Wednesday, May 25, 2011

Tolong tolong bagi pendapat, ini kecuaian atau takdir?


Rasanya korang semua dah baca di akhbar-akhbar semalam yang ada melaporkan berkenaan dengan kematian seorang kanak-kanak 3 tahun yang disebabkan kelemasan dan kekurangan oksigen setelah ditinggalkan oleh bapanya dalam sebuah kereta di tengah panas sewaktu sedang tidur...


Mengenangkan betapa azabnya arwah menghadapi saat-saat kematian amat amatlah memilukan saya. Sedih membacanya.


Dan selalu juga dilaporkan kematian kanak-kanak yang digilis kenderaan ibubapa/saudara sendiri dihadapan rumah sendiri.


Khabarnya bapa budak 3 tahun tu akan didakwa di mahkamah atas sebab cuai menyebabkan kematian anaknya.


Bagi saya, tak dinafikan ini semua adalah takdir Allah dan mungkin kejadian ini 'didatangkan' dalam bentuk kecuaian bapanya/saudara yang berada di tempat kejadian. Kecuaian tetap ada di mana-mana sebab kita cuma manusia biasa, tapi kita boleh mengelakkannya kalau kita berhati-hati. 


Tolongla rakan-rakan pembaca yang budiman sekalian, tolonglah perhatikan anak-anak kecil anda semua. Macamana sekalipun, kita sebagai orang dewasa lah yang bertanggungjawab atas nyawa mereka. Selalu sangat tengok ibu bapa yang tinggalkan anak-anak yang sedang tidur untuk ke bank, ke kedai.


Pernah sekali di depan sebuah bank di Bukit Baru Melaka dan suami saya berada di tempat kejadian, 2 orang budak perempuan yang tertidur dalam kereta tak bangun-bangun walaupun bapanya ketuk cermin sekuat hati sebab pintu kereta berkunci dari dalam. Macam terpukau atau dah hampir kekurangan oksigen. Sehinggalah orang ramai angkat dan goncang kereta tu beramai-ramai semata-mata untuk menggerakkan anak-anak tu.


Pagi ini saya terbaca satu blog yang menceritakan kalaulah bapanya didakwa sekalipun, adakah ianya dapat merubah takdir? Macamana dengan nasib isteri dan anak-anak yang lain?


Pendapat saya, mungkin dakwaan ini akan dapat memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain ataupun bapa itu sendiri supaya jangan ambil mudah/remeh semua perkara walau dalam apa pun keadaan kecemasan anda. Bukankah itu salah satu tujuan undang-undang manusia dicipta?  As deterrent to others.


Teringat saya juga kes seakan sama bila pemandu van sekolah yang tak perasan ada seorang budak yang tertidur dan mati lemas dan heboh orang mengatakan sebagai kecuaian.


Please please share with me your opinion on this case. Would you consider it as negligence? Atau takdir dan ketentuan Allah?.  Pendapat anda mungkin berbeza. Jom kongsi


18 comments:

bujal X said...

hati saya sedikit terguris dengan kecuaian bapak arwah~~haih~~

lydzar said...

pada saya, ini memang kecuaian..

tinggalkan anak 'skejap' utk ke bank/kedai pn tak patut dibuat jugak.

janganla ditinggalkan anak kecil tanpa pantauan dekat mana-mana pon...

wahida said...

hish...nauzubillah...mintak jauh drp terjadi dlm family kita..aku sedih okeh baca citer ni...

pada aku ni adalah kecuaian, mmg lah org ckp dah ajal...tapi sebolehnya kita jgn sesekali tinggalkan anak dlm kereta tanpa pemantauan...bahaya!!

lagi satu aku pelik org duk biar anak kecik dia main kat tmn permainan atau depan umah tanpa pemantauan, depan umah sekarang pun dah bahaya tau!!

eh, dah masuk citer lain lak..

Hanis MY said...

huhu sedihnyaa kak...nauzubillah, entahlah mmg kita tak boleh melawan takdir, tapi seboleh-bolehnya cuba lah elak dr perkara tu elak tinggalkan anak dlm kereta pastu nak reverse tu make sure line clear kat blakang... pemantauan tu penting, mcm bw kete kat taman perumahan tu mmg berjaga2 sgt sebab budak2 bukannya reti kdg2 terus dia lari kuwa dari pagar tanpa tengok kiri kana... apapun semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh-Nya

Syigim said...

pada pendapat kak, kalau parents yg sengaja tinggalkan anak sbb nak pegi bank sekejap, tu mmg patut didakwa sbb terang2an cuai esp kalau melibatkan kematian.

tapi dlm kes smlm yg dia kelamkabut nk pergi tgk jenazah cousin dia smpai terlupa anak dia dlm kereta tu, pd kak, mmg dah takdir Allah.

kalau nk dakwa si bapa pun, rasenye kematian anak tu dah cukup sbagai hukuman perit dia di dunia.

D_08 said...

Awok ni bile ade ceghite melibatkan anak2 ni yang tak bulih tu....itu yang sekaghang ni awok dah tak uleh ceghite2 pasei kematian anak2....kisah deghe....
bukan awok tak alert bende ni...tapi awok tak bulih....walopon awok lelaki...tapi ayo mate ni otometik je nak keluo...jadi awok pilih tak ndak uleh kes2 yang pade awok menyayat hati...

Pade awok semue ni ade unsor cuei..... betoi memang udah takdir yang deme meninggei caghe macam tu.... tapi kite pikirkan penyebab pade kematian deme tu.... agak2nye kalo le cuei tu dapat dielak..... adakah kite akan salahkan takdir???

fiza said...

Susah nak ckp gak amirah. Tapi pada saya, si bapa nih tadi cuai. Dia sedar kan yang dia bawak anak, tapi mcm mana boleh tak perasan yg anak dia terkunci dlm kereta? Dia ingat anak dia dah kluar main ngan sepupu. Nampak sgt cuai, tak cek bebetul.

Tapi klo dah ajal kan. Hanya DIA jer yg maha mengetahui.

Papa Mifz said...

sedih kan...bapa yg cuai anak jadi mangsa...harap dijauhkan la benda2 mcm nih...amin...

Rose said...

salam.
Bagi saya kematian adalah takdir Allah. Tapi punca dia adalah kecuaian. Mintak kita slalu dilindungi Allah, hidup dan mati dalam keadaan wajar. Sbg ibu saya pun kena hati2, elakkan buat benda yang cuai. Sesungguhnya anak itu amanah dr Nya.

ayu said...

siannya kan..pada ayu la ami, bapa tu cuai sebenarnya..benda2 ni kadang2 kita tengok macam tak ada apa je, tapi bila dah melibatkan kematian , baru la nak ambil tindakan..

a.samad jaafar said...

rasa nak nagis saya baca kes ni.. terkadang kita cuai.. mungkin jugak dia kesian nak kejutkan anaknya yg sedang lena.. ntahlah.. kita tak tahu cerita sebenar..

meninggalkan anak berusia 3 tahun sendirian di dalam kereta, pada saya itu tindakan yg tidak munasabah.. selain boleh berlaku spt kes tadi.. kes penculikan juga dah makin kerap saya dengar. puncanya, anak dibiar di dalam kereta yang tidak berkunci..

dan takdir tetaplah juga mengambil peranan. moga Allah jauhkan kita semua drpd musibah yg tidak terdaya kita hadapi.. amin..

lambat sikit sy ke sini.. badan kurang sihat..

Sharinginfoz said...

sama-sama le kita ingat mengingati, jangan cuai terutamanya yang melibatkan nyawa

sahromnasrudin said...

pada pandangan saya, bapa tersebut patut didakwa kerana cuai. jika tidak kita akan memandang ringan isu ini..

sama seperti kes makan rasuah walau RM100..kita tak leh nak kata takkan nak dakwa..nnti dek kerana RM 100, anak yang lain dan bininya hilang tempat bergantung...

jika prinsip ini digunapakai, abesla undang2...

Anamarza said...

boleh kata kecuaian si bapa. titik!

velasrizal said...

elakkan dari cuai.. sbb nti diri sendiri yg rugi

J.M.R said...

kalo bapa arwah lebih beringat, mybe kejadian tu dpt dielakkan..tp takdir/ajal maut tak siapa mampu mengubahnya..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

salam kenal..

mmgla masa mula2 baca paper tu rasa geram sgt kat kaum adam ni..leh plak tak peksa dulu mane anak dia pegi n duk ngan sape..leh plak main "agaknye..agaknye.."

tapi dah meninggal tu..cam dikira takdir la tu kan..appo nak dikato

semua yg berlaku hanya sebab musabab..yg pasti ketentuan ajal sudah tiba

man yusoef said...

saya rasa sebab kecuaian pon ada..scene anak sorg dalam kereta tu pernah nampak jugak nampak sebelum ni