Pagi Jumaat (24 Sept 2010) saya dan bos ke Majlis Perasmian Menara Yayasan Melaka dan sambutan Ulangtahun ke 26 Yayasan Melaka...
Yang paling tension, tertinggal kamera kat pejabat. Menyampah aje rasa penat-penat bawa dari rumah, tapi tertinggal pulakkk...ok fine, syabas beti..
Perasmian oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Saya berpendapat beliau mungkin boleh dikatakan sebagai "Most Seen - In the Public - Chief Minister" because you can meet him in almost events hatta kenduri orang kahwin...sangat rakyat friendly..
Ucapan perasmian Datuk Seri Mohd Ali, yang juga selaku Pengerusi Yayasan Melaka menyentuh mengenai pencapaian dan kejayaan Yayasan Melaka setelah 26 tahun ditubuhkan. Yayasan Melaka adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Yayasan Melaka 1984 berfungsi dan berperanan untuk menjaga kepentingan dan membangunkan taraf pendidikan dan pelajaran di negeri Melaka serta lain-lain peranan termasuk menjaga kepentingan hal ehwal adat dan agama Islam di negeri Melaka.
Petikan paling menarik dalam ucapan perasmian Datuk Seri Mohd Ali, "Dunia ini hanyalah pentas sandiwara. Kita (manusia) hanyalah pelakon yang penuh tipu daya.."...Mendalam sungguh.
Datuk Seri Mohd Ali juga ada berpantun:
"Banyak-banyak ikan cencaru
mana nak sama ikan gelama
banyak-banyak orang baru
mana nak lupa dengan orang lama"
Owhh..bagi yang kurang paham, pantun tu merujuk kepada kesetian kepada isteri pertama..jadi paham-paham sendiri ye..
Lepas majlis perasmian sudah semestinya ada jamuan makan. Open house Yayasan Melaka.
Oleh sebab saya seorang yang sangat "cemerlang" dalam bab ingat mengingat, jadi gambar bangunan Menara Yayasan Melaka ni dicapture dari paper bag yang saya dapat...ngeee ngeee
Bangunan baru 15 tingkat Menara Yayasan Melaka |
nota kukukaki : nak makan ketupat palas, tapi takde orang sudi 'buatkan'..heh
1 comment:
cantik gak bangunan
Post a Comment