Friday, August 13, 2010

Talian Khas Remaja Terlanjur dan Hukuman Mati

Kerajaan Melaka telah mengambil satu lagi langkah mengatasi masalah pembuangan bayi dengan menyediakan talian khas bebas tol 06-2333333 untuk membantu golongan remaja yang terlanjur mengandung atau melahirkan anak luar nikah. Talian ini akan disambungkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum diuruskan oleh pihak berkuasa terbabit.

Ini adalah salah satu langkah alternatif  mengatasi masalah buang bayi yang berleluasa, dan membantu mereka yang terdesak untuk mencari tempat terbaik untuk meletak bayi mereka. Membuang bayi yang tidak berdosa di tempat-tempat yang tidak sepatutnya bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

Semalam juga Polis Di Raja Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan siasatan ke atas kes buang bayi sebagai kes percubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dboleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun atau kesalahan membunuh dengan niat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Mungkin inilah langkah alternatif dan usaha untuk atasi masalah ini. Tak sanggup rasanya nak membaca kisah bayi dibuang sana sini, kena hurung lalat semut, dibiarkan dalam hujan. Hakikatnya saya tak pernah baca sebab macam-macam perasaan bercampur-campur.

Ini peringatan sesama kita. Saya ada anak kecil yang akan membesar jadi remaja kelak. Tolonglah ada  sekelumit rasa kasihan pada bayi-bayi anda ye. Macamana cara dibuang pun, Allah Maha Berkuasa akan tunjukkan juga. Fikirkanlah mungkin dia akan membesar jadi manusia soleh yang akan mendoakan ibunya walaupun dia tak pernah kenal ibu sendiri, kalau nyawanya diselamatkan.




  

4 comments:

eRaY said...

betul betul
huhuhu pernah wonder, macam mane le perasaan derang mase buang bayi tuh?

tgk kucing tepi jalan pun sedih, lagi pulak manusia......huhuhuhu

Lady of Leisure said...

makin menjadi kes buang bayi kesian baby2 comel tu kan..

Hamzah Ian said...

sedeh... mereka hanya pikir mase skrg je..

amirah said...

eray, agaknya sebab terdesak sangat terus tak pikir apa ke???taktau la nak kata kan..takan la tak sedih..kalau tak sedih memang dh hilang sifat kemanusiaan dlm diri dorang tu

lady, aah kan..kesian sgt..mmng tak snggup nak baca hari2 ada je bby kena buang..

hamzah, tu la, agaknya bila dorang dah duk sorang2 bru fikir balik..harap2 dorang ni bertaubat la