Friday, January 27, 2012

Misi Mencari Nama Adik Baby...



Dah masuk 33 minggu ni, tapi nama baby masih belum dapat lagi. Kita berkenan yang ni, cik abang geleng kepala. Cik abang suggest nama yang tu, rasanya macam tak berkenan pulak..huhu. Lagu mano tu? Agak-agak kena baling duit syiling ke ni?

 
Jangan jadi macam Abang Long dulu ye babah, sampai nak daftar surat beranak terlambat sebulan kena penalti sebab takde nama lagi...Ahmad dulu dari dalam perut dah dipanggil dengan 'Ahmad' sebab nama sebenar tak dapat lagi. Lagipun masa mula mengandungkan Ahmad sampai 7 bulan, doktor kata baby girl, jadi bila dah tau boy barula kelam kelibut nak cari nama baby boy..heh..


Mesti semua dah tau berkenaan dengan nama-nama yang dikaitkan dengan nama-nama pilihan jin baru-baru ni kan. Ustaz Sharhan Shafiee mengeluarkan kenyataan dalam sebuah program tv yang nama-nama tertentu adalah nama-nama pilihan jin yang menyebabkan tuanpunya nama ditimpa penyakit yang pelik-pelik. Dikatakan pendapat tersebut adalah berdasarkan pengalaman beliau merawat penyakit misteri. Tapi Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Dato' Dr Harun Din pula berpendapat tiada dalil sohih yang mengatakan penggunaan nama-nama tertentu boleh mendatangkan penyakit misteri. Cuma ada beberapa nama jin yang disebut dalam hadis yang tidak elok digunakan. Tapi penggunaan nama-nama tu pun takde dalil  sohih yang mengatakan akan ditimpa penyakit misteri. Wallahualam.   


Rasanya ini antara part yang susah nak decide bila nak dapat anak. Nak cari nama yang sesuai...hehe
 
Oh ye, gender Adik Baby insyaAllah adalah girl. Mama sangat suka. Sekarang dah even. Jadi babah ambik seorang, mama setelkan seorang lagi..hehe..Tapi kalau keluar boboi boy lagi pun syukur. Asalkan sihat sempurna dan selamat semuanya.


Bila baca yahoo article ni Illegal Baby Names, rasa macam kelakar je, macam-macam nama anak dalam dunia ni ye. Senang je letak nama anak "ABCD" ke "1234" ke..Saya dah suggest pada Incik Husben nama Adik Baby, Annaila Roumysa, tapi Incik Husben tak suka bunyinya..huhu..jadi takpela letak kat sini...

  

Lahai adik baby, apalah nama awak ni ye...


Menamakan anak.

- Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Dilarang memberikan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak.

- Jangan namakan anak dengan nama-nama yang mencemarkan atau pelik-pelik yang sukar untuk dimengertikan maknanya.

- Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman dan sebagainya. Jika hendak diberikan harus disandarkan atau disertai dengan nama yang lain seperti Abdul Rahman.

- Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba) kepada selain daripada Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza).

- Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama orang bukan Islam seperti John dan sebagainya.
(Dari buku "350 Petua Ibu Mengandung")



21 comments:

fiza said...

Alhamdulillah...dpt sepasang. Apalah nama adik baby nanti yer?☺☺

lydzar said...

misi yg ni memang best :) saya suka!

harap2 nnt capai kata sepakat sebelum kena penalti hihi

Anamarza said...

susah ya amie nak cari nama anak, hihih akak ngan hubby list beberapa nama baru decide pilih yg mana. selalu nya cuba elakkan nama hampir sama dgn anak sedara, dah ada pengalaman sendiri bila nama sama ngan sepupu dah wujud panggilan ana betul dan ana tak betul, tah siapa yg betul siapa yg tak betulnya pun tak tahu la...

Kakzakie said...

Sekarang kita beruntung banyak guide. Macam zaman dulu contoh bapak kakak ajelah PURVIT. Tak ada makna langsung kan kesian....

sahromnasrudin said...

alhamdulillah, sekarang dh byk buku panduan kan..boleh buat rujukan

a.samad jaafar said...

bubuh nama pelakon korea, tak boleh ke? hihihi..

ct rahani said...

annaila.. cantik nama tue..

amirah said...

fiza : tu la..syukur..tp takut gak jd cam ahmad dulu..dah beli baju girl sekali kuarnya boboi..huhu

amirah said...

lydzar : best ke misi ni? huhu..susahhh..mcm misi mustahil jek

amirah said...

kak ana : tu la..sebolehnya taknak sama ngan yang dah sedia ada..nnt konpius orang kan..ermm..

amirah said...

kakzakie : sungguh la kan kak..skrng ni dgn internetla..mcam2 la yang ada..senang nak rujuk.aah, orang zaman dulu ada yg nama x de makna

amirah said...

bro sahrom : aah..dah beli pun tetapla susah nak pilih yg mana satu..

amirah said...

yob mad : ermm kalo letak je nama yob mad boleh? haha..tp yob mad orang2 seni ni nama anak2 sure bababoom..

amirah said...

ct rahani: aah..suka nama tu tp suami tak suka la pulak..jd x jadi guna nama tu

Kazman & Sue said...

heee3x... nak letak nama anak tu memang susah bila tak sefahaman... tapi sampai masanya kita dapat jugak nama tu... macam sampai jodoh ....

man yusoef said...

namakan

Amal Hayati

Amla Hani

Aisyah Hijazi

haha..kemain lagi kan cadangan..

Syigim said...

bestnye GIRL!! alhamdulillah, moga selamat sampai melahirkan :)

akak dulu cari je nama2 start dari K (ikut bapaknya hihi), aslkan makna elok :) kak dah cari 4-5 nama, baru suggest kat husband, n dia yg pilih antara 4-5 tu mane dia suka hihi...

tp yg nama2 jin suka kacau tu, kak musykil sikit...sbb kalau dah namanye ade maksud baik, xkan la xboleh pulak semata2 psl jin tu kan? sbb yg penting kita namakan anak kita dgn makna baik, bukan ikut jin kacau ke idak ye tak. wallahualam. :)

Hanis MY said...

Kak amirah apa nama2 Jin tu kak? Cantik la nama akak berkenen tu.. I like...boleh tahan Nama yg seman suggest tu...

Ahmad Sabree said...

i follow you...
follow me back okey...
nice entry n blog yg superb! A+..
http://sabryoppa.blogspot.com/
http://shaberry92.blogspot.com/
okey follow jangan x follow...
budak baru belajar...

Qhaifa Nur said...

bab ni yang seronok, kalau bole nak cari lain dari yg lain..

bestnya dah tahu jantina baby..

pena rozie said...

selamat mencari yg terbaik...