Tuesday, October 04, 2011

Lahai Mood...

Sejak menjak ni memang takde mood nak update blog.
Agaknya sebab busy kerja-penat-busy adik ipar nak kahwin-busy melawat mak-busy lipat baju-busy layan anak- busy tengok tivi- perghhh semputt...
Agak-agak macam nak pergi naik pejabat pendaftaran negara tukar nama jadi "Busy Selalu Binti...".


Mood adalah juga sedikit lagi bila takde gambar baru nak diupload.
Boring juga kalau asik tayang gambar lama.
Bukan apa, takut orang terkonfius tuduh-tuduh saya dah kurus...hehe
Saya dan Encik Husben berkongsi kamera sekarang memandangkan kamera saya sudahpun menemui ajal.
Maklumlah, kamera cap ayam je.
Jadi, kadang-kadang ada juga adegan berebut kamera laki bini.


Walaupun mood update tidaklah memberansangkan, tapi mood mengomen masih mantop.
Hai semua kawan-kawan...*gambar lambai-lambai tangan dengan muka excited*...selamat bekerja dengan penuh semangat di hari Selasa..

10 comments:

ayu said...

hai ami..semoga mood ami sentiasa terus berkembang utk update blog ye..hehe...

Anamarza said...

hai kembali amie *gambar lambai-lambai tangan dengan muka tak bermaya sambil terbatuk - batuk *

hehhee

bujal X said...

*melambai2 kembali~

Qhaifa Nur said...

tak pa hari ni tak de mood, esok2 mesti dia mai..

dah follow jom follow back

fiza said...

Tak per lah. Bila busy dah habis, dtg lah mood tu.

wahida said...

ko tanam kamera ko kat ne? hehe...

Bigdaddyz said...

si suami tu buat apa dgn kamera dia pun ada blog jugakah?

eelobor said...

sama lah ngan saya, sudah kurang keterujaan untuk update entri blog. dah ada minat baru sekarang... hihiih

Sharinginfoz said...

entahlah lately rasa malas aja nak tulis entry

Fitri Senin said...

Ngeh ngeh ngeh biasa la angin mls tu dtg tp ia akn pergi