Gigi Ahmad sekarang dah ada 4 batang..2 kat atas, 2 kat bawah..tapi saya risau sebab sebelah gigi dia yang kat bawah tu macam ada satu entiti asing..cewahhh..ada macam bendalah putih. Taktau apa dia tu. Sejak 2 bulan kut tak hilang-hilang pun..
Tunggul gigi ke? Tak nampak macam gigi baru nak tumbuh pun.
Dah buat cubaan nak merasa apa dia benda tu, tapi tak berjaya sebab tuan punya badan dah excited nak test ketajaman giginya..huh..kalau dibiarkan tak mau lepas rasanya...
Petua jaga gigi anak :
- Ibu disaran berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga kebersihan mulut bayi
- Elak memberi anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. Sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur
- Bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara tiga hingga empat tahun)
- Beri sedikit air masak kepada bayi anda ketika dia berusia tiga atau empat bulan bertujuan membersihkan mulutnya dari sisa susu
- Apabila anak berusia 10 atau 11 bulan beri dia minum banyak air masak dari cawan
- Apabila anda dapati anak mula mengalami masalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor
- Sediakan air masak setiap kali makan
- Minum air manis dengan menggunakan penyedut minuman; sebaliknya minum air masak terus dari cawan atau gelas
- Jangan sediakan air manis ketika makan tengah hari atau malam. Jadikan air masak sebagai minuman ‘rasmi’ keluarga
- Bermula umur 12 tahun, anak anda perlu menjalani pemeriksaan gigi sama seperti anda iaitu dua kali setahun.
Baca lanjut artikel oleh Norlaila Hamima Jamaluddin di Harian Metro - Jaga Gigi Ketika Bayi
tapi seriously, kalau mamanya pun dentist-phobia macamna ye nak ajar anak tentang penjagaan gigi...emm..nampak gayanya saya kena buat muka konfiden-tarak-papa-padehal-pucat depan Ahmad, kalau nak bawa dia pergi jumpa dentist.
Risau la saya pasal entiti Ahmad ni..., nak bawak pergi jumpa dentist ke rileks dulu ek..
No comments:
Post a Comment