Friday, August 22, 2014

Tenanglah wahai roh-roh yang telah dijemput Tuhan... Remembering MH17...


"Wahai roh yang telah dijemput Tuhan, tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul
di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai roh yang telah dijemput Tuhan, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.



Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin."


 
Mengenang mangsa saudara seIslam MH17, yang telah dijemput Allah. Tenanglah kalian di alam barzakh hingga saat dihidupkan semula. Sungguh aku sendiri belum bersedia dijemput lagi wahai saudaraku. Dosa menggunung tinggi sedang amal  jariah rasanya hanya boleh dibilang dengan jari..aduhh..tenanglah kalian di sana..



Salam takziah buat kesemua ahli keluarga mangsa yang terkorban..tidak mudah menerima keperitan rasa satu kehilangan tapi kematian itu sesuatu yang pasti. Semoga sejahteralah di sana....  

22 comments:

AtieYusof said...

Salam Takziah pada semua keluarga mangsa..moga sabar & redha.. ya Allah! memang sedih... :(

Tie HT said...

semuga segala urusan dipermudahkan
inna Lillahi wainna ilaihi rojiun

LYAfrina said...

al-fatihah..
mmg sedih n sebak sgt tgk siaran kt tv.. moga semua roh b'agama islam dicucuri rahmayNya..

semoga jenazah lain pon selamat dibawa pulang

Cik Nor said...

turut simpati walau tak kenal siapa mereka. semoga keluarga yg terlibat tabah

Kakzakie Purvit said...

Itulah ketentuan yg telah Allah tuliskan buat mereka Amie. Kita hanya mampu mendoakan mereka. Sekurang-kurangnya berjuta rakyat mendoakan berbanding kita kelak entah bagaimana...

Moga roh mereka dicucuri rahmat Allah..

Fiza Rahman said...

Inna Lillahi wainna ilaihi rojiun. Sedih sangat. Takziah buat keluarga mangsa yg terlibat.

AtieYusof said...

Salam singgah melawat Mira..:)

Unknown said...

alfatihah untuk mereka

Wak Lat said...

Salam. Hee alfatihah.

Red Linda said...

sedih bila tiap2 kali terdengar berita pasal ni...

AtieYusof said...

Singgah lawat Mira :)

AtieYusof said...

Salam singgah Rabu Mira... :)

aizamia3 said...

Moga keluarga mangsa tabah dalam menghadapi ujian dariNYA.

AtieYusof said...

Melawat Tuan Tanah di pagi Khamis...:)

AtieYusof said...

AssaLamualaikum..
Salam Jumaat tuan rumah.. :)

AtieYusof said...

Singgah melawat tuan tanah...hehe

AtieYusof said...

Salam Jumaat:)

AtieYusof said...

Assalamualaikum Tuan Tanah?? bila nak ber entry baru ni..hihihi

AtieYusof said...

singgah lagi..jalan2...:)

AtieYusof said...

Singgah lagi...hihi

AtieYusof said...

melawat..:)

AtieYusof said...

Salam Jumaat :)