Wednesday, October 29, 2014

Mengidam lagi...


Lahai membuyung kali ni teringin lagi nak makan benda ni...







Gambar telur ikan masa ngandung Iecha dulu. Masa tu Encik Suami berjuang menunggu berjam-jam tepi pantai sebab nak tunggu nelayan bawak balik ikan ni..Ikan mayong...Pastu dia siap masakkan lagi..Amboih..laki sape la yang sayang sangat bini tu...hihi..


Dan dan kali ni macam ada terasa juga nak makan telur ni..dah kenapa taktau...ntah vitamin apa yang tak cukup dalam badan ntah...Tapi ngandung kali ni selera sangat la kureng. Kadang-kadang sehari tu langsung tak makan nasi..tapi badan membesar bagai johan jugakkk....Takut last-last jadi macam selalu. Apa yang ngidam sangat-sangat sampai tak boleh tido, termimpi-mimpi selagi tak dapat tu..(amboih hover..)..last-last makannya segigit aje. Yang selebihnya tengok pun tak larat..huhu


Harap kali ni  dapatla jugak makan telur ikan ni barang seketul dua. Masalah problemnya nak telur yang macam ni..tanak telur yang biasa tu..Nak yang macam ni pastu masak cair-cair je..Makan letup-letup dalam mulut..Baru best..Ikut tekak memasing sebab ada yang tak tahan hanyir jugak rasanya kalau setengah masak.


Tapi susah jugak nak mencari ikan yang ada telur seketul-seketul macam ni...Takpe, itu takde hal.. Encik Suami boleh usahakan..eh eh eh..


Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah semua...


Selamat menyambut Maal Hijrah..
Tahun baru..azam baru..
Moga kita jadi insan yang lebih baik di mata Maha Pencipta..
Perbanyakkan amalan dan ibadah...InsyaAllah...


p/s : Teramatla sibuk minggu ni...kadang tidur pukul 3 pagi..!!

Wednesday, October 15, 2014

Teringin nak makan...




Kelihatan beraksi dalam gambar adalah semangkuk kecik Shark Fin soup sedap (sebab free)


Teringin pulak anak tekak ni nak makan makanan Cina...
Adui..cik RAJIN tolonglah rasuk sket badan ni...
Ai nak makan ni banyak2...huwaaa
Tengok resepi cam senang..kacang aje...macam senang la tapi kannn...
karang kalau buat tak sedap pulak karang...
ada jugakla yang kena paksa makan banyak-banyak sambil muka masam..hehehe

Thursday, October 09, 2014

Amukan kembali!!




Assalamulaikum semua...punya liat nak update blog. Morning sickness ni ada lagi...aduhh.. Kadang takde angin ribut muntah la plak. Kadang pening sampai tak boleh nak bangun. Harini ok alhamdulillah perut pun rasa okay aje.


Nak cerita pasal dak tecik moody ni. Sekarang dah datang balik musim amukan dia. Sebabnya satu aje, sebab kami dah decide nak ceraikan susu badan. Lagipun Iecha dah 2 tahun 7 bulan dah bulan ni. Rasa macam dah sesuai sangat dah nak berhentikan. Den pun dah rasa tak larattt dah bila dah masuk 6 bulan ni..gamaknya faktor usia kot?? (usia gak yang salah..)


Bayangkan sehari tak sah kalau tak ngamuk. Ngamuk guling-guling tak boleh dipujuk. Menjerit-jerit cam kena cubit..huhu...Last2 nanti mak pak serender bagi jugak. Abih tu gagal la misi nak wean off dia. Tapi sejak menjak ni memang dah praktikkan beberapa benda supaya dia lupa nak nyusu.


1.Psikologi

Selalunya guna psikologi baik2 bagitau dia "Iecha dah besar, nak jadi Kak Ngah. Tengok Abang, tak minum susu mama. Abang minum susu botol. Susu botol boleh minum banyak2.Susu mama untuk Adik Baby.."

Selalunya dia kata "Okay"...tapi tetiba mintak pulak.. Tak kuat iman lagi..huhu

Selalu jugak dapat dengar jawapan "Mana ada Cha besar...kaki Cha  kecik aje ni..." ---sambil tunjuk kaki dia..huhu

2. Babah take over

Ni yang paling penting sekali..Tak larat la nak layan time dia ngamuk tu..So sebelum dia start engine ngamuk dia tu baikla ambik langkah2 keselamatan dulu.

Selalu time nak tido babah cerita macam-macam la bagi dia leka sikit dan cepat ngantuk. Mana taknya cerita rekaan semata-mata oleh babah kadang melalut sampai penat dia nak dengar..hihi

Tiba2 nanti dia tanya "Nape Arnab tu tak cakap dengan Kura-kura? Kan semalam Babah kata Arnab cakap dengan Kura2?"..hihi --- cerita tak sama.

3. Buat aktiviti lain

Setakat ni kena dapatkan pertolongan Abam Long jugak untuk masuk dalam ini filem..huhu..Kena la mintak tolong Abam main dengan dia kat bilik lain. So dia terlupala rutin sebelum tido dia tu.

Pastu petang kadang babah bawak pergi main kat padang atau main basikal. Bagi dia penat bila malam dapat terus tido lena.

4. Standby susu siap-siap

Kalau baru nak start tunjuk tanda2 nak ngamuk tu, terus offer dia susu dalam botol. Kalau dia nak, bagusla sebab lepas tu dia akan tido lena. Kalau tak, memang kena tabahkan hati aje.


Hah...yang tu apa yang kami praktikkan sekarang ni.. Setakat ni kadang ada masa gagal jugak. Kadang okay aje, sehari tak mintak susu mama pun. Meragam mengamuk kadang-kadang sampai sejam. Pastu dia punya time ngamuk mesti dalam pukul 12 tgh malam ke atas. Selalunya pukul 3 pagi ke atas. Aduhai..Bertabahla kitorang ni menghadap dia yang tengah ngamuk tak boleh nak dipujuk tu. Dah kalau kita bercakap nak pujuk pun di marahnya...huhu


Tapi En Husband pun dah bagitau kali ni kena nekad, tambah lagi kalau time dah kena admit ke nanti, sama jugak. So masing-masing kena tabahkan hati dan kuatkan diri. Tak boleh la nak marah2 dia balik. Kena la faham dia dalam tempoh  peralihan...memang la ngamuk2.


Maka, time pagi mata masing-masing macam mata panda!! Ngantuk!!...Huhu..


So sesape yang tengah cuba nak wean off  anak boleh jugak cuba tips dari Puan Suraya camner nak bercerai susu - Tips Berpisah Susu by Mommy Luna


Friday, September 26, 2014

Kering idea...


Salam semua....

Sungguh langsung takde idea nak update blog sejak menjak ni...
Banyak benda jugak nak dicerita, tapi taktau nak susun ayat macamana.
Mekasih sangat-sangat pada sesiapa yang masih rajin melawat walaupun tuan tanah kedaung asyik ke laut aje (dah macam nelayan aje)..huhu

Aduiii..ni la akibat bila malas nak update.
Memasak pun dah kurang beno sekarang ni..
Kalo tak bolehlah update pasal resepi (iyolah tu..).


*gambar lama sbagai hiasan*


Cuma nak share berita gembira kami sefamili.
InsyaAllah keluarga kecik kami akan bertambah ahli.
Tapi lambat lagi, insyaAllah tahun depan.
Minggu ni baru masuk 22 weeks.

Doakan moga Allah permudahkan semuanya.
Makin meriah lah nampaknya nanti.
Yang berdua ni pun, rumah dah jadi macam wrestling court.
Yang kecik tu tak padan gegirl, boleh lawan-lawan Abam dia.
Syukur alhamdulillah.

Alahan masih ada sikit-sikit.
Kadang lepas makan muntah lagi sekarang ni.
Masih rasa macam nak pitam aje, pening tak abis2 lagi.
Selera makan pun kureng lagi...

Tapi dah kurang la sikit morning sickness daripada 1st trimester aritu.
Bukan takleh nak masak aje, nak bukak peti ais pun tak lalu.
Nak masuk dapur pun tak tahan bau-bau bawang adik beradik tu semua.
Tengok lauk pauk apetah lagi tekak haku meronta-ronta nak kuar semua benda.
Masuk 3 kali pregnant, 3 kali juga la morning sickness nya macam tu juga.

Yang lagi parah masa sickness memuncak tu, bulan pose.
Aduh, masuk apa pun tak boleh.
Sahur muntah keluar balik semua, dahlah cuma boleh makan biskut celup air teh aje.
Berbuka lagila..last2 jalan pun menyeret kaki.

Apa pun itu ler citer kami sefamili sekarang ni.
Abam nampak sayang sangat Adik Baby dia..
Sikit-sikit nak cakap, sikit-sikit nak cium perut mama.
Iecha ikut mood, kadang sayang, kadang suka pukui2 perut mama.

Apa pun moga semuanya lancar, dapat bersalin normal, takde komplikasi.
Aminnn...


Friday, August 22, 2014

Tenanglah wahai roh-roh yang telah dijemput Tuhan... Remembering MH17...


"Wahai roh yang telah dijemput Tuhan, tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul
di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai roh yang telah dijemput Tuhan, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.



Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin."


 
Mengenang mangsa saudara seIslam MH17, yang telah dijemput Allah. Tenanglah kalian di alam barzakh hingga saat dihidupkan semula. Sungguh aku sendiri belum bersedia dijemput lagi wahai saudaraku. Dosa menggunung tinggi sedang amal  jariah rasanya hanya boleh dibilang dengan jari..aduhh..tenanglah kalian di sana..



Salam takziah buat kesemua ahli keluarga mangsa yang terkorban..tidak mudah menerima keperitan rasa satu kehilangan tapi kematian itu sesuatu yang pasti. Semoga sejahteralah di sana....  

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya 2014




Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog saya.
Mintak maaf kalau ada komen atau tulisan yang menyakitkan hati.
Moga ada rezeki umur yang panjang untuk saya tulis selepas raya.
Tahun ini saya sekeluarga masih beraya di Perak walaupun emak dah takde.
Sedihnya rasa hati, Allah saje yang Maha Mengetahui.
Raya tahun ni genap-genap 100 hari pemergian arwah emak.
Yang balik kampung, hati-hati di jalanraya ye.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Friday, July 18, 2014

#MH17 ... Tragedi yang tragis...


Allahuakbar...bila mana aje tahu pasal MH17 pagi tadi..Allah...tak tergambar dengan kata-kata. Pedihnyaaa....lukanya rasa. Hilang lagi nyawa. Palestin, Syria...arhhh...episod luka lagi lagi lagi dan lagi..Kenapa Malaysia Airlines? Kenapa Malaysia? Terasa susah nak cerap dan hadam semua teori dan andaian...Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

Terus teringat arwah mak. Masa MH370 hilang dalam bulan Mac, arwah mak admitted di Hospital Sungai Siput. Masa dalam wad hari-hari dok tanya "Dah jumpa dah?" "Dah jumpa dah ke?"..Arwah mak orangnya walaupun dah uzur, tak sekolah tinggi tapi sangat hebat tentang berita-berita terkini. Kalaulah mak masih hidup sampai sekarang, mesti mak pun sedih kalau tahu pasal MH17.

Alfatihah..takziah untuk semua keluarga mangsa. Anda insan terpilih, diuji Allah dengan ujian kehilangan sebegitu rupa. Besar hikmahnya.

Damai dan tenanglah wahai roh-roh yang telah dijemput Allah. Moga tenang dalam kesenangan dan jauh dari segala azab di alam sana. Ajal menjemput dalam pelbagai keadaan. Moga kita beroleh husnul qotimah. Pengakhiran dalam kemanisan iman...aminnn...

90 hari pemergian arwah emak. Alfatihah...rindu...

Friday, June 27, 2014

Selamat berpuasa...



Lahaiii...lamanya saya tak update entri terbaru.

Hari ni dah masuk hari ke 69 arwah emak kembali ke rahmatullah.

Sekejapppp je masa berlalu.

Dah nak masuk Ramadhan lagi..

Rindu sedih masih bertamu dalam hati.

Selamat berpuasa kepada semua sahabat blog saya...

Mohon diberkati sepanjang bulan Ramadhan..

Dapat beribadat sepenuhnya...

Dapat khatam Al Quran paling kurang sekali.

Sedekah yang mana termampu..

Jangan puasa yang yok ye...

nanti kita share2 menu resepi bukak pose ye!

Wednesday, April 30, 2014

20 April yang tidak akan pernah dilupakan...Al Fatihah


Sahabat semua, dukacitanya 20 April lepas saya telah kehilangan ibu saya yang tercinta buat selama-lamanya.

Allahyarhamah ibu saya terlantar sakit dan tidak sedarkan diri di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh selama 5 hari daripada hari Rabu (16 April) hingga Ahad (20 April), hari beliau menghembuskan nafas yang terakhir - 18 tahun setelah kami kehilangan arwah abah dulu.

Pelbagai komplikasi organ dalaman termasuk severe pneumonia (jangkitan kuman di paru-paru), kerosakan buah pinggang dan kebengkakan usus dikatakan punca kesemua fungsi organ merosot dan darah terjangkit kuman.

Doktor dari masa ke semasa telah memberi nasihat kepada kami adik beradik tentang perubatan dan prosedur terbaik memandangkan kami tidak boleh menyerah kepada takdir semata.

Pagi 20 April itu, airmata setiap daripada kami - saya, 5 kakak-kakak dan 5 abang-abang saya dan saudara lain mengiringi setiap baris kata pakar yang merawat. Kami semua faham segala bantuan perubatan hanyalah antara usaha kita sebagai manusia kerdil yang tak punya apa-apa kuasa - menyambung setiap nafas ibunda tercinta. Dan dalam kesedihan, setiap daripada kami sedar dan tahu arwah sangat-sangat tenat dan diambang sakaratul maut.

Syukur kami diberi lebih masa oleh Allah untuk bersama membaca surah Yasin dan ayat suci alQuran serta menghantar kalimah di telinga arwah tanpa henti. Membisikkan di telinganya ampun dan maaf atas semua dosa kesalahan yang saya telah lakukan kepadanya yang mengguris hati dan mohon dihalalkan setiap titis air susu dan segala makan dan minum..

Namun di pengakhirannya, kuasa Allah mengatasi segalanya.  Petang 20 April itu, ibu saya kembali ke rahmatullah dengan tenang, diiringi hujan yang membasahi bumi. Terasa terlampau kerdil jika dibandingkan dengan kuasa dan perancangan Allah. Terasa lemah lutut dan badan bila mana tangan saya menyentuh tangan dan tubuh arwah yang semakin menyejuk dan kaku.

Memandikan dan mengkafankan jenazah ibunda dengan pakaian terakhir untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta. Mengucup arwah kali terakhir - arghh, sedihnya saat itu...mengenangkan itulah peluang terakhir yang Allah berikan untuk menatap dan menyentuh wajah tulus ibunda di dunia...

Maka, terputuslah sudah berkat dan doa ibu dan hilanglah satu daripada syurga dunia saya. Telah ditarik Allah nikmat kami beroleh pahala percuma dengan hanya bersua muka dengan ibunda di dunia ini. Hanya doa dan sedekah bacaan al Quran yang mampu saya titipkan kepada ibunda saya yang tercinta.

Sedih teramat sangat dengan kehilangan kali kedua ini. Namun begitu saya sedar sedih saya tidak dapat mengembalikan ibu saya. Dalam saya redha dengan kehilangan ini, ada semua perasaan sedih, perit, sebak, sunyi, sepi yang saya rasai. Tak tahan rasanya menanggung perasaan teringat-ingat badan emak yang lebam-lebam dan sentakan badan emak masa ubat dimasukkan doktor.    

Kenangan terakhir kali bermain-main segar dalam kotak fikiran saya - setiap senyuman, ketawa arwah setiap kali melihat keletah Ahmad dan Arissa. Sesungguhnya saya bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami hati ibu tua saya ini - setiap Hari Raya pertama selama 5 tahun perkahwinan kami dan cuti sekolah dihabiskan di kampung Kuala Kangsar. Maka kenangan terakhir ketika cuti sekolah bulan Mac masih segar dalam ingatan saya - bawa beliau ke Jusco Ipoh bershopping, makan-makan dan masak makanan kegemarannya.

Ahmad sangat memahami opah sudah tiada - bersedih dan tidak mahu bercakap dengan orang lain ketika jenazah di depan mata. Arissa, saya pun tak pasti betul-betul memahami atau hanya mengikut si abang. Gambar-gambar kenangan arwah akan disimpan rapi buat tatapan Ahmad dan Arissa bila mereka besar nanti.

Andai ibu dan bapa kalian masih hidup, jangan sesekali mengabaikan mereka. Layanilah mereka dengan penuh kasih dan sayang sebagaimana mereka membesarkan kita dengan kasih sayang mereka yang tiada tolok bandingnya. Nilai pahala yang tidak terkira melayani mereka selagi mereka masih hidup. Tiada yang dapat menggantikan kasih sayang seorang ibu, sangat lembut, penuh kasih, mengambil berat.. semuanya... 

Di tulisan kali ini  saya mohon sahabat semua doakan kesejahteraan roh allahyarhamah emak dan allahyarham abah saya. Moga Allah tempatkan roh mereka di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dilapangkan dan diluaskan kubur mereka, diampunkan segala dosa, dijauhkan daripada segala azab seksaan. Doakan yang baik-baik hanya untuk roh mereka.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Emak, abah, insyaAllah dengan keizinanNya kita akan bertemu semula satu hari nanti di alam abadi. 

Alfatihah.

Dalam kenangan dan ingatan
HAJJAH ROKAYAH @ RAKAYAH BINTI ZAINAL ABIDIN
(13 Nov 1938 - 20 Apr 2014)

Wednesday, April 02, 2014

Hari pertama Ahmad sekolah...







Amboihhh..dah setengah tahun baru nak citer kisah anak masuk sekolah....kehkeh
First day sekolah...fuhhh...memang akan diingatila..
Mengamuk sakan...sampai teacher terpaksa kuarantin nanti terjangkit kat budak lain..
Bagai nak tercabut tudung mak jemah!!
Butang baju babah dia pun dah tercabut dah..
Anak sape la niiiii...takut sangat pergi sekolah ni?? Cepat ngakuuu..kihkihkih
Maklumlah, memang duduk rumah opah je, mana ada kawan lain selain Iecha.


Sekarang ni dah 4 bulan pergi sekolah, ok sket la.
Dah nampak perubahan positif..suka sangat dia dengan nombor.
Setakat ni dia boleh kenal nombor dah.
Dah boleh sebut fully in English. Lagipun nombor kan repetitious.
Huruf rumi jawi dan Iqra' pun dah boleh la sket2 ikut mood dia.


Harap positif sampai bila-bila...insyaAllah...
Tak harap dia akan jadi straight As scorer pun, jauh lagi masa depan dia..
cuma sebab kita ni kerja tak boleh la nak ngajar akademik sepenuh masa pada dia. 
Tapi sampai sekarang ni pun nak pegi sekolah tu ada liat sket la.
"Abam penattt" "Abam pening.." "School gelap cuti.."...Ayat stended...
Doakan yang terbaik je untuk Ahmad..


Salam Rabu... 

Tuesday, March 25, 2014

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali... Remembering MH370


Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam kesedihan yang mendalam mengesahkan penerbangan MH370 telah berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi di mana tiada kawasan pendaratan yang mustahil berdasarkan siasatan badan penyiasat kes-kes kemalangan penerbangan.

Boleh dikatakan andaian adalah MH370 terhempas di Lautan Hindi. Sedih..walaupun takde saudara atau kenalan yang menjadi kru atau penumpang, tapi kesedihannya bukan kepalang. Masih menantikan sidang media terkini berkenaan dengan serpihan-serpihan yang dijumpai oleh pihak berkuasa Australia.  

Remembering MH370, semoga seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan. Salam takziah.
: ( 

Juga berita sedih pejuang Ikhwanul Muslimin penyokong bekas presiden Morsi seramai 529 orang dihukum mati. Sedihnya mengenangkan macamana sesama Muslim jadi macam tu..

Truly heartbreaking...

: (

Wednesday, March 19, 2014

Errrr...bila la agaknya nak penuh?



 










Ini tabung Legoland Ahmad.
Hari-hari isi.
Hari-hari kira..
Cukup bulan harap boleh pergi...
Kikiki...

Wednesday, March 12, 2014

Kelam kelibut...




Pagi tadi ntah macamana, sekali boleh terlewat bangun daa...

Malam semalam kan ke celebrate besday dak Iecha.

Makan nasi beriani, gamaknya kenyang sangat ke apa...

Pagi tadi rasa terbang sana sini dah...

Encik Husband pun dah bawak kereta macam kat litar F1 je...

Maklumlah, dia dah terlewat nak pergi sekolah.

Dalam kereta ke ofis : "Babah, macamana ni mama was-was la pulak betul-betul tutup api gas ke tidak tadi..."

"Ala, takpela. Rumah kita ada insurans kan.."

Huwaaaa.....

(En Husband dah balik. Harap takde kejadian buruk yang jadi..aminn)

===============================================================

MH370 masih hilang.

Kita teruskan berdoa dan berdoa.

Hoping for miracle..

Tuesday, March 11, 2014

Happy 2nd Birthday Sayangku Arissa Rifhana















11 Mac 2014
Hari ni 2nd birthday Iecha..
Doa kan anak saya ni jadi anak solehah...
Terhindar daripada segala bala bencana..
Terlindung daripada kejahatan dunia...
Berjaya di dunia dan akhirat...
Lembutkan hati, teguhkan iman dalam dirinya...
Moga dalam lindungan Allah sentiasa....

=====================================================

Hari ke 4 misteri kehilangan pesawat MH370
Sedih dan sayu walaupun tiada saudara atau kenalan di dalam penerbangan tu..
Doa kami bersama kalian semua..
Harapan dan doa semoga semuanya selamat...
Moga Allah bukakan petunjuk...



Wednesday, February 19, 2014

Aummm cakkk..!!



hehehe...amboih takde salam hape..

terus terjah je...

Assalamualaikum semua...

Harapnya semua sihat2 aje...

Lamanya tak update kan.

Saya ok. Anak-anak pun ok.

Cuma busy aje sejak menjak ni.

Lepas tu kering idea dah nak tulis apa lagi...

Bak kata kawan saya, "eh, pasal apa tetiba ko jadi pemalu ni??"

Hehehe...

Selamat Rabu..

Friday, January 03, 2014

Tetiba dah ada azam tahun baru!!



Aritu kata takde azam tahun baru.
Tup-tup muncul pulak azam ni..
Kenapa? kenapa? Why? Why?
.
.
.
.
Sebab orang asyik tegur "Pregnant ke??"
Oh...tidakkkk!!! Oh maiii...soalan tak menjaga hati langsung tau..haha
Ni kalau ramai-ramai berjemaah tanya memang kompem nampak sangat perut ni muncit ya amat!!
.
.
.
.
So, sekarang dah jadi confused pulak.
Samada azam nak KURUSKAN BADAN - hilangkan perut muncit
ATAU terus je PREGNANT supaya dapat cover perut muncit ni..
Karang kalau dah kurus tetiba ada rezeki peknen camne?
Gomok balik dak mok ni..
Tapi kedua-duanya melibatkan usaha ni..
Takpe..takpe...usaha tangga kejayaan!
Chaiyokkk!!