Hari ni hari Jumaat..sekejap je masa berjalan..eh berjalan ke...??bukan berjalan lagi dah..dah berlari ala-ala Usain Bolt dah ni.. baru je rasanya balik ke Kuala Kangsar minggu lepas, minggu depan akan balik kampung sekali lagi...bila dah kawin dan duduk kat Melaka rasa rindu selalu pada mak di Kuala Kangsar...mujur Mr Hub sgt memahami lagipun Kuala Kangsar jela kampung kami buat masa ni...
Sebenarnya balik kampung minggu lepas semata-mata nak pegi kenduri junior masa zaman sekolah menengah dulu..sweet orangnya dia dah nikah lama dah cuma sekrang baru ada masa nak buat majlis resepsi..tapi kesiannya dia baru je keluar dari hospital..tu pun nasib baik doktor bagi dia keluar kalo tidak tak boleh imejin sume orang kena pegi kenduri kat hospital tu....ermmm...
Gambar-gambar sekitar majlis..tapi frust jugak sebb gambo dengan pengantin satu je
Depan pintu Dewan UMNO, Ipoh
Konsepnya hitam putih grey...cantik sebab pengantin pun wedding planner jugak...
Camni la jadinya kalo takde tukang tangkap gambar tambahan...
Kelakar abg-abg rela ni..nak jugak tngkap gambo dengan Ahmad...
Ni la orangnya..sangat cantik dan sweet..owhhh tengok anak terunaku itu, pandang sampai terpejam2 mata...hehehe..sabo je la anak... selamat pengantin baru dila dan faiz,semoga cinta kekal sampai ke syurga..
Nak citer sket pasal Kuala Kangsar ni..sikit jela, kena datang melawat sendiri baru best...sebenarnya bandar yang sangat old skool..dengar kata memang dikekalkan keadaannya macam sekarang ni bagi menjaga taraf bandar ni sebagai Bandar di Raja Perak..
Banyak jugak tempat menarik kat Kuala Kangsar nie sebenarnya yang saya pun tak pernah jejak kaki lagi..Bandar Kuala Kangsar kalau dari kampung saya, Kampung Karai adalah dalam jarak perjalanan 15-20 minit.
Bandarnya kecil je, kalau tiba time raya bila semua orang balik kampung,...fuhhh penuh sesak jem ngalahkan KL la pulak..
Dulu masa zaman muda remaja..(masa zaman masih pakai baju saiz 's' lagi..kui kui) kalo ke Kuala Kangsar hari minggu akan nampakla bebudak sekolah yang hensem2..terjuling2 mata tengok dorang semua ni ---tapi dorang je tak pandang kite..hahaha --- ada aura dan kemas..tula agaknya kalo dah pandai otomatik jadi hensem jugak agaknya..kalo nak tau dorang ni student MCKK atau Malay College Kuala Kangsar..all-boys school ni sek menengah berasrama penuh pertama...memang top2 student yang belajar kat sini..dan memang ramai notable alumni dia termasukla Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tengah hadapi perbicaraan skrg ni --- sila baca paper yer --- bangunan sekolah dia pun cantik macam bangunan-bangunan roman...dulu sek ni hanya untuk anak-anak raja dan golongan elit.. kalaula Ahmad dapat masuk sini pun Mama hepi..hahaha..aminn...
Banyak jugak must-go places di Kuala Kangsar, contohnya macam Masjid Ubudiah ni..sangat cantik sebab kubahnya warna emas, dari jauh dah nampak..fuhhh kalo ler emas betul berapa juta ler reganya..hehe..cantek kan..
Dan banyak lagi tempat-tempat menarik seperti Muzium Di Raja, Istana Iskandariah, Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan --- yang ni best..!!--- untuk lebih tau susur galur Kesultanan Melayu Perak..pastu kat Kuala Kangsar ada Pokok Getah Tertua.
Muzium Di Raja, dulu dipanggil Istana Kenangan --- sepenuhnya kayu tanpa paku
Pokok Getah Tertua ---memang uzur giler kalo tengok dekat-dekat---agaknya kena panggil Tok Nyang dah ni..
Pastu ada Safari Sungai Perak, boleh naik bot susur Sungai Perak. Ada Pusat Pembangunan Kraftangan Perak, Pusat Kraftangan Mariwasa --- Anak Sultan Brunei punya bunga telur tempah kat sini, tak pernah pegi pun --- pastu buleh mandi-mandi kat Ulu Kenas.
Kalau orang nak kawin, boleh tempah labu sayung buat cenderahati kat Sayung. Banyak sangat tempat yang buat labu sayung, kita boleh tengok 'live'. Ataupun nak tempah parang ke keris ke, Kuala Kangsar is the right place.
Kenangan masa kahwin muda2..ahakss
Bab-bab makan ni pulak, Kuala Kangsar memang tip top dengan laksa --- Laksa Pak Ngah-- dan cendolnya..tiap2 kali balik kampung sure nak makan jugak laksa Kuala walaupun kat Melaka ni pun macam-macam laksa ada..ikan sungai masak tempoyak pun layan...maklumla Bandar Kuala Kangsar ni dekat dengan sungai..asal usul nama Kuala Kangsar pun daripada sungai kan..
next time nak citer pasal Karai pulak..orang dengar memang pelik je nama kampung saya ni..tapi memang ada nilai sejarahnya....--- eh, memang ditakdirkan ke duk kat tempat-tempat bersejarah je ni?? orang kata tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat kelahiran kita kan... next time kita citer pasal Melaka pulak la..
Sembang-sembang pasal EBM pulak, pagi tadi pumping session yang pertama, walaupun hasil tak memberansangkan tapi saya optimis....saya tetap gembira sebab anak saya aktif dan sihat walaupun tak dapat SI sepenuhnya...terima kasih untuk kawan saya
Ayu dan
Kak N yang menyokong penuh saya dlm perjuangan saya ni..walaupun Ahmad masih belum dapat SI saya sepenuhnya tapi saya tetap positif..redha kalau setakat itu saje rezeki untuk Ahmad...tapi tetap akan terus berjuang..chaiyokkk chaiyokk..
(sumber: www.mpkkpk.gov.my)