Friday, October 29, 2010

Dodoi..Apa Lagu Kegemaran Anak?

Bonus majalah Pa & Ma keluaran bulan November 2010 mengenai "dodoi si dodoi" ...menarik...
"Muzik memainkan peranan penting dalam mempercepat, melancar dan menyuburkan perkembangan otak. Oleh itu, jangan takut untuk bereksperimen bagi melihat kesan muzik kepada bayi." 
Selalunya lagu-lagu dodoi dalam bentuk puisi yang dicipta ni penuh dengan nasihat dan dinyanyikan untuk menidurkan anak.

Banyak sebenarnya lagu-lagu dodoi ni. Yang paling glemer mungkin "Buai laju laju". Tapi sekarang ni ramai yang dah tak pakai buai untuk tidurkan anak. Saya pun termasuk juga. Jadi, kena cari lagu lain la..

Macam-macam lirik lagu dodoi dalam Pa & Ma, contohnya Suriram, Twinkle Twinkle Little Star, Can mali Can, Rasa Sayang..
Rasa Sayang

Rasa Sayang eh
rasa sayang sayang eh
hey lihat nona jauh
rasa sayang sayang eh

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

Lenggang Kangkung

Lenggang lenggang kangkung
Kangkung di tepi telaga
jangan bercakap bohong
semua orang tak suka

lenggang-lenggang kangkung
kangkung berbatas-batas
kalau orang sombong
tentu mendapat balas


Dan hero kami sangat suka dengan zikir. Sekarang ni, kalau time tak tidur pun, suka sangat tengok zikir Indahnya Iman kat Astro Oasis. Satu2 program tv yang bleh buat dia sgt behave. Kagum sungguh. Time tu bolehla masak ke, ngemas ke. Zikir ni dia boleh ikut sama..dalam bahasa dia la..heh

Sejarahnya sebab dari lahir sampaila 3-4 bulan kalau nangis mak aihhh....tak tido malam tu mama babah..Cuma dengan zikir, selawat2 je yang boleh wat dia ok. Nyaris mama tak tukar nama Ahmad Albab jer..

Pastu lagu pulak, Ahmad suka sangat dengan lagu "Bapaku Pulang Dari Kota".. Tengah nangis2 nyanyi lagu ni terus gelak2..sebab dia suka dengar bunyi lagu tu yang ada "pon" pon" "pon".

Sejarah jugak lagu ni sebab masa dalam pantang, Raja Lawak 4 tengah on la kat Astro, hari-hari tengok. Pastu kebetulan ada la pulak Idlan Pak Kassim dalam Raja Lawak tu. Idlan ni punya tagline "Idlan Pon Pon" -- dia kentut sebenarnya. Tapi bila Zizan ngan Johan dengar cam bunyi hon kut..jadi, dipendekkan citer, dah nama pun Ahmad Raif Idlan..ada pulak nama Idlan tu..kitorang pun nyanyi lagu pon pon pon pon kereta kecilku berbunyi..Jangan jadik Raja Lawak la pulok yer..

Tapi skrg ni suka dengan lagu "Tepuk Amai-amai". Tambah2 lagi sekarang dah expert tepuk tangan, tepuk muka mama, tepuk meja kat kedai makan..aishh..segala benda la..






7 comments:

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

hehehe,
teringat lak zaman dulu2.
:)

ayu said...

baru je baca pa ma mlm tadi... hariz skrg ni suka lagu twinkle2 little star..dia nyanyi versi dia la...hehe

Anamarza said...

Salam..lama tak singgah sini,anak akak sebelum tido mesti nak akak nyanyi lagu shahir (kebahgian dalam perpisahan) tak pun lagu daus ( kenapa) tapi akak bantai nyanyi lagu "bapaku pulang dari kota" tu jer, hahaha senang skit nak nyanyi tak pun lagu nasyid budak2 elok skit didengar dekat2 nak tidur kan dari lagu shahir ker daus tu kan..hihihihi

Lady of Leisure said...

hehe.. nostalgic..

Huzn said...

aku dah lupa la dodoikan anak2 aku camana...mebi zikir2 yg senang2 tu je kot...tp kan yg paling aku ingat masa pas spm dulu aku dok jaga anak sedara aku...tiap kali nak tido kompem dia request lagu...antara lagu2 adlh lagu kereta korek...lagu bas sekolah dan faveret lagu dia adlh lagu lori sampah...menyanyi la macam mana pun tak kesah asal kan ada perkataan2 yg dia request tu...dpt dgr lagu2 camtu lena betoi tido...

kucingorengemok said...

zikir tidurkan budak, sambil terfikir, sok dia dah besar dengar zikir je nak tidur? cemana? haha.

azzey said...

amirah: lagu 'Bapaku pulang dari kota' tu mmg best!