Semalam 1 Ramadhan.
Harini 2 Ramadhan. Sebelum masuk bulan pose, berdebar-debar mengalahkan macam nak ambik SPM. Maklumlah, mak kata kalo tak pass SPM kena kawen. Fuhh, mana tak berdebar2, masak nasik pun tak pass lagi time tu..hihi..
Syukur berlalu jugak 1 Ramadhan saya tu dengan jayanya. Tapi frust jugak la sebab tak dapat mengepam ikut jadual kat ofis macam biasa. Mujurla ada stok frozen sket, boleh bawak umah mak pagi tadi.
Ate, masa bila nak mengepamnya sebab pegi merewang-rewang kat shopping kompleks semalam. Saje nak wat aktiviti. Kang kalo duk rumah je, maunya tambah stress memikirkan "kenapa perut rasa macam ni" "kenapa rasa cam tak larat je" "kenapa macam tak larat nak pegi dapur ni.." hihi
Semua tu mainan perasaan je..lagipun bukan ke kalo tak makan, lemak kat badan akan digunakan sebagai tenaga tambahan. Harap-harap macam tula sampai habis Ramadhan...(harapan kudus nak kurus). Sumber inspirasi nak kurus -- Umai dan boleh baca SINI untuk cerita lanjut Umai..19 hari dalam hutan sensorang plak tu..siap kena bayangkan tgh mkn ayam golek,ikan bakar, kuih tepung pelita, minum air tembikai, (saje tambah -- maklumla bulan pose) bila time dia minum air sungai..
Lagipun bila la lagi kita ni nak rasa sama perasaan orang miskin yang tak makan. Kita ni sume dilahap..orang miskin ntah makan ke tidaknya..Agak2 kalo orang miskin tu walaupun tak makan, depe berlingkor kat atas katil je ke?? adoiii..terasa..terasa
Nak rasa keperitan macam orang miskin dan nak kurus (ahak ahak) serta lain2 faedah berpuasa sebenarnya faedah sampingan berpuasa je. Sebenarnya berpuasa adalah ibadah yang berupaya meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.
Jom baca lanjut penjelasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengenai hikmah berpuasa di SINI.
Jom baca lanjut penjelasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengenai hikmah berpuasa di SINI.
Petikan menarik dari nota Ustaz Zaharuddin :
"...pelaksanaan ibadah puasa mampu membawa seseorang untuk memiliki sifat taqwa, sebuah antivirus kepada segala jenis penyakit hati dan dosa.
Di dalam dunia fizikal dan material. Tanpa anti virus, swine flu, bird flu, Aids dan pelbagai lagi virus boleh menjadi asbab kepada kematian manusia.
Tanpa antivirus taqwa, iman dan islam seseorang juga akan mati, sama ada dia seorang kanak-kanak, remaja, dewasa atau tua.
Tanpa antivirus taqwa, manusia hari ini menjadi kelam kabut serta hina tanpa pedoman, hidup sering berpura-pura".
- Hayati Ramadhan, jangan cuma akhirnya dapat lapar dan dahaga -
credit to google and www.zaharuddin.net
credit to google and www.zaharuddin.net
9 comments:
selamat berpuasa ami...
jgn tensen2 kay...
uish...g shopping nampak..tu yg lari2 waktu pam ek..hehe..
ami...sedey la gambar budak tuh...siannya...org lain lebih hebat dugaannya...aku nih sikit sgt pun...huhuhu...insap kejap!
ayu, skrg sgt ok sebb ada la sket stok, so kalo tak larat gerenti guna stok le jawabnya ayu...bukn shoping sgt pun teman zali je
roho, sedey kan..dah2 le tu..nnt kang pak besaq tepon la tu..jom masak2..
selamat berpuasa.. semoga dpt menjalani ibadah puasa dgn sempurna. berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi segala2 nya. jagalah percakapan, hati, pandangan mata dan pendengaran...
salam ziarah ..
selamat berpuasa buat amirah.. dan selamat beramal juga :)
bersyukur dengan apa yang kita ada, jangan membazir
mata hati, iye, betul tu.kalau tidak akhirnya lapa dahga je la..
bunga, salam selamat berpuasa juga..
sharinginfoz, sgt betul.kalau membazir nanti dah jd sahabat syaitan pulak, beringat, berjimat sebaik mungkin...
sedih tgk pic budak tu.. moga Allah lindungi dia..
aah kan lady..sama mcm bersamamu tu..ramai lg org miskin kat malaysia ni
Post a Comment