Tuesday, January 31, 2012

Dan akhirnya...



...telur ikan telah selamat masuk ke perut saya dengan jayanya..hehe
 
Terima kasih banyak-banyak untuk suami yang sanggup meredah rimba membelah lautan semata-mata nak mendapatkan telur ikan ni...
Ai terharu yu..sob sob
Makan sambil terasa nak menitis airmata terharu kata kau. 
Pastu nak nari-nari ular..heh


Suami beli dengan harga RM7 seekor rasanya.
Dapat beli 2 ekor.
Mula-mula suami sanggup tunggu nelayan kat tepi pantai untuk dapatkan ikan duri ni.
Tapi malangnya masa tu takde musim lagi.


Nasib baik suami dah pesan dengan kawan dia (yang kampungnya dekat dengan laut) untuk dapatkan ikan duri yang ada telur.


Mempersembahkan....telur ikan duri masak pedas masakan suami...!!
Suami ai masak untuk ai yu ols.
Sedap...diri sendiri pun tak pernah makan masakan ni.
Bukan..bukan ai malas yu, tapi incik suami buat surprise untuk ai.
Bila balik kerja je dah ada telur ikan siap dimasak.
Terharu...


See..see..incik suami saya romentik bukan?
Kalah abang Remi Sehak *bukan nama sebenar* dengan Seth Tan..hik hik hik


 




Monday, January 30, 2012

Keroncong Kuala Lumpur..


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia (harus ke??) semua..
Walaupun hati saya digaru nak pergi bercuti, tapi saya tak bercuti pun.
Nak balik kampung aduyai..dah tak larat nak travel jauh sangat.
Pastu rasa macam tak larat nak menempuh jem.
Kesian kan.
Tapi takpe..kita kenyit mata lebih-lebih minggu ni.
Mana tau dapat pergi A Famosa Resort hujung minggu ni pulak..hehe


Konon-konon nak bercuti masa cuti Tahun Baru Cina.
Tapi akhirnya ke mana..??
Lastnya pergi Key El..diulangi..pergi Kuala Lumpur ok.
Saje jalan-jalan kat KL.
Dapat jalan-jalan KL pun sikit punya happy.
Dah lama meracun Incik Husben nak pergi Mid Valley Megamall.
Sebab anak tekak nak sangat makan durian pancake kat Sweet Chat tu.
Dapat jugak akhirnya ko.










Peminat dong dong ce..sampai tanak bergerak dari situ..


Ramainya manusia kat Mid Valley haritu.
Memang tengah sale Chinese New Year kan.
Mid Valley pun dah banyak yang berubah.
Maklumla, orang Melaka sekali sekala turun Key El kan..heh


Inilah makanan yang diidamkan sangat.
Rasanya? Dah namanya Durian Pancake, mestilah rasa durian.
Sedap bila tang krim nya tu.
Tapi overall memang sedap la duriannya. yummehh..



 
 

 


Masa ni rupanya dah tak menarik dah sebab dah lebih sejam.
Staff Sweet Chat tu bagitau, paling best makan sebelum sejam.
Kalau tak Durian Pancake ni jadi lembik sikit.
Lupa pulak harganya.
Ingat-ingat lupa macam RM7.90 - 3 pieces.


Ok. Bai durian pancake. Nanti kita jumpa lagi di lain masa dan waktu..heh





Restoran Sweet Chat ni ada macam-macam dessert.
Nampak sedap-sedap semuanya.
Mujur tak haloba sangat time tu.



Untukmu sayang...








Baju dan barang-barang untuk Adik Baby.
Ada lagi dalam storage box tu termasuk abang long punya baju newborn.
Dah siap cuci dan simpan.
Tapi belum letak dalam beg ke hospital lagi.


Mama punya beg pun satu hape tak isi lagi.
Ala-ala macam konfiden tahap dewa la bersalin lambat lagi.
Padehei lagi berapa minggu je lagi ni.
Set bersalin semua pun belum lengkap lagi.
Arghhh..berdebar ok. Berdebar.


Berhabis hampir RM500 untuk baju sahaja. Iye, baju sahaja.
Baru sedar baju kanak-kanak riang ribena masa kini adalah sangat mahal.
Kalah rega baju mama.
Agak-agak boleh up tak hantaran kahwin nanti? heh..ok, tak kelakar.



Friday, January 27, 2012

Misi Mencari Nama Adik Baby...



Dah masuk 33 minggu ni, tapi nama baby masih belum dapat lagi. Kita berkenan yang ni, cik abang geleng kepala. Cik abang suggest nama yang tu, rasanya macam tak berkenan pulak..huhu. Lagu mano tu? Agak-agak kena baling duit syiling ke ni?

 
Jangan jadi macam Abang Long dulu ye babah, sampai nak daftar surat beranak terlambat sebulan kena penalti sebab takde nama lagi...Ahmad dulu dari dalam perut dah dipanggil dengan 'Ahmad' sebab nama sebenar tak dapat lagi. Lagipun masa mula mengandungkan Ahmad sampai 7 bulan, doktor kata baby girl, jadi bila dah tau boy barula kelam kelibut nak cari nama baby boy..heh..


Mesti semua dah tau berkenaan dengan nama-nama yang dikaitkan dengan nama-nama pilihan jin baru-baru ni kan. Ustaz Sharhan Shafiee mengeluarkan kenyataan dalam sebuah program tv yang nama-nama tertentu adalah nama-nama pilihan jin yang menyebabkan tuanpunya nama ditimpa penyakit yang pelik-pelik. Dikatakan pendapat tersebut adalah berdasarkan pengalaman beliau merawat penyakit misteri. Tapi Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Dato' Dr Harun Din pula berpendapat tiada dalil sohih yang mengatakan penggunaan nama-nama tertentu boleh mendatangkan penyakit misteri. Cuma ada beberapa nama jin yang disebut dalam hadis yang tidak elok digunakan. Tapi penggunaan nama-nama tu pun takde dalil  sohih yang mengatakan akan ditimpa penyakit misteri. Wallahualam.   


Rasanya ini antara part yang susah nak decide bila nak dapat anak. Nak cari nama yang sesuai...hehe
 
Oh ye, gender Adik Baby insyaAllah adalah girl. Mama sangat suka. Sekarang dah even. Jadi babah ambik seorang, mama setelkan seorang lagi..hehe..Tapi kalau keluar boboi boy lagi pun syukur. Asalkan sihat sempurna dan selamat semuanya.


Bila baca yahoo article ni Illegal Baby Names, rasa macam kelakar je, macam-macam nama anak dalam dunia ni ye. Senang je letak nama anak "ABCD" ke "1234" ke..Saya dah suggest pada Incik Husben nama Adik Baby, Annaila Roumysa, tapi Incik Husben tak suka bunyinya..huhu..jadi takpela letak kat sini...

  

Lahai adik baby, apalah nama awak ni ye...


Menamakan anak.

- Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Dilarang memberikan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak.

- Jangan namakan anak dengan nama-nama yang mencemarkan atau pelik-pelik yang sukar untuk dimengertikan maknanya.

- Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman dan sebagainya. Jika hendak diberikan harus disandarkan atau disertai dengan nama yang lain seperti Abdul Rahman.

- Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba) kepada selain daripada Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza).

- Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama orang bukan Islam seperti John dan sebagainya.
(Dari buku "350 Petua Ibu Mengandung")



Friday, January 20, 2012

Hati Menggaru Nak Pergi Bercuti..


Tak kisah ler pergi memana..tapi nak pergi jalan-jalan je rasanya.
Dah tergedik-gedik hati ni nak pergi berjalan.
Nampak gayanya kalau ada rezeki berjalan ni pun, kena pergi tempat yang dekat.
Dekat dengan rumah, dekat dengan hospital..







 

 


Tiba-tiba teringat tempat ni.
A Famosa Resort, Melaka..
Kami masuk Cowboy Town dengan Wetworld waktu Ahmad baru setahun lebih..
Memang best la tempat ni.
Lagipun first time masa tu pergi sini.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bercuti macam ni..
Harapnya dapat la..aminn...




Wednesday, January 18, 2012

Sama..



Hari ini rutinnya tetap sama.
6.50 pagi bergerak dari rumah - hantar Ahmad ke rumah mak.
7.30 pagi sampai office.
1 - 2 petang rehat.
6.00 petang punch out dari office.
Kalau ada meeting atau function/event/program barulah bertukar rutin.


Kadang-kadang terfikir sampai bila kah rutin ni akan tetap sama?
Sampai umur 55 tahun (bila layak mohon pengeluaran KWSP) ke?
Maksudnya ada lebih kurang 20 tahun lebih lagi menghadap rutin hidup yang sama setiap hari Isnin sampai Jumaat?


Punch in - punch out.
Dan masa tu Ahmad dah kahwin dan kami dah ada cucu?
Huwaaaa...Ya Allah selamatkan aku..!!
Tapi agak-agaknya kalau rutin tu kerap bertukar akan ada makhluk Allah yang merungut pulak..hai la...


Tuesday, January 17, 2012

Diari Hamil Saya : 32 minggu dan Gestational Diabetes Mellitus (GDM)..




Minggu ni Adik Baby dah 32 minggu..
Makin dub dab dub dab dangdut dah jantung ni..
Saya ok. Sangat ok. Makan pun ok je.
Masih gigih menapak untuk shopping..heh
Sebab nafsu shopping sudah mari!


Check up semalam dah nampak muka 4D Adik Baby..
Sama macam muka Abang Long! Hidung, mata dan bibir..
Subhanallah..
Adik Baby ok dan aktif. Alhamdulillah.
32 minggu, Adik Baby dah 2.1kg korang!
Cargas membesar sihat…sebab last visit baru 1.4 kg.. huhu


Tapi ada yang tak bestnya…
Sebab kita ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM)..
Berbelit lidah kan? Alaaa..kencing manis.
Tapi belum sampai tahap kena cucuk diri sendiri dengan insulin.
Masih tahap diet control (DC). GDM on DC..


Sebab keluarga saya memang ada sejarah diabetic…kuat ok.
Jadi masa ‘booking’ (buka buku merah) di klinik, memang kena minum air glukos (oral glucose tolerance test (OGTT)) untuk nilai tahap GDM..
Air glukos yang sangat sedap dan menyelerakan! hehe – ini tipu.
Rasa air gula la. Tapi tengok ramai yang muntah balik.
Apsal saya seorang je rasa macam sedap.
Macam nak tambah lagi..hehe


Sebab result OGTT saya dengan kiasu nya sangat tinggi..
Maka bermulalah tanggungjawab buat prosedur blood sugar profile (BSP)..
Iaitu buat ujian darah 4 kali sehari – kat jari je..
(pre bread, pre lunch, pre dinner and post dinner)
Setiap bulan kena buat. Semalam adalah kali ke 3 buat BSP.
Sumpah yang ni tak happy dan tak best..hehe
Menyerah jela..


Takpelah walaupun tak best..
Sebab nanti lagi best dapat anak yang sihat.. : )



Apakah itu diabetis gestasi?

Diabetis gestasi adalah diabetis yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus kehamilan diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
• dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
• anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
• keluarga anda mempunyai sejarah diabetis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai diabetis);
• keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah diabetis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.



Friday, January 13, 2012

Sedihnya hati..

Eh, hari ini Jumaat ye?
Syukur. Dah masuk hari ke 13 bulan Januari.
Kejappp je rasa masa sekarang ni.
Tup tup nanti dah 38 minggu, 39 minggu..fuhhh..berdebor teman.


Emosi pagi ini, sedih campur gembira.
Sebab first time pergi kerja dengan Incik Husben, Ahmad cakap "byeee.."
Sambil opah bawa naik basikal jalan-jalan.


Sebelum-sebelum ni susah nak tinggalkan dia dengan keadaan macam tu.
Samada menangis opah kena pujuk atau pasang DVD Barney and friends dulu sebelum pergi kerja.
Lepas tu pergi kerja menyelinap perlahan-lahan.
Sambil make sure dia tak perasan.


Hari ni rasa sedih tengok muka dia cakap bye sambil lambai.
Dia tengok kereta sampai hilang dari pandangan.
Anak dah besar...


Ni yang rasa macam nak berhenti kerja jaga anak ni.
Nak kena hadapi benda yang sama jugak nanti.
Tu belum bab nak menghantar pergi sekolah lagi..
Tapi kalau tak kerja macamana la pulak keadaannya nanti?
Adui..stress ok.
Heh

  

Wednesday, January 11, 2012

RED - Lupa nak pakai merah...


Hari kan Roasters Eating Day (RED).
Kenny Rogers Roasters ada buat promotion kan.
Beli satu Quarter Meal dapat satu free dengan syarat kena pakai baju atau kasut atau aksesori warna MERAH.


Semalam dah beria berpakat dengan bebudak opis ni nak pergi Kenny Rogers harini.
Tapi boleh pulak terlupa nak pakai baju merah harini..
Kalau bawak plastik bag warna merah aci tak? hehe

 



Tuesday, January 10, 2012

Demam, Tapi Macam Tak Demam Je..

Semalam terpaksa ambik emergency leave sebab si kecik ni demam.
Sian tengok dia sebab macam susah nak tidur je.


Dia angkut semua lori kereta dia bawak baring sama.
Lepas tu main lori kereta atas badan, tangan kita ..vrooomm vroomm...sebelum dia tertidur.
Tak sedar pun pukul berapa dia dah tertidur sebab mak dia tertidur dulu..huhuhu...

Tapi kan cik abang ni demam macam tak demam jeee...musykil...

Iye acik-acik, mula-mula aktiviti kita semalam adalah susun semua car lorry dan bas macam train...kita susun kat dalam bilik, dalam laci, dekat dapur sampai mama kita suruh kita 'kemash'...


             


Lepas tu, kita pakai selipar babah, kita tolong mama 'kemashkan' rumah...tapi kita buat selow-selow la...


        



Lepas tu mama bagi kita 'tulish' 'tulish' (read : tulis). Mula-mula kita tulish. Lepas tu kita buat pencil colour tu jadi airplane ye. Lepas tu kita boleh la buat macam air hujan...  

             


Ada anak kecil ni kena serender la mengemas rumah.
Nanti dah pindah rumah bolehlah ada satu bilik mainan Ahmad.
Dah tak bersepah dah mainan sini sana..

Friday, January 06, 2012

Gaya Tidur Favourite Boss Kecil




Gaya tidur boss sekarang.
Tangan buat alas.
Kat rumah tengah tengok tv pun macam tu juga.
Bila betulkan, marah.
Pastu bila bangun nangis kuat-kuat sebab tangan kebas.
Sabar jelahhhh...



Thursday, January 05, 2012

Diari Hamil Saya : 30 Minggu dan newborn checklist...sila tolong gelabah sekarang..

Hello, Amirah

Good news - at this point your baby's lungs and digestive tract are nearly mature, meaning she'll do much better in the event of premature birth. Researchers also believe your baby can actually see now, in utero, but no-one knows exactly how much she can make out. She's also becoming more cramped in your uterus and less able to move so freely, although when she does move, it's very noticeable.

Dah masuk 30 minggu. Boleh tak tentiba nak rasa nervous? huhu...
Dengan satu hape barang untuk Adik Baby pun tak beli lagi ni. Rasanya kena beli apa yang patut dalam bulan ni juga. Kesian Adik Baby. Takkan nak pakai baju Abang Long yang dah banyak compang camping tu - ok tipu.


Sebab kalau bulan depan taktau la larat ke tidak lagi nak tawaf shopping complex. Badan sihat-sihat je cuma tulang pelvik (sopan gitu kan) adalah sangat sakit..hu hu hu..dan tentiba rasa macam opah-opah sebab berjalan kena pegang dinding kekdahnya.  


Pastu google newborn checklist la pagi tadi. Okey baru pagi tadi nak nervous sebab kakak opis ni tanya "Puan dah siapkan beg nak pergi hospital dalam kereta?"..erkkk


Bottle Feeding & Essentials
                Feeding Bottles & Teats
                Bottle Brush
                Bottle Rack
                Bottle Warmer
                Bottle Sterilizer
                Bottle detergent
                Pacifiers
                Teethers
                Milk Powder Dispenser
                High Chair

Breast Feeding Essentials
§                                 Breast Pump
§                                 Breast Milk Storage Containers
§                                 Breast Pads
§                                 Cool Packs
§                                 Nipple Cream
§                                 Nipple Protector
§                                 Nursing Pillow
§                                 Nursing Bras
§                                 Nursing Dress/Shirts

Baby's Nursery
§                                 Crid or Craddle
§                                 Playpen
§                                 Bassinet
§                                 Bouncer Seat
§                                 Rocker Chair
§                                 Walker
§                                 Nightlight

Bedding
§                                 Crib bedding sets
§                                 Crib sheets or Bassinet sheets
§                                 Receiving Blankets
§                                 Baby Blankets
§                                 Mattresses (Foam/Latex)
§                                 Mattress Pads
§                                 Baby Pillows & Bolster

Bathing & Healthcare
§                                 Baby Bath Tub
§                                 Baby Sponge
§                                 Baby Shampoo, soaps & lotions
§                                 Bath Toys
§                                 Bath Mat
§                                 Rubber Cot Sheet
§                                 Baby Oil
§                                 Hooded towels
§                                 Ointment
§                                 Baby Thermometer
§                                 Vaseline
§                                 Sterile Cotton Balls
§                                 Baby Powder
§                                 Baby Nail Clippers/Scissors
§                                 Baby Brush/Comb
§                                 Nasal Aspirator
§                                 Sunscreen
§                                 Oral Care Kit

Diapering Checklist
§                                 Disposable Diapers
§                                 Cloth Diapers
§                                 Diaper Wipes
§                                 Wash Cloths
§                                 Nappy Rash Cream
§                                 Diaper Bag
§                                 Nappy liners

Baby Apparels
§                                 Baby Pyjamas
§                                 Jumper or Bodysuits
§                                 Socks and Booties
§                                 Baby Shoes
§                                 T-shirts & pants
§                                 Mittens
§                                 Bibs
§                                 Sweater or Jacket
§                                 Cap or Hats
§                                 Abdominal Binder
§                                 Handkercheifs

Travel Essentials
§                                 Strollers/Baby sling
§                                 Baby Car Seat
§                                 Baby Carriers or Slings
§                                 Foldable Changing Mat
§                                 Nursery Bag
§                                 Bottle Warmer

Safety
§                                 Baby Monitor
§                                 Safety gate
§                                 Safety locks/latches
§                                 Corner and edge bumpers
§                                 Outlet covers

Toys
§                                 Soft Toys
§                                 Rattles
§                                 Development/Learning Toys
§                                 Mobiles
§                                 Playmat



Panjang kan list. Tapi ada juga barang-barang Ahmad yang dah dikeluarkan. Cuma rasa macam banyak lagi ni tak siapppp!!

- set bersalin - belom beli lagi..
- baju adik baby - belom beli lagi..
- Spectra 3 - belum antor pergi servis lagi..
- beg-beg belom kemas lagi...


Tetiba juga rasa macam dah lupa macamana waktu mula-mula bersalinkan Ahmad dulu..huhu..wahai Amirah, tolong gelabah sekarang...