Eh, hari ni hari Khamis ek..silap hari pulak. Kengkonon nak buat Wordless Wednesday..hehe
Gambar-gambar masa kami sekeluarga "bersenam" atau dalam bahasa kasarnya "jalan-sekejap-panas la-masuk kereta-pergi breakfast nasi lemak" hari Ahad lepas.
Masa bawak Ahmad ni ada seorang auntie Chinese tengah joging kat tepi kami. Bila dia tengok kereta Ahmad, dia cakap "kids today lucky maa..semua pun dapat, semua pun ada. Dulu kita buat kereta guna box maa..macam The Flinstones.."
Pastu selamba je jawab balik secara sopan, maklumlah, menghormati orang yang lebih tua. *ish ish anak sape la ni..bersopan sungguh. pang sedas!*
"Bukanlah auntie. Yang ni beli pun sebab parents dia yang excited lebih, anak taktau apa pun lagi.."
Hehehe..memang betul rasanya. Sebab dah penuh dah remote control car Ahmad kat rumah. Macam-macam jenis babah belikan. Mama takde la membeli-beli untuk Ahmad sangat pun *ok, poyo!*
Rasanya dah ada dekat 5. Nampak sangat babah nya yang terlebih excited padehal Ahmad main campak-campak je. Yelah, dulu zaman kita budak-budak susah nak dapat semua toys budak-budak sekarang. Mungkin babah nak balas dendam la ni..huhu
Saya pulak mujur tak terpedaya dengan tipu daya dunia yang sementara ni sebab dah nak beli dah kereta remote Ahmad (macam kat atas tu) Mini Cooper. Lawaaaa sangat. Sporty pulak tu. Sebiji Cooper yang sebenar sebab under licensed. Siap boleh dengar MP3, ada bunyi enjin. Syoknyaaa..agak pricey. Dalam RM600++ kut. Tapi cantik punya pasal.
Dah nak bayar dah kereta Mini Cooper tu, tiba-tiba ternampak kereta yang ni pulak dah. Akhirnya decided ambik je yang ni sebab body tepinya agak tinggi.
Susah sikit kalau Ahmad buat-buat banyak kerja, panjat turun kereta ni pulak. Walaupun dalam hati saya beratttt je nak beli yang ni sebab tak cantik, tapi dah Incik Husben kata elok la safety first, better safe than sorry mama. Ok, fine.
Bila bawak pergi taman, memang budak-budak suka tengok dan nak datang dekat. Pernah sekali tu budak tu nangis takmau balik sebab dia nak naik kereta Ahmad ni. Kat Melaka susah sikit la kut nak cari kereta macam ni.
Agak-agak kalau buat bisnes ok tak? ahak ahak ahak...