Thursday, March 24, 2011

Aku Remaja Yang Terperangkap Dalam Tubuh Wanita Dewasa

Hehe..tajuk memang nak kena pang sungguh. Tapi selalunya tajuk menggambarkan isi kandungan walaupun kadang-kadang kita dok kata sebagai defence "don't judge a book by its cover".

Seperti pelakon Miera Liyana yang bersungguh minta maaf sebab pakai baju terlebih sudahhhh dan bagitau media janganlah mengadili diri dia dari pakaiannya. Mungkin dia jadi mangsa fesyen, tapi pilihan tetap di tangan dia kan? Eh, gambar takde, kalo nak nengok baca la kat beautifulnara.com. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengampun, di akhirnya nanti Dia yang menentukannya. Fullstop.
Jadi tajuk di atas secara tidak langsung (sebelum anda membaca perenggan seterusnya di bawah) betapa saya ini lebih muda daripada usia. Heh. Harap incik-incik dan puan-puan sekalian berusaha menggunakan kuasa minda untuk menahan muntah ye.

Bukan apa, sejak menjak ni memang terasa macam budak remaja giteww, sebab muka penuh JERAWAT! ..Jerawat taknak kalah pulak tu, jerawat batu! Sakit okeh. Kalau umo tu nam blas tujuh blas tahun remajeee bolehla tolerate lagi. Tapi ni dah dekat 30 dah ni.

Rasa-rasa nya dah ku praktikkan cara-cara cuci muka macam yang iklan dalam tibi tu tunjuk. Tapi mai jugak mereka-mereka ini tanpa belas kasihan. Owhh, tidak! Tapi tak dapat nak dipastikan la pulak kalau resdung sebab takde la pulak achummm achumm waktu pagi-pagi ataupun rasa gatai-gatai muka.  

Jerawat ni ok la lagi sebenarnya. Takde la buat jiwa kacau sangat pun. Sebab rasa tetap cun. hua hua hua...Tapi tak boleh blah kalau orang yang bercakap dengan kita bukan tengok mata kita, tapi dok berusaha gigih mengira jerawat kat muka ku iniiii...


see see..jerawat dan parutnya menguasai..
Tu diaaa. Mukadimah panjang tu. Alaa, bagi la can kat orang yang update sekali seminggu ni buat entri panjang-panjang sikit. Kalau anda semua terasa panjang sangat nak baca entri ni senapas semua hari ni, mungkin boleh sambung baca esok, lusa, tulat.


Jadi, kesimpulannya, datangla belog ni hari-hari ye...  : P . Oh no..no..tidak, blog saya ini tak pernah dapat Buffered Earnings daripada Nuffnang dan pendapatan Nuffnang saya memang macam jam habis bateri. Langsung tak bergerak. Jadi saya redha saya tak menjana income dari blog ni sebab Allah bagi rezeki saya tang lain. Tang income blogging ni rezeki orang laen..hehe..Tu sebab nak kena ucap terima kasih jugak pada semua readers sebab tetap datang walaupun jarang-jarang berapdet.

Minggu ni memang busy manjang, sampai takde ruang masa nak berjimba-jimba mahupun mengapdet entri baru. Esok pulak ada training lagi sampai hari Sabtu. Kejap betul rasanya masa sekarang ni. BW blog kawan-kawan yang tertinggal je dah makan masa beberapa hari.
Bangun pagi-pagi pulak, terpisat-pisat rasa macam tak percaya je dah masuk hari baru sambil berkata dalam hati "Eh, rasa baruuuu je pejam mata, dah pagi..?!!" Ishhh..!!

Ataupun adakah korang rasa gempa bumi dan tsunami di Jepun telah menganjakkan masa i.e melajukan putaran Bumi di paksinya yang menyebabkan 24 jam sehari semakin pendek? Betul ke BUMI BERUBAH?

Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.


Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.

“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.

“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.

Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.


Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.




Wallahualam....jom keje!!
“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.
credit :



15 comments:

Unknown said...

sesekali terasa jiwa remaja apa salahnya..

rajin betul menggoogle info pasal gempa ni.. :)

Fiza Rahman said...

Tu dia...penangan tsunami.

BIONIC WOMEN said...

wahhhh tu dia...memang entry 7 in 1.
cukup utk bekal seminggu wakakah..
start ngan kes x cukup kain nak buat baju, sampai kes jerawat, sampai kes BE, sampai kes tidur, sampai kes kerja, sampai kes tsunami..
hebat.hebat...

Salah pakai produk muka kot, muka kuar jerawat, try tukar produk..

amirah said...

lydzar, fiza, eily : mmng pjng kali ni..taktau la cukup tak kalo nak cover tuk sebulan..kuang kuang kuang...hepi weekend korang..!!esok ada training, tk sempat nk update smp minggu depan..

Sharinginfoz said...

kekadang memang busy memanjang kan

Anamarza said...

Busynya amie

nur said...

amirah,
memang panjang..
esok datang baca lagi.. hehe..

JOM KE: ALL IN ONE

YobSumo said...

tak salah feeling remaja.

hehehe.

tak lama lagi dapatlah tu buffered earning. relax duluuuuu...

shahrilhakime said...

tang jerawat tu.....selain daghi faktor kulit berminyak......stress dan gatei pun bulih jadi penyebab....hehehe

sahromnasrudin said...

ye la..sy pun rasa sekejap je..macam masa maghrib nak ke isyak tue terlalu pantas sgt huhuhuhhh

nur said...

dear..
hari-hari nak datang sini..

khas buat: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/03/aku-mesti-jenguk-blog-ni-hari-hari.html

Liza @ Adzriel AB said...

tak nampak pun jerawatnya. kamera baik punya ni..he..he..

wahida said...

aku pernah naik jerawat besar kat tgh2 dahi...masa aku jaga kaunter, ada visitor dtg, tanya aku tapi mata dia duk pandang jerawat aku...huh!! mencik!!

velasrizal said...

mmg dasyat impak tsunami kali ni kan

Pelajar / Peserta Akademi Fantasia (AF) 9 2011

Anonymous said...

takut..!! :(