Monday, August 30, 2010

Ikan Bakar Malim

Semalam berbuka di luar..jadi babai jelah sup ayam ngan bubur kacang yang dah siap masak dari petang. Rajin kan..hihi..

Semalam makan kat Restoran Ikan Bakar Malim, MITC Ayer Keroh Melaka.

Lokasi : dekat dengan MITC dan Restoran Naiman.

ikan siakap bakar plus nasik ngan lauk-lauk pilihan hati..
budak puasa yang yok tengah hari bukak periuk, tengah berselera babah suapkan makan time mama tgh lapooo..mujur mama tak zass je nasik Ahmad..hehe 

ikan siakap bakar..memang best la sambal dia ni..taktaula apa resepinya..sungguh masyukk, minum pulak dengan air tembikai (tidak kelihatan di dalam gambar ye..nyorok malu2 sket) 

orang memang penuh satu kedai ni..kena book dulu..

ramai kan kat belakang tu?


ermmm..harini nak makan apa pulak ye??

Purdah Rozita Ibrahim

Masih ingat tak pada Puan Rozita Ibrahim?

Ala..pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi tu..Yang iklan ada nenek kebayan tu.

Sekarang ni Puan Rozita Ibrahim ni dah berpurdah. Alhamdulillah. Tapi ada orang bercakap-cakap (owhh..kita tak boleh nak tutup mulut orang..) kata yang dia memakai purdah semata-mata sebab nak tutup kecacatan kat muka dia..

Tapi sebenarnya tak delah. Muka dia masih cantik macam dulu, cuma dia dah dapat hidayah Allah untuk berpurdah. Baru je ada cerita pasal dia dalam Utusan Malaysia tanpa purdah. Sekurang-kurangnya dia mampu mengubah diri menjadi lebih baik.

Dan sekarang juga dah menyerahkan urusan perniagaan kepada anak perempuannya. Kalau tak silap yang sulung.

Puan Rozita Ibrahim berpurdah..

* kualiti gambar kurang memuaskan sebab tangkap dari majalah*

dari Majalah Keluarga Harmoni

Bukan Puasa Je Yang Menguji Kesabaran

Sabar jela..

Asal kat rumah, semangat tengah berkobar-kobar nak menulis mesti ada gangguan..yang pastinya broadband ni asik buat hal je..tak pernah nya laju..punyala slow..sabarrrrrr jela..

ish, malang sungguh la kalau duk dekat ngan airport ni..dahla coverage for handphone pun ala-ala macam tak berdaya..

kalau kat luar rumah nampaklah orang bergayut kat handphone sebab nak cari line yang clear sikit. Kalau dalam rumah kirim salam jela. Mesti orang ingat tengah duk dalam gua..

Alahai..sekali lagi ye murid-murid..sabarrrrrrrrrrrrr jela..



Friday, August 27, 2010

Duit Raya Penjawat Awam


Rasanya semua dah tau pasal kakitangan kerajaan dapat bonus raya RM500 seperti yang dah diumumkan PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Yeay...walaupun tak banyak, tapi bersyukur...Bolehla jugak top up buat beli baju raya..

Rasanya nak pegi beli baju raya la this weekend. Asik terfikir bila la nak beli, tapi sebab bulan lepas bajet ngam2 je, pendamkan jela dulu hasrat murni tu..ahak..

Agak2nya kaler apa yang sesuai dengan kitorang sefamili. Dari tahun lepas nak mencari warna kelabu pujaan hati encik suami untuk baju raya. Katanya berkenan sangat dengan warna kelabu. 

Bila mintak dia describekan warna kelabu yang macamana, complicated sangatla pulak bunyinya.

"Ermm..bukan kelabu sangat, bukan kelabu yang ke arah kebiru-biruan, bukan kelabu ke arah ungu-unguan (apakah?), tapi kelabu ke arah kehijaun-hijauan."


hehehe..sangatla pening kalau tak tengok lagi depan batang hidung kelabu macamane sebenarnya..

Untuk Ahmad pun belum beli lagi baju raya. Tapi dah pernah survey, kat Jusco ada jual baju melayu for babies..rasanya yang sekecil 4 bulan dah ada. Senang pilih yang mana berkenan terus tangkap jela.

Ahmad dengan bukan baju raya..

Apa lagi..jom beli baju raya..!!


- sabar ye..abiskan puasa dulu -


Sahur Pagi Ini

Ye, pagi tadi kitorang bangun sahur.

Awal jugak, dalam pukul 4.30 am.

tengok tivi sat, ada citer Halimah Jongang The Series yang ntah ke berapa puluh kali..

Kejut mr husben, taktau nak masak apa.

Ada udang, ada sotong, ada ikan bilis, sardin, telur masin ngan telur.

Tapi mr husben sakit kaki -- kena gout..

Abis tu..semuanya tak boleh makan..kalau tidak lagi melarat, kena pegi klinik

Ok...fine...taktau la nak masak yang lain...
-
-
akhirnya makan MEGI..!! sekian



Wednesday, August 25, 2010

Bapa Sembelih Anak 3 Tahun - Tips Atasi Tekanan

Lagi kisah sedih di 14 Ramadhan.

Setelah heboh sana sini kisah kanak-kanak cedera main mercun raya, tiba-tiba ngerinya bila membaca muka depan akhbar hari ini yang melaporkan tentang kematian tragis seorang kanak-kanak 3 tahun yang disembelih oleh bapanya sendiri yang mengalami masalah mental di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu, Kelantan.

Luluhnya hati ibu Mohd Adam Muszhaffar bila tengok suami sendiri sedang menyembelih anak mereka. Leher Mohd Adam hampir putus selepas disembelih oleh bapanya dengan menggunakan sebilah pisau. Sedihnya. Jika sebelum ini seorang isteri dibunuh suami yang juga pesakit mental di Teluk Intan, Perak, kini anak kecil ini pula yang menjadi mangsa.

Dilaporkan bahawa bapa Mohd Adam sudah lama tidak makan ubat sakit mental yang menyebabkan dia bertindak di luar kawalan sedemikian. Jika diperhatikan, semakin ramai rakyat kita yang mengalami masalah mental mungkin akibat tekanan daripada sekeliling, tekanan daripada bebanan kerja, mahupun masalah keturunan.

Apa yang penting, ahli keluarga perlu memastikan pesakit-pesakit mental ini diberikan rawatan sewajarnya secara berterusan kerana penyakit ini boleh berulang. Mendapatkan rawatan dan mengambil ubatan secara berterusan akan mengurangkan risiko penyakit ini berulang.

Menurut ahli Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof Dr Suradi Salim semua individu berkemungkinan menghidap penyakit mental namun ia bergantung pada daya ketahanan individu tersebut. Katanya lagi, ramai pesakit takut untuk pakar kerana risau dianggap sebagai orang gila.

Tekanan perasaan, stress boleh menjadi punca penyakit ini bergantung macamana cara kita mengatasi dan mengawal emosi kita.

Antara tips untuk mengatasi stress/tekanan :

1. Dekatkan diri dengan Allah Maha Pencipta. Lakukan ibadah sebaik mungkin dan pertingkatkan amal ibadah yang boleh mendekatkan hati kita dengan Maha Pencipta. Kita juga mesti bersangka baik dengan Allah di atas segala ujian dan dugaan yang diberikan Allah kepada kita dengan anggapan segala ujian itu adalah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepadaNya.

2. Perbanyakkan membaca Al-Quran dan biasakan diri sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Ianya boleh menenangkan jiwa. Sepertimana yang kita maklum, kita juga dinasihatkan berwuduk jika kita sedang marah.

3. Lakukan aktiviti senaman atau kecergasan di luar yang boleh membuatkan kita lupa tentang masalah yang kita hadapi seperti berjoging atau berenang. Ianya akan lebih bermakna sekiranya kita melakukannya bersama-sama dengan ahli keluarga dan orang yang kita sayangi.

4. Sentiasa berfikiran positif dan amalkan senaman pernafasan. Sekiranya di pejabat kita tiba-tiba rasa stress dan tegang, bernafas dengan teratur supaya oksigen dapat disalurkan ke otak. Lakukan senaman ringan atau mungkin boleh juga mendengar muzik ringan.

5. Amalkan diet yang seimbang. Diet yang sihat akan menjadikan tubuh badan kita sihat dan menjauhkan kita dari penyakit. Kadangkala ada individu yang mengalami tekanan perasaan setelah didiagnosis mengidap sesuatu penyakit.

6. Menangis dan luahkan perasaan kepada yang boleh membantu. Mungkin sahabat karib atau pakar kaunseling boleh membantu kita mengawal emosi. Jika tekanan dirasakan terlalu besar dan tidak boleh diuruskan sendiri, kita perlu mendapatkan bantuan dan rawatan.

7. Paling penting hargai dan bersyukur dengan kebolehan diri sendiri serta hargai dan cintai diri kita sendiri. Sentiasa ingat pada orang yang kita sayangi dan tanamkan dalam hati bahawa kita perlu menjaga diri sendiri demi mereka.

8. Paling mudah, ketawa. Gembirakan hati kita dengan membaca komik atau menonton sitkom komedi yang boleh membuatkan kita melupakan masalah dan tekanan. Ingat, takde masalah yang tidak boleh diselesaikan.


Jauhi stress dan hiduplah secara sihat. Semoga tiada lagi kejadian seperti ini.

- zero stress -

Tuesday, August 24, 2010

"Dik, nak pergi mana??"

Time pagi2 selalunya saya kena menapak sket la untuk sampai ke opis sebab Mr Husben hantar kat tepi jalan je..bukan kes dera isteri ye..suami saya mi-thali tau..cuma sian la plak nak kena pusing2 sbb jalan ke sekolah husband tak sama..

Maklumla most jalan kat Melaka ni berliku2 one way je..sape yang dah jalan2 kat Melaka sure tau pengalaman ngeri kalau tersalah simpang..hehe
On the way nak ke opis je, mesti ada la pakcik teksi slow kan teksi dorang atau hon-hon "Dik, nak pergi mana??"

Ee...Ada tokoh ke muka aku ni cam pelancong? Atau ada gaya orang nak lari rumah? Ahak ahak..menci tau...
pandangan sisi -- jangan tertipu -- sebenarnya lebih kurus..hihihi..

Inilah beg2 yang terpaksa dibawa ke opis setiap hari memandangkan saya adalah BF mama..hihi..rasa2nya ramai lagi yang seangkatan dengan saya ni..

cooler bag - mengisi 'hasil kutipan' sepanjang office hour
henbeg cap ayam -- tali disorokkan -- dah nak putus sbb berat sangat..mcm2 ada -- minyak angin, kunci kete (walaupun tak bawak kete..heh), kunci opis, kunci rumah, kad, beg duit-- plus anak geget --- macam boleh buat teether -- aduss..serius ni!! 
backpack beli sebelom kawen..pierre cardin yang dah hampir season --- kesiannn
kadang2 bila time mood tengah ok, mesti rasa kelakar bila fikir2 balik. Tapi bila time macam mood ke laut, rasa cam nak marah je pakcik-pakcik drebar teksi ni...eee...saboo..puasa..puasa

Dahlah masa keje kat KL dulu, staff sume duk panggil "Pah" -- short kpd "opah" sebab saya bawak beg besar gile (ala..biasalah remaja..heh!!) -- sebab mcam opah2 ada beg sirih...ngaaaa..

Pastu ada gaya orang jual kerepek dorang kata..hah??hah?? sob sob sob..

 - yang berangan nak beli LV limited edition -

Monday, August 23, 2010

Idea Pun "Berpuasa"

Ok fine..

harini dah masuk 13 Ramadhan..aish..rasa macam dah lama sangat tak update blog..

apsal tetiba rasa macam takde langsung idea nak menulis (menulis ke??)..nak kata busy sangat, takde la pulak, cuma penat sket kut..

sebenarnya dalam kepala duk sibuk nak makan apa je..nak minum air yang ni..nak makan yang ini..rasanya kuih ni lagi sedap kut..

adoii..serius la ni..idea pun puasa sama ni..

sekian dari orang yang ketandusan idea...


Friday, August 20, 2010

Award dan Backlink




Hehehe..sebenarnya tak reti camne nak tag orang pastu amik award sana sini..tapi cam try2 bolehlaa...yang ni la first time..tq umi ryan The Chronicle of Ilhan-Ryan kasik award kt saya nih..

Tapi award ni ada syarat. Bagi siapa sahaja yang dapat award ini diharuskan memberikan/tag kepada 5 orang lagi.

Kemudian si penerima award harus meletakkan link-link berikut di dalam entry anda. 





Sebelum anda meletakkan link-link di atas, padamkan dahulu link yang berada di no 1, kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti no 2 menjadi no 1, link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya. Selepas itu masukkan link anda di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5.

Kejujuran adalah penting. Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul, maka jumlah backlink yang didapat ialah:-

Posisi 5 : Jumlah backlink = 5
Posisi 4 : Jumlah backlink =25
Posisi 3 : Jumlah backlink = 125
Posisi 2 : Jumlah backlink = 625
Posisi 1 : Jumlah backlink = 3,125

So, nak tag my blogger friends :

  1. My BF Journey - ezurin.blogspot.com




 Selamat mencuba..

Thursday, August 19, 2010

Raja Azmi Punca Roslin dan Isteri Bercerai

Dalam kedinginan cuaca Ramadhan kali ini, tiba-tiba kita digemparkan dengan berita penceraian pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan isterinya, Nurhayati Othman yang baru berkahwin pada 9 Julai.

Ini adalah perkahwinan kedua Roslin yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Faizah Mohamad selama 12 hari.


Laporan akhbar KOSMO! semalam

Berita di harian Kosmo! hari ini pula melaporkan bahawa isteri bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman dikatakan punca penceraian tersebut bila mana Nurhayati bersama ibu dan dua adik lelakinya serta Jalani Sidek menyerbu bilik hotel di mana Roslin dan Raja Azmi dikatakan berdua-duaan. Berita lanjut di KOSMO!.

Sungguh mengejutkan berita hari ini. Tambahan lagi ianya berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi kecuali di laporkan oleh akhbar. Mungkin selepas ini kita dapat meneka sebab dan penceraian Roslin Hashim dengan bekas isterinya terdahulu.

Tetapi Jalani Sidek setakat ini menafikan telah memfailkan penceraian di mahkamah dan mendakwa bahawa beliau sendiri yang telah meminta Roslin untuk menghantar isterinya ke hotel tersebut kerana ada urusan lain.

Macam-macam hal dunia. Semoga semua pihak dapat menyelesaikan masalah mereka secara berhikmah tanpa mencalarkan kesucian Ramadhan kali ini.

Mungkin penceraian jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak ini seandainya tidak dapat meneruskan lagi kehidupan berumahtangga dengan sempurna.    

Wednesday, August 18, 2010

Nak Oven!!

Kalau Ruhul mengidam nak kan bread maker nya, pastu kak Redmummy.com dah dapat gak Zanussi oven, saya pun dah lame teringin nak ada oven..huwa...huwa... huwa...

tule, dulu time ada ongkos lebih, takde la plak mengidam, la ni teringin la sangat2 nak ada benda alah oven ni..rasa2 yang murah pun takpela...jadikla daripada takde kan. 

Tapi kalo time nak beli je, mesti ada je benda lain yang nak kena bagi priority..so, impian hatiku musnah bagai kaca terhempas ke batu..ahak..

Serius teringin nak buat ayam panggang cam Kenny Rogers tu..adoi sedapnya..mabeles..(camla pandai buat sangat..hehehe...)..pastu nak masak lasagna..yg ni pun teringin dah lama nak buat sendirik..pastu nak masak biskut cornflakes yg ada madu nagn almond tu..

Sebelum tu, kena tau dulu tips2 nak pilih oven yang sesuai kan..?? oleh alkiram.net di SINI. Memang banyak tips sebelum kita memilih oven yang sesuwei..

Rupanya setiap oven ni kena sesuai jugak fungsi dia..kalo nak baking kek seeloknya guna yang boleh adjust api atas dan bawahnya..biar suhu kat api atas rendah sket dari yg bawah, barulah kek cantik..oooo..baru ai tau..

Gambar-gambar oven yang jadi pojaan hati..saba ye cik-cik oven..duk kat kedai dulu ye.. : P


nak yang camni..


cantik, padan ngan kabinet


ni oven elektrik ke gas??

ni pun oven ke??takut meletup..hehehe

nak yang simple dan portable camni..senang

nampak sedap ayam tu... : )

Datuk Seri Najib, taknak bagi bonus kat husben saya ke..??  : P

Aminnnn..


 -images googled - thanks

Mesut Ozil ke Real Madrid


Akhirnya semua teka teki tentang perpindahan Mesut Ozil terjawab bila Ozil sah akan menjadi pemain Real Madrid dengan bayaran perpindahan 15 juta euro (RM60.9 juta).

Perpindahan ini dikatakan sebagai pendorong Ozil bagi meningkatkan lagi kariernya.

Jadi lepas ni Ozil akan jadi geng dengan pemain favourite saya, Lionel Messi dan akan beraksi dengan kelab baru. Liga Juara-juara pun dah start dah rasanya harini..

Salam Ramadhan Ozil..Jangan ponteng puasa


picture googled.

Tuesday, August 17, 2010

Petua Mengurangkan Rasa Lapar

Perjuangan hari ke 7 Ramadhan diteruskan.


Rasa lapar tak?


Petua mengurangkan rasa lapar: 
  1. Baca Surah Al Quraisy sekali - hembus di makanan sahur kita ikut arah pusingan lawan jam.
  2. kepalkan nasi jadi 3 ketul - baca Surah Al-Ikhlas setiap kali sebelum makan seketul nasi yang dikepalkan.
  3. kurma 7 biji - setiap satu dibaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum makan. 
  4. Mohon kepada Allah moga puasa kita dipermudahkan dan kurangkan rasa lapar.
  5. Banyakkan buat ibadat supaya kita tak la asik teringat nak makan.
Selain itu: 
  1. jangan lupa makan sahur. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kalau terlepas sahur, tak dapek den nak nolong.
  2. minum air yang banyak. Jangan sampai kembung, termuntah nanti.
  3. makan kurma masa bersahur. Kurma penuh dengan khasiat protein dan tinggi serat. Boleh baca lanjut mengenai kurma di SINI.
  4. kalau yang ada gastrik, jangan minum minuman bersusu masa sahur..nanti perut meragam plak
  5. jangan makan benda yang masin sangat, nanti boleh dehidrat, asik pergi toilet je nanti
  6. jangan makan makanan pedas, sama la efek dia. Takot sakit perut pulak.
InsyaAllah kita tak la rasa lapar sangat.


waaaa...lapo kenny roger's la plok

gambar-gambar menggugat iman dari Kenny Rogers yang lain di SINI 

Monday, August 16, 2010

Geng Surau di Astro Oasis 106

Sape dah tengok citer ni??!!

Kalau ada masa apa kata tengok program ni kat Astro Oasis Saluran 106 lepas je bukak puasa.

Siarannya setiap Selasa hingga Sabtu dari pukul 7.35 malam hingga pukul 8 malam. Setengah jam je. Ulangannya setiap 9.30 malam dan 4.30 pagi.

Sebenarnya tengok siri tv ni pun secara tak sengaja. Memang akan buka siaran 106 untuk zikir2 Indahnya Iman. Pastu hari Rabu haritu lepas je habis azan Maghrib, tertengokla siri tv ni.

Cerita siri tv ini berkaitan dengan 'Mayat'/Razif  lakonan Beto Khusyairi yang pernah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak selama 3 tahun sebab Mayat ni memang glemer la kat kampung tu dengan kenakalannya, pernah pecah masuk rumah orang kampung, mencuri duit tabung surau, buli budak2 kecik pun ada. Bila lepas keluar dari pusat pemulihan akhlak, Mayat pun cubala nak bagi orang kampung percaya balik pada dia sebab dia dah insaf. Macam-macam aktiviti kat surau kampung dorang tu la yang Mayat join untuk bagi orang kampung percaya balik pada dia.

Siri tv ni menarik sebab ada unsur cinta tiga segi, kekeluargaan dan kekecohan masyarakat kampung tu, memang la kecoh. Kalau nak baca secara lanjut tentang jalan cerita boleh jenguk Malaysia Entertainment On Web (MEOW) oleh Ajami Hashim.

Banyakla aktiviti yang dibuat kat surau kampung dorang tu termasuk buat ceramah agama.Yang ni last episod, kelakar betul....dan buat kutipan derma untuk surau..yang ni next espisod nanti.

Yang pentingnya Geng Surau ni menunjukkan yang surau tu bukan hanya tempat untuk solat je. Surau pun boleh dijadikan pusat komuniti masyarakat dan tempat menimba ilmu.   

Lepas tengok kita ramai-ramai boleh pergi surau ye..!!   : )




Friday, August 13, 2010

Talian Khas Remaja Terlanjur dan Hukuman Mati

Kerajaan Melaka telah mengambil satu lagi langkah mengatasi masalah pembuangan bayi dengan menyediakan talian khas bebas tol 06-2333333 untuk membantu golongan remaja yang terlanjur mengandung atau melahirkan anak luar nikah. Talian ini akan disambungkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum diuruskan oleh pihak berkuasa terbabit.

Ini adalah salah satu langkah alternatif  mengatasi masalah buang bayi yang berleluasa, dan membantu mereka yang terdesak untuk mencari tempat terbaik untuk meletak bayi mereka. Membuang bayi yang tidak berdosa di tempat-tempat yang tidak sepatutnya bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

Semalam juga Polis Di Raja Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan siasatan ke atas kes buang bayi sebagai kes percubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dboleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun atau kesalahan membunuh dengan niat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Mungkin inilah langkah alternatif dan usaha untuk atasi masalah ini. Tak sanggup rasanya nak membaca kisah bayi dibuang sana sini, kena hurung lalat semut, dibiarkan dalam hujan. Hakikatnya saya tak pernah baca sebab macam-macam perasaan bercampur-campur.

Ini peringatan sesama kita. Saya ada anak kecil yang akan membesar jadi remaja kelak. Tolonglah ada  sekelumit rasa kasihan pada bayi-bayi anda ye. Macamana cara dibuang pun, Allah Maha Berkuasa akan tunjukkan juga. Fikirkanlah mungkin dia akan membesar jadi manusia soleh yang akan mendoakan ibunya walaupun dia tak pernah kenal ibu sendiri, kalau nyawanya diselamatkan.




  

Thursday, August 12, 2010

Satu Ramadhan dan Hikmah Berpuasa

Semalam 1 Ramadhan.

Harini 2 Ramadhan. Sebelum masuk bulan pose, berdebar-debar mengalahkan macam nak ambik SPM. Maklumlah, mak kata kalo tak pass SPM kena kawen. Fuhh, mana tak berdebar2, masak nasik pun tak pass lagi time tu..hihi..

Syukur berlalu jugak 1 Ramadhan saya tu dengan jayanya. Tapi frust jugak la sebab tak dapat mengepam ikut jadual kat ofis macam biasa. Mujurla ada stok frozen sket, boleh bawak umah mak pagi tadi. 

Ate, masa bila nak mengepamnya sebab pegi merewang-rewang kat shopping kompleks semalam. Saje nak wat aktiviti. Kang kalo duk rumah je, maunya tambah stress memikirkan "kenapa perut rasa macam ni" "kenapa rasa cam tak larat je" "kenapa macam tak larat nak pegi dapur ni.." hihi

Semua tu mainan perasaan je..lagipun bukan ke kalo tak makan, lemak kat badan akan digunakan sebagai tenaga tambahan. Harap-harap macam tula sampai habis Ramadhan...(harapan kudus nak kurus). Sumber inspirasi nak kurus -- Umai dan boleh baca SINI untuk cerita lanjut Umai..19 hari dalam hutan sensorang plak tu..siap kena bayangkan tgh mkn ayam golek,ikan bakar, kuih tepung pelita, minum air tembikai,   (saje tambah -- maklumla bulan pose) bila time dia minum air sungai..


Lagipun bila la lagi kita ni nak rasa sama perasaan orang miskin yang tak makan. Kita ni sume dilahap..orang miskin ntah makan ke tidaknya..Agak2 kalo orang miskin tu walaupun tak makan, depe berlingkor kat atas katil je ke?? adoiii..terasa..terasa

kesian kan..moga Allah melindungi mereka-mereka ini..
Nak rasa keperitan macam orang miskin dan nak kurus (ahak ahak) serta lain2 faedah berpuasa sebenarnya faedah sampingan berpuasa je. Sebenarnya berpuasa adalah ibadah yang berupaya meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.

Jom baca lanjut penjelasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengenai hikmah berpuasa di SINI.

Petikan menarik dari nota Ustaz Zaharuddin :

"...pelaksanaan ibadah puasa mampu membawa seseorang untuk memiliki sifat taqwa, sebuah antivirus kepada segala jenis penyakit hati dan dosa.

Di dalam dunia fizikal dan material. Tanpa anti virus, swine flu, bird flu, Aids dan pelbagai lagi virus boleh menjadi asbab kepada kematian manusia.

Tanpa antivirus taqwa, iman dan islam seseorang juga akan mati, sama ada dia seorang kanak-kanak, remaja, dewasa atau tua.

Tanpa antivirus taqwa, manusia hari ini menjadi kelam kabut serta hina tanpa pedoman, hidup sering berpura-pura".


- Hayati Ramadhan, jangan cuma akhirnya dapat lapar dan dahaga -

credit to google and www.zaharuddin.net

Tuesday, August 10, 2010

Awal Ramadhan


Salam Ramadhan. Rasa bersyukur dapat menikmati lagi Ramadhan kali ni.

Esok Melaka bercuti Awal Ramadhan. Sempena menghormati kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Memberi peluang kita memulakan Ramadhan sebaiknya.

Semoga semua ibadah kita mendapat keberkatan Allah dan doa-doa kita dimakbulkanNya. InsyaAllah. Ambil peluang sebaik mungkin untuk menghayati keberkatan Ramadhan dan pertingkatkan ibadah kita. Bulan untuk kita menginsafi diri sendiri, memaafkan dan memohon kemaafan..

Ahlan wasahlan Ramadhan Kareem...

Bayi Ada Payu Dara?

Berita hari ini di akhbar Kosmo!..

Bayi ada payu dara sebab susu tepung.

BEIJING - Bayi-bayi perempuan di China mengalami tumbesaran payu dara seperti wanita dewasa setelah mereka diberi minum susu tepung yang dicemari hormon, lapor sebuah akhbar semalam.

Senario menakutkan itu membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa di tengah China yang bimbang tumbesaran pramatang tersebut berpunca daripada sejenis susu formula yang mereka beli.

Sebelum ini, seorang pegawai perubatan di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Hubei, Yang Qin memberi amaran supaya orang ramai tidak membeli susu tepung keluaran sebuah syarikat tempatan, Synutra.

Amaran tersebut dikeluarkan setelah ujian perubatan terhadap tiga bayi perempuan yang meminum susu formula tersebut menunjukkan kandungan hormon dalam badan mereka jauh lebih tinggi berbanding wanita dewasa. - Agensi

Menakutkan??

Kenapa tidak kembali kepada fitrah?

Menyusukan anak adalah fitrah manusia. Sungguh benar susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa kita mampu menyusukan dan mampu memberikan yang terbaik untuk anak kita. Dengan pertolongan Allah, insyaAllah.

Ketika menyusukan, oxytoxin atau dikenali sebagai hormon kasih sayang akan dihasilkan dan ianya akan meransang hubungan di antara ibu dan bayi. Dan susu ibu mengandungi lebih daripada 400 nutrien yang tidak terdapat di dalam susu formula biasa.

Sokonglah penyusuan susu ibu...

source: mami & baby

Asam Pedas Selera Kampung Banda Hilir Melaka

Orang kata kalau kedai makan ramai orang, maksudnya sedap.

Ramai sampai kena tunggu orang lain habis makan, baru dapat meja.


Sedap. Harga boleh tahan. Ada udang galah, ada ketam masak lemak (sedap!!), ayam kampung goreng, rebung,ulam,sambal macam2 jenis..

Yang paling tip top mestilah asam pedas. Ada asam pedas kepala jenahak..

lorrr..takde gambar makanannya pulak... : P

Monday, August 09, 2010

Apa Kaitan KPI dengan Epilog Syurga Cinta??

Apsal rasa cam takde mood jer ngan arini..sian kat hari Isnin kan. Byk orang tak suka bila hari Isnin datang. Tapi kalau Isnin cuti mesti muka sume orang  berseri-seri. Takdela nampak muka macam tak redha kena bangun pagi2 pegi keje.

Adoi..ntah le sebab penat kut plus malas nak wat keje yang tak siap2 ni..peningla kepala nak wat keje yang ntah pape ni.

Bila tak buat keje elok2, tak achieve KPI, bila tak achieve KPI bos marah, bila bos marah gaji tak naik, bila gaji tak naik mood nak buat keje takde, bila mood nak buat keje takde asik buat silap je, bila asik buat silap je you're FIRED!!!...ahak..takot ahkak cenggitu...ok2 insaf2...

Dulu masa kat firm lama, takde KPI pun. Kat sini, ada KPI ler plok. Patot la kat firm lama gaji tak naik2..ahaks..

Ala..tapi bos, dah tak larat dah nak wat keje ni. Sket je lagi nak kuar lunch tadi kat atas agreement ni...nak balik rumah tgk tv..nak tengok citer Epilog Syurga Cinta kat tv3. Dahla semalam tengok kat tv3 ada adik Mia Sara yang comel giler tu..siap nyanyi lagu Superman lagi..comeynye..topi dia pun lawo..walaupun boleh tengok kat SINI, tapi takde masa dah nak tengok...

tak de can nak tengok asik baca komen/sinopsis orang je..

waaa...nak balik rumahhhh..tanak stay back kat opis ni..

- luahan orang yang stress duk kat opis -

KADAR ZAKAT FITRAH 2010

Berita di kosmo hari ini...

Kadar zakat naik di tiga negeri


KUALA LUMPUR - Umat Islam di tiga negeri iaitu Melaka, Sabah dan Kelantan membayar zakat fitrah pada kadar baru Ramadan kali ini yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.


Bagaimanapun kadar di Selangor belum diketahui kerana ia hanya akan diumumkan hari ini.


Zakat fitrah di Melaka naik sebanyak 20 sen iaitu daripada RM6.30 kepada RM6.50 dan jumlah kenaikan yang sama di Sabah daripada RM6.60 kepada RM6.80.

Jom kita survey kadar zakat fitrah kat negeri kita...



Kelantan  - RM 7.00

Melaka  - RM 6.50

Sabah - RM6.80

Pahang RM7.00

Johor RM5.00/7.50

Pulau Pinang - RM7.00

Kedah RM7.00

Perlis RM6.00

Perak RM7.00

Terengganu RM5.00/RM7.00/RM8.00

Negeri Sembilan RM 6.50

Selangor RM7.00 (setelah diumumkan oleh Lembaga Zakat Selangor)

Wilayah Persekutuan RM7.00

Sarawak RM6.00

Jangan lupa bayar zakat ye...Bayar awal2 kan senang..nanti lupa..nanti kena wat note tampal kat peti ais lak....

 :  )

Friday, August 06, 2010

Siapa Nor Azita Osman?

Siapa Nor Azita Osman?. Sebenarnya saya dah tau cerita pasal Nor Azita Osman ni dalam minggu lepas, dan peram entri ni.



Saya pun tak kenal siapa dia Nor Azita Osman. Tapi kontroversi yang dibuatnya menarik perhatian saya. Kalau dilihat dari akaun Facebook nya, dia seorang ibu dan isteri yang cantik dan sedang mengandung. Nak tau lebih lanjut boleh baca komen-komen blogger-blogger lain di sini dan sini dan sini.

Pendapat saya, "dunia tanpa batasan" yang kita gunakan dan aplikasikan sebenarnya ada batasannya. Sebagai contoh mesti anda semua masih ingat kisah seorang blogger yang menyanyikan lagu kebangsaan bukan dalam versi yang sebenar dan disiasat pihak berkuasa.

Setahu saya, Nor Azita dah pun minta maaf atas keterlanjuran komennya itu. KIta tahu setiap manusia buat kesilapan. Tapi, kesilapan yang Nor Azita buat pula nampaknya agak serius sebab dapat perhatian meluas terutamanya warga negeri Johor. Siapa yang tak terasa dengan komen buruk mengenai negeri sendiri kan.

Mungkin Nor Azita dikala menulis status tu dipengaruhi emosi tidak puas hati yang terlampau dan tak sedar betapa setiap satu negeri di Malaysia ni mempunyai keunikkannya yang tersendiri bukan setakat kedai atau pusat komersilnya. Saya secara peribadi amat suka dengan Johor Bahru walaupun baru jejakkan kaki sekali.

Mungkin bagi Nor Azita, ianya hanyalah gurauan, tapi ia sebenarnya boleh dianggap perkara yang serius. Kesian jugak pada dia sebab perbuatan yang kecik (menulis status di akaun Facebook sendiri) akan meninggalkan kesan besar dalam sejarah hidup dia. Tak mustahil selepas ini ke sana sini orang akan kenal siapa dia.

Komen status di Facebook boleh katakan menggambarkan emosi kita. Rata-rata komen yang kita baca di Facebook akan menjurus ke arah emosi tidak puas hati, marah sedih gembira dan sebagainya. Sekaligus menggambarkan diri kita yang sebenar secara tak langsung.

Peringatan buat kita bahawa tak semua yang kita komen atau tulis di boleh dijadikan gurauan atau kita boleh menulis sewenang-wenangnya. Berhati-hatilah dengan apa yang kita buat, apa yang kita katakan. Ianya akan dinilai orang lain. Walau apa pun alasan kita, kita perlu ingat bahawa kita bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan, tingkahlaku dan kata-kata kita.


credit to google

Kisah Pagi Jumaat di Banda Hilir

Pagi tadi saya bersarapan di sebuah restoran fast food iaitu mekdonel (bukan nama sebenar) di Banda Hilir Melaka Bersejarah. Ahaks..saje nak tukar selera. Saya dah cuba avoid nak makan fast food, tapi dah ni je yang ada variety breakfastnya, so saya terjebak jua akhirnya (alasan klise).

Sian kat anak saya ni...eh, anak tekak saya, asik makan benda yang sama tiap-tiap hari naik jemu la pulak dia. Dahla nak kena prepare untuk benda-benda pelik, warna warni, corak corak harimau bintang yang keluar setahun sekali i.e dalam bulan puasa nanti. hehehe....

Bila dah masuk restoran tu, tengok sunyi je, takde orang lain. Bila dah order dan dah nak duduk, terkejut beruk saya sebab nampak sepasang kapel (read : couple) tengah bercium2 dalam mekdonel tu...amik tempat yg tersorok...arghh tidak..ingat takde orang nampak ke?? masalahnya yang merunsingkan saya, yang si gadis bertudung dan mereka dalam uniform sekolah..!!! sebelum pegi sekolah nak merendek2 dulu..what the?? pagi2 jumaat pulak tu...selemah-lemah iman saya, saya hanya mampu mengomel dalam hati jelaaaaaaa....sebab terkejut sangat..bila fikir balik kenapa aku tak tegur tadi ye..bukan dorang kenal pun..

Benda tu dah spoil hari Jumaat yang saya suka ni. Dulu saya pun ada zaman bercinta cintun, tapi consider la sikit perasaan orang sekeliling. Kut-kut ada sedara mara ke, cikgu ke atau wartawan sokabau ke..Pastu saya bercinta bila dah masuk U. Adala jugak arahnya..ahaks..selamatkan diri sendiri..

Pastu nampak kat luar segerombolan budak lelaki tgh bujet nak ponteng sekolah. Ramai pulak tu..Tapi pakai uniform sekolah..nampak gaya takde sape yang kuasa nak tegur, takpun takut kena serang balas balik...ermm..atau aim kita pastu nanti ajak geng-geng dia pukul..adoyaiii

Serius kan?keruntuhan moral masyarakat kita. Jelas di mata kita dan siapa yang kita nak salahkan? Dalam Buletin Utama 31 Julai haritu, ada kisah pasal seks budak bawah umur ni. Yang dorang tau nak seks je. Sampai 20-30 orang. Oit ko gila ke apa?? tak sedar ke boleh dapat Aids ke bernanah ke berkudis ke sume...eeee...Pastu buang anak merata-rata..yang ni saya sedih.Tak pernah tengok betul2 gambar2 yang dalam sokabau bila ada bayi kena buang sebab saya sedih. Susah nak bersalin..bagaikan nyawa di hujung tanduk. Sampai hati korang buang..

Kita  sebagai ibu bapa, kena tegas dengan anak-anak untuk kebaikan dia jugak. Biar dia tau dulu erti kehidupan macamna. Kena awasi gerak geri kelakuan tingkah laku semua. Jangan baik depan kita je belakang nauzubillah. Pengaruh kawan-kawan sangat kuat. Kena tau dengan siapa dia berkawan. Macamne pun, pendekatan kita kenalah berhikmah...

Sekrang saya dah jadi ibu, dalam masa 7 tahun lagi anak saya nak masuk sekolah. So, sekarang saya masih meroyan..pening kepala saya, kat sekolah mana saya nak hantar anak saya nanti??boleh ke saya didik anak saya. Didikan macamana yang saya dan suami kena buat? Doa saya moga Allah lindungi keluarga saya dan anda semua. Semoga kita dan keluarga kita tak termasuk dalam statistik berita-berita sokabau tu..ee..nauzubillah..