Friday, May 27, 2011

Route to Kuala Kangsar..

Weekend ni dalam hati ada taman.

Sebab-sebab :

  • Balik kampung jumpa emak. Tengah fikir nak bawak makanan apa untuk mak. Burger Mekdi ok tak? heh..

  • Pergi kenduri kawen kawan kat Sungai Siput, dapat makan nasik minyak dengan ayam masak merah. Pastu dapat bunga telur, buat koleksi. Rasanya dah lama tak pergi kenduri kawen kawan-kawan. Menandakan umur kami2 ni memang dah melepasi tahap merah - BAHAYA..!! heh

  • Gila kentang teringin nak makan laksa Kuala Kangsar. Biar apa pun tohmahan yang diberikan oleh orang-orang yang dengki, namun laksa Pak Ngah Kuala Kangsar tetap di hati. Oit oit, ada ke kata kuah dia macam air paip kaler keruh? Main kasar ni..hehe..eh, eh, TERderhaka pulak pada encik somi..

  • selamat hujung minggu...



A.A.K

Saya yang telah merasakan diri sangat up to date rupa-rupanya adalah sedikit ketinggalan dalam terma-terma yang sangat trend sekarang ni...heh..Memula staff kat opis ni sibuk sebut AAK...AAK, saya yang sangat innesen ini sumpah tak paham. Saya tanya diorang, apa kebenda nya tu. Rupa-rupanya abbreviation untuk ADA AKU KISAH..??!! hahaha...


Tetiba terus gelak macam syaitonnirrajim. Tau tak sebab apa? Sebab AAK tu initial namaku yang sweet itu. Iyela, kat mana-mana rujukan file saya, haruslah ada AAK kan. Kat punch card AAK, kat password itu ini pun AAK.


Cis..cis..cis..mati-mati ingat diaorang panggil saya. First time diorang sebut-sebut tu, ada ke patut saya jawab. hahaha..ngok je sape yang cipta abbreviation ni sama dengan initial nama aku. Nama saya telah diperkotak-katikkan..huhu...


Bukan apa, malam ni kan ke ada Maharaja Lawak minggu ke sembilan. Teringat Nabil  minggu lepas cerita pasal abbreviation yang gelemer sekarang ni. Maklumla, zaman teknologi Facebook, iPad, iPhone, Twitter bagai. Boleh pulak saya gelak dah macam syaitonirrajim bila tengok Nabil sebut "whateverrrrr.." gaya Kim Kardashian. Over tau tak. Abis ilmu terbang semua. Tapi kan  maksud ROTFL..apa lagi ek..cuma tau "Rolling on the Floor Laughing..." yang belen tu taktau..


Saya rasa Nabil dan Balas dalam kedudukan bahaya minggu ni...jeng jeng jeng. Tapi mungkin Balas yang keluar sebab rasanya lawak dorang dah tak berapa nak lawak kecuali tang 18SX tu jela. Takpela Bang Bil, saya tetap menyokong Bang Bil walaupun Bang Bil tewas di pertempuran. Mana aci..sebab Nabil seorang je. Lain la peserta berkumpulan. Masing-masing ada back-up kan.


Tapi kalau Jozan atau Sepah yang menang ok jugak sebab dorang boleh tahan cool. Jambu pun antara favorite orang ramai. Tapi saya tak suka Jambu. Sebabnya saya tak paham motif kenapa Pak Yus selalu nak back hand kan Tokey atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Yang Nora Danish tu lawak memang lawak giler tapi seriously tak paham dengan ending dia. Nape dia marah-marah ek?? ...tolong explain..Lampi jugak aku rupanya..hehe..


Sepah last week memang terbaik la. Harap malam ni best-best. Kalau tak best, lepas abis je Maharaja Lawak, terus buang Mustika..heh


Yes yes...berjaya jugak buat satu entri merepek untuk hari ni..hehe....



Thursday, May 26, 2011

Punca Kegemukan Telah Dapat Dikesan!!



Laa....patutla tak kurus-kurus walaupun dah berangan nak kurus.








Ambil banyak-banyak buat stok memang buruk perangai..hehe




Penuh stok makanan dalam drawer rupanya.. menjadi pujaan di kala stress...heh..


Mungkinkah PERLU lebih kuatkan azam kali ini?


Sangat busy minggu ini dan minggu depan..Tapi insyaAllah tak akan miss blogwalking dan mengomen di blog kalian semua.. : P

Wednesday, May 25, 2011

Tolong tolong bagi pendapat, ini kecuaian atau takdir?


Rasanya korang semua dah baca di akhbar-akhbar semalam yang ada melaporkan berkenaan dengan kematian seorang kanak-kanak 3 tahun yang disebabkan kelemasan dan kekurangan oksigen setelah ditinggalkan oleh bapanya dalam sebuah kereta di tengah panas sewaktu sedang tidur...


Mengenangkan betapa azabnya arwah menghadapi saat-saat kematian amat amatlah memilukan saya. Sedih membacanya.


Dan selalu juga dilaporkan kematian kanak-kanak yang digilis kenderaan ibubapa/saudara sendiri dihadapan rumah sendiri.


Khabarnya bapa budak 3 tahun tu akan didakwa di mahkamah atas sebab cuai menyebabkan kematian anaknya.


Bagi saya, tak dinafikan ini semua adalah takdir Allah dan mungkin kejadian ini 'didatangkan' dalam bentuk kecuaian bapanya/saudara yang berada di tempat kejadian. Kecuaian tetap ada di mana-mana sebab kita cuma manusia biasa, tapi kita boleh mengelakkannya kalau kita berhati-hati. 


Tolongla rakan-rakan pembaca yang budiman sekalian, tolonglah perhatikan anak-anak kecil anda semua. Macamana sekalipun, kita sebagai orang dewasa lah yang bertanggungjawab atas nyawa mereka. Selalu sangat tengok ibu bapa yang tinggalkan anak-anak yang sedang tidur untuk ke bank, ke kedai.


Pernah sekali di depan sebuah bank di Bukit Baru Melaka dan suami saya berada di tempat kejadian, 2 orang budak perempuan yang tertidur dalam kereta tak bangun-bangun walaupun bapanya ketuk cermin sekuat hati sebab pintu kereta berkunci dari dalam. Macam terpukau atau dah hampir kekurangan oksigen. Sehinggalah orang ramai angkat dan goncang kereta tu beramai-ramai semata-mata untuk menggerakkan anak-anak tu.


Pagi ini saya terbaca satu blog yang menceritakan kalaulah bapanya didakwa sekalipun, adakah ianya dapat merubah takdir? Macamana dengan nasib isteri dan anak-anak yang lain?


Pendapat saya, mungkin dakwaan ini akan dapat memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain ataupun bapa itu sendiri supaya jangan ambil mudah/remeh semua perkara walau dalam apa pun keadaan kecemasan anda. Bukankah itu salah satu tujuan undang-undang manusia dicipta?  As deterrent to others.


Teringat saya juga kes seakan sama bila pemandu van sekolah yang tak perasan ada seorang budak yang tertidur dan mati lemas dan heboh orang mengatakan sebagai kecuaian.


Please please share with me your opinion on this case. Would you consider it as negligence? Atau takdir dan ketentuan Allah?.  Pendapat anda mungkin berbeza. Jom kongsi


Tuesday, May 24, 2011

Lunch Treat..



Syukur. Mekasih. Sila-sila la belanja kami lagi ye. Terima kasih daun keladi, kalau boleh belanja la kami lagi walaupun banyak kalori, beratus mahupun beribu kali pun kami sudi...


Staff kata ada seorang pegawai bank yang belanja kami. Bukan saya seorang je. Satu opis bersamaan dengan 20 ++ orang..


Ermmm....tetiba jadi sangat curious sekarang..eh, opis aku ada lagi ke yang single and available? eh...eh...tetiba tak bersangka baik pulak..haha..tak senonoh!


Ngeeee...

Friday, May 20, 2011

Dah Mengundi di Pilihan Raya Susu Dutch Lady?









Ini duta-duta nya:

RED BEAN - ZIANA ZAIN
MOO MELON - AMBER CHIA
SWEET CORN - FAIZAL TAHIR
CARAMEL TOFFEE - MUHAMMAD ZAQUAN ADHA ke AIDIL ZAFUAN?



Dah mengundi?..

Saya semangat terlebih dah undi sebelum iklan keluar kat tv lagi.  Cemerlang tak? heh.. Kalau dah coffee - freak, sah-sah la pilih Dutch Lady Caramel Toffee kan. Apa-apa yang berkaitan dengan coffee hatta dekat-dekat dengan coffee pun mesti best. Percayalah...hehe


Tapi ahkak keciwa dik,...sebab duta dia Zaquan. Dah mantop dah kira ok la tu, tapi bila keluar suara je, er..er...er..korang dengar la sendiri. hahaha..


Kalau iklan keluar awal, mesti vote Dutch Lady Sweet Corn untuk abang Pezal, pojaanku..haha..ngok, boleh pulak berpaling tadah pilih jagung..


Undi jangan tak undi..



Kasut Baru Ahmad vs. Selipar Mama




Beli kasut baru si kecik lagi. Maklumla, kanak-kanak riang ria cepat membesar kan. Kena tukar jela sentiasa. Lepas ahli jemaah berbincang secara aman tanpa ada usul gencatan senjata, kami decide untuk beli kasut Adidas dengan Kiki Lala ni.. 
 
















Kasut Ahmad dah banyak dah sejak beliau boleh berjalan sendiri. Rasanya ada lagi 4 pasang not in the picture. Berterabur sana sini. Dalam bonet kete, dalam playpen, dekat dapur, dalam handbag mama pun adaaa..


Yang paling mahal kasut COMBI kut. Ada jugak yang tak pakai lagi dah tak muat. Murah-murah je pun. Ada yang babah nya beli sebelum Ahmad keluar dari perut lagi..hah, excited tak excited tu..!!





Tapi sebenarnya berkenan sungguh dengan kasut Hubsche and Ginoble ni...boleh beli online kat www.thebabyloft.com. Tapi takut juga nak beli kasut online. Takpela, pasni boleh je beli.
 

 Ginoble: CFB022 ( Beige )
Ginoble: CFB023 ( Royal )
 Hubsche:CFB004( Red)
Cantik kan? Cantik kan? Sape la yang boleh tolong belikan kat KL. Maklumla, kat Melaka susah nak cari sikit barang-barang macam ni.





Mama? selipar je..sob sob sob....Cantik la jugakkk...errrmm...*sedapkan hati*..




Pagi Jumaat Yang Berangin

Pagi Jumaat dimulakan dengan bangun lambat pukul 6.30 pagi. Mengaji-ngaji kat tibi dah nak habis dah. Mana sempat nak keluar rumah sebelum pukul 7!!!. Nak masak lauk Ahmad, nak mandi, nak solat Subuh, nak iron baju, nak letak baju dalam beg lagi, nak basuh pinggan semalam, basuh botol susu,...grrrr...


Seterusnya pagi Jumaat dimulakan dengan tudung berlubang kena iron...waaaa...satu-satunya tudung murah yang masih nampak mahal telah musnah...waaa...tragis...amik tudung yang tak perlu iron..herot-herot kat kepala..gasakkk...dah rupa acik senah dah.....pastu dah on the way, baru teringat suis iron dah tutup ke belum...ah, sudah! grrrr...


Pagi Jumaat yang mulia ini juga dimulakan dengan kasut yang basah tadah air air-cond kat luar rumah..benci! Dah berapa hari air bertakung dalam tu. Silap-silap ada jentik-jentik. Masa balik dari kerja asyik lupa nak jenguk khabar berita kasut tu. Nampaknya khabar buruk la tu..grrr tension! Apa lagi, terus zasss sarung selipar jamban. Nasib baik ada spare kasut kat opis..grrrrrrr...




Inilah satu-satunya pagi Jumaat yang mempunyai permulaan yang sangat menensionkan...!!! Inilah benda yang akan terjadi kalau tido awal. grrrr....Mana sempat nak iron baju semua. Kena iron baju sebelum tidur. 


Nasib baik selipar jamban seperti dalam gambar di atas tidak menjejaskan kecunnan..haha..over.


Hai semua..selamat hari Jumaat!!.. Jangan gelojoh, anda ada lagi belen 7 jam 41 minit waktu bekerja... : P



Wednesday, May 18, 2011

Aku Masih Di Sini...

Ye, saya masih di sini. Menghadap laptop hakmilik opis dari pukul 7.45 pagi sampai 6.30/45 petang. Saya setia mengomen blog-blog seperti biasa tapi curang untuk mengupdate blog sendiri. Tapi kalau sekali tebiat update, panjang lebor..silalah baca sampai habis kalau rajin ye..heh




Terima kasih banyak-banyak untuk kawan-kawan blogger di alam maya yang sudi mendoakan supaya emak saya kembali sembuh. Saya berdoa pada Allah moga jasa baik kalian diberikan kebaikan oleh Allah sebab itu je yang saya mampu buat. Terima kasih pada Ayu sebab sudi telefon saya bertanyakan khabar emak.

  
Syukur Alhamdulilah, kesakitan emak saya nampaknya dah semakin berkurangan, -- dapat didudukkan di wheelchair dan diangkat ke toilet. Tak menjerit-jerit sakit macam mula-mula. Syukur, mungkin Allah dorongkan kami pergi rawatan alternatif supaya emak tak lebih sakit kalau buat operation masukkan besi. Tapi tak boleh angkat selalu. Minggu ni insyaAllah balik lagi ke Kuala Kangsar. Kami adik beradik kena buat jadual balik kampung supaya emak tak sunyi sangat.


Harini terasa sangatlah boring....



Kalau kat opis minum air kosong mestilah haloba. Kadangkala, jug berserta dengan air di dalamnya hanyalah dijadikan sebagai perhiasan dalaman semata-mata. Interior design omputih kata. "Surpriseee..!" Eric Leong yang kata. Jug air masa pregnant dulu, Incik Husben yang bawa. Masa tu keromantikan terserlah lagi. Sekarang pun romantika di amour jugak tapi kurang sikit la...lalalala...


Percaya tak dulu sehari boleh abiskan sejug. Sampai kembung minum. Maklumlah, menjaga kesihatan. Sekarang ni selalunya separuh baki bawa ke bawah..heh


Rindu Ahmad demok yang dulu. Gambar masa umur 9/10 bulan. Sekarang anak saya dah selim. Boleh selongkar balik baju lama yang dia tak muat dulu. Kereta Ferrari merah sememangnya telah di park kat atas meja saya sejak tahun lepas masa saya busy -- angkut anak dan laki ke opis.

Mood saya sekarang sangatlah ke Laut Selat Melaka seperti yang disenaraikan di bawah ini:

  • mood nak pergi bercuti. Tak sabar nak tunggu hujung bulan merangkap cuti sekolah se-Malaysia a.k.a musim orang kahwin. Nak pergi berjalan jauh sikit kali ni. Harap Ahmad tak meragam. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami. Amin.

  • mood nak jadi orang kaya. Boleh di kata kan mood verangan la. Tak payah kerja, bawak mak datang Melaka, ambik maid Indonesia atau Kemboja. Duduk kat depan tivi sambil makan biskut Hup Seng cap Ping Pong cecah kopi O cap Aik Cheong togeder-geder dengan mak sambil tengok Mari Mar yang tak habis-habis lagi sampai sekarang.

  • mood nak kurus. Cuti Hari Wesak pergi Tesco jumpa satu booth pusat kecantikan a.k.a pelangsingan badan. Incik Husben yang pergi dekat dengan booth tu dan tanya macam-macam. Taktau la dia tak sedar ke buat-buat tak sedar slimming centre tu hanya untuk FEMALE CUSTOMER. Jadi, sentap sendiri, jangan-jangan Incik Husben ada niat macam Abang Jem/Salih Yaakob dalam masa terdekat? Ho ho ho..kedudukan ahkak tergugat. Amoi tu tanya "Anak berapa tahun? Ada stretch mark?" Saya angguk jujur. Amoi tu balas "euwww". Keji tau tak muka dia masa tu. Tak menjaga hati langsung..sebagai balasan kekejaman tersebut, tak jadi beli voucher dia....hahaha..padan muka..sungguh saya tak percaya benda-benda alah ni. Jadi kami beli beskal untuk workout kat Gintell..yes yes..aku kurus!! semangat! semangat! 

  • mood nak kurus. Eh, haloba banyak kali nak kurus? heh...gasakkk..sebab BMI dan ideal weight jauh panggang dari api. Dah lama tak naik mesin penimbang berat badan, boleh pulak orang yang lalu lalang tu buat muka "Eh, rosak nantiiii mesin tu.." Grrr...saya salahkan Incik Husben yang telah mendorong ke arah kegemukan saya sebab suka suruh saya masak kat rumah. Yela, saya masak sedap kan..haha..Kalau makan kat kedai, malu sket kalau buat perangai melahap..*alasan cliche* heh

  • mood whatever. Malas nak fikir pasal kerja dah sebab rasanya otak dah lama tak bergerak. Terasa macam makan gaji buta sebab datang opis semata-mata -- bukak fesbuk, bukak blogspot, blogwalking, kerja kadang-kadang je ada. Rasanya bos dah makin melupakan diriku ini sebab bos buat marketing dan meninggalkan diriku ini keseorangan..sob sob sob..ada tak macam kisah "Aku Sebatang Pen" atau "Aku Sehelai Baju"?? Time tak busy, bising takde kerja, time busy, bising banyak kerja. Iye, sayalah manusia yang suka komplen itu.

  • mood nak tengok Akademi Fantasia minggu ni..haha..kejadah apanya tetiba minggu lepas TERtengok AF9 sensorang. Sebelum ni tak pernah pulak nak tengok. Kesimpulannya dari tontonan penuh minat minggu lepas, first, Pak Nil dah nampak tua. Iye, selalu nampak dia macam samaaa je tetiap tahun. Kedua, saya suka Kak Ogy..sebab dia "ada aku kesah" pada orang yang boo boo kat dia..haha..aku suka..aku suka..ketiga, apa kehal nya pentas nya cenonit sangat. Rasanya ada yang dah terpijak peminat-peminat kat bawah tu. Oit, ni sape punya idea letak peminat-peminat macam tu? kalau pakai mini skirt tak ke boleh skodeng bulu kaki..ish ish ish..Amerika sungguh Amerika sungguh. Keempat, saya macam "ape kes bebudak ni semua nak sangat jadi artis? Yang tak menang, yang tu la yang gelemer. Baik korang takyah menang" Beria salam peluk cium padehal semua orang pun tau lepas abis konsert boleh jumpa balik. Babai je sudah la...haha..aku emo pulak.


 Ok. Dah melalut. Petanda baik saya akan update entri baru esok.. : P

Wednesday, May 11, 2011

Emak saya ditimpa musibah di hari ibu..

Salam semua.


Saya baru tiba di Melaka dari kampung saya di Kuala Kangsar, Perak pukul 1 pagi tadi. Emak saya terjatuh di luar rumah dan patah tulang pinggul malam 8 haribulan. Langsung tak boleh nak duduk, mengiring pun tak boleh.


Kami adik beradik berkampung di Hospital Besar Raja Perempuan Bainun, Ipoh hari Isnin dan semalam. Dah lama tak datang ke situ sejak emak saya sakit batu karang tahun 1990an dulu. Dah uzur sangat dah hospital besar ni. Sibuk pulak tu. Tapi berada di hospital memang menginsafkan dan mengingatkan kita yang kita ni makin dekat dengan KEMATIAN.


Lepas bincang, kami decide nak bawak emak pergi berubat alternatif dulu. Sebab doktor pun tak decide nak buat macamana lagi sebab emak saya ada diabetis dan hypertension. Darah tinggi naik sampai 200++.


Nak kena buat major operation sampai 4-5 jam untuk masukkan besi, tapi rasanya emak saya tak dapat bertahan. Umur pun dah 70 lebih, jadi mestilah daya ketahanan pun kurang. Doktor pun takut besi yang dimasukkan akan beri infection lain pulak. Tambah pulak doktor pun ada kata kemungkinan mak saya tak boleh berjalan semula walaupun lepas buat operation.


Takkan nak biarkan emak sampai berbulan-bulan kat hospital pulak. Jadi kita cuba rawatan lain dulu. Lepas ni, kalau tak okay juga, kami akan bawa emak ke hospital semula. Saya pun pernah ada pengalaman patah kaki, memang sakit sangat-sangat.


Kesian pada emak saya. Sedih tengok keadaan dia. Emak saya memang pernah kena strok sebelah badan kiri. Kaki kiri memang tak kuat. Sekarang patah pulak. Kalau baring lama-lama takut belakang badan pulak yang dapat jangkitan lain. Harap lepas berubat kampung sekurang-kurangnya emak saya dapat duduk macam biasa.


Tolong doakan emak saya kembali sihat macam biasa ye. Yang masih ada emak, jagalah perasaan emak kita. Saya dah hilang abah saya masa saya masih tingkatan 3. Kalau rasa-rasa nak melawan kata mak ayah kita tu, kenang-kenangkan lah kesusahan mak ayah kita dan letakkan kita dalam keadaan mereka.


Kita pun tak nak anak-anak kita menderhaka pada kita kan? Walaupun tanpa hadiah Hari Ibu ke, saya yakin emak saya tahu kami 11 beradik sayang sangat pada emak dan nak dia sihat macam biasa....





Friday, May 06, 2011

Bila Kena Potong...

Hujung minggu lepas adalah hari tanpa siaran tv kami sekeluarga. Dah la Isnin tu cuti lagi. Yang menambah ketensenan adalah Incik husben kena pergi sekolah pulak hari Sabtu.

Mujur la jugak akhirnya hujung minggu jadi hari DVD sedunia. Maklumla, suami saya yang tersayang huk huk huk...terlupa nak bayar bil Astro. Mekasih la bang, kalau tidak susah kita nak tengok movie kan..?

Akibatnya:

1. dvd telah berjaya dibeli oleh Incik Suami secara berleluasa. Rasanya dekat-dekat 10 filem kut. Kebanyakannya adalah kartun. ehe. Aii..orang ada anak kecik, agaknya memang kena wan tu jus dengan anak nak tengok channel apa...ermm.

2. siang malam pagi petang, dvd je. Rumah kami sentiasa buka tv. Kalau tak, orang sebelah rumah boleh dengar apa yang kita cakap. Gamaknya batuk ke kentut pun boleh dengar jugak. Jadi, bagi tujuan mengelirukan jiran untuk mendengar suara-suara sumbang kami atau leteran-leteran manja, maka tv adalah wajib dibuka. Kadang tak tengok pun, saje nak memeriahkan suasana di aidilfitri orang kata.

3. peminat movie yang cute ni adalah sangat happy! hihi...


Filem yang kitorang tengok adalah......


Unstoppable Poster

Mak oi..cite ni gila best walaupun simple je. Cite keretapi je pun. Memula pandang rendah jugak la kat cerita ni. Bajet macam Thomas & friends je. Rupanya fitnah semata.

Tapi keretapi ni yang tak boleh berhenti la. Takde la secute Thomas & friends tu. Memang best. Baru la tau term-term orang kerja bidang keretapi ni. Contohnya, driver dia di panggil "Engineer", pembantu dia dipanggil "Conductor" dan kontena keretapi dipanggil "Car". Kami laki bini tengok 3 kali sampai lambat pergi kenduri kahwin..terlepas nasi minyak perantin baru..heh


Rio Poster

Kartun sudah semestinya. Best jugak Rio ni. Kelakar. Maklumla kartun. Tapi bahaya, burung pun pandai cemelot...ish ish ish..kena tutup mata Ahmad...yang ni rasanya setakat ni dah tengok hampir patploh kalila..tapi tak jemu pulak..tetiba je "bang, apsal ada scene ni?tak tengok pun tadi.." ...Terpaksaaa ulang tengok balik..heh..

Kartun adalah sangat banyak ye tuan puan. Tapi yang ulangnya ni je. Yang lagi 2 agak kurang menarik. Tajuk pun lupa..tengok sekali je...


Virus X Poster

Eh, tertido pulak...heh..cerita ni pasal  eksperimen virus baru. Rasa macam kesian nak tengok penderitaan saintis yang terpaksa jalani eksperimen tu. Cerita dia mengenai saintis yang dikurung dalam bilik ber CCTV dan diuji dengan virus ciptaan baru...walaupun dorang ni berlakon je, tapi sifat humanity saya sangat tinggi...jadi saya tengok skettt je...ish ish ish..


The Lost Tribe Poster

Yang ni tengok 2 kali. Sebab tensen gila muka "lost tribe" nya tak keluar-keluar. Nak jugak feeling-feeling takut..pastu terpeluk suami..hahaha..gilos..

Cerita ni pasal ada 2 couple dan seorang mamat yang tersadai kat satu pulau misteri lepas bot dorang tenggelam.

Rupanya ada the "Lost Tribe" kat pulau tu. Rupa dia macam raksasa. Ganas pulak tu tapi dalam hati ada taman jugak, sebab binatang ni tak bunuh heroin. Heroin tu la satu-satunya yang selamat dan berjaya keluar dari pulau tu. Tapi biasala, cerita macam ni pelakon dia tu je pun..



Horsemen Poster

Tengok sikit-sikit je cerita ni. Mula-mula je pun dah rasa macam tak berapa menarik. Memang bukan citarasa saya la ni. Tapi filem ni ada kaitan dengan agama Kristian.




Yang ni pun rasanya ulang tengok 3 kali kut. Honestly, takde la best mana pun. Tapi ceritanya santai dan simple je. Sesuai le kalau nak tengok petang-petang sambil makan cekodok pisang. Lakonan Remy Ishak dengan Maya Karin.

Cerita pasal Luna Latisha (Maya Karin) pengacara rancangan gosip larikan diri ke kampung  Kuntum (Faezah Elai) kat Kedah sebab buayafren dia, Ryan Hidayat (Jehan Miskin) main kayu tiga. Maka terjumpa dengan Atan (Remy) dan berputiklah bunga-bunga chenta...

Terer jugak si Remy Ishak ni cakap loghat utara. Tapi tergelak la juga tengok filem ni sebab banyak part-part scene sengal yang sangat obvious. hehehe.. 


Open Season Poster


Open Season dah pernah tengok kat Astro..jadi dah tau la apa sinopsis nya..



Eh, cerita ni tak tengok lagiii..hehe..sambung hujung minggu ni pulakkk...


Banyak kan? banyak kan? Hahaha..memang jadik satu kerja pulak mengadap DVD ni..baca buku ke lagi baik..pangggg..bagi kesedaran sivik sikit..hua hua hua...

Harusnya la hujung minggu ni dihabiskan dengan keluarga dan boleh buat macam-macam aktiviti..contoh?? ermmm...pergi kenduri kawen orang lain dan mengimbau kenangan kita dulu serta perasan macam pengantin baru..hihi

Selamat hujung minggu semua..semoga anda semua sihat sejahtera....


Car Boot Sale, Autocity Ayer Keroh Melaka

Pertama kali ke sini selepas lebih 2 tahun kompem jadi warga Melaka dan menderhaka pada Perak yang tercinta..uhuk uhuk..

Banner Car Boot Sale


Tapi bila ke sini, tengok-tengok cuma ada 5 peniaga je yang berniaga. Antara yang dijual, kek lapis Sarawak, mainan kanak-kanak, kain pasang, tudung dan baju wanita, aksesori/perhiasan. Ada lagi, tapi dah lupa.



 
apa la ni...orang nak tangkap gambar parking...

Dulu masa mula-mula dengar pasal Car Boot Sale ni terasa sangatla nak pergi. Maklumla dah terimejin macam car boot sale/ garage sale kat oversea gitu.

Ingat lagi, masa mula-mula perasmian Car Boot Sale ni, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka datang dan jual baju-baju beliau. Ramai yang datang waktu tu. Peniaga pun penuh. Segala benda ada jual. Masa tu saya rasa, OMG! -- oh, menarik gila!..Eh, jangan tersalah anggap, saya takde di tempat kejadian. Saya baca dalam suratkhabar je. heh...

Tapi bila pergi last week, kesiannya peniaga kat sini sebab tak ramai yang datang. Kalau dinilai dari segi harga sewa memang murah sangat-sangat. Bayaran sengget je pun. Dari pukul 9 pagi sampai 1 tengahari pulak tu. Lama jugak untuk harga yang murah sangat. Dulu, saya pun verangan nak kepoci jual menjual kat sini. Tapi tanakla bagitau apa yang saya nak juak, nanti korang gelak..heh

Dari segi kawasan, luas dan selesa. Kalau ramai-ramai rombongan Cik Kiah nak masuk pun rasanya masih ok. Tapi heran jugak kenapa tak ramai yang berminat nak berniaga. Rasanya, salah satu sebab peniaga kurang adalah kerana tak ramai orang yang datang.
Saya rasa nak bagi cadangan bernas la. ok, cadangan ditutup!
Pertamanya, kena perhebatkan lagi la promosi perkenalkan Car Boot Sale ni. Kalau duk letak banner tapi kat tempat-tempat yang tak strategik, orang pun tak nampak.

Lagi satu, bolehla iklankan kat dalam radio rasmi negeri Melaka, Melaka.fm. Selalula iklankan. Moga ramai yang datang nanti. Lagipun waktu hujung minggu bukan rakyat Melaka je yang ramai, orang luar pun ramai yang boleh datang.

Pastu kena la pastikan jalan ke kawasan Car Boot Sale ni segala papan tandanya ok dan dapat membantu. Haritu, nyaris saya *iye, saya lah orangnya yang telah dipaksa rela oleh incik suami untuk berlatih bawak kete kat situ* tak bertembung dengan kereta dari arah depan sebab saya pandai-pandai je guna one way. Tapi saya takde rasa bersalah pun sebab papan tanda yang mengelirukan! *awas, ini adalah satu alasan* Rasanya kalau yang tak biasa pergi ke kawasan sana boleh sesat jugak tu. Mungkin sebab terceruk sikit kawasannya, jadi agak kurangla sambutan..

Dan ada baiknya juga diadakan sesuatu yang lebih menarik perhatian orang ramai ke sini. Misalnya buat sesuatu aktiviti, contohnya macam karnival santai bersama keluarga kat area ni. Jadinya, orang ramai pun lebih tahu dan berminat nak ambik tau. Ke panggil artis ke buat persembahan...Bukan ke orang kita suka artis..uhuk uhuk terbatuk

Kalau tak berjaya juga...ermmmm boleh tak kalau dikatakan Car Boot Sale masih belum dapat diterima kat sini?


credit : http://ohmelaka.com
 

Thursday, May 05, 2011

Takut Tengok


Apsal sejak menjak ni saya rasa macam semacam je bila tengok muka-muka artis dalam paper ke majalah ke tv ke..baru sat tadi tengok gambar seorang penyanyi zaman dolu-dolu dengan anak dia. Macam takde beza pun.


Muka tegang, pipi lawa, muncung Angelina Jolie, muka flawless, jerawat tarak, lemak terkumpul pun yillek, body takleh nak komen, mata kalerful, hairdo perfect...yang lelaki pun tanak kalah jugak...


Adakah make up artist mereka terlampau terer sampai menjadikan muka dorang sebegitu? Atau mereka-mereka ini telah pun mendapat kan bantuan yang pakar? Apsal yang dah veteran pun lawa tegang semacam.


Ada yang sampai kena make up jadik tak lawa pulak dan...semata-mata nak membawa watak orang-orang yang tak lawa. Aishhh,...tak dapat terima kenyataan sungguh la...hihi..tapi bila tengok lama-lama macam "eh, ni betul ke ni"... ni dah ter over-dose CSI la ni..heh 


Dan semestinya mereka telah dikurniakan Allah rupa sebegitu cantik...moga dapatla  mereka memelihara kecantikan kurniaan Allah tu sebaiknya jugak..


Eh, ni takut tengok ke dengki..kalau lawa semulajadi nak la jugak dengki...hu hu hu..






Wednesday, May 04, 2011

Cabaran Masak Asam Pedas..

Dialog malam semalam :

"Abang nak makan apa malam ni? Nak masak ke takyah" --- ayat pancing nak makan luar..keh keh..

"Eh, abang rasa sepanjang 4 tahun kita kawen ni mama tak pernah masak asam pedas kan?"

Mula-mula dengar ayat tu, macam blur je. Tapi pastu...eh, eh, 4 tahun? Kahwin pun baru 2 tahun..adoiii..sentap mak. Adik-adik non yang nak kahwin dengan orang Melaka, silalah menuntut ilmu masak asam pedas ni..punyala banyak resepi dalam dunia yang fana ni, asam pedas jugakkk la yang dia mintak...grrrr...

Nampak sangat menipunyaaaa tak pernah masak asam pedas --- macam Usop Wilcha. Eleh, kacang je... 

Dulu masa awal-awal mengandung, menganggur pulak tu, memang rajin masak asam pedas. Tapi lama-lama macam tak suka nak masak asam pedas sebab rasa macam semacam pulak asam pedas aku nih.

Taktau la nape, mesti ada rasa pahit sikit. Ntah apa yang hangitnya ntah. Dah ikut dah resepi, siap timbang betul-betul lagi...Mesti ada orang sabotaj ni..*ayat takleh terima kenyataan*..huhu

Abis tu, dah katanya ada darah keturunan Tun Teja kan..Mana boleh dicabar kann..maka semalam jadilah....





Asam pedas ikan sardin cap *tuuut*..Jangan menilai dari segi rupa ek..hehe..Sebelah tu sayur sawi masak lemak, impot dari umah mak mentua..eh, kata menantu kesayangan kan..haha..

Sedap pulak rasanya asam pedas kali ni. Biasa sardin tin ni buat masak lemak cili padi atau kari. Yang ni sedap may be sebab saya letak belacan - lada hitam - lengkuas..

Persoalannya, adakah asam pedas ini sedap disebabkan ianya sardin dalam tin ATAU ianya adalah disebabkan bakat memasak terpendam?hahahampeh..

Yang penting...yes, yes...aku terer masak asam pedas...haha..


*sila jangan muntah baca entri syok sendiri ni ye..*