Friday, October 29, 2010

Dodoi..Apa Lagu Kegemaran Anak?

Bonus majalah Pa & Ma keluaran bulan November 2010 mengenai "dodoi si dodoi" ...menarik...
"Muzik memainkan peranan penting dalam mempercepat, melancar dan menyuburkan perkembangan otak. Oleh itu, jangan takut untuk bereksperimen bagi melihat kesan muzik kepada bayi." 
Selalunya lagu-lagu dodoi dalam bentuk puisi yang dicipta ni penuh dengan nasihat dan dinyanyikan untuk menidurkan anak.

Banyak sebenarnya lagu-lagu dodoi ni. Yang paling glemer mungkin "Buai laju laju". Tapi sekarang ni ramai yang dah tak pakai buai untuk tidurkan anak. Saya pun termasuk juga. Jadi, kena cari lagu lain la..

Macam-macam lirik lagu dodoi dalam Pa & Ma, contohnya Suriram, Twinkle Twinkle Little Star, Can mali Can, Rasa Sayang..
Rasa Sayang

Rasa Sayang eh
rasa sayang sayang eh
hey lihat nona jauh
rasa sayang sayang eh

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

Lenggang Kangkung

Lenggang lenggang kangkung
Kangkung di tepi telaga
jangan bercakap bohong
semua orang tak suka

lenggang-lenggang kangkung
kangkung berbatas-batas
kalau orang sombong
tentu mendapat balas


Dan hero kami sangat suka dengan zikir. Sekarang ni, kalau time tak tidur pun, suka sangat tengok zikir Indahnya Iman kat Astro Oasis. Satu2 program tv yang bleh buat dia sgt behave. Kagum sungguh. Time tu bolehla masak ke, ngemas ke. Zikir ni dia boleh ikut sama..dalam bahasa dia la..heh

Sejarahnya sebab dari lahir sampaila 3-4 bulan kalau nangis mak aihhh....tak tido malam tu mama babah..Cuma dengan zikir, selawat2 je yang boleh wat dia ok. Nyaris mama tak tukar nama Ahmad Albab jer..

Pastu lagu pulak, Ahmad suka sangat dengan lagu "Bapaku Pulang Dari Kota".. Tengah nangis2 nyanyi lagu ni terus gelak2..sebab dia suka dengar bunyi lagu tu yang ada "pon" pon" "pon".

Sejarah jugak lagu ni sebab masa dalam pantang, Raja Lawak 4 tengah on la kat Astro, hari-hari tengok. Pastu kebetulan ada la pulak Idlan Pak Kassim dalam Raja Lawak tu. Idlan ni punya tagline "Idlan Pon Pon" -- dia kentut sebenarnya. Tapi bila Zizan ngan Johan dengar cam bunyi hon kut..jadi, dipendekkan citer, dah nama pun Ahmad Raif Idlan..ada pulak nama Idlan tu..kitorang pun nyanyi lagu pon pon pon pon kereta kecilku berbunyi..Jangan jadik Raja Lawak la pulok yer..

Tapi skrg ni suka dengan lagu "Tepuk Amai-amai". Tambah2 lagi sekarang dah expert tepuk tangan, tepuk muka mama, tepuk meja kat kedai makan..aishh..segala benda la..






~ A to Z of Us ~ been reviewed...Terima Kasih sharinginfoz

Oh...terharunya saya bila tengok blog saya diterjah oleh blogger yang semakin meningkat naik dan makin femes, sharinginfoz aka bro nik. Jom baca entri sharinginfoz, Segmen Kenali Blogger : amirah @ A to Z of Us


Sangat terkejut sebab dah berapa hari tak menjenguk ke blog dan tak sempat nak berblog walking sejak la broadband sangat mendukacitakan.

Bila masuk ofis semula, tengok bro nik telah menerjah blog kecik saya ni. Saya suka dan kagum dengan usaha sharinginfoz yang sentiasa mengetengahkan  isu terkini, sangat berinformatif. Pastu banyak yang terkini untuk perlawanan bola sepak.

Contoh, entri-entri sharinginfoz seperti Pembentangan Bajet 2011 dan Pandangan Komen Bloggers Mengenai Bajet yang membincangkan tentang Bajet 2011. Saya paling suka idea KISS - "keep it short and simple" -- betul tak bro nik?
Saya masih sangat sangat sangat baru dalam berblogging. Sebenarnya masih banyak yang kena belajar sebab setakat ni cuma pandai basic2 je. Saya harap satu hari nanti saya dapat lebih masa mengupdate entri yang memberi pengajaran atau sekurang-kurang orang yang membaca dapat faedahnya sebab saya percaya blog adalah medium penyampaian ilmu/informasi selain sebagai coretan persendirian. 

Macam sharinginfoz.  :  P

Jumaat Datang Lagi..Sudahkah Bertanya Khabar Ibu Kita Hari ini?

Hari ni Jumaat. Syukur bertemu lagi dengan hari Jumaat. Hari ini Jumaat yang tenang dan tenteram di kawasan Melaka Raya. Cuma meriah dengan bunyi gagak. Makin ramai pula jemaah burung gagak kat sini. Agak-agak sebab kotor sangat ke?

Ok la cerita pasal burung gagak. Nak cerita pasal mak hari ni. Hari Jumaat ni dah genap 3 minggu tak dapat bercakap dengan mak di kampung di Kuala Kangsar. Rindu dan risau apa la khabar mak. Dah 3 minggu telefon rumah rosak. Biasa dah ni. Cuma kali ni rasanya sangat lama.

Teknologi kalau ada masalah memang susah. Secanggih mana pun teknologi, mesti ada cacat cela juga. Ciptaan manusia, sentiasa ada kekurangan. Handphone pula, mak buat hiasan jela. Kadang-kadang tak on pun handphone tu.

Emosi sedih saya sarat bila terkenangkan mak. Sebab tuntutan kerja dan syariat (ikut suami) terpaksalah saya lupakan kesedihan dan kerinduan. Kadang kala terfikir, kalau semua anak perempuan, semua kena ikut suami jauh-jauh, tinggalla si ibu sorang-sorang.

Tapi saya yakin dengan kuasa Allah Maha Mengetahui, yang mengetahui apa yang terbaik untuk mak saya. Moga Allah melindungi mak saya dan ibu-ibu semua.

Jadi, dah bertanya khabar ibu anda di kampung pagi ini?

Thursday, October 28, 2010

Hoben Jang Hoben...Apa dia kata semangat pasukan Kelantan?

Wah..wah..pepagi lagi dah dengar "hoben jang hoben..!!"..Ni semua gara-gara Final Piala Malaysia la Sabtu ni..

Bergema-gema kat bawah opis ni sejak dari pagi tadi.

Rasanya ni sure group yang sokong Negeri Sembilan ni. Tapi tetiba rasa mcam tak pernah dengar pulak slogan pasukan negeri Kelantan. Apa dia ek...

Pasukan mana yang akan menang? Pasukan mana pilihan anda?

Pasukan pilihan saya...ermmm..tunggu hari AHAD la, saya bagitau team mana pilihan saya.. : P

Wednesday, October 27, 2010

Final Piala Malaysia : Kelantan vs. Negeri Sembilan

         vs.


Ye, umpama dejavoo..tahun ini sekali lagi di final Piala Malaysia, Kelantan vs. Negeri Sembilan pada hari Sabtu (30/10/10) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pasukan pilihan saya? Taktau nak kata la sebab rasanya dua-dua pun kuat. Harapan semoga takde sebarang kekecohan. Jangan gaduh-gaduh, jangan kecoh-kecoh. Sukan sepatutnya menjadi medium merapatkan hubungan, bukannya menjarakkan lagi..

Dan berita baik untuk penyokong Kelantan yang mendaftar sebagai pengundi Parlimen Tanah Merah, berpeluang dapat tiket percuma yang akan diberi oleh UMNO Bahagian Tanah Merah .

Tiket bernilai RM30 boleh diambil di Noble Twin (M) Sdn Bhd, lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat, Kuala Lumpur atau menghubungi Zulkifli Mustafa di talian 019-2599909 atau 019-2129009 mulai esok hingga tengah hari Sabtu ini untuk early birds.

Berapa ramai wallahualam. Dan berpeluang membeli dua tiket tambahan pada harga biasa. Bas untuk pergi dan balik ke Bukit Jalil juga disediakan dengan hanya membayar RM20. Yang berminat boleh mendaftar di pejabat UMNO Tanah Merah atau hubungi pejabat talian 09-9557500.

Nota kukukaki : Ada siaran langsung kat tv kan? Harapnya ada.. : P



sumber : berita harian, buddysurvey4u.com
 




Pizza Hut Extreme Cheesy 6

Jalan-jalan di website Pizza Hut Malaysia sebab saje nak survey pasal piza terbaru Pizza Hut yang sangatla cheesy cheesy tu.



Nampak macam menggiurkan je. Teringin nak cuba, tapi tak sempat lagi nak pergi.

Nak survey kat Pizza Hut mana di Melaka yang ada delivery service. Rupanya cuma Pizza Hut Digital Mall di Jalan Hang Tuah dengan Pizza Hut Malim Jaya je yang ada delivery service. Tapi yang best semua branches ada free Wi-Fi. Hut Locator Melaka di SINI.

Tengok-tengok Pizza Hut ada contest terbaru. Macam menarik je especially yang minat dengan photography. Tarikh contest dari 25 Oktober 2010 hingga 10 Disember 2010.

Nak tau terma dan syarat, klik SINI.

 
Ada tak sesiapa yang dah cuba dan boleh beri testimonial Pizza Hut Extreme Cheesy 6 ye?

kedatangan yang dinanti...

Hari ini dah 3 hari bos saya bercuti. Dari hari Isnin sampai hari ini. Bukan sebab pergi bercuti, bukan juga sebab sakit, tapi sebab menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga. Bos saya dah umur 38 tahun ni. Isterinya pun sebaya. Saya dapat membayangkan betapa gembiranya mereka suami isteri sebab anugerah Allah ini datang selepas 11 tahun usia perkahwinan mereka. 11 tahun menunggu akhirnya rezeki Allah ini tiba.

Sewaktu mula-mula masuk ke firma ini setelah jadi penganggur terhormat 3 bulan.. (ohhh..seronoknya jadi surirumah tangga sepenuh masa..bila lagi ekk..), saya dah pun mengandung hampir 4 bulan dan morning sickness masih melekat lagi. Yang paling diingati, walaupun pregnant dan sibuk ke sana sini termasuk travel Melaka-KL-JB, tapi bos saya sangat concern. Mungkin dia nak sangat-sangat zuriat.  

2-3 minggu pastu isterinya mengandung balik. Tapi selang 3-4 minggu lepas tu, kami dengar berita sedih, isterinya perlu jalani proses DNC sebab kandungan tak membesar. Rasanya bos lagi sedih, tapi berusaha nak sembunyi kan. Biasalah lelaki kena lebih kuat sebagai sokongan pada isteri. Bos dan isteri jalani rawatan kesuburan waktu tu. Mungkin takde rezeki.

Jadi tahun ni dorang buat rawatan sekali lagi. Alhamdulillah memang Allah dah tulis inilah tahun bermakna buat dorang.

Sedihnya bila tak dikurniakan zuriat kan. Abang saya pun ada yang tak dapat zuriat. Akhirnya abang dan kakak ipar decided ambik anak angkat, lagipun umur pun dah banyak.

Jadi, bagi yang dah dapat zuriat tu, bersyukurlah kerana rezeki setiap anak itu ada. InsyaAllah ada, tapi dalam bentuk macamana yang kita tak sedar. Jangan la duk expect anak lahir terus dapat ribu-ribu plak. Ada yang dalam bentuk kesenangan dan kelapangan hati yang kita tak sedar. Bagi saya ye, macamana kusut pun kerja kat ofis, bila balik rumah tengok muka anak, lapang hati. 

Maka, hargailah zuriat kita. Tanggungjawab dan amanah kita yang perlu kita jaga sebaiknya, moga menjadi orang yang beriman dan taat pada perintah Allah. Kerana hanya agama yang boleh mendidik jiwa dan mendorong kejayaan.  

Tahniah bos..!! Bos gembira, kami pun gembira. Harap boleh dapat naik gaji tahun ni..Hehehe...

Tuesday, October 26, 2010

Hidup Bawah Jambatan.....oh Dunia..!!...

Adoi..masih di ofis. Jam dah pukul 8 lebih. Anak dah menunggu kat rumah. Maybe tengah tengok tivi dengan opah dia. Anak setakat ni steady lagi. Mungkin tak berapa nak steady bila dia dah tau macamana nak pegang kaki mama dia bila mama nak pergi kerja..hehe..

Nak buat macamana kan. Inilah tuntutan kerja. Kerja seumpama nak hidup seribu tahun lagi, beribadat biarlah macam nak meninggal esok...gulpp...

Dulu berangan nak kawin ngan orang kaya supaya boleh bangun pukul 12 tengahari - takyah basuh muka - dah ada breakfast kat atas katil. Hah..melampau kan..hehe..

Tapi angan tinggal angan jelah..

Macamana pun, syukur dengan rezeki yang Allah bagi ni. Ada juga rezeki nak duduk dalam rumah, tiap-tiap bulan ada juga duit nak bayar rumah.

Kalau duduk bawah jambatan macamana? BACA SINI yer..



Taktaula macamna perasaan mereka-mereka ini kan. Kesiannya kat anak kecil ni. Tak terkata apa..wahai pemimpin-pemimpin semua, tolonglah mereka ini.

sumber : kosmo! online



Kecewa Dengan Perkhidmatan Broadband

Kami (read as kami suami isteri) sangat lah keciwa jiwa lara dengan service broadband kami ni. Sungguh saya tak dapat update blog sebab liputan sangat la mengecewakan.

Kami dah sepakat untuk bertukar ke broadband yang lain. Nak terminate cerai talak 3 la dengan broadband sekarang ni. Dah tak larat nak marah (ngomel2) sorang2 dah..Nanti cepat tua.

Harapnya capaian broadband selepas ini lebih baik dari yang sebelum ini.

Friday, October 22, 2010

Kisah Rozaliya Mat Lazim ni apakah?

Rasanya since last week sampai la semalam, hari-hari dalam paper ada cerita kehilangan Rozaliya Mat Lazim ni. Yelah, kesian kat family dia ye sebab risau dia hilang sebelum majlis perkahwinannya.

Misteri kehilangan Rozaliya akhirnya selesai lepas majikannya di Kuala Lumpur lapor pada polis tentang dia yang dah mula kerja di situ sejak 16 Oktober. Ish ish..macam-macam la dunia ni ye. Siap menyamar ala-ala tomboy untuk elakkan diri dikenali. Kat dalam paper ni kata Rozaliya masa datang mintak kerja, cuma pakai t-shirt, seluar pendek, pakai topi, bertindik hidung dan pakai rambut palsu.

Dah tentula keluarga terutama mak ayah risau kalau hilang larikan diri macam ni. Rasanya takde benda yang tak boleh diselesaikan. Bolehla bawa bincang dengan tunang atau keluarga kalau dah tak nak kahwin. Lagipun katanya tunangnya macam tak ambil endah kan. Mungkinla Rozaliya ni stress sangat sampai ambil tindakan macam tu.tapi kronologi cerita kehilangan Rozaliya Mat Lazim ni sangatlah complicated dan sungguh misteri nusantara.

Apa-apa pun syukurla selamat dan masih bernyawa lagi.

Ish..Pelik-pelik semuanya. Baca lanjut di SINI.

Wednesday, October 20, 2010

Esok Melaka Cuti Sempena Pengisytiharan Melaka Maju 2010..

Esok cuti!!...

Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam dah umumkan esok cuti umum untuk negeri Melaka..waaa...bagusnya. Dapat rehat lagi esok. Syukur.

Cuti umum esok (21.10.10) sempena pengisytiharan Melaka Maju 2010 malam ini jam 8.10 malam..

Majlis pengisytiharan Melaka Maju 2010 akan dibuat di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.



Rooney dan United berpisah?

Sejak menjak ni banyak pulak cerita pasal Rooney. Wayne Rooney penyerang kelab Manchester United dikatakan akan dijual oleh kelab Manchester United pada Januari nanti.

Rooney pun dah mengesahkan akan berpindah dari kelab Manchester United lepas banyak bertelagah dengan pengurus kelab, Sir Alex Ferguson. Tapi sebab musabab sebenar Rooney nak pindah masih teka teki.

Cerita Rooney heboh lepas skandal dia terbongkar. Sekaligus, namanya digugurkan dari senarai pemain utama dan konon-konon direhatkan sebab cedera buku lali walaupun sebenarnya dia ok. Semuanya jadi macam tu bila Ferguson rasa skandal Rooney ni mencemar nama baik kelab MU.
Hai Rooney..tulah orang kata, kalau kita berlaku curang atau berlaku tak jujur dalam rumahtangga, macamana sekali pun, akan terbongkar juga. Tambah-tambah lagi orang terkenal, menyorok tang mana pun tetap orang kenal. Rooney ni satu dunia kenal, orang nak ambik kesempatan pun ramai. Dahlah rumahtangga pun terjejas, kontrak tajaan dengan Coca Cola pun diterminate.

Alahai...

20102010

Hari ini 20.10.2010. Dengarnya, ramai juga nak kawin hari ini. Sebelum ni, 10.10.10 kan..

Tapi buat rakyat jati negeri Melaka ataupun rakyat tak berapa nak jati macam saya, hari ini bersejarah sebab hari pengisytiharan Melaka Maju 2010. Malam ni pukul 8.10 (2010), Melaka akan diisytiharkan sebagai negeri maju oleh Perdana Menteri Malaysia.

Nanti kita citer pasal implikasi Melaka Maju 2010 kepada negeri Melaka dan rakyat negeri Melaka khususnya. Setuju ke Melaka ini "maju"?

harap hari ini kami sekeluarga kembali sihat. Terasa macam nak juga jenguk ke Karnival Melaka Maju 2010 kat Stadium Hang Jebat, Krubong tu.

Tapi jerebu di Melaka masih nampak tak okay.

Saya rasa insaf dah sekarang ni. Selama ni, kalau cili padi selamba je makan hidup-hidup, tapi lepas ni takdela camtu lagi. Kali ini rasa paling teruk sakit perut. Mana tidaknya dah 2 hari tak cukup tidur ni. Macamana nak tidur lena kalau terasa tak selesa. Malam semalam pukul 4 pagi dah mula muntah-muntah. Tapi lagi sakit perut nak bersalin..heh

Ada staf ofis suggest minum air susu pekat yang disejukkan. Boleh legakan gastrik. Baru cuba sekali. Hari ni nak cuba lagi. Moga Allah sembuhkan dan jauhkan dari penyakit serius. Amin.

nota kukukaki : ada sesiapa ada petua nak kurangkan gastrik?


Tuesday, October 19, 2010

Pengisytiharan Melaka Maju 2010 (201010 pada 2010) dan Aktiviti Sambutan

Detik bersejarah buat rakyat Melaka sempena pengisytiharan negeri Melaka sebagai negeri maju  2010 pada hari esok 20.10.10 pada jam 20.10 malam. Pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam esok secara 'maya' iaitu melalui video conferencing dari PWTC, Kuala Lumpur.

Melaka diiktiraf sebagai negeri maju oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pertumbuhan Ekonomi (OECD), iaitu satu pertubuhan yang dianggotai 33 negara maju setelah melepasi 32 kriteria yang ditetapkan. OECD adalah pertubuhan negara-negara yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi. Malahan kadar kemiskinan di negeri Melaka turun sehingga 0.5% pada tahun ini berbanding 5.4% pada 2000.

Melaka Maju 2010 sebenarnya adalah wawasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam semenjak beliau memegang jawatan tersebut. Dan Datuk seri Mohd Ali telah berkhidmat lebih 10 tahun sebagai Ketua Menteri Melaka. Dan nampaknya dah tercapai dah wawasan 10 tahun Datuk Seri Mohd Ali.

Selepas Melaka Maju 2010, negeri Melaka mensasarkan taraf negeri maju berteknologi hijau. Teknologi hijau bermaksud menggunakan tenaga alternatif termasuk solar. Mungkin lagi 10 tahun semua rumah pakai tenaga hijau/alternatif.  Sempena pengisytiharan "Melaka Maju 2010 - Negeri Bandar Teknologi Hijau", rakyat pun digalakkan hadir di majlis pengisytiharan dengan baju hijau. 

Banyak aktiviti sempena pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju, antaranya Karnival Melaka Maju 2010 di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka yang akan ada gerai jualan dan konsert malam esok. Paling menarik pengunjung boleh memenangi hadiah sebuah rumah, kereta dan macam-macam lagi hadiah menarik.

Sebelum ini, semalam dan kelmarin ada Larian Melaka Maju 2010 untuk 6 kawasan parlimen Melaka.

Semalam pun ada Kayuhan Melaka Maju 2010, konvoi berbasikal terpanjang dengan 2,270 orang. Dan banyak lagi aktiviti yang telah diadakan sempena Melaka Maju 2010.

Nanti kita cerita lagi apa pendapat saya mengenai Melaka Maju 2010...mungkin cuba ambik gambar aktiviti di Stadium Krubong nanti...




Jerebukah Ini?

Betul ke sekarang ni berjerebu? Atau perasaanku semata-mata? : P almaklumlah, mata clear sangat.  Nampak time berjerebu sama macam tak jerebu je..hehe.

Tapi lemas pulak terasa bila duduk lama-lama dalam ofis ni sebab bau hangit terbakar. Dalam ofis pun berbau sampai baju semua pun berbaju. Sahlah ni jerebu la ni.

Macamana ni? Macamana nak buat kerja? Mungkin kalau dalam shopping complex okey sket kut..kuang kuang..

Sekarang musim panas, patutla senang terbakar. Rasanya mesti hutan kat Sumatra Indonesia yang terbakar ni (rasanya ye...). Kami yang berada dekat dengan Selat Melaka selalunya akan dapat terasa dulu fenomena jerebu kalau terdapat aktiviti pembakaran di Indonesia atau hutan yang terbakar akibat cuaca panas.

Seingat saya di zaman sekolah menengah dulu, pernah diisytiharkan cuti sebab cuaca berjerebu teruk sangat. Kalau bawak kereta, boleh eksiden sebab tak nampak apa-apa.

Dengan udara yang tak berapa sihat macam ni, rasanya elok kalau kita habiskan masa buat aktiviti dalaman..aktiviti luaran tak sesuai.

Kena minum air masak banyak juga ni...


bila sihat itu satu nikmat, sakit itu ada hikmah..

kami sekeluarga tak sihat..takla serius sangat tapi tak sihat bermaksud aktiviti seharian terganggu, kerja terganggu --- kena MC, makan terganggu --- dari 2 pinggan boleh makan 1 je, tidur terganggu --- dari 8 jam berturut2 bangun sejam sekali..dari update blog hari-hari---tinggal 3 hari sekali je..

ubat sorang seplastik..babah seplastik, mama seplastik. Ahmad Raif pun sama..ish ish..Ahmad dan babah dengan batuk selesema dan saya menahan sakit perut yang dikatakan gastrik. Ini ke gastrik? Moga bukan yang lebih teruk hendaknya...

tapi sakit ini satu hikmah..peringatan Allah pada kami..moga kami sekeluarga terus sihat sejahtera seperti selalu..dan dapat beribadah lebih kerap berbanding dulu. Bila satu nikmat Allah ditarik sementara, terasa hidup sangatlah susah.

Syukur dengan nikmat yang ada. Hargai semua nikmat yang dikurniaNya. Berhenti mengeluh kerana semakin kerap mengeluh, makin kerap terasa sempitnya...

Friday, October 15, 2010

Terkini Bajet 2011 : Bestnya..cuti bersalin 90 hari untuk kakitangan awam..

Waaa..best nyaaa...

Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

So, rasanya boleh pilih sendiri cuti bersalin nak start bila..kalau camtu, rasa-rasa macam nak rehat dulu sebelum 'berjuang' pun boleh. Takdelah macam pekerja private sector macam saya dulu. Esok dah kena admit, tapi kena selesaikan kerja di pejabat sampai tengah malam. Agaknya, stress tak waktu dalam labour room?ermm..

Tapi kan, macamana pula dengan kami pekerja swasta ni? Rasanya macam laporan sebut "kakitangan awam wanita"..Kami yang bukan kakitangan awam ni macamna? Sian la kat kami kan.

Atau adakah ianya akan membawa kepada pindaan terhadap peruntukkan Akta Pekerjaan (Employment Act), 1955??

Kalaulah Akta Pekerjaan dipinda, baguslah sebab ibu-ibu yang melahirkan ada masa yang lebih bersama bayi baru lahir serta boleh menyusukan anak secara terus lebih lama sebelum bekerja semula.

Kalau macam ni insyaAllah, akan lebih ramai ibu yang bekerjaya menyusukan anak nanti. Mudah-mudahan lebih ramai ibu muda yang menyusukan anak dan lebih berminat untuk mendalami ilmu penyusuan. Lebih banyak yang dipelajari, kita akan rasa lebih banyak yang kita tak tau kan?

Breastfeeding rocks..!!

Bajet 2011- Transformasi ke arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi



Bajet 2011 telahpun dibentangkan bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama, dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Apa ye strategi tu. Tak dapat berita terkini tentang Bajet 2011 sepenuhnya tapi dapat update:

1. Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20% daripada jumlah aset yang diurus berbanding 7% sebelum ini bagi meneroka peluang pulangan pelaburan yang lebih baik. -- pegangan saham di Bursa juga akan dicairkan dan beri lebih peluang kepada public..

2. Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat yang dinamakan Menara Merdeka. Dijadual siap pada 2020, yang akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. -- Satu lagi mercu tanda di Malaysia..ermmm


Sumber : BERITA HARIAN




pentingnya menjaga gigi susu

Gigi Ahmad sekarang dah ada 4 batang..2 kat atas, 2 kat bawah..tapi saya risau sebab sebelah gigi dia yang kat bawah tu macam ada satu entiti asing..cewahhh..ada macam bendalah putih. Taktau apa dia tu. Sejak 2 bulan kut tak hilang-hilang pun..

Tunggul gigi ke? Tak nampak macam gigi baru nak tumbuh pun.

Dah buat cubaan nak merasa apa dia benda tu, tapi tak berjaya sebab tuan punya badan dah excited nak test ketajaman giginya..huh..kalau dibiarkan tak mau lepas rasanya...



Petua jaga gigi anak :
  • Ibu disaran berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga kebersihan mulut bayi
  • Elak memberi anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. Sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur
  • Bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara tiga hingga empat tahun)
  • Beri sedikit air masak kepada bayi anda ketika dia berusia tiga atau empat bulan bertujuan membersihkan mulutnya dari sisa susu
  • Apabila anak berusia 10 atau 11 bulan beri dia minum banyak air masak dari cawan
  • Apabila anda dapati anak mula mengalami masalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor
  • Sediakan air masak setiap kali makan
  • Minum air manis dengan menggunakan penyedut minuman; sebaliknya minum air masak terus dari cawan atau gelas
  • Jangan sediakan air manis ketika makan tengah hari atau malam. Jadikan air masak sebagai minuman ‘rasmi’ keluarga
  • Bermula umur 12 tahun, anak anda perlu menjalani pemeriksaan gigi sama seperti anda iaitu dua kali setahun.
Baca lanjut artikel oleh Norlaila Hamima Jamaluddin di Harian Metro - Jaga Gigi Ketika Bayi




tapi seriously, kalau mamanya pun dentist-phobia macamna ye nak ajar anak tentang penjagaan gigi...emm..nampak gayanya saya kena buat muka konfiden-tarak-papa-padehal-pucat depan Ahmad, kalau nak bawa dia pergi jumpa dentist. 

Risau la saya pasal entiti Ahmad ni..., nak bawak pergi jumpa dentist ke rileks dulu ek..



Pingat Emas Malaysia di New Delhi

Pingat emas dari skuad badminton

Akhirnya lepas juga sasaran 10 pingat emas dari temasya Sukan Komanwel. Emas di hari terakhir datang dari badminton (3) dan 1 dari ratu gimnas berirama, Elaine Koo. Jadi jumlah keseluruhan 12 emas.

Kiranya kali ini pingat emas Malaysia lebih banyak dari Sukan Komanwel Kuala Lumpur. Ok la tu. Syabas Malaysia. Purata satu emas setiap hari sejak temasya bermula 4 Oktober lalu. Susah juga nak capai target tapi akhirnya dapat lebih lagi.

kadang-kadang orang kata target biarlah tinggi supaya kita berusaha lebih ke arah itu, tapi jangan jadi macam Mat Jenin..kalau jatuh tak dapat apa-apa pun..




Thursday, October 14, 2010

Atlet gimrama sumbang emas ke 10

wah..ingatkn pingat emas ke 10 Malaysia datang dari skuad badminton, rupanya gimrama. Baru je update pasal emas ke 9, dah ada result untuk emas ke 10 Malaysia.

Atlet gimrama, Elaine Koon, meraih pingat emas ke-10 Malaysia pada Sukan Komanwel di sini apabila memenangi final acara Hoop dengan 25.300 mata.

Maknanya sasaran 10 emas di Sukan Komanwel New Delhi kali ini tercapai. Mesti lebih lagi la kalau ada lagi yang menyumbang pingat emas.

Dulu masa muda-muda dulu peminat hard core sukan saya ni. Baik sukan universiti, sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik, semua tak miss. Tapi sekarang dah makin kurang, agaknya sebab makin tua kot..

Apa-apa pun, go Malaysia go..!!


Emas ke 9

Akhirnya, emas ke 9 Malaysia di New Delhi disumbangkan oleh acara badminton.

Beregu campuran, Kien Keat-Chin Eei Hui meraih pingat emas kesembilan negara apabila menewaskan pasangan England, Nathan Robertson-Jenny Wallwork pada final badminton beregu campuran, 22-20, 21-12.

harapan lepas ni pada Datuk Lee Chong Wei untuk meraih emas Malaysia ke 10. Dan Malaysia dapatlah juga melepasi target 10 emas di Sukan Komanwel kali ini..

Syabas Malaysia..

sumber  : berita harian

Wednesday, October 13, 2010

Petua Goreng Ayam Tidak Melekat dan Bersihkan Minyak masak

Jom kongsi petua..

Tadi saya masak. Rindu nak masak sebab weekends baru ada can nak masak. Sian saya, dah lama tak makan masakan sendiri yang boleh tahan rasanya..hehe..

Maklumla orang baru kahwin (barukah?), jadi kuali guna-apa-yang-ada satu-satunya untuk mengoreng, menumis dan hatta masak megi..erkk..

Tapi sedih sebab sekrg kuali pujaan dah merajuk sebab bila goreng, melekat la pulak. Tadi goreng ikan keli, guna petua ni, panaskan minyak, kemudian taburkan asam keping 1 atau 2 keping ke dalam kuali dan disusuli dengan bahan gorengan.   

Pastu, dia punya meletup-letup..mak aiii..penat nak elak-elak. Tak rugi menuntut ilmu elak mengelak masa zaman universiti. huhu..

Saya goreng ikan keli tersebut guna minyak masak banyak sebab nak ikan tu tergoreng (apakah?) dengan cantiknya. Pastu sayang pulak rasanya nak buang minyak masak yang banyak tu.

Jadinya, saya guna petua nak bersihkan minyak masak yang dah digunakan. Cuba rendamkan potongan ubi kentang dalam minyak masak yang dah digunakan selama 15 hingga 30 minit. InsyaAllah ok la sikit 'rupa' minyak masak tu nanti..

Cubalah, memang berguna petua-petua orang lama...

Indomie selamat ke tak? Dah banyak masuk dalam perut ni..

Semalam dalam Buletin Utama ada laporan mengenai pengharaman mi segera Indomie di Taiwan sebab ada kandungan beracun yang boleh mendatangkan kesan buruk kalau makan secara berterusan. Kalau tak silap-salah, kesan nya boleh menyebabkan muntah dan sakit kepala, dan kalau berterusan boleh sebabkan kanser.

Taiwan dengan segera telah menarik balik semua penjualan mi segera jenama Indomie dan sepupu sepapat mi ni. Dan-dan tu juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dihubungi untuk mengesahkan betul ke tidak mi segera yang diimpot dari Indonesia ni berbahaya.

Dan ini laporan terkini dari berita harian: 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa bahan pengawet yang terdapat dalam produk mi segera "Indomie" yang diimport dari Indonesia adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bahan itu yang dikenali sebagai "hydroxyl-benzoic acid methyl ester" mendapat pengesahan penggunaan daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu dan sebuah jawatankuasa pakar bahan makanan antarabangsa yang ahlinya terdiri daripada pakar makanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Bahan pengawet ini selamat untuk digunakan dalam makanan mengikut had yang telah ditetapkan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO bagi Pasifik Barat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Liow berkata, bahan pengawet itu yang berbentuk garam serta sering terdapat dalam produk snek dan makanan ringan mempunyai amaun yang boleh dimakan sehingga 10mg/kg berat badan sehari tanpa memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.

Sabtu lalu, laman web http://news.pts.org.tw/ melaporkan pihak berkuasa Taipei Country Health Bureau mengesan kehadiran bahan pengawet itu dalam sos soya yang menjadi satu daripada perencah "Indomie".

Liow berkata, Kementerian Kesihatan turut membuat ujian terhadap Indomie yang dijual di pasaran tempatan untuk dianalisis dan hasil kajian daripada 30 sampel menunjukkan keputusan negatif.

"Melalui pemantauan yang dibuat memang tidak ada bahan makanan Indomie yang tercemar dalam negara kita dan begitu juga dengan produk makanan lain yang diimport," katanya. - BERNAMA

Yang mana satu betul ni? Yang penting memang dah banyak mi brand ni terlepas masuk dalam perut..hehe..nak wat camno. Dulu time2 student, ongkos kureng, lagipun bajet2 nak kurus macam Ziana Zain..lol..

Pape pun, mi Indomie perasa ayam goreng bawang memang best..tambah lagi kalau letak telur, sayur sawi dengan cili padi. 4 mangkuk pun kira tarak papa lagi. Steady lagi..

Sungguh menyelerakan bagi orang terlebih RAJIN.. : P ...

Macamana pun, bagi yang was-was dan nak elakkan penyakit yang macam-macam nama, jenis sekarang ni, baikla elak makan benda yang segera, supaya umur kita pun takdelah pendek dengan kadar 'segera'.... 


nota kukukaki : entri insaf dari seorang ibu yang menyusukan anaknya.. : P



5 fridays, saturdays and sundays in October 2010, but that happens way more often than "once every 823 years"

Saya buat entri pasal istimewa oktober 2010, bila saya terdengar sorang caller di radio Sinar FM yang bagitau fakta bahawa ianya hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun. Tapi fakta ni pun disebarkan di facebook twitter dan email-email.

Owhhh..rupa-rupanya rumours aje sebab 5 kali Jumaat, Sabtu, dan Ahad ni sebenarnya lebih kerap. Tengok artikel Robert Quigley di geekosystem.com di SINI.

Hehehe..tertipu eden yang dapat kredit subjek Matematik masa SPM cukup-cukup makan ni..

Macamana pun, Oktober 2010 tetap istimewa sebab 10.10.10 nya..

10.10.10 ada manis untuk beberapa orang dan pahit untuk sebahagian yang lain.

Manis untuk yang berkahwin macam Angkasawan Pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Datin Nur Halina Mohd Yunos dan lain-lain pengantin baru.

Tapi pahit untuk orang yang ditimpa musibah. Takziah sekali lagi untuk ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka Ahad lalu. Entri saya berkaitan kemalangan maut itu di SINI.

Baru harini sempat nak bukak Facebook, banyaknya video dan gambar kemalangan maut di Simpang Ampat tu. Yang pasti saya takan bukak sebab takmau emosi terganggu. heh...

Dalam akhbar pun ada lapor kekesalan ahli keluarga mangsa kemalangan maut tu sebab sedihlah tengok keluarga sendiri kan dalam kesakitan macam tu. Betul juga ye, kalau diletak video atau gambar kemalangan ngeri macam tu pun belum tentu akan menginsafkan pemandu-pemandu yang suka memecut atau akan bawa apa-apa perubahan.
 

Dan ada pula yang kata kawasan kemalangan Simpat Ampat tu "keras" sebab ada beberapa orang driver pernah juga terserempak makhluk Allah yang itu. Ala, yang gitu, gitu tu..Iyeeee..ada orang nampak. Tak caya, baca SINI...


Wallahualam..


Moga kita dijauhkan dari musibah..

Tuesday, October 12, 2010

2 mayat wanita ditemui..nyawa umpama tak bernilai..

Mayat seorang wanita lingkungan 30-an yang masih belum dikenalpasti ditemui terdampar dalam keadaan bogel di tebing pantai berhampiran gelanggang squash dekat Tembeling Resort di Kuantan petang semalam.

Satu lagi mayat seorang wanita dipercayai jururawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu ditemui dalam keadaan separuh bogel dalam parit di Taman Kingfisher, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu jam 11 pagi.

Adakah kematian disebabkan kemalangan ataupun diserang haiwan liar? Kemungkinan sangat tipis. Tambah pulak mayat-mayat dijumpai bogel dan separuh bogel. Maksudnya pelakunya adalah MANUSIA. Senangnya manusia mencabut nyawa manusia lain, seolah-olah boleh ditukar ganti.
Buat para wanita, berhati-hati dalam setiap pergerakan anda ye. Risau dengan keadaan jenayah yang dah tak kira siapa sekarang ni. Berdoalah moga kita semua dijauhkan daripada musibah begini.



again,...another busy tuesday..

Tak sempat nak update belog lagi. Sungguh tak sempat. Busy memanjang sepanjang minggu ni. Dah agak dah, lepas raya musti busy punya. Sebab klien-klien dah cargas semula untuk projek sana sini.

Berada dalam line perkhidmatan, kita perlu sentiasa bersedia untuk memberikan servis kita kepada yang memerlukan, bila diperlukan, dengan SYARAT ianya berbaloi dengan bayarannya..heh..

Kalau kat ofis, sepatutnya sepenuh masa digunakan untuk kerja, tapi saya main aci ngelat untuk update blog sebab di rumah tak sempat nak buat apa.
Keji kan..hehe..tiba-tiba terasa keinsafan dalam diri sendiri. Tapi kalau dah abis kerja dengan baik atau dah boring sampai tersengguk sorang-sorang kat dalam bilik, apalah salahnya kita meng'utilise' benda yang dah sedia ada. Betul tak bos??  : P

Bila tiap-tiap hari sampai rumah pukul 9 atau 10 malam, saya hanya tenung je timbunan kain baju dalam bakul, atas katil dan berharap dorang (kain baju tersebut) dapat bergerak sendiri, melipat diri sendiri, masukkan diri sendiri dalam almari...

Yang penting kita kena jujur dalam pekerjaan kita supaya rezeki yang kita terima insyaAllah rezeki yang 'bersih'. Jujur dan ikhlas dalam kerja kita, insyaAllah ada balasan baik. Saya masih begini sejak dari dulu sampai la sekarang ni, tetap seorang yang 'workaholic'. Kalau masa single mingle dulu saya paksa assistant saya untuk tunggu saya siapkan kerja di ofis sampai ke malam. Tapi sekarang ni Mr Husband la jadi mangsa. Tapi hati tetap tak best sebab kena tinggalkan si hero kecik dengan opahnya. Tapi saya berdoa anak saya memahami apa yang saya buat sekarang ni adalah demi masa depan dia.

Dan penting untuk kita seimbangkan di antara kerja dan juga aktiviti personal kita, termasuk emosi dan masalah peribadi supaya tidak bercampur aduk, yang akhirnya akan memberikan kesan yang buruk kepada kerjaya kita. Kalau emosi kita terganggu, ada kemungkinan besar kerja-kerja kita akan terjejas.

Selamat bekerja dengan ikhlas, seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi TETAPI ingatilah Allah dalam setiap pekerjaan kita dan sembahlah Dia seperti maut menanti kita esok hari....



Monday, October 11, 2010

senarai nama mangsa kemalangan maut di Melaka

Terkini mengenai kemalangan maut di Lebuhraya PLUS berdekatan dengan Tol Simpang Ampat semalam.

Polis mengesahkan 9 adalah warga tempatan dan 3 adalah warga asing.

Mangsa ialah pemandu bas ekspres R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas.

Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.

Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).

Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat; Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki).

istimewa oktober 2010

tarikh yang cantik 10.10.10 dah pun lepas..semalam hari kami sekeluarga berlalu tanpa sebarang perkara istimewa. Cuma bawak Ahmad pergi Pantai Tanjung Bidara.

Pagi tadi dalam kete ke tempat kerja, sempat dengar radio. Seorang pendengar radio tu hantar sms pasal fakta menarik bulan Oktober..

mungkin ada yang dah tau sebelum ni, tapi saje je nak berkongsi,...

memang betul kan, bulan ni ada 5 kali hari Jumaat, 5 kali hari Sabtu dan 5 kali hari Ahad.

Sebelum ni macam tak perasan pun sebab bulan ni bulan busy.

Dan 5 kali setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad ni cuma akan terjadi dalam masa 823 tahun sekali..Menakjubkan kan?

Sunday, October 10, 2010

Takziah..11 Maut Bas Ekspress..

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga 11 mangsa yang maut setelah terlibat dalam kemalangan bas ekspress di Melaka malam ini.

Kemalangan melibatkan 2 buah bas ekspress, 1 van dan 3 kereta KM223, Lebuhraya PLUS berhanpiran tol Simpang Ampat.

Diharapkan kesemua ahli keluarga dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah. Moga pihak berkuasa dapat segera membuat siasatan terperinci mengenai punca kemalangan maut ini.


Datuk Dr Shiekh Muszaphar Shukor selamat bernikah

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 11.40 pagi tadi, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, hari ini.

Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunus Mohd Ali dengan bersaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Selamat pengantin baru kepada Angkasawan Negara dan isteri. Semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya..


SUMBER : berita harian

Friday, October 08, 2010

kenapa dashboard saya tiba-tiba jadi amat buruk?

hihi..hari ni tiba-tiba bukak blog tengok dashboard macam lain macam je...

Lepas belek-belek, rupanya memang lain macam. Sungguh lain macam dari biasa!! Macamna caranya blog saya yang tak berdosa ni diperlakukan macam tu sekali.

Selalu keluar updates yang comel-comel je, hari ini tengok siap keluar gambar yang besar gedabak masing-masing..meriah!!

Ala, takpela, janji boleh baca blog favourites, blogwalking dan post entri baru..semangat nak menulis ni...

weddings are everywhere!!

hairan juga ye tengok  blogger-blogger yang lain, sentiasa ada idea nak menulis. Saya nak menulis tapi tak terkeluar pun idea...ermmm..harini hari terakhir Syawal. Maksudnya dah sebulan dah kita meninggalkan Ramadhan dan sebulan juga la menadah perut makan macam-macam..

Bila dah makan macam-macam, apa lagi, bergaduh-gaduh la semua dalam perut. Dan terus mengakibatkan sakit perut ringan atau yang serius..!! Tapi dengar-dengar, ada juga yang nak buat open house lagi esok dan hari Ahad. Agaknya asyik datang open house orang, barula ada masa nak buat open house sendiri.Tapi akak okey je..hihi

Dan apa lagi, esok dan lusa memang banyak kenduri sana sini sebab tarikh yang cantik kan. Last week kami ke Johor dan KL, makan nasik minyak kawan ofis dan kawan sekolah.


Pengantin sangat cantik dan hensem. Maafkan jela akak yang sebelah tu adoi..bersepah sungguh rupanya..

time ni Ahmad tengah berusaha keras nak mencapai lampu hiasan kat tepi pelamin orang ni..
ish..kalau pecah nak kena menjawab ngan mak andam nak oi..


sweetnya gambar ni..ni gambar masa tunang kot. Pengantin perempuan lawyer di pejabat branch Johor Bahru. Pengantin lelaki tak sempat nak siasat sebab pengantin sibuk amik gambar


berjaya jugak sampai sini akhirnya..huhu
Pelamin yang sangat la in sekarang ni. Tengok kat mana-mana wedding mesti ada kerusi besar ala-ala wing chair ni. Tapi rasa-rasanya yang first time tengok time Mawi ngan Ekin kahwin. Lepas tu barula perasan pelamin style camni.

We were in KL the day after. Here in Dewan Tan Sri Mahfuz, JKR, KL. Wedding reception of my ex-schoolmate dari form 1 sampai form 5. Kitorang dulu duk asrama, bayangkanlah dalam 5 tahun tu asik ngadap muka masing-masing je..hehehe.. Dewan Tan Sri Mahfuz kat jalan masuk Bank Negara. Banyak pejabat kerajaan lagi kat situ kan. Taktau pun. Selalu tengok jalan tu macam sunyi je.


Sebab buat dalam dewan kan, kena ada sket protocol la. Yang bestnya ada performance angklung and ada piping bag band -- ye ke nama dia?


babah's big boy smiling at the camera..bila time bershopping ke, outing ke elok je duk diam tengok orang. Tapi bila time kat rumah, rajinnn nak tolong mengemas.
  
Sangat excited nak cuti esok..