Wednesday, September 29, 2010

Pawagam Moden Pertama di Terengganu..

Sebelum ni tak pernah tau pun takde panggung wayang kat Terengganu. Agaknya orang Terengganu kena pergi Kelantan atau Pahang untuk tengok wayang.

Kat Kelantan pun ada jugak wayang yang moden kan? Sebab teringat gambar artis perempuan kat poster filem kena pakai tudung..hihi

Kalau kat KL banyak panggung wayang. Kat Melaka ni, rasanya cuma ada 2 buah, satu LFS Cineplex kat Mahkota Parade, Banda Hilir, satu MBO lagi kat Melaka Mall. Kat Dataran Pahlawan tak pasti pulak samada ada atau tak panggung wayang.

Panggung wayang lama pun ada kat Melaka ni dekat belakang Putra Specialist rasanya. Kat KL, selalu mesti teringat Coliseum kat Jalan TAR tu dengan panggung wayang Tamil kat depan Pertama Complex.


Rupa-rupanya pawagam terbaru TGV Cinemas baru dibuka di Mesra Mall, Kemaman Terngganu pada 25 September lepas. Mempunyai 5 panggung dengan 780 tempat duduk terletak dalam shopping complex moden, Mesra Mall yang dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

Pawagam baru TGV di Terengganu ni lebih moden, berkonsep keremajaan, mesra OKU dan lebih santai dan selesa. May be sesuai untuk sekeluarga, bukan untuk remaja je.

Lupa lak bila last time tengok wayang. Rasa-rasanya time pregnant 6 bulan, pi tengok Transformers midnite slot. Rasa cam buang karen je sebab tidooo....hehe...

nota kukukaki : camne la agaknya Filem 2 Alam dR Rozmey.....

credit to kosmo!  


3 comments:

ayu said...

sama la ami..dah lama tak tengok wayang...rasanya tunggu "hari dating seduni" la baru tgk wayang balik..heehhee...hari dating sedunia = hari dating berdua2an ngan en suami selalunya time hari lahir ayu & suami serta hari ulangtahun perkahwinan kitaorg lorrr

amirah said...

ayu, amie pun sama teringin sgt nak tengok..tapi nk tgglkan si kecik tu cam kesian plak..huhu..amboi2..dating sokmo korang brdua ni

Sharinginfoz said...

memang canggih manggih kan