Friday, May 06, 2011

Bila Kena Potong...

Hujung minggu lepas adalah hari tanpa siaran tv kami sekeluarga. Dah la Isnin tu cuti lagi. Yang menambah ketensenan adalah Incik husben kena pergi sekolah pulak hari Sabtu.

Mujur la jugak akhirnya hujung minggu jadi hari DVD sedunia. Maklumla, suami saya yang tersayang huk huk huk...terlupa nak bayar bil Astro. Mekasih la bang, kalau tidak susah kita nak tengok movie kan..?

Akibatnya:

1. dvd telah berjaya dibeli oleh Incik Suami secara berleluasa. Rasanya dekat-dekat 10 filem kut. Kebanyakannya adalah kartun. ehe. Aii..orang ada anak kecik, agaknya memang kena wan tu jus dengan anak nak tengok channel apa...ermm.

2. siang malam pagi petang, dvd je. Rumah kami sentiasa buka tv. Kalau tak, orang sebelah rumah boleh dengar apa yang kita cakap. Gamaknya batuk ke kentut pun boleh dengar jugak. Jadi, bagi tujuan mengelirukan jiran untuk mendengar suara-suara sumbang kami atau leteran-leteran manja, maka tv adalah wajib dibuka. Kadang tak tengok pun, saje nak memeriahkan suasana di aidilfitri orang kata.

3. peminat movie yang cute ni adalah sangat happy! hihi...


Filem yang kitorang tengok adalah......


Unstoppable Poster

Mak oi..cite ni gila best walaupun simple je. Cite keretapi je pun. Memula pandang rendah jugak la kat cerita ni. Bajet macam Thomas & friends je. Rupanya fitnah semata.

Tapi keretapi ni yang tak boleh berhenti la. Takde la secute Thomas & friends tu. Memang best. Baru la tau term-term orang kerja bidang keretapi ni. Contohnya, driver dia di panggil "Engineer", pembantu dia dipanggil "Conductor" dan kontena keretapi dipanggil "Car". Kami laki bini tengok 3 kali sampai lambat pergi kenduri kahwin..terlepas nasi minyak perantin baru..heh


Rio Poster

Kartun sudah semestinya. Best jugak Rio ni. Kelakar. Maklumla kartun. Tapi bahaya, burung pun pandai cemelot...ish ish ish..kena tutup mata Ahmad...yang ni rasanya setakat ni dah tengok hampir patploh kalila..tapi tak jemu pulak..tetiba je "bang, apsal ada scene ni?tak tengok pun tadi.." ...Terpaksaaa ulang tengok balik..heh..

Kartun adalah sangat banyak ye tuan puan. Tapi yang ulangnya ni je. Yang lagi 2 agak kurang menarik. Tajuk pun lupa..tengok sekali je...


Virus X Poster

Eh, tertido pulak...heh..cerita ni pasal  eksperimen virus baru. Rasa macam kesian nak tengok penderitaan saintis yang terpaksa jalani eksperimen tu. Cerita dia mengenai saintis yang dikurung dalam bilik ber CCTV dan diuji dengan virus ciptaan baru...walaupun dorang ni berlakon je, tapi sifat humanity saya sangat tinggi...jadi saya tengok skettt je...ish ish ish..


The Lost Tribe Poster

Yang ni tengok 2 kali. Sebab tensen gila muka "lost tribe" nya tak keluar-keluar. Nak jugak feeling-feeling takut..pastu terpeluk suami..hahaha..gilos..

Cerita ni pasal ada 2 couple dan seorang mamat yang tersadai kat satu pulau misteri lepas bot dorang tenggelam.

Rupanya ada the "Lost Tribe" kat pulau tu. Rupa dia macam raksasa. Ganas pulak tu tapi dalam hati ada taman jugak, sebab binatang ni tak bunuh heroin. Heroin tu la satu-satunya yang selamat dan berjaya keluar dari pulau tu. Tapi biasala, cerita macam ni pelakon dia tu je pun..



Horsemen Poster

Tengok sikit-sikit je cerita ni. Mula-mula je pun dah rasa macam tak berapa menarik. Memang bukan citarasa saya la ni. Tapi filem ni ada kaitan dengan agama Kristian.




Yang ni pun rasanya ulang tengok 3 kali kut. Honestly, takde la best mana pun. Tapi ceritanya santai dan simple je. Sesuai le kalau nak tengok petang-petang sambil makan cekodok pisang. Lakonan Remy Ishak dengan Maya Karin.

Cerita pasal Luna Latisha (Maya Karin) pengacara rancangan gosip larikan diri ke kampung  Kuntum (Faezah Elai) kat Kedah sebab buayafren dia, Ryan Hidayat (Jehan Miskin) main kayu tiga. Maka terjumpa dengan Atan (Remy) dan berputiklah bunga-bunga chenta...

Terer jugak si Remy Ishak ni cakap loghat utara. Tapi tergelak la juga tengok filem ni sebab banyak part-part scene sengal yang sangat obvious. hehehe.. 


Open Season Poster


Open Season dah pernah tengok kat Astro..jadi dah tau la apa sinopsis nya..



Eh, cerita ni tak tengok lagiii..hehe..sambung hujung minggu ni pulakkk...


Banyak kan? banyak kan? Hahaha..memang jadik satu kerja pulak mengadap DVD ni..baca buku ke lagi baik..pangggg..bagi kesedaran sivik sikit..hua hua hua...

Harusnya la hujung minggu ni dihabiskan dengan keluarga dan boleh buat macam-macam aktiviti..contoh?? ermmm...pergi kenduri kawen orang lain dan mengimbau kenangan kita dulu serta perasan macam pengantin baru..hihi

Selamat hujung minggu semua..semoga anda semua sihat sejahtera....


12 comments:

a.samad jaafar said...

amirah...
saya nak tengok filem yg kata tengok berpuluh kali tuh..kalau tak best siap la.. err..dvd tu sy campak kat bawoh TB...hihihi..

Anamarza said...

umah akak astro jer ada, nak tgk dvd kat dalam kereta boleh la, tu pun kereta kancil yg jarang2 sgt hubby bwk, kete satu lagi player dvd rosak, loading tak habis2 last2 tak pasang sbb mata hubby asyik2 ke skrin bukan ke jalan huhuhuhu

Bionic women said...

kita nak suh en suami x payah bayar astro ler bulan ni..komfem banyak dvd..hehehe..

D_08 said...

uiiiii...cik amirah.....
muntah tengok dvd ........ astro ni stended le...kalo potong memang cepat...tpai kalo nak disambong balik.....deme lambat.....

P/S: jangan salahkan pak jabit....kalo die kate 'Ni semue pengaruh DVD le ni'

ayu said...

bestnya tgk dvd...banyak lak tu kan..hehe..selamat berenjoy ye..

nelly said...

tak tengok lagi ~~~~~

folo ^^

kucingorengemok said...

gila banyak... tutup la panggung macam ni

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

dari byk2 senarai yg awak titipkan ini..hanya merong je yg sy tgk huhuhuhh..ketinggalan zaman betul la sy nie kan ...:-(

Lady of Leisure said...

terbalik dengan ai.. hehe kat rumah jarang bebenor buka tv kalau dok sensorang.. :D

wahida said...

aku tak tau nape, aku tak minat remy ishak weh...sob sob...

fiza said...

Amboi ko...byk nya tgk DVD. Klo DVD tu bley berkata² mesti dia ckp 'udah2 lah tu, panas dah nih'...ekekekeke...

Dah bley buat part time jadi pengulas filem nih...muahahaha...

Kancilbiru said...

oiii dasat tu...menonton sungguh..hahaha..nanti nk p sopping dvd gak ler..suka tgk ulang2...