Monday, October 31, 2011

Isnin Yang Biru..

Assalamualaikum semua..
Saya ok.
Selera makan pun ok.. : P
Cuma idea dan mood nak meng update blog je tak okay.


Tambah pula hari ni Isnin kan. Blues je manjang.
Kemalasan sedang melanda diri ku yang comel ini. ahaks..
Macam tak redha nak datang keje je. Perasaan bersangka baik hari ni hari Ahad.
Ada rasa macam nak seret henbeg pergi keje je pagi tadi.


Cuti hujung minggu kami di isi seperti biasa.
Melaka - KL - Melaka.
Tapi takde la melencong kemana-mana.


Selamat hari Isnin semua.
Semoga anda semua sihat-sihat dan berselera makan belaka -- pesanan khidmat masyarakat gitu.

Thursday, October 27, 2011

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Kehamilan Semula

Kebanyakan pakar menasihatkan jarak tempoh 2 tahun adalah masa paling ideal untuk seseorang wanita memikirkan kehamilan sekali lagi.


Sebabnya dikatakan lah tempoh 2 tahun tu dah cukup untuk menstabilkan semula keadaan fizikal dan mental seseorang wanita sebelum dia boleh mengandung semula. Ada juga la sahabat-sahabat yang masih terbayang-bayang kengerian pengalaman bersalin diaorang tu. Eh, sama la...heh


Dikatakan juga kehamilan sebelum tempoh 2 tahun memungkinkan seseorang wanita menghadapai pelbagai masalah macam anemia (kurang darah) sakit belakang, gigi rosak. Lainlah kalau orang yang sentiasa jaga kesihatan, makan makanan sihat seimbang, makan makanan tambahan, takde penyakit kronik.


Dan selalunya anak sebelum ni belum bercerai susu lagi sebelum umurnya cecah 2 tahun.
Dah tentu penat nak uruskan anak rumahtangga dan kerjaya lagi. Kalau seorang takpela juga. Boleh gunakan talian hayat, mak atau suami. Kalau ada 4-5 agak-agak macam nak nangis juga rasanya tu.


Tapi kalau dah hamil sebelum tempoh itu pun tak mengapa sebab rezeki namanya tu.
Yang penting kena jaga kesihatan diri dan kandungan dan kena makan vitamin dan makanan seimbang.


Jadi, bersediakah anda untuk hamil sekali lagi?

: )

Tanda Penuaan Di Kesan!!

Malam semalam.
Pergi shopping lampin pakai buang (skema ayat buku ni) dengan susu Ahmad.
Singgah makan malam dulu la sebelum shopping.
Kata orang, kalau pergi shopping baik bagi perut kenyang dulu.
Sebab kalau lapar, lagi banyaklah duit yang terkorban.


Kat kaunter air.
Seorang budak perempuan dengan buayafren nya.
Budak jual air letak air teh tarik panas atas kaunter.
Budak laki buayafren tu tunjuk pada air dan tanya: "Acik, ni air acik ke?"
Makhluk yang tak berapa nak terima kenyataan : "Err..bukan..bukan acik,..kak,..saya punya..!!"


Kat meja makan.
"Abang, eee...tau tak..tadi budak tu panggil mama makcik. Ada ke patut? Muka mama tua sangat ke? Baju tak okey ek? Camni abang kena belikan orang SKII jugakkk...!!"
Incik Suami yang mithali : "Ala, guna yang mahal tak semestinya boleh buat nampak muda.."
Makhluk yang tak dapat terima kenyataan sekali lagi : Hujan lebat dalam hati..guruh petir sabung menyabung..


Salah satu tanda penuaan - orang sekeliling yang obvious lebih tua pun panggil kita akak.
Mimpi ngeri berlanjutan sehingga ke Subuh pagi tadi.
Ada ke patut mimpi cucu dah nak kahwin.


Jom share-share petua awek....eh, awet muda. Air wuduk yang kita ambil 5 kali sehari dah semestinya lah kan. Siapa lagi ada petua awet muda yang menggunakan bahan semulajadi dan percuma? Diperlukan dengan segera.

Friday, October 21, 2011

Panggilan Sayang...


Rasanya semua pasangan ada panggilan sayang, kan?
Ada yang panggil sayang, honey, baby, bi...
Darling..
Ada juga yang panggil sesama pasangan panggilan sayang mama papa babah umi..


Tapi teringat seorang kakak masa kerja kat KL dulu.
Asal datang keje pepagi je nangis.
Asal nangis je mesti waktu datang keje pepagi.


Pastu bila tanya, rupanya gaduh dengan suami dia.
Tau tak sebab apa?
Sebab suami dia panggil dia 'mama'.
Dia taknak sebab dia kata dia bukan emak kepada suami dia.


Sungguh la tak paham masa tu.
Maklumlah suci lagi waktu tu...
Sekarang dah paham sangat dah...heh


Panggilan sayang kami...
Biarlah rahsia...huhuhu



Wednesday, October 19, 2011

I wish..

Saya okey cuma sekarang saya sibuk :

--- buat kerja sampai malam di ofis tiap-tiap hari. Selagi tak siapla kerja ni kirim salam jela nak balik sharp-sharp pukul 6. Dahlah hari-hari jadi pekerja cemerlang punch in pukul 7.30 pagi..Babai-babai dulu akak-akak yang nak balik tengok cerita Soffiya...arghh..stress ok;

--- layan keletihan badan tiap-tiap hari lepas balik kerja. Waaa..dah makan vitamin tapi penatnyaaa...nasib baik acik dah gantung kuali periuk semua sehingga "notis yang akan dimaklumkan kelak"..heh;

--- uruskan rumahtangga ...tipu sket..heh..tapi heran la sungguh apsal kain baju tak surut-surut. Balik kerja basuh baju, lipat baju. Esok pagi sidai baju. Grrr..makhluk Allah dalam rumah baru ada 3. Kalau seploh harus pengsan. Tak pun buat-buat macam tak nampak je menimbun..silap-silap masuk rumah kena kuis-kuis dengan kaki..hehe

--- berulang alik ke KL menjenguk emak yang sedang buat fisioterapi. Mak saya masih belum boleh berjalan dan masih gunakan wheel chair. Tapi syukur emak saya nampak makin ceria lepas boleh berdiri dengan bantuan tongkat.

--- layan perasaan maki hamun seranah dalam hati pasal semua peristiwa berkaitan dengan baby/toddler sejak menjak ni. Eh, kejadahnya dorang semua ni ek? Ada masalah mental ke hape? Jiwa ai kacau okey tengok gambar-gambar video-video baby yang tak bersalah tu. Tolonglah ada sifat perikemanusiaan sikit pada baby-baby yang tak bersalah tu. Video budak perempuan kat China kena langgar tu memang mengganggu emosi. Lepas tu, kalau taknak bagilah pada orang lain baby awak tu. Janganlah buang merata-rata macam takde nilai je nyawa. Takpun letak kat babyhatch.

I wish :

--- i have more time with my Ahmad. Rasa macam lamanya bertapa dalam opis ni. Tetiba balik kerja anak dah besar. Paling sedih bila balik je rumah mesti Ahmad lari dan hug mama. Sedih okey. Rasa macam nak resign je. Tapi tak dapat nak bayangkan pulak keadaan kewangan keluarga macamana nanti. Jadi impian "Educated Fulltime Housewife" Cita-cita Yang Makin Kabur dan Makin Menghilang?? memang betul la??!!...huwaaa

--- dapat pergi bercuti...nak bermalas-malasan dan bersenang-senangan..

--- dapat naik gajila harapnya next year..sikit pun syukurlah..

--- dunia aman damai dan dijauhkan dari malapetaka...

--- dapat makan roti Saint Cinnamon..teringin sangat-sangat tapi tak jumpa-jumpa lagi..sesiapa yang tahu lokasi kedainya boleh tak roger-roger?



Thursday, October 13, 2011

Semoga berbahagia...

Sebenarnya saya sibuk beberapa minggu lepas adik ipar lelaki saya kahwin.
Majlis nikah dan sanding rumah pengantin perempuan 1 Oktober.
Sebelah rumah mak mentua saya 8 Oktober, Sabtu lepas.
Rumah pengantin perempuan di Temerloh, Pahang.
Maka, dapatlah juga kami berjalan-jalan makan angin ke Pahang.
Harap-harap adalah nanti adik ipar saya yang kahwin dengan foreigner..amin..heh


Penat weh kalau kenduri tak guna katering.
Penat tengok pun dikira penat kan?
Tapi kenduri bergotong royong lebih meriah dan 'meriah' dengan isu-isu.
Tapi sampai hari ini (Khamis) saya masih 'penat tengok'...aci tak? heh



Kenduri di Temerloh.


Kenduri di Melaka.


Untuk Meeh dan Rin, moga jodoh berkekalan hingga akhir hayat. 
Berbeza pendapat dalam perkahwinan tu perkara biasa, matang-matangkan diri dan selesaikan dengan cara berhikmah.
Bertolak ansurlah dengan pasangan masing-masing.


Kenduri kahwin orang-orang sekarang membuatkan saya 'terasa' macam orang dulu-dulu.
Tapi macamana pun kenangan majlis kahwin saya tetap yang paling manis.
Mestilah.
Diraikan saudara mara dan kawan-kawan...
Dan yang paling utama dapat kahwin dengan boyfriend pujaan hati.




Perkahwinan ni memang banyak "perasa tambahan yang dibenarkan".
Ada masam, manis, pahit, pedas, 3 rasa, eh, eh..
Betul tak?
Saya rasa saya bertuah atas kurniaan Allah pada saya.
Cuma kadang-kadang banyak dugaan "dalam bentuk anak-anak dara cun" datang menguji kesabaran saya.
Saya redha kalau Allah nak berikan 'payung emas' pada saya.
Baiknyaaa..saya kan? Ada serupa macam isteri-isteri ustaz drama Tahajjud Cinta tu tak?
Pang sedas...heh
Tapi saya pun tak pasti dapatkah saya dengan 'payung emas' tu..





Dan saya yakin si dia faham kenapa entri ini sebegini pagi ini...doa  saya moga rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga.. : P



Monday, October 10, 2011

Temper Tantrums Ahmad..



Budak kenit ni sedang dalam fasa menguji tahap kesabaran mama dan babah nya. Takmau makan disuap, nak suap sendiri. Yang akhirnya akan-lumur-lumur muka dengan jeli-atau sepahkan-tepuk-tepuk nasi atas lantai. Atau sup buat celup-celup macam air basuh tangan. Lepas tu, boleh pulak dengan bangga tepuk tangan-sambil gelak-gelak puji diri sendiri pandaiiii. Kalau tak bagi, menangis tak berhenti pulak tu.

 
Temper tantrum Ahmad adalah dalam bentuk mengamuk, pukul-pukul dinding, kepala. Kadang-kadang ada la jugak tergolek-golek. Menangis susah nak berhenti pulak tu. Aishhh...nasib baik mak dia sabarrrr...senyummmmm je. Dah la comel, sabar pulak tu. Eh, terpuji diri sendiri pulak. heh


Tantrum ni biasa untuk anak-anak kecil macam Ahmad dan biasa jadi pada kanak-kanak bawah 6 tahun. Biasanya tantrums terjadi sebab ini cara kanak-kanak ni meluahkan perasaan/emosi kecewa, marah, lapar, tertekan, letih...dan juga nak tarik perhatian ibu bapa. Macam-macam la penyebabnya sebab kehendak mereka ni susah nak difahami-maklumlah, masing-masing guna bahasa German. heh...



Cadangan dari pakar, biarkan anak melayan tantrums mereka sendiri. Letakkan anak kat satu sudut dan bagi dia layan tantrums dia. Tapi kena pastikan tak bahaya la tempat tu untuk dia. Karang dia buat aksi lain pulak. Lepas tu baru dapatkan dia dan pujuk balik. Masa tantrum datang, jangan marah atau cakap apa-apa. Biarkan jela dia layan perasaan dia. Pulak tu kita buat macam tak nampak dia. Pergh..lagi terbakar agaknya hati dia..hehe
 
Cara kami atasi tantrum Ahmad? Biasanya akan elak dulu sebelum Ahmad meragam terlalu lama. Dan paling senang alihkan perhatian dia dengan benda lain. Tapi rasanya tantrum Ahmad masih tak serius. Senang je pujuk dia. Selalunya dia minta nak didukung jela. Mak sakit belakang you ols asyik angkat budak kecik 12 kilo ni.


Tapi kalau serius nampaknya kenalah juga guna cara yang dicadangkan pakar. Hari tu pernah la buat sekali. Lepas tu dia datang sendiri pada kita peluk-peluk kaki kita macam dalam filem Kasim Selamat Ibu Mertuaku tu..





Lagi satu separation anxiety Ahmad agak teruk la jugak. Tambah lagi kalau nampak orang tak dikenali atau ramai-ramai, dan masa nak pergi kerja pagi-pagi. Macam la petang nanti lepas kerja tak jumpa. Siap melekat kat kaki kita tu. Silalah imejin kita berjalan dengan sebelah kaki ada budak kecik bergayut. Saborr jela.

 ~ ~ Gambar Ahmad mengamuk pukul-pukul dinding tak sempat nak tangkap sebab kadang-kadang maknya pun rasa nak join mengamuk sama ~ ~

Wednesday, October 05, 2011

Jom Tengok...



Dah tengok video ni?
Seorang sahabat berkongsi video ini di Facebook.
Temuramah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan BBC World. 


Bak kata sahabat saya itu, ketepikan fahaman ideologi politik jika ianya bermanfaat.
Dengar dan fahami apa yang dikatakan..


Petikan ucapan Tun Dr Mahathir semasa persidangan OIC tahun 2003,
"Jews rule the world by "proxy". They get others to fight and die for them"


Selepas ini "Do you believe in democracy?"


Tuesday, October 04, 2011

Lahai Mood...

Sejak menjak ni memang takde mood nak update blog.
Agaknya sebab busy kerja-penat-busy adik ipar nak kahwin-busy melawat mak-busy lipat baju-busy layan anak- busy tengok tivi- perghhh semputt...
Agak-agak macam nak pergi naik pejabat pendaftaran negara tukar nama jadi "Busy Selalu Binti...".


Mood adalah juga sedikit lagi bila takde gambar baru nak diupload.
Boring juga kalau asik tayang gambar lama.
Bukan apa, takut orang terkonfius tuduh-tuduh saya dah kurus...hehe
Saya dan Encik Husben berkongsi kamera sekarang memandangkan kamera saya sudahpun menemui ajal.
Maklumlah, kamera cap ayam je.
Jadi, kadang-kadang ada juga adegan berebut kamera laki bini.


Walaupun mood update tidaklah memberansangkan, tapi mood mengomen masih mantop.
Hai semua kawan-kawan...*gambar lambai-lambai tangan dengan muka excited*...selamat bekerja dengan penuh semangat di hari Selasa..