Thursday, September 30, 2010

Tips Berjimat Selepas Hari Raya

Perkara biasa, masa hari raya, bajet perlu lebih. Maklumlah, nak buat persiapan raya, bajet nak balik kampung beraya, bajet nak bagi duit raya, minyak kete nak pergi sana sini lagi.

Memang kena guna banyak duit la. Lagipun raya setahun sekali, kalau tak ada baju baru, tak bagi duit raya, rasa macam tak lengkapla pulak hari raya. Lagipun anak-anak buah dah pandai komplen kalau Maksu tak kasi duit raya..lol..sungguh mata duitan..heh 

Jadi, lepas raya, perkara biasala juga kalau 'sesak' sampai nak menunggu hujung bulan. Adoi, jenuh nak tunggu hujung bulan 10 nanti. Rasanya kena ikut tips cara nak berjimat lepas hari raya la.

Dari Majalah Keluarga Harmoni (1-15 Oktober 2010) tips berjimat selepas hari raya:

1. rekodkan perbelanjaan.

2. masak di rumah

3. gunakan pengangkutan awam

4. elak berkunjung ke pusat membeli belah

5. jimatkan penggunaan air dan elektrik

6. berpuasa sunat

7. kurangkan aktiviti riadah

8. manfaatkan rumah terbuka

Anda semua suka tips yang mana?

Saya paling suka, tips yang last tu la..hihi..dah rezeki orang nak jamu makan, apa salahnya kan. Lagipun bukan selalu kita datang rumah/ofis kawan saudara kita tu kan. Ntah-ntah memang setahun sekali je jumpa. Bila datang rumah dia, rupa2 dah pindah...

nota kukukaki : tgh prepare perut untuk open house Sabtu nanti.. : P

Aik..Sape Yang Betul Ni?? *Garu Kepala*

Di ambil dari berita mutakhir berita harian online.


2010/09/30

GEORGETOWN: Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak. "Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda. Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Abdul Malik berkata, wang itu bukan daripada hasil judi sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri. - BERNAMA
"Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi.." - blog mana la tu..

Aik..yang ni kata camni, yang tu kata camtu..yang mana satu betul ni.

GAYA SI COMEL BERBAJU RAYA


Comelnya si kecil berhari raya
Pelbagai gaya fesyen terkini
Sesuai dipakai semua usia
Moga tidak dilupakan nanti

Join Contest Menarik Lagi..!!


Mari join contest ini ...

 Contest ini Dianjurkan oleh Baby IBU dan Azzamoro.

Senarai Penaja untuk Contest ini: 




hadiah-hadiahnya memang sangat-sangat menarik..!! Tak percaya? Cuba jenguk SINI


Ahmad Raif Idlan bin Mohd Razali
9 bulan
Born on 25 Disember 2009
"ada gaya Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra tak?
semangat beraya macam nak merdeka je "
moga ada rezeki..InsyaAllah..


"Segak bergaya si comel mama
Berbaju melayu teluk belanga
Ini baju raya Ahmad yang pertama
Akan disimpan sampai ke tua"

nota kukukaki : harap-harap tahanla baju ni sampai ke tua ye.. : P 





Google Doodle Today..The Flinstones

Suka tengok doodle Google yang bertukar-tukar. Yang paling best seingat saya, Google Doodle yang ada game bola-bola kecil. Boleh main dulu game tu sebelum nak search something.

Hari ni, Google letak doodle "The Flinstones" sebab 30 September adalah hari ulangtahun (anniversary) ke 50 tahun "The Flinstones". Tua dah The Flinstones ni. Kalau kat Malaysia, dalam 5 - 6 tahun lagi je dah nak pencen. 

Eh, dah di luluskan ke cadangan kerajaan melanjutkan usia bersara ke 60 tahun? Belum dengar apa-apa lagi pun setakat ni. Pendapat saya usia bersara sekarang ni dah memadai. Bila masuk usia 50-an, sudah dianggap usia emas dan lebih bermakna jika masa terluang dihabiskan bersama keluarga especially untuk ganti semula semua kenangan dengan keluarga yang kita terlepas atau untuk berehat dan beramal. Kecualilah untuk individu tertentu yang masih memilih nak berkhidmat atau sumbangan mereka sangat diperlukan. Rasanya penat tak terkata kalau bekerja walaupun di pejabat sebab otak terbeban..

Eh, dah hilang pulak si Flinstones..




Comel la kartun orang zaman batu ni. Masa kecil dulu, The Flinstones salah satu kartun kesukaan selain Tom&Jerry. Comel bila masa dia nak brek kereta dia guna kaki..hehe..Watak-watak The Flinstones sangat comel i.e Barney, Fred, Wilma, Pebbles, Dino. The Flinstones mula ditayangkan 30 September 1960.

Bagus jugakla Google buat Google Doodle Today ni. Mengenang sejarah dan sekurang-kurangnya kita dapat tau sesuatu yang baru setiap hari. Tak sabar nak tengok esok apa pula doodle yang Google letak.

Ntah kenapa pulak, dari pagi tadi teringat-ingat dengan kartun Spongebob Squarepants. Tiba-tiba je rasa rindu nak tengok kartun ni. Suka tengok Spongebob yang dah alih bahasa Melayu sebab rasa macam cute je suara latar tu..Serius lama tak tengok Spongebob. Rasanya tahun ni tak tengok langsung kartun ni. Masa single dulu balik kerja lari-lari sebab nak nengok kartun ni kat tv9. hehe..

 

Eh, macam kanak-kanak riang ribena tetiba cartoon maniac la pulak.. : P

Wednesday, September 29, 2010

Bye2 Rabu..Welcome Khamis

Tamatlah sudah perjuangan di hari Rabu.

Penatnya harini...*muntah*..Kerja bertimbun. Kalah PM..hihi..nampak sangatla tipu..

Akasia TV3 baru dah start kan? Hari ni melepasla lagi nak tengok tv sebab Astro kat rumah dah kena disconnet. Astro garangla, baru terlepas sikit je date, dah disconnect. Maklumla, sibuk beraya sana sini, pastu lupa nak bayar.

Esok hari Khamis, baru nak start puasa 6. Sempat ke tak ni..? Kena buat straight je ni sampai habis Syawal. Moga-moga sempat dan takde halangan. Aminnn..

Orait..sambung bebel kat rumah nanti....  

Contest Bersama Si Kecil

Kali pertama join contest di alam maya.. : P

Saya join CONTEST BERSAMA SI KECIL...

anjuran Cik Gayah Spears yang glamer..


untuk join dan syarat-syarat klik SINI..



Dan gambar pilihan saya:

Gambar diambil di kenduri kahwin kawan sekolah menengah saya di Melaka.
And it was Ahmad Raif Idlan bin Mohd Razali's first ever appearance in a wedding reception... 
Sebab jurukamera bertauliah tengah syok makan nasik minyak orang kawen,
jadi jurukamera tak bertauliah telah mengambil gambar syok sendiri..
muka Ahmad yang ala-ala terkejut..
walaupun sebenarnya tengah cuba nak tarik tali kamera...

Kenapa Tiba-tiba Banyak Pulak Spam Email..

Tanpa diketahui sebab musababnya, email saya sejak dua tiga menjak ni di'ziarahi' tanpa diundang oleh spam emails yang bagitau saya menang duit itu, duit ini, wasiat itu, wasiat ini..apala yang telah menyerang email saya ni..

Contoh yang di copy paste macam kat bawah ni :

This is to inform you that you have won prize money of TWO MILLION US DOLLARS ($2,000,000.00) for the YEAR 2008 Lottery promotion which is organized by Yahoo Lottery INC for the introduction of the new YAHOO BETA MAIL which all YAHOO users are required to switch onto.

YAHOO! NAIL & MICROSOFT WINDOWS, arrange and gather all the e-mail addresses of the people that are active online, among the millions that subscribed to All email Address, and others we only select Nine(9) candidates per annually as our winners through Electronic Balloting System (EBS) without the candidate applying, we congratulate you for being one of the people selected.

PAYMENT OF PRIZE AND CLAIM

We are sorry that your Payment Approval File was sent to Africa (Republic of Ghana) due to we have 3 lucky winners in Africa so that you can be cleared and paid simultaneously there. You are to contact our Location Claim Agent on or before your date of Claim. Yahoo Beta Lottery Prize must be claimed not later than 14 days from date of Draw Notification after the Draw date in which Prize has won.

Note: Any prize not claimed within this period (14 days) will be forfeited.

Bencila..malas nak padam email ni satu satu. Tolongla jangan buat kezaliman pada saya yang innocent dan tak IT savvy sangat ni. : P 

Banyak pulak tu..dalam sehari ada la 5-6 email macam tu. Jangan anta virus cam Stuxnet ye..sian saya tau...


Pawagam Moden Pertama di Terengganu..

Sebelum ni tak pernah tau pun takde panggung wayang kat Terengganu. Agaknya orang Terengganu kena pergi Kelantan atau Pahang untuk tengok wayang.

Kat Kelantan pun ada jugak wayang yang moden kan? Sebab teringat gambar artis perempuan kat poster filem kena pakai tudung..hihi

Kalau kat KL banyak panggung wayang. Kat Melaka ni, rasanya cuma ada 2 buah, satu LFS Cineplex kat Mahkota Parade, Banda Hilir, satu MBO lagi kat Melaka Mall. Kat Dataran Pahlawan tak pasti pulak samada ada atau tak panggung wayang.

Panggung wayang lama pun ada kat Melaka ni dekat belakang Putra Specialist rasanya. Kat KL, selalu mesti teringat Coliseum kat Jalan TAR tu dengan panggung wayang Tamil kat depan Pertama Complex.


Rupa-rupanya pawagam terbaru TGV Cinemas baru dibuka di Mesra Mall, Kemaman Terngganu pada 25 September lepas. Mempunyai 5 panggung dengan 780 tempat duduk terletak dalam shopping complex moden, Mesra Mall yang dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

Pawagam baru TGV di Terengganu ni lebih moden, berkonsep keremajaan, mesra OKU dan lebih santai dan selesa. May be sesuai untuk sekeluarga, bukan untuk remaja je.

Lupa lak bila last time tengok wayang. Rasa-rasanya time pregnant 6 bulan, pi tengok Transformers midnite slot. Rasa cam buang karen je sebab tidooo....hehe...

nota kukukaki : camne la agaknya Filem 2 Alam dR Rozmey.....

credit to kosmo!  


Tuesday, September 28, 2010

Jadi ke Tak Showcase Maher Zain?



Konsert Maher Zain "Save the Soul" dijadualkan akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober depan kat Auditorium MBSA, Shah Alam. Maher Zain ni orang Sweden tapi berketurunan Lubnan.

Pendapat saya, Maher Zain dah jadi fenomena baru penggemar-penggemar lagu berunsur ketuhanan. Memang lagu-lagu Maher Zain best dan jadi pojaan ramai sekarang. Tambah-tambah lagi bulan Ramadhan lepas, ramai yang share postkan video klip Maher Zain kat wall Facebook. 

Lirik lagu-lagu Maher Zain menyentuh hati dan penuh dengan maksud yang mendalam dan boleh memotivasikan kita. Boleh juga mendorong kita untuk mendalami lagi kebesaran Allah. Dan suara dia memang best selain hensem..ahaks.. 

Bila dengar je Maher Zain nak buat konsert kat Malaysia, rasa cam nak pegi je. Tapi apakan daya, dahla jauh dari sini, takleh nak tinggal kan hero kecik ni. Sat lagi tak senang duduk opah kalau dia tak boleh nak tidur.

Tapi ada pulak kata konsert tu tak jadi walaupun tarikhnya dah dekat sangat tu. Harap-harap jadi la. Walau tak dapat tengok live, tengok gambo kat dalam paper pon jadikla..

nota kukukaki : kalau tak dapat tengok orangnya tengok bumbung rumahnya pun jadik la..erkk bumbung rumah Maher Zain jauh tuuuu..

pic googled.


Product/Commercial Ads Research/Survey

Siapa pernah buat research atau survey produk/commercial ads?

Tiba-tiba rasa rindu pulak nak buat survey /research/product testing bila baca entri Mama Zharfan - pasal research product.

Masa kat KL dulu, selalu pergi buat survey bila syarikat pengiklanan suggest kita sebagai responden dan memenuhi syarat target group yang ditetapkan. Setakat ni tak pernah pulak cuba kat Melaka.

Yang paling best of course la sebab dapat duit..hehe..setiap satu token bergantung pada syarikat yang hire syarikat pengiklanan tu la. Lagi besar sesebuah syarikat tu, lagi besar token yang kita dapat. Ini boleh dianggap salah satu cara nak dapat extra income.

Setakat ni, saya pernah buat survey untuk makanan segera KFC dan survey flavour chicken wing yang kita suka. Dah lama tahun 2008 kalau tak silap. Pernah juga buat survey untuk commercial ads Panadol aspirin, rebranding of 8tv (rasanya...dah lupa..), commercial ads aiskrim Nestle Drumstick, dan stesen radio RedFM.  

Kesimpulannya:
  • Dapat extra income
  • Dapat berkenalan dengan kawan-kawan lain yang rajin pergi buat survey. Bila ada peluang, dorang akan contact kita.
  • Dapat makan-makan free (especially bila venue nya best, kat hotel ke)
  • Dapat tambah experience
  • Dapat guna produk sebelum orang lain guna.
  • Dikira dapat menyumbang kepada kualiti produk atau boleh berlagak-lagak dengan adik-beradik "hah..ni orang la yang suggest ni" bila iklan keluar kat tv..hehe..

Monday, September 27, 2010

Rozita Mimpi Datuk Sosilawati

Sebelum ini, saya pernah buat entri Purdah Rozita Ibrahim.

Hari ini, Puan Rozita Ibrahim, pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi muncul pulak di khalayak umum dan dalam akhbar dengan berpurdah dan memberi komennya mengenai Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan telah dibunuh kejam bersama 3 lelaki iaitu pemandu peribadi, peguam dan pegawai banknya. 

Rozita pernah anggap berita kehilangan Sosilawati gimik terbaru oleh Datuk Sosilawati Lawiya. Malahan, Rozita ada bermimpi sebanyak 2 kali yang Datuk Sosilawati datang mengadu pasal pinggangnya yang sakit. Bila ditanya kenapa, dia terus menghilangkan diri.  

Selain tu, Rozita juga berpendapat Sosilawati sebagai seorang yang sangat pemurah, baik hati dan suka berkawan.

Tentang kes pembunuhan Datuk Sosilawati, kita tunggu dan lihat perkembangan baru nanti. Sekarang ini pihak polis sedang berusaha untuk mencari barang-barang bukti dan sebarang petunjukberkaitan dengan kehilangan jutawan dari India dan kontraktor yang berasal dari Kedah. Semoga terus penyiasatan terus berjalan lancar tanpa gangguan.

Mengenai Puan Rozita, tahniah di atas perubahan ke arah kebaikan. Kagum dengan semangat wanita-wanita ini berusaha keras untuk memajukan keluarga dan membesarkan anak-anak walaupun pernah hidup dalam kesusahan dan kesedihan.

Google 12th Birthday...


Bila anda semua menggunakan search engine Google hari ini, akan dapat lihat kek besday Google. Google dah berusia 12 tahun bila syarikat yang mengasaskannya ditubuhkan pada September 27 1998.

Tapi ada juga sumber-sumber yang mengatakan tarikh ulangtahun Google bukanlah pada 27 September, tapi 15 September. Dan ada pelbagai versi yang kata tarikh sebenar adalah pada 8, 9 10 September..eh, macam sama date je..ahaks..

Apa-apa pun happy 12th birthday Google..

Cantiknya kek besday Google. Huruf "l" jadi lilin kan..hehe

Contest and GA..

Hajat hati nak buat entri yang menarik sikit harini sebab bila bercuti hujung minggu, memang tersangatlah sibuk dengan family dan beraya sana sini, attend open house sana sini..

Tapi malangnya, hari ni dah dapat alamat memang akan busy sampai ke malam..ye, sampai malam!!aduss..malangnyalah busy di hari Isnin..Monday blues baru nak warm up dah dapat kerja bertimbun-timbun..heh

Berkobar-kobaran juga semangat nak masuk contest sana sini dan mencuba luck untuk dapatkan give away. Maklumlah ramai bloggers buat contest sempena Hari Raya Aidilfitri. Nak cuba nasib la. Lagipun tak pernah cuba sebab selalunya macam takde masa nak join.


Sunday, September 26, 2010

Majlis Perasmian Menara Yayasan Melaka dan Sambutan Ulangtahun Yayasan Melaka ke 26

Pagi Jumaat (24 Sept 2010) saya dan bos ke Majlis Perasmian Menara Yayasan Melaka dan sambutan Ulangtahun ke 26 Yayasan Melaka...

Yang paling tension, tertinggal kamera kat pejabat. Menyampah aje rasa penat-penat bawa dari rumah, tapi tertinggal pulakkk...ok fine, syabas beti..

Perasmian oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Saya berpendapat beliau mungkin boleh dikatakan sebagai "Most Seen - In the Public - Chief Minister" because you can meet him in almost events hatta kenduri orang kahwin...sangat rakyat friendly..

Ucapan perasmian Datuk Seri Mohd Ali, yang juga selaku Pengerusi Yayasan Melaka menyentuh mengenai pencapaian dan kejayaan Yayasan Melaka setelah 26 tahun ditubuhkan. Yayasan Melaka adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Yayasan Melaka 1984 berfungsi dan berperanan untuk menjaga kepentingan dan membangunkan taraf pendidikan dan pelajaran di negeri Melaka serta lain-lain peranan termasuk menjaga kepentingan hal ehwal adat dan agama Islam di negeri Melaka. 

Petikan paling menarik dalam ucapan perasmian Datuk Seri Mohd Ali, "Dunia ini hanyalah pentas sandiwara. Kita (manusia) hanyalah pelakon yang penuh tipu daya.."...Mendalam sungguh.  

Datuk Seri Mohd Ali juga ada berpantun:

"Banyak-banyak ikan cencaru
mana nak sama ikan gelama
banyak-banyak orang baru
mana nak lupa dengan orang lama"

Owhh..bagi yang kurang paham, pantun tu merujuk kepada kesetian kepada isteri pertama..jadi paham-paham sendiri ye..

Lepas majlis perasmian sudah semestinya ada jamuan makan. Open house Yayasan Melaka.

Oleh sebab saya seorang yang sangat "cemerlang" dalam bab ingat mengingat, jadi gambar bangunan Menara Yayasan Melaka ni dicapture dari paper bag yang saya dapat...ngeee ngeee 

Bangunan baru 15 tingkat Menara Yayasan Melaka


nota kukukaki : nak makan ketupat palas, tapi takde orang sudi 'buatkan'..heh

Saturday, September 25, 2010

Satu Hari di Hari Raya

Di suatu petang di Hari Raya Aidilfitri hari ke 16...

Di dalam sebuah rumah teres di pinggir kota Melaka..ecehh...

Suami : Assalamualaikum...

Tuan rumah : Waalaikumussalam...jemput masuk..jemput masuk..

Isteri : Terima kasih ye pakcik....ermm..Nini (bukan nama sebenar) mana ye pakcik?

Tuan rumah : Nini? Nini yang mana satu?

Isteri : Nini yang keje satu opis dengan saya..yang keje kat..dot dot dot..

Tuan rumah : Ohhh..rumah dia sebelah ni hah...

Suami & Isteri : Hah?!! Ye ke?!!...(Sambil tersipu2...) Takpela kalau macam tu pakcik, kami pergi rumah dia la ye..

Tuan rumah : eh, taknak jamah dulu?

Suami & isteri : takpe takpe takpe....

Banyaknya rumah terbukaaaaaa.....

Friday, September 24, 2010

"Growth Spurt" - of this little hero who will turn 9 months this Saturday!!

'Growth Spurt' atau 'beralih bulan' untuk si otromen kecik ni datang lagi....Kali ni lebih serius daripada biasa..heh..!

'Growth spurt' atau beralih bulan ni sebenarnya adalah perkara biasa untuk bayi berumur 1 tahun dan ke bawah dan biasanya berlaku pada baby yang baru masuk 7-10 hari, 2-3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan.

Kadang-kadang ikut juga keadaan baby tu sendiri. Ada juga yang masih meragam walaupun dah lebih setahun. Bila growth spurt, baby dikatakan menyusu lebih lama atau lebih kerap dan meragammmm nangis-nangis tak boleh dipujuk...Meragam atau cerewet baby ni kadang-kadang sampai seminggu, ada yang sehari dua je.


Ragam beralih bulan ni seolah-olah baby nak bagitau ibu yang dia perlukan lebih susu untuk membesar lebih kuat dan sihat..!!heh..dan bagi signal untuk breast ibu hasilkan lebih byk susu...Dari maklumat pembacaan, susu ibu akan lebih banyak pada hari-hari berikutnya kalau kita lebih kerap menyusukan bayi masa bayi meragam-ragam gini..owhhh..gitu..  
Ahmad dah nak masuk 9 bulan esok..selain asik nak meragam bila nak menyusu dan asik melekat je, dia asyik meragam terutamanya bila dipujuk tido. Setakat ni dah makin ok berbanding kelmarin...Babah apatah lagi, bila Ahmad menjerit terus angkat dan bawak pergi jalan-jalan dan ketuk2 pintu bilik..ala2 filem 'Ahmad Albab'...mujur tak letak nama Ahmad Albab...


Keseriusannya jelas terserlah bila kedua mak paknya dengan baju tido i.e kain pelikat ngan t shirt pagoda, kain batik and selipar jepun, pukul 1 pagi start kete bawak pergi jalan-jalan!!.


Serius kalau orang lain tengok macam tersampuk...

Tapi rasanya sekarang dah tak berapa panik berbanding masa Ahmad kecik. Lagipun bila time2 nangis tu bila bagi pegang sudu garpu tapis teh kopi senyap la pulakkkk...pastu sempat lak gelak jap sebelum sambung nangis balik..Pastu bila bangun tido balik cam cargas je plak.. : P

Ahmad, besar jadi ustaz al-hafiz ye..jangan jadi otromen plsss... : P

boss kecik yang memang tak boleh nak dibantah..!!
nota kukukaki: bila meragam rasa macam kurus sket..sket jela.. : P

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER




Entri khas ni adalah untuk blog saya yang ado ni dilistkan di blog list Incik Ben Ashaari.

Ben Ashaari seorang blogger dikenali ramai yang banyak menulis perkara yang memberi manfaat dan info berguna kepada pembaca.

Jenguk-jenguk la blog Encik Ben Ashaari - benashaari.com.... 

Selama ni duk jadi silent reader, kali ni, nak cuba la...Saya nak disenaraikan di kategori "BOTOL SUSU"..ahak..sesuai kan..

Syaratnya .. mudah saja .. Sila buat satu entri untuk tujuan disenaraikan di blog list Ben Ashaari dan wajib ada perkara-perkara di bawah ye : 

1. Kena tepek header seperti di atas kat entri anda ye ...

2. Pastu buat entri khas dengan title : "BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER"

3. Pastu kena la letakkan url di komen entri Ben kat sini pasal blog list ini kat entri NI. Jangan lupa tulis sekali KATEGORI PILIHAN. --- ada 3 pilihan kategori : Tulis Diari, Botol Susu atau Sudu Garpu..

4. Tarikh tutup sebelum 12 tengah malam ni jer..(24/09/2010) ..

Bagus untuk blogger baru kan..Supaya kita dapat kenal mengenali antara bloggers dan dapat bertukar buah fikiran masing-masing..

notakukukaki : malu tapi mahu..auwww

Wednesday, September 22, 2010

Tercekik Penutup Pen dan Hukuman Mati untuk Pembunuh Syafiah.....

Takziah untuk ahli keluarga mangsa Mohd Hamizan Jasmin, 10 tahun yang meninggal dunia sebab tertelan penutup pen. Sudah ditakdirkan Allah begitu ajal Mohd Hamizan. Kita?

Baca lanjut di SINI..

Kadang-kadang macam tak sengaja je menggigit pen pensil tu..tetiba pulak terasa macam biskut Nini celup-celup..Bahayanya kalau tercekik kan...Terutamanya benda-benda yang tajam..Contoh kalau kita tercekik tulang ikan, selagi tak lepas, selagi itula rasa tak selesa di tekak..


Dan untuk yang ada bayi kecil kena sentiasa awas dengan benda-benda yang ada disekitar anak anda ye..

Pastikan semua barang bahaya disimpan dengan baik. Dan segala benda yang ada potensi untuk dimasukkan dalam mulut, dikunyah ditelan kenala clearkan..Kalau ada baby baru belajar merangkak memang sangat bahaya kalau terleka sebab baby boleh tercedera hatta dalam masa 2 3 saat..

Dan berita mutakhir tentang perbicaraan kes pembunuhan kanak-kanak 3 tahun, Syafiah Humairah Shahari bulan Februari lepas.

Mohd Fazli Azri Jamil iaitu teman lelaki ibu Syafiah, Siti Nurhanim Aziz telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah pihak pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah (reasonable doubt) terhadap pendakwaan.  

Baca lanjut di SINI...

Paling sedih, didakwa Fazli menyebabkan kematian Syafiah di padang bola sepak taman perumahan pada waktu petang dengan cara menendang dan memijak perutnya. Dilaporkan ada saksi yang nampak waktu kejadian berlaku tapi takde siapa yang sanggup bertindak. Tak boleh nak kata juga, sebab mungkin saksi tu ada sebabnya sendiri juga.

Apa pulak tindakan anda kalau ternampak kejadian begitu?

Terus tegur dan hentikan...atau
Dapatkan bantuan pihak berkuasa..atau
Biarkan je??


NB : jiwa manusia semakin kacau....

Tuesday, September 21, 2010

Eidulfitri 2010 dan hari lahir ke 29 - 10 September 2010

Semua orang dah bercerita tentang raya masing2 tapi saya terkial-kial nak buat satu entri Raya..
fuhhh...payahnya rasa waima nak tulis satu entri..
kesian kat belog ni..terbiar 2 minggu..
...kekurangan kasih sayang..kesiannn..

bukan taknak buat..tapi tapi tapi..isk isk isk..
syukurla Allah kurniakan saya level sabar yang masih penuh..
macam bateri henpon yang kurang satu "bar" je..

ye, saya masih boleh sabar kalau Ahmad tepis semua bubur nasik dia ke lantai..
atau bila Ahmad merangkak sampai ke pintu toilet dan skodeng waktu mama tak tahan sakit perut..
atau bila time nak terkucil muka dah biru, adaaaa je pulak makhluk Allah kat opis ni yang "melepak" lama dalam toilet...
dan ye ye ye...saya sabarrrrr jela bila broadband ni "menagih kesabaran yang tinggi" dari saya... 

kalau agaknya "low battery" mau je rasanya broadband "kesayangan" di campak dalam gaung kat Gua Tempurung kat Ipoh tu, on the way balik Kuala Kangsar.. 
tapi saya sabarrrr..saya masih senyum..
semanis senyuman pak mentua Abdul Wahub dalam "3 Abdul"..
sebelum dia kena jual..

Hari raya Aidilfitri tahun ni jatuh pada 10 September 2010..
yang lebih speselnya Hari Raya tahun ni sama tarikh hari jadi saya yang ke 29..
tahun akhir di umur 20-an..
ntah kenapa rasa macam tak sedap je nak sebut umur bila orang tanya tahun depan.. : P

bercampur-campur perasaan tahun ni..
maklumla, first time beraya sebagai mak orang..
dah takbleh nak buat undercover jadi orang tak kawen lagi..hehe
pastu tambah pulak agaknya nervous sebab sedara mara masih hulur duit raya..hihi. : )

hihi...duit raya anak...
mama kumpul banyak2 dulu ye..

banyak sampai jadi bukit..
Ahmad balas "babaabbamamamaaaa..."
dia ketawa tanda setuju tu..ahaks..




keluarga besar saya di Kuala Kangsar..
merangkumi Seorang emak tercinta, 5 kakak, 5 abang dan 16 anak buah-buahan, seorang lelaki idaman Malaya, seorang wanita Melayu terakhir dan seorang bayi 8 bulan bakal juara imam muda musim ke 2, bersamaan dengan 30 orang...
(ye..terima kasih, saya lulus kredit subjek Matematik masa SPM..) 

syukur semuanya beraya bersama mak saya di Kuala Kangsar Aidilfitri kali ini..
tahniah pada kakak-kakak dan abang-abang saya yang masing-masing menang ojuz one two som dengan abang-abang ipar dan kakak-kakak ipar tahun ni..


Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..dari kami sekeluarga "besar punyaaa..!!"..

nota kukukaki : azam kurus bulan puasa tahun depan..insyaAllah...: P

Thursday, September 09, 2010

Shuib Sepah dengan Sarah Raisudin ke?

Laa.. baca blog Beautifulnara baru la tau yang Shuib Sepah ni berchenta dengan Sarah Raisudin rupanya....

Kalau tengok siri Bujang Sepah, si Shuib ni selaku 'adik bongsu' selalu jadik mangsa keadaan abang2 dia. Selalu jadik mangsa buli..hehe..Sian dia.. 

Tapi kan Sarah Raisudin ni pun kesian jugak..dulu pernah bercinta bertunang dengan mat salleh. Tapi takde jodoh la tu..maklumla susah sket nak faham adat budaya yang bukan sebangsa.

Sarah dan bekas tunangannya..sportsman kan

eh eh...bukan yang ni..yang belakang tu shuib... : P

Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan...lari la kut mana pun..main nyuruk2 pun..last2 jumpa orang yang sama jugak...




pictures googled

Tuesday, September 07, 2010

Apa Kuih Raya Kegemaran Anda?

Apa ye kuih raya kegemaran anda?

Saya suka sangat makan kuih cornflakes madu..adoi sedapnya..

Kalau ikut resepi orang rajin, kena bakar kuih ni. Tapi kalau ikut resepi orang tak berapa nak rajin, takyah bakar.

Tapi saya malas, dua2 pun tak payah buat. Hulur duit, dapat sebalang, makan. ngeee...


Pastu suka makan kuih tart nenas, almond bersalut coklat, beskut makmur, cornflakes dan lain-lain kuih berunsur  kacang, badam mahupun hazelnut.

Suka makan tak suka malas buat tanda saya menghargai penat lelah usaha pembuat kuih tersebut... : P



picture credit to knizam.com