Siapa pernah buat research atau survey produk/commercial ads?
Tiba-tiba rasa rindu pulak nak buat survey /research/product testing bila baca entri Mama Zharfan - pasal research product.
Masa kat KL dulu, selalu pergi buat survey bila syarikat pengiklanan suggest kita sebagai responden dan memenuhi syarat target group yang ditetapkan. Setakat ni tak pernah pulak cuba kat Melaka.
Yang paling best of course la sebab dapat duit..hehe..setiap satu token bergantung pada syarikat yang hire syarikat pengiklanan tu la. Lagi besar sesebuah syarikat tu, lagi besar token yang kita dapat. Ini boleh dianggap salah satu cara nak dapat extra income.
Setakat ni, saya pernah buat survey untuk makanan segera KFC dan survey flavour chicken wing yang kita suka. Dah lama tahun 2008 kalau tak silap. Pernah juga buat survey untuk commercial ads Panadol aspirin, rebranding of 8tv (rasanya...dah lupa..), commercial ads aiskrim Nestle Drumstick, dan stesen radio RedFM.
Kesimpulannya:
- Dapat extra income
- Dapat berkenalan dengan kawan-kawan lain yang rajin pergi buat survey. Bila ada peluang, dorang akan contact kita.
- Dapat makan-makan free (especially bila venue nya best, kat hotel ke)
- Dapat tambah experience
- Dapat guna produk sebelum orang lain guna.
- Dikira dapat menyumbang kepada kualiti produk atau boleh berlagak-lagak dengan adik-beradik "hah..ni orang la yang suggest ni" bila iklan keluar kat tv..hehe..
3 comments:
ok jugak kan boleh tambah pengalaman..
:)
seronok gak jawap soalan dapat duit kan
lady...hehehe..fulus yg penting...
bro nik, memng sronokkk..pastu dpt mkn plak tu
Post a Comment