Monday, October 10, 2011

Temper Tantrums Ahmad..



Budak kenit ni sedang dalam fasa menguji tahap kesabaran mama dan babah nya. Takmau makan disuap, nak suap sendiri. Yang akhirnya akan-lumur-lumur muka dengan jeli-atau sepahkan-tepuk-tepuk nasi atas lantai. Atau sup buat celup-celup macam air basuh tangan. Lepas tu, boleh pulak dengan bangga tepuk tangan-sambil gelak-gelak puji diri sendiri pandaiiii. Kalau tak bagi, menangis tak berhenti pulak tu.

 
Temper tantrum Ahmad adalah dalam bentuk mengamuk, pukul-pukul dinding, kepala. Kadang-kadang ada la jugak tergolek-golek. Menangis susah nak berhenti pulak tu. Aishhh...nasib baik mak dia sabarrrr...senyummmmm je. Dah la comel, sabar pulak tu. Eh, terpuji diri sendiri pulak. heh


Tantrum ni biasa untuk anak-anak kecil macam Ahmad dan biasa jadi pada kanak-kanak bawah 6 tahun. Biasanya tantrums terjadi sebab ini cara kanak-kanak ni meluahkan perasaan/emosi kecewa, marah, lapar, tertekan, letih...dan juga nak tarik perhatian ibu bapa. Macam-macam la penyebabnya sebab kehendak mereka ni susah nak difahami-maklumlah, masing-masing guna bahasa German. heh...



Cadangan dari pakar, biarkan anak melayan tantrums mereka sendiri. Letakkan anak kat satu sudut dan bagi dia layan tantrums dia. Tapi kena pastikan tak bahaya la tempat tu untuk dia. Karang dia buat aksi lain pulak. Lepas tu baru dapatkan dia dan pujuk balik. Masa tantrum datang, jangan marah atau cakap apa-apa. Biarkan jela dia layan perasaan dia. Pulak tu kita buat macam tak nampak dia. Pergh..lagi terbakar agaknya hati dia..hehe
 
Cara kami atasi tantrum Ahmad? Biasanya akan elak dulu sebelum Ahmad meragam terlalu lama. Dan paling senang alihkan perhatian dia dengan benda lain. Tapi rasanya tantrum Ahmad masih tak serius. Senang je pujuk dia. Selalunya dia minta nak didukung jela. Mak sakit belakang you ols asyik angkat budak kecik 12 kilo ni.


Tapi kalau serius nampaknya kenalah juga guna cara yang dicadangkan pakar. Hari tu pernah la buat sekali. Lepas tu dia datang sendiri pada kita peluk-peluk kaki kita macam dalam filem Kasim Selamat Ibu Mertuaku tu..





Lagi satu separation anxiety Ahmad agak teruk la jugak. Tambah lagi kalau nampak orang tak dikenali atau ramai-ramai, dan masa nak pergi kerja pagi-pagi. Macam la petang nanti lepas kerja tak jumpa. Siap melekat kat kaki kita tu. Silalah imejin kita berjalan dengan sebelah kaki ada budak kecik bergayut. Saborr jela.

 ~ ~ Gambar Ahmad mengamuk pukul-pukul dinding tak sempat nak tangkap sebab kadang-kadang maknya pun rasa nak join mengamuk sama ~ ~

17 comments:

Anamarza said...

Rifqi byk merajuk masuk dalam bilik dari aksi marah or pukul2, Safiyya ya banyak aksi marah dan pukul, Ainul nanti tak tahu la camna

Tapikan kalau kat rumah boleh la nak biar, tapi kalau kat luar hmmm susah jugak

lydzar said...

huhu mmg menguji kesabaran kan.. kami pon smlm berdepan ngn tantrum si hannah.. terbakar sungguh rasa hati ni..

wahida said...

kerenah dorang berubah2 setiap bulan...tu anak2 aku la...hehe...

mekchu said...

makin lasak dan makin macam2 ragam lah ahmad ni kan.. fasa anak2 membesar kan.. nnti suatu hari nanti mesti kita rindukan ragam anak masa kecik kan..

bujal X said...

ilmiah betul entri ni~keh keh~~tantrum tu kira macam nagmuk2 ke?

ayu said...

Danial pun sama gak ami..alahai…mengamuk tu buat kita pun nak mengamuk gak..selalu tu ayu layan je kerenah dia..huhu

Fitri Senin said...

I feel u mira!!! Mak siap ckp Raif buli fit sbb xbg fit bgn lgsg. Asik nk kena dok sblh dia je. Pastu nangis. Dh le skrg tak berapa sihat. Nangis..nangis pastu muntah. Hlg jg sbr ni

a.samad jaafar said...

dulu Ali pernah citer tau.. ade adik die yg gemo beno ngamuk.. sape tah adiknye tu..?? kenei dok??

sahromnasrudin said...

tantrum tue boleh disamakan dengan naik angin kan hahahahaaa

fiza said...

Biasalah tu nok, budak nak membesar bagai johan memang macam tu. Sabo jer lah. Memang menguji kesabaran.

eelobor said...

kat rumah nie pun ada gak sorang. kekadang terpikir lak, kesian jer kalau di pukul (pukul perlahan untuk mengajar), sbb macam tak makan saman jer. huhuhuhuhu

Kakzakie said...

Kakak tak ada pengalaman jaga ana lelaki tak tahu. Mesti hebat kan. Kakak bayangkan Ahmad peluk kaki Mira tak dapat jalan hihi....

boleh tahan juga ye tak padan comel macho:)

amirah said...

hehehe..mekasih la untuk komen2 sume kawan2...tak sempat nak balas satu2..mekasih la sebab datang ke sini lagi.. : P

Hanis MY said...

Walsh apapun Ahmad sentiasa comellll

Sharinginfoz said...

lama2 ok le tu

Bigdaddyz said...

harus perlu punya sabar tahap superwomen....

Amy Syaquena said...

saya x ada pengalaman lagi jadi x tahu..