Wednesday, October 20, 2010

20102010

Hari ini 20.10.2010. Dengarnya, ramai juga nak kawin hari ini. Sebelum ni, 10.10.10 kan..

Tapi buat rakyat jati negeri Melaka ataupun rakyat tak berapa nak jati macam saya, hari ini bersejarah sebab hari pengisytiharan Melaka Maju 2010. Malam ni pukul 8.10 (2010), Melaka akan diisytiharkan sebagai negeri maju oleh Perdana Menteri Malaysia.

Nanti kita citer pasal implikasi Melaka Maju 2010 kepada negeri Melaka dan rakyat negeri Melaka khususnya. Setuju ke Melaka ini "maju"?

harap hari ini kami sekeluarga kembali sihat. Terasa macam nak juga jenguk ke Karnival Melaka Maju 2010 kat Stadium Hang Jebat, Krubong tu.

Tapi jerebu di Melaka masih nampak tak okay.

Saya rasa insaf dah sekarang ni. Selama ni, kalau cili padi selamba je makan hidup-hidup, tapi lepas ni takdela camtu lagi. Kali ini rasa paling teruk sakit perut. Mana tidaknya dah 2 hari tak cukup tidur ni. Macamana nak tidur lena kalau terasa tak selesa. Malam semalam pukul 4 pagi dah mula muntah-muntah. Tapi lagi sakit perut nak bersalin..heh

Ada staf ofis suggest minum air susu pekat yang disejukkan. Boleh legakan gastrik. Baru cuba sekali. Hari ni nak cuba lagi. Moga Allah sembuhkan dan jauhkan dari penyakit serius. Amin.

nota kukukaki : ada sesiapa ada petua nak kurangkan gastrik?


2 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

laaaa...ada gastrik ke?
sian...kita faham mcm mana. kita pun ada gastrik gak. kalau sakit tu, mak eh, tak dpt ampun.
tapi sejak amalkan minum susu kambing higoat ni, alhamdulillah. dah lama tak dtg cik gstrik ni. cubalah...

ayu said...

ami, jgn la makan pedas2...bahaya ami..huhu..

(sori tak leh nak komen panjang2 time rehat je leh on9 ni)