Friday, December 30, 2011

Tetanus Toxoid yang tak menyelesakan..

Semalam ada check up kat klinik ibu dan anak.
Saya ok-ok je. Adik baby pun ok. 
Berat badan terus naik dengan jayanya - 1.1 kg in 2 weeks.
Hah, amik kau. Aritu naik 200 gram je kan.


Pastu kena jab tetanus toxoid untuk elak kancing gigi semalam.
Pagi ni bangun terus sakit tangan.
Nak angkat sket pun susah.
Memang injection ni akan buat kita sakit/tak selesa untuk beberapa hari.
Ni yang tak boleh nak masak ni..eh, alasan plak...hehe


Hari Rabu check up di klinik swasta, estimated weight adik baby is 1.49 kg.
We saw adik baby on monitor, she is healthy and super active dan agak tembam..huhu
Tapi doktor tak boleh nak capture gambar terbaik 4D adik baby.
Jadi may be next visit boleh print scan 4D adik baby.


Tapi pagi ni sehingga la entri ini ditulis, saya tengah bergelut dengan sakit perut.
Suspected as "Braxton Hicks Contraction".
Sakit perut tak selesa macam contraction tapi sangat-sangat mild.
Rasa macam takdela makan apa sangat pun semalam.
Makan macam bese je.


Adik baby please sabar ye dik, not now please....

Wednesday, December 28, 2011

Mengantuk...

Pagi-pagi lagi dah mengantuk sangat dah hari ni.
Sebenarnya tidur awal je semalam.
Tapi sebab dak botak merengek-rengek dekat-dekat pukul 5 pagi, terus tak boleh lelap sampai pukul 5.30.

Tambah lagi sejak menjak ni mimpi datang balik.
Macam-macam mimpi.
Mimpi dapat pegang kaki adik baby.
Kaki dia macam dalam gambar kat bawah ni.
Tapi siap boleh pegang lagi jari-jari halus.
Macam tengah buat gimnnastik berirama dalam air.
Sweet.. : ) 



 
Sebab mengantuk, maka takdek keje la menengok benda-benda atas meja ni.


Gambar raya tahun ni.
Barula tau 'nikmat' ada anak lelaki yang sibuk nak mengukur besor mana studio gambar ni.
Tu kalau tak ditangkap tu mau sampai ke sudah takde gambar raya family.



Ada ke patut bebudak opis ni kata "Eh apsal muka akak putih sangat?"
Eleh, dengki la tu..muahaha...



Kalendar Januari dah siap-siap bukak dah.
Nak usha public holiday tahun depan.
Nak bajet cuti. Keji tak? hehe


Lengang je kalendar bulan Disember ni.
Gamaknya semua orang mood bercuti la ni.


Cuti ada tapi kena bagi chance kat orang lain pulak bercuti.
Sian jugakla kat orang lain kan..
Maka tak bercuti sampaila tahun depan..
Macam lama je lagi tahun depan tu kan...heh

Tuesday, December 27, 2011

Selasa yang senyap..

Mana tak senyapnya..masing-masing sambung cuti lagi hari ni.
Ofis pun senyap je..
Bosannya..rasa macam nak tido je.


Ada juga staff yang kena habiskan cuti untuk tahun ni.
Cuti sampai tahun baru tu..
Bestnya la kalau cuti saya banyak lagi cenggitu.


Rindu kat mak sebab dah lama tak balik kampung rasanya.
Mak pun dah tanya bila nak balik kampung.
Last balik kampung pun masa Raya Haji.
Lepas tu ada je hal hujung minggu sampai tak larat nak travel lagi dah.
Travel dari Melaka ke Kuala Kangsar takdelah lama sangat, tapi kena berhenti-henti la untuk rehat.


Harapnya larat la nak travel balik kampung sampai bersalin nanti..
Bolehlah lagi kalau nak balik kampung tahun depan..

Saturday, December 24, 2011

Neelofa...tanpa make-up

Photobucket




Neelofa tidak mudah menangis
Neelofa tanpa make up...lain sangat kan...macam bukan Neelofa je..


Saje je buat entri ni sebab keywords banyak pasal Neelofa..


siap ada yang search "Neelofa sedap"..oit oit..apa yang sedapnya tu..suara dia ke? Aishh..
Gambar dari beautifulnara.com

Friday, December 23, 2011

Cerita Ho Chi Minh City senafas..

Nak cerita pasal  cuti Ho Chi Minh senafas je ni hah..Maka, sila jangan muntah hijau ye..



 

Kami tiba kat LCCT dari Melaka dalam pukul 12 tengahari kut. Flight scheduled at 2.15 pm. Terus check in takut terlepas masa check in. Yelah, selalu orang yang buatkan. Ni semua kena pandai-pandai sendiri kan.


Plan asal nak parking di LCTT tak jadi sebab adik ipar dah standby untuk bawak kete balik. Tapi ikut info, parking di LCCT sehari 24 jam RM30. Ada beberapa tempat letak kereta kat LCCT. Menurut staff situ, selamat kalau nak parking kat LCCT sebab 24 jam dan ada banyak CCTV. Tapi takpelah, lenkalilah.


Nasib budak botak ni behave je. Main dengan kete mainan dia je. Tapi rasanya dia lapar kut sebab seperti yang dijangka, flight AirAsia akan delayed la. Almost sejam kut delay nya. Maka, sume orang lapar sebab kat LCCT punyalah ramai umat manusia...dapat makan McDonalds  je sebelum masuk departure hall. Kenkadang rasa macam AA ni nak sabotaj je sebab makanan kena beli kan..hehe


Kebetulan pulak departure hall ke gate kami tu tengah renovate. Kedai apa pun takde. Toilet pun takde. Kena keluar semula ikut kaunter imigresen kalau nak pergi toilet.


Untuk flight ticket, dah ambil awal-awal lagi. Sebelum mengandung kan. Tapi harga masihla agak mahal. Kalau rajin bolehlah selalu jenguk-jenguk ke website AirAsia. Masa ni flight ticket kami dalam RM600++ (to fro) untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak bawah 2 tahun. Memang niat nak bawak Ahmad jalan sebelum dia 2 tahun. Tahun depan dah tambang orang besor dah.


Masa ni kandungan adalah dalam 25 minggu. Mula-mula staff AirAsia tak perasan perut mak yong ni. Tapi bila bagitau saya mengandung, staff AirAsia minta isi borang 'Indemnity and Release' sebagai akujanji kita tak kan ambil apa-apa tindakan terhadap AirAsia sekiranya apa-apa terjadi pada kandungan semasa/selepas penerbangan. Nasib baik malam semalam nya sempatlah juga Incik Husben rembat pergi klinik untuk dapatkan surat pengesahan doktor.


Seingatnya untuk AirAsia sehingga kandungan 27 minggu masih boleh diterima dalam penerbangan tanpa perlu ada surat daripada doktor yang ibu hamil adalah sihat untuk terbang. Tapi 27 minggu hingga 34 minggu perlukan surat pengesahan doktor dan AirAsia tak boleh terima penumpang yang mengandung lebih dari 34 minggu. Taktaulah pulak kalau kita kena consult atau buat rayuan pada syarikat. Yelah, kadang-kadang ada orang yang perlu juga travel walaupun dah sarat sangat.


Tips #1 kalau bercuti dan bawa anak kecil bercuti : Kena bawa biskut, makanan ringan dan minuman untuk anak supaya dia tak meragam.

Tips #2 : Kena bawa mainan yang dia suka supaya anak tak meragam atau cepat rasa bosan. 





Kami tiba di Ho Chi Minh City dalam pukul 5 petang. Waktu tempatan Ho Chi Minh sejam lebih lewat. Penerbangan tak lama. Macam dari Melaka pergi KL je. Dalam lingkungan 1.45 sampai 2 jam. Kami ambil cab dari kaunter airport je. Takde masalah. Beri alamat hotel dan dia boleh je hantar.


Untuk ke hotel kami, ambil masa dalam setengah jam dari airport dan kena bayar USD12. (Dalam RM36 juga la) Ada yang lagi murah. Dengarnya dalam USD8 je. Tapi dah terambil yang ni. Ok je la. Dan kami tempah siap-siap untuk balik ke airport semula nanti. Senang, takyahlah nak call cab yang lain. Lagipun bayarannya sama.


Masa sampai ngam-ngam macam orang tengah balik opis la kekdahnya. Punyalah berlambak moto. Ni driver taxi ni siap nak menyelit-nyelit lagi tengah-tengah motor yang banyak tu. Dah terjerit-jerit dah kita dalam kete ni. Fuhhh..ngeri. Kalah naik roller coaster. Sesiapa yang nak merasa sila-silalah ke Ho Chi Minh ye. Tapi Incik Husben kata jangan risau sebab pergerakan trafik agak perlahan sebab kenderaan banyak. Jadi kalau nak tergesel ke memang sempat nak brek.


Sampai hotel je, check in dan terus mandi solat rehat. Penat ya amat. Yang bestnya channel tv sikit punya banyak kalau kat Vietnam ni. Tak pasti lak kalo siaran tv biasa pun cenggini tapi ok la gak. Bolehlah jugak dak kecik tu tengok Upin Ipin dengan Boboi Boy dalam Bahasa Melayu. Malam, Incik Husben turun sorang-sorang pergi cari makanan, sambil mak yong dan dak kecik dibuai mimpi.


Rasanya di Ho Chi Minh ni mencari makanan halal momantai la. No problem. Sebab ramai Muslim Melayu Champa. Yang dah memang fasih berbahasa Melayu walaupun slanga dia ada pelik skit, tapi bolehlah faham. Minuman pun takdek masalah. Boleh je bancuh air sendiri kat hotel atau beli air buah ke. Ada Tropicana Twister, ada buah kelapa muda, teh kundur, Ribena. Incik Husben saya yang sangat teratur itu memang dah siap-siap bawa bekal megi, air teh segera untuk persediaan..


Tips #3 : Bawa makanan segera atau minuman segera sekiranya susah nak mencari makanan halal.

Kalau nak pergi jalan-jalan cari makan macam Farah AF breep breep dalam Rasa Halal Vietnam pun boleh. Dulu masa first time datang Ho Chi Minh City memang makanan adalah sedap-sedap sebab agen bawak ke kedai yang Farah AF2 makan. Mestilah sedap-sedap. Kalau dari hotel ni dekat je pun nak jalan kaki. Cuma sanggup ke tak je nak lintas jalan..huhu..macam nak pergi perang ko kalo nak lintas jalan. Maka, makan jela apa yang ada.    


Kat sekitar hotel je ada 2-3 restoran Melayu Champa yang siap boleh deliver lagi ke hotel kita. Standard masakan macam masakan Melayu, tapi faham-fahamlah pelik sikit rasanya ikut selera orang tempatan. Harga pun macam standard je semua. USD3 (dalam RM9) untuk satu nasi goreng. Harga makanan kat sini memang boleh tahan lah juga mahal. Tambah-tambah lagi kalau dijual dalam US Dollar kan.


Lupalah nak snap gambar makanan, sebab fuhh memang tak seswai dengan tekak ai..hihi..maka ai memilih untuk diet buah sahaja..hehe..Tapi buah pun mahal okehhh..sebijik epal adalah dalam VD66,000 - sepuluh hengget ok. Ko ado? Tapi banyak buah macam rambutan, mata kucing, manggis. Maka makan buah buahan tempatan jela.heh. Maka, tamat sudahlah hari pertama kami. 






Hari kedua kami bermula dengan sarapan pagi. Breakfast included. So, makan pagi dekat hotel jela. Makan roti je. Tengok budak kecik tu dah bersemangat nak pergi jalan..heh



   
   


Tutti Frutti pun ada. Kalo sanggup sila sila kanlah ye...ehe.. Inilah destinasi kami semata-mata di sini ye. Pasar Ben Thanh dan sekitar-sekitarnya. Walking distance dari hotel kami. Teramat-amatlah dekatnya. Incik Husben saya rajin turun naik hotel. Ada je benda yang dia nak cari.


Rasanya Ben Thanh Market ni tempat yang paling best untuk shopping di Ho Chi Minh City ni. Semua ada. Tapi tak sempat nak ke Russian Market. Dengar kata Russian Market pun best juga. Nak membawak badan adalah sangat penat. huhu..Sebab dulu dah pergi tempat-tempat bersejarah dan menarik di Vietnam, jadi kali ni kami tanaklah pergi lagi. Saje nak jalan-jalan je sambil shopping. Kami shopping kain dan benda-benda sendiri. Kain cotton adalah sangat heaven ye kat sini. Cantik-cantik dan berbaloi dengan harga..


Lagi satu yang bestnya kat sini, kopinya. Baunya sedapppp sangat. Kat tepi-tepi pasar ni pun ada jual kopi-kopi bermacam jenis dan standard. Tapi Incik Husben tak kasik minum kopi, jadi tak dapatlah nak borong kopi lagi. :  (


 




Malam hari kedua kami pergi pasar malam. Sebelah Ben Thanh market je pun. Tapi yang tak bestnya orang Vietnam ni pergi pasar malam naik motor. Jadi kena hati-hati takut terlanggar ke. Kat sini banyak sangat Melayu Champa yang berniaga. Siap ada jual burger, kebab lagi. Banyak juga jual telekung, jubah kain lycra bermanik, jubah kain biasa, baju kurung siap bermanik, souvenir. Macam-macam lah yang ada. Sampai tertidur dah Ahmad sebab penat sangatlah tu.


 

 
                     

              


Hari terakhir kami di HCM City. Sekali lagi tawaf pasar Ben Thanh. Beli lagi apa yang terasa nak beli. Pergi HCM City kali ni memang misi menghabiskan duit sungguh..huhu..Ahmad dah siap pakai baju 'yepen' (read : elephant) dia yang baru beli semalam. heh...sebab memang niat nak beli baju kat sini je. Takut kena extra charges kang kat airport. Mak dia pulak pakai tudung dengan seluar recycle je. Eh, wangi lagi la..heh..

Tips #4 : Bawa pakaian sekadar berpatutan. Seeloknya yang boleh diulang pakai untuk penjimatan ruang beg.


Peniaga-peniaga dalam pasar Ben Thanh sangatlah peramah. Cer tengok gambor, kenmain mesra lagi Ahmad dengan depa. Siap bagi Ahmad main game lagi. Memang suka dengan budak-budak agaknya. Lagila suka dorang bila Ahmad mula buat kelakar Mr Bean dia.


Dan jangan lupa tawar harga gila-gila punya. Selalunya dapat kurangkan harga asal. Kalau tak beli satu kedai tempat lain boleh beli lagi. Sila jangan putus asa untuk mencari harga yang terbaik. Dan selalunya juga satu kedai takde banyak beza harga sangat dengan kedai yang lain.


Peniaga-peniaga kat sini semuanya dah pandai convert currency. Dorang boleh je ambil Ringgit Malaysia. Tapi dorang lagi suka US Dollar cuma kitala rugi sebab kita beli US Dollar mahal. Masa kitorang pergi haritu, USD 1 bersamaan dengan RM3.80 dan Vietnam Dong 65,000 bersamaan dengan RM10. Jangan lupa tanya harga barang dalam kesemua currency samada RM, USD atau VD. Jadi pandai-pandailah tawar setawar tawarnya ye.

Tips #5 : Jangan lupa bawa jadual pertukaran wang (currency converter dalam bentuk jadual) yang senang dipegang dan dilihat jika ke negara luar untuk memudahkan kita mengira dalam matawang Malaysia.

Tang quality wise barang-barang kat sini sama je macam tempat lain. Kan ke quality comes with price kan. Jadi tengok-tengoklah mana yang berbaloi dengan duit kita.

 
 


Sebelum berangkat balik. Turun lobi tunggu cab sampai. Inilah hotel kami. Hotel Halo. Kami booked melalui agoda.com. Rasanya berbaloilah untuk kami bertiga dan berapa hari kami kat sana. Untuk 2 Dec sampai 4 Dec, RM180++ sahaja untuk Halo Hotel ni. Termasuk sarapan pagi 2 hari.


Facilities rasanya ok-ok je. Asalkan ada channel tv yang best. Boleh tengok AXN, Ugly Betty sume. Tak menahan shower dia tu. Best macam air terjun ko. Tapi nampak tak batu-batu sungai kat dinding tu? Rasa macam orang kat luar boleh skodeng je kita mandi sebab kita pun boleh nampak luar.hheheh... 


Sebelum ni memang tak yakin nak book hotel online. Tapi lepas balik dari Vietnam pun kami booked Grand Paragon Hotel di Johor Bahru melalui agoda.com. Ok je rasanya. Mudah.


Tips #6 : Rancang awal percutian anda termasuk booking hotel lebih awal atau melalui online. Mungkin boleh tengok kalau ada promosi  atau diskaun.





On the way ke airport. Driver cab ni sangat menepati masa ye. Kami janji pukul 12 tghari. Ngam-ngam je dia sampai. Terkagum betul. Incik Husben bagilah jugak tips kat driver ni.


Risiko kita berjalan kat negara orang ni adalah risiko ditipu. Masa first time dulu kami kena tipu dengan driver cab yang charge perjalanan yang biasanya dalam RM4 sampai dekat-dekat VD1,000,000.00 (dekat-dekat RM200 masa tu)!!. Maka kenalah berhati-hati ye. Tengok-tengok dulu muka reliable ke tidak.


Kalau di pasar Ben Thanh memang ramai orang Malaysia, Brunei atau Singapura. Jadi takde masalah kalau nak bertanya. Dan jangan la pulak menyombong taknak pergi tanya atau mintak tolong kalau ada masalah.


Tak pasti ler macamana polis kat Vietnam ni nak mengawal trafik. Selalunya tengok polis trafik akan berdiri  satu tempat tinggi dan perhatikan trafik. Tak bleh la nak duk tengah-tengah jalan macam polis trafik kat Malaysia. Seriau...


Tips #7 : Berhati-hati dan simpan nombor telefon pihak berkuasa tempatan sekiranya anda dalam kecemasan.


Bye Ho Chi Minh City..insyaAllah ada rezeki datang lagi sana sebab rasa macam best juga Vietnam. Dan teringin sangat jugak nak pergi India...verangan nak jumpa Shah Rukh Khan..hehe..


Flight kami ke Malaysia scheduled at 4 pm (waktu Vietnam). Kali ni memang tersangat sharp pulak Air Asia. Dan selamat sampai ke Malaysia lebih kurang pukul 7 petang. Pastu terus balik Melaka. Akhir kata, penattttttt seminggu tak habis.


Kalau ikutkan Incik Husben this will be our last 'outside Malaysia' trip kami sebab kami nak berjimat cermat untuk pergi umrah. Teringin sangat nak pergi Mekah dan menghadap Kaabah dan beribadah di Masjidil Haram dengan Ahmad dan adik baby sekali insyaAllah.


Tapi semalam siap kata, "Mama, jom kita pergi Singapore nak tak?" huhuhu..lahai...



Thursday, December 22, 2011

Nak makan telur ikan..nak makan telur ikan..nak makan telur ikan...



Teringinnya nak makan telur ikan cenggini. Setakat ni tak terjumpa lagi. Tapi belum pergi pasar basah lagi. Sempat gi jenguk kat hypermarket je haritu. Ni dulu mak selalu masak lemak cili padi. Pastu jangan masak keras-keras. Masak setengah masak..perghhh..sedap!!


Sebenarnya kat Melaka ni banyak juga kedai jual telur ikan masak asam pedas. Tapi selalunya depa masak telur ikan parang. Tanak yang cenggitu. Nak yang cam dalam gambar tu. Besor punya. Macam buah anggur kan? Ngade kan? hehe...Yang kat dalam gambar ni kaviar kan. Telur ikan apa ntah yang mahal sungguh tu.


Masa mengandung Ahmad punyalah teringin nak makan telur penyu. Dapat lah juga makan sebab adik ipar belajar kat Ganu. Dia beli bawak balik Melaka. Lepas tu masa pergi Indonesia pun dapat makan sikit punya banyak telur penyu. Banyakkkk sangat jual kat tepi pantai sana. Kat Indonesia depa rebus telur penyu dengan serai la daun-daun la, memang sedapla rasanya. Sempat tu banyak sebungkus balik Malaysia. Lepas pulak kat Kastam time tu..huhu  


Tapi perasaan nak makan ni takdelah meluap-luap. Biasa-biasa je. Tak dapat nak makan telur ikan macam ni pun insyaAllah tak nangis punya. Janji tak nangis..heh. Sebab dulu beria-ria sangat nak makan padehal makan sejemput je. Yang lain orang lain kena jadi mangsa habiskan..Setakat ni selera makan masih camtu gak. Tak berselera sangat. Kenkadang masih tak makan malam sebab tidur diutamakan... : )


Haritu misi dah bising sebab naik berat cuma 200 gram je dalam masa sebulan.
Tanya kat misi tu "berapa sepatutnya saya naik ni?"
Dia jawab "Patutnya 2 kilo puan. Setengah kilo seminggu".
Aku dalam hati dah macam , "Whattt??!!..kalo cenggitu sampai 9 bulan berapa berat badan terumpuk *yang ni exaggerate..heh* aku niii..??!!"..
Hehehe...takpe adik baby..demimu sayang mama rela bulat seperti bola.. : )


Cerita mengidam ni macam-macam kan. Ada ke orang kata nanti anak meleleh air liur kalau tak dapat makan benda yang kita mengidamkan. Tak cayalah. Sebab masa Ahmad meleleh je air liur dia dengan jayanya walaupun dapat je makan telur penyu dengan donut J.Co..huhu..


Rasanya mengidam ni lebih kepada perasaan teringin nak makan je..Jom cer citer pengalaman mengidam jom...

Tuesday, December 20, 2011

Diari Hamil Saya : 28 minggu dan lena saya tidak lagi diulit intan...

Hello, Amirah

You may notice about now, that your baby moves around a lot more when you have a bath or shower. She's responding to the light and noise. Your breasts may begin to produce colostrum, the concentrated early milk, so don't be surprised if they leak a little.

Minggu ni dah masuk 28 minggu. Saya setakat ini alhamdulillah sangat-sangat sihat dan ceria-ceria macam  selalu. Tapi saya rasa semakin sendat dan bulat. Bila lepas makan selalu rasa macam nak bergolek je kalau pergi  sana sini ..heh


Kadang-kadang kuat sangat menceceh bercerita dengan budak-budak opis ni. Lepas dah habis menceceh macam Mak Joyah barulah terbit rasa keinsafan. Boleh gitu??.Incik Husben dah pesan sila jaga tutur kata dan kesopanan dan kesusilaan mama. Ishh..nauzubillahiminzalik. Moga Allah ampunkan dosa saya kalau ada terumpat sesiapa dan dikurniakan adik baby yang comel, cantik, sihat sempurna tubuh badan dan akal fikiran.


Sebelum nak masuk 28 minggu, tidur dah tak berapa nak lena. Asyik mimpi ngeri je. Macam-macam jenis mimpi. Dari terperangkap kat pulau, gempa bumi sampai tercabut dinding rumah, mimpi jumpa doktor gigi, heh..macam-macam jenis mimpi la. Tapi sejak menjak ni dah tak mimpi ngeri lagi. Ada la juga mimpi sikit-sikit. Agaknya sebab dah makin tenang.. :  )


Tapi tetapla lena tidak lagi diulit intan sebab mesti terasa nak pergi toilet tengah-tengah malam. Dah makin kerap pulak tu. Kadang-kadang sampai 2-3 sebelum sampai waktu Subuh. Camne ke kalau tertidur kat toilet? huhu


Adik baby sangatlah aktif dari hari ke hari. Sama macam Abang Long Ahmad dia. Syukur it is a healthy baby. Ligat sama macam Abang Long dia juga. Abang Long lari sana sini, adik baby pun tendang mama sana sini juga. Carta pergerakan harian baby pun dah mula dicatat. Sweet nya la moment ni.    


Berdebar menunggu saat-saat itu. Moga dipermudahkan semuanya. Gembira bila dengar pengalaman adik ipar dan biras yang mudah je proses bersalin. Dan bestnya dapat baby yang comel dan sihat.


Peristiwa Sentap Berulang Lagi....

Dulu ada saya pernah cerita peristiwa sentap apek di Te*co.
Kelmarin sejarah berulang kembali.


Punyalah anak tekak ni teringin nak makan buah-buahan tempatan.
Jadi ajaklah Incik Husben pergi beli kat My*in.
 Tengah feeling-feeling pilih buah manggis.
Ada seorang abang ni datang nak pilih manggis jugak.
Hensem abang ni. Boleh tahan *miang*..
Tapi tetiba je spoiled sebab bini abang hensem ni datang dekat sebelah dia.


Plastik kat tangan dah penuh dah dengan buah manggis.
Boleh pulak abang hensem tu kata kat saya "Banyak yang dah kematu ni.."
Grrr..


Buah manggis kematu?
Kematu tu macam yang keras-keras kat tapak kaki tu ke?
Apsal rasa macam okey je?
Dah sepelastik dah ambik.
Dalam hati, apsal la ko tak datang awal-awal sikit abang hensem.
Jadi bagi mengcontrol ayu, buat-buat muka konfiden je.


Abang hensem, you drop my water face okehhh..!! heh

Monday, December 19, 2011

Anak punya birthday, mak yang excited..


Hari Ahad ni birthday Ahmad kan.
Jadi mak bapak nya dalam seminggu ni haruslah sibuk nak mem prepare apa yang patut.
Mula-mula tak mahu celebrate tapi tetiba rasa macam nak celebrate pulak.
Ngengade kan, padehal Ahmad tak dapat nak menghayati pun itu birthday dia.
Mahupun memahami betapa banyak pengeluaran wang tunai di mesin ATM telah dilakukan untuk birthday dia.


Celebrate yang simple-simple jela memandangkan 2 anak buah baru dah selamat melihat dunia.
Adik perempuan Incik Husben lahirkan baby girl 16 Disember 2011.
Beras Biras saya lahirkan baby boy 18 Dis 2011.
Gembiranya bila semua dah selamat.
Tengok baby sangatlah geram.
Bau baby wangiii..
Kita juga yang berdebar-debar menunggu saat-saat ituuu... 


Sebenarnya kalau majlis sambutan harijadi, waktu makan mana yang paling sesuai?
Minum Pagi?
Makan tengahari?
Minum Petang?
Makan Malam?

Friday, December 16, 2011

Apa kejadahnya "Lady Car Wash" tu??


Malam semalam.
Balik kerja pergi makan kat kedai Ayam Penyet Limbongan kat Kota Fesyen MITC.
Dah happy-happy perut kenyang, nak balik rumah.
Lalu kat deret-deret rumah kedai baru kat area MITC.


Tetiba ternampak satu kedai.
Poster/bunting dia tulis "Lady Carwash - We now open".
Pastu siap ada slogan ke tagline ke "We clean it, You see it".


Aku dah macam..hah??!! hah??!! hah??!!
Kejadahnya "See it" tu?
Nak tengok apa..


Tetiba pulak ada terdengar suara buat terbakar darah.
"Abang rasa kereta kita dah lama sangat tak cuci"..
Grrr...


Nantikan hasil siasatan apa kejadah sebenarnya kedai Lady Car Wash tu.
Sebab semalam takde nampak aweks aweks mahupun acik-acik atau aci-aci pun kat kedai tu.
Jeng jeng jeng...kita terjah untuk satu kepastian!!

Breakfast RM8 ku..









Sarapan pagi ini.
Cornflakes - kismis-  madu - honeydew (selalunya apricot) dengan susu.
Milo ais.
Sihat kan sarapan kita??!


Cenggitu je dah lapan hengget.
Kalo beli cornflakes sekotak pun dah lepas ni.
Tapi sebab rajin sangat, beli jelah.


See, see, elit tak elit kawasan opis aku ni.
*tangan di dada mata ke atas*
Harga makanan kat sini..phewww...
Kalau lunch kan, kalau tak cecah RM8 tu kira ambil lauk yang paling basic kut.
Padehal kira dah habis diet sihat dah.
Tak ambil nasi.


Sambil breakfast baca pulak berita hot.
Kisah rumah tangga artis.
Jimmy Shanley dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Ermm..