Tuesday, March 25, 2014

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali... Remembering MH370


Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam kesedihan yang mendalam mengesahkan penerbangan MH370 telah berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi di mana tiada kawasan pendaratan yang mustahil berdasarkan siasatan badan penyiasat kes-kes kemalangan penerbangan.

Boleh dikatakan andaian adalah MH370 terhempas di Lautan Hindi. Sedih..walaupun takde saudara atau kenalan yang menjadi kru atau penumpang, tapi kesedihannya bukan kepalang. Masih menantikan sidang media terkini berkenaan dengan serpihan-serpihan yang dijumpai oleh pihak berkuasa Australia.  

Remembering MH370, semoga seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan. Salam takziah.
: ( 

Juga berita sedih pejuang Ikhwanul Muslimin penyokong bekas presiden Morsi seramai 529 orang dihukum mati. Sedihnya mengenangkan macamana sesama Muslim jadi macam tu..

Truly heartbreaking...

: (

9 comments:

Kakzakie said...

Allah juga yg tahu Amie. Kita ni tak ada apa semuanya milik DIA.

Doakan penyokong Ikhwanul Muslimin yg akan dihukum mati itu Amie. Sedih berganda-ganda kerana perjuangan mereka terkandas...

Fiza Rahman said...

Al-fatihah & RIP buat penumpang & anak kapal.

Kesedihan berganda juga bila dgr pasal penyokong ikhwanul Muslimin.

D.Shahril Hakime said...

Moga2 deme ditempatkan dalam golongan oghang yang beriman.... Amin.... sedih..... tapi kita kena redho dan terima ketentuan Nya...

aTieYusof Family said...

Memang menyedihkan kesudahan nya.. takziah pada semua keluarga mangsa..moga mrk diberikan kesabaran yg tinggi...:(

Cho Zila said...

yer berbalik juga kembali kepada Qada dan Qadar.. semoga kita terus menjadi rakyat Malaysia yang menyayangi negaranya... ada hikmah yang tersembunyi yang ALlah tunjukkan...
Hanya ALlah yang maha mengetahuinyerkan... janganlah kita menambahkan sedih yang sedia ada kepada keluarga mangsa....

Azian Elias said...

tak tau nak kata apa2.. may them RIP.

Syigim said...

kita yg jauh ni pun sedih, inikan pulak ayah ibu isteri anak yg kehilangan org2 tersayang. xtrbayang. mmg nak nangis kalau terkenang. moga Allah beri kekuatan pd yg masih tinggal ni, beri petunjuk pada team SAR utk jumpa serpihan & memberkati roh2 penumpang & krew yg beragama Islam. amin.

aTieYusof Family said...

Salam Singgah Jumaat Mira :)

aizamia3 said...

Bertahanlah buat semua yang terlibat dalam operasi SAR dan bertabahlah buat semua keluarga mangsa.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua..