Tuesday, September 28, 2010

Jadi ke Tak Showcase Maher Zain?



Konsert Maher Zain "Save the Soul" dijadualkan akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober depan kat Auditorium MBSA, Shah Alam. Maher Zain ni orang Sweden tapi berketurunan Lubnan.

Pendapat saya, Maher Zain dah jadi fenomena baru penggemar-penggemar lagu berunsur ketuhanan. Memang lagu-lagu Maher Zain best dan jadi pojaan ramai sekarang. Tambah-tambah lagi bulan Ramadhan lepas, ramai yang share postkan video klip Maher Zain kat wall Facebook. 

Lirik lagu-lagu Maher Zain menyentuh hati dan penuh dengan maksud yang mendalam dan boleh memotivasikan kita. Boleh juga mendorong kita untuk mendalami lagi kebesaran Allah. Dan suara dia memang best selain hensem..ahaks.. 

Bila dengar je Maher Zain nak buat konsert kat Malaysia, rasa cam nak pegi je. Tapi apakan daya, dahla jauh dari sini, takleh nak tinggal kan hero kecik ni. Sat lagi tak senang duduk opah kalau dia tak boleh nak tidur.

Tapi ada pulak kata konsert tu tak jadi walaupun tarikhnya dah dekat sangat tu. Harap-harap jadi la. Walau tak dapat tengok live, tengok gambo kat dalam paper pon jadikla..

nota kukukaki : kalau tak dapat tengok orangnya tengok bumbung rumahnya pun jadik la..erkk bumbung rumah Maher Zain jauh tuuuu..

pic googled.


5 comments:

Wan Anie said...

owh peminat maher zain jugak yer, akak dah ada cd nyer... dengar sambil buat kerja... best

kakchik@ella said...

Jadi ke tidak eh?? kalo jadi bagitau ye. saya pun minat kat dia.

ayu said...

minat gak ami...waaaaaaaaa...nak pergi..........

amirah said...

tu la, taktaula jadi ke tak sebab dlm paper kata mcm tak jadi. Tapi tiket dah mula jual kan..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

betul la ami...harap2 jadilah. konsert2 cam ni sgt susah nak dapat sponsor besar2. tak mcm konsert lady gaga, konsert britney spears...semuanya senang dpt sponsor. kalau nak buat konsert berunsurkan keislaman ni, mcm2 ujiannya.