lagi, 8 lagi!.
Seriously, nak cuti!!!

23 comments:

Tihara said...

as salam

comey nye dia, lama hilang la pelat tu :)

LYAfrina said...

dpt bygkan mulut comel dia bila sebut kataan ni.. sweet j kan..walau pon pelat2

Waney Zainuddin said...

Seronok kan, bila anak2 kita ckp tima kasih. Sama macam anak sy. Kita pakaikan baju ke, suap makan ke, bagi susu, semua ckp ma-cheh.. hehe
Jemput singgah blog Waney :)

Cik Nor said...

pande men...
suh dia sebut pande lela plak.

amirah said...

tihara : aah, pelat sesangat. tp ada ayat yg x pelat jugak.clear je disebutnya

amirah said...

lya : penat nak dengar dia brcakap, sebab tak paham butir2nya

amirah said...

waney : terima kasih sbb sudi baca..hehe..

amirah said...

ciknor : hahaha...untung2 jadik mcm datok lee chong wei...

Qhaifa Nur said...

macam tu juga aeish dulu2...
hanya mama yg faham, tak faham kena buat2 faham.....
skrg cakap dah berbutir.....

boleh ketawa sendiri juga amirah bila dgr.......

wahida said...

kahkah...lawak giler la ahmad ni...

suka aku baca part yg tak nak rotan tu, rotan rosak, siap ucap tima kasih tak tahan tu...

gelak besar aku kat ofis ni...

mmg sweet moment tu nok...

Princess Nur said...

hahaha,,comel jer dia

fiza said...

Ekekeke...pandai abam ucap mekasih. Anak dara aku pon pelat gak nok.

Sharinginfoz said...

wo-shen memang satu perkataan yang unik

lydzar said...

comel dan sgt berbudi bahasa..
heehe terima kasih ahmadd

Hanis MY said...

waaa comelnyaaa ahmad! good boy... suka suka...

Eliss Mie said...

bagus2 ucap terima kasih. mama nak marah tak jd macam ni ..hehehe

Cho Zila said...

bagus ucapkan terima kasihni.. msa gi workshop datuk lawrence pakar motivasitu dia kata jangan sebut thank you sebut terima kasih.. mendalam maksudnya.

etiey.com said...

Ada yg paham ada yg x paham hihi

Kakzakie said...

Ikut didikan Amie. Kalau kita ajar utk ucap terima kasih itulah dia mesti ikut. Mula-mula dia tak faham sekadar ikut, tapi lama-lama dia faham maksud kenapa perlu diucapkan.

Suka kakak:)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

comelnya ahamd,,=)

alhamdulilah,,kecik2 da pandai tima kasih n hargai,,moge smpai dewasa mcmtu,,sjuk perut mama dia=)

man yusoef said...

Comelnya Amad, serius comel sangat..

faraherda.razalan said...

Olololololo...comel gile baca entri ni. Ahmad Raif namamu? Sehensem wajahnya. Heee...

Sy mmg tgh mengajar supaya jauh dr membandingkan anak sendiri dgn anak org len. Huuuu~

ct rahani said...

leh imagine masa dia ucap terima kasih tuh.. so sweetkan sis.. sama ngan my aqeef skrg.. sket2 'aceh'.. yg x leh tahan dia yg ucap 'aceh' dia jugak yg jawab 'ame-ame'.. hehe..