Berita hari ini di akhbar Kosmo!..
Bayi ada payu dara sebab susu tepung.
BEIJING - Bayi-bayi perempuan di China mengalami tumbesaran payu dara seperti wanita dewasa setelah mereka diberi minum susu tepung yang dicemari hormon, lapor sebuah akhbar semalam.
Senario menakutkan itu membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa di tengah China yang bimbang tumbesaran pramatang tersebut berpunca daripada sejenis susu formula yang mereka beli.
Sebelum ini, seorang pegawai perubatan di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Hubei, Yang Qin memberi amaran supaya orang ramai tidak membeli susu tepung keluaran sebuah syarikat tempatan, Synutra.
Amaran tersebut dikeluarkan setelah ujian perubatan terhadap tiga bayi perempuan yang meminum susu formula tersebut menunjukkan kandungan hormon dalam badan mereka jauh lebih tinggi berbanding wanita dewasa. - Agensi
Menakutkan??
Kenapa tidak kembali kepada fitrah?
Menyusukan anak adalah fitrah manusia. Sungguh benar susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa kita mampu menyusukan dan mampu memberikan yang terbaik untuk anak kita. Dengan pertolongan Allah, insyaAllah.
Ketika menyusukan, oxytoxin atau dikenali sebagai hormon kasih sayang akan dihasilkan dan ianya akan meransang hubungan di antara ibu dan bayi. Dan susu ibu mengandungi lebih daripada 400 nutrien yang tidak terdapat di dalam susu formula biasa.
Sokonglah penyusuan susu ibu...
source: mami & baby
5 comments:
menakutkan...agaknya ni salah satu sbb skrg ni ramai beno yg keliru gender kan?'sotong' byk weiii...scary nya!
lady pink la...ayo yo..tp camne pun ramai yg terpengaruh ngan FM..prebiotic la..hape benda la lagi..
uishhh..ayu pun risau tang "sotong" tu je..bak kata ruhul laa..hik..hik...go..go for bf..
mmg tak sangka btol..
Jemputan Berbuka Puasa Bersama Nuffnang !
bayi ada breast? if baby girl xpe lagi, if baby boy? tak ke haru
so tak payah lah kite membazir duit beli FM, bagi susu free yang sangat special, dijamin tahap kesegaran yang tinggi, terbaik dari ladang (oopsss ladang ibu) ngeh2x
susu manusia buat dengan susu Allah buat, mane lagi bagus? tepuk dada tanya selera :P
Post a Comment