Thursday, September 29, 2011

Sakit kepala...


Hari ni sebenarnya ada makan-makan kat ofis.
Sempena raya la kaedahnya.
Walaupun Syawal dah habis semalam.
Maklumlah, semalam pun ada lain yang puasa.
Tak best pulak kalau nak buat jamuan time orang puasa.


Masing-masing ada bawa potluck.
Saya minta nak buat koktel je la.
Tak larat nak masak-masak.
Lagipun takut kalau saya masak, sedap sangatla pulak karang.
Tak habis-habis pulak nanti orang memuji.
Nanti jadi riak..hehehe..


Punyalah banyak makanan yang ada.
Ada sate, lontong, nasi impit, kuah kacang, bihun goreng, rendang ayam, rendang daging, nasi lemak, sambal sotong, kek, cupcakes, cendol, roti jala, karipap, kuih cara berlauk, puding kurma, popia basah, buah tembikai...
Amboii...list takde nak panjang lagi? hehe


Melihatkan list makanan yang panjang tu, jadi faham-faham la ye.
Apa yang berlaku seterusnya..
Makan telah bertukar menjadi mentekedarah.
Terus sakit kepala... grrr..


Esok kita tengok gambar-gambar riang ria Aidilfitri...





Wednesday, September 28, 2011

Slot Lestary tv3 - Cinta Elysa




Siapa tengok drama bersiri ni semalam?
Saya tak berapa tengok sebab sibuk lipat baju-sidai baju-basuh baju-kemas baju-iron baju.
Segala benda berkaitan dengan kain baju la...
Untuk setok seminggu.
Maklumlah, wanita bekerjaya kekdahnya..heh..ada kaitan?


Yang menonton penuh khusyuk ternganga-nganga adalah...jeng jeng jeng..
Si hero kecil saya seorang tu!!
Agak confuse di situ.
Apalah yang membuatkan beliau sangat khusyuk.
Parenting tips yang tak perlu dicontohi ye kawan-kawan.
Mungkin channel babytv lebih seswai untuk beliau.
Tetapi memandangkan beliau mempunyai mak yang haloba..
- tetap nak bukak derama - nak dengar suara Fasha Sandha - sambil buat kerja rumah - maka maapkan la mak tersebut ye. hehe


Sinopsis tak berilmiah dari saya mengenai derama ini - derama yang agak menarik.
Kalau baca sinopsis dalam blog lain (malas nak tulis sinopsis), yang last-last episod tu menarik juga.


Tapi kalau terlepas satu - dua - mahupun 3 episod,
Jangan khuatir hentak-hentak kaki mahupun tarik-tarik rambut ye, sebab masih boleh agak apa endingnya.
Yang penting tengok episod 1, pertengahan dan episod akhir..
Supaya kalau akak ofis cerita pasal derama ini, masih boleh menyampuk secara konfiden.


Saya rasa Johan Arif memang sesuai dengan watak-watak crook. 
Tapi watak dalam drama ni tak sesuai nak crook - crook sangat pun.
Kalau macam 'Botak' dalam Juvana tu memang crook habisla kan.
Macamana la nanti scene yang jiwang-jiwang..


Saya nak tengok derama ni sebab Fasha Sandha la sebenarnya..okeh tipu.
Tapi saya merasakan suara Fasha Sandha semakin cuteee...especially time dia menjerit.
Rasa macam nak ambil jadi adik angkat 'maya' je..
Eh, ni pujian ikhlas ni...betulllll...tak tipu..hehehe...




Tuesday, September 27, 2011

Kenapala Nafsu Selalunya Tak Selari Dengan Kemampuan.*sigh*

Besok baru dapat gaji September. Tapi dah buat list segala hutang piutang dah ni. Adalah lebih sikit. Sikit jelah pun. Simpan pun adalah jugak sikit.


Tapi kan....tapi kan...teringin nak beli handbag baru. Takdela nak yang mahal ribu riban, tapi teringin nak beli baru la. Senang kata, hati dah tergedik-gedik-gedik (triple gediks) nak beli handbag baru walaupun handbag yang ada ni elok je lagi pun.





COACH AUDREY LUREX SIGNATURE TOTE




COACH AUDREY LEATHER GOLD LEIGH SLIM TOTE..


Asyik termimpi-mimpi je nak beli handbag Coach. Tapi takut lepas beli kang nyesal pulak. Ada lebih baik buat beli makanan kan. Nampak sangat la ada benda lain yang kena dahulukan. Eleh, cakap jelah diri sendiri tak mampu...*sigh*


Terkecualila pada sesiapa yang dah memang ada rezeki lebih. Itu lain cerita. Bak kata orang, kalau orang ada kereta Ferrari, tak berapa nak 'in' la kalau pergi shopping dekat M**in. Tapi kalau nak apa salahnya. Tak dosa pun kan. Ermm...nak sambung mengeluh la...


Eh, eh..entri ni macam entri nak mintak pelempang je...Mengada kan. Agak-agak orang Somalia yang kebuluran tu pernah ada handbag ke? Moga-moga Allah menyelamatkan mereka-mereka itu.


p/s : Agak busy. Tak sempat nak reply komen. Tapi insyaAllah akan mengomen.

p/s/s : Bro sahrom, kenapa tanya bila gaun pengantin Memey Suhaiza nak dilelong? Nak beli ek...hehe..


Monday, September 26, 2011

Perlu Atau Tidak Menjaga Hati Bekas Pasangan?

Agak-agak korang la kan perlu ke tak kita nak jaga hati "ex" kita kalau kita dah ada pasangan baru?
Tak kirala ex-wife ke, ex-boyfriend ke, ex-girlfriend ke, ex-buayafren ke?


Rasanya bila bekas pasangan kita tu masih ada keluarga, ada anak-anak, kenalah jaga juga. Mana taknya, bila orang bercerita nanti segala benda keluar.


Lagi parah kalau tak bercerai lagi, tapi buat majlis kahwin lagi meriah bagai nak rak. Dulu pernah ada klien saya, kahwin isteri no 2 kat hotel. Sedih isteri no 1 dia...


Apa pun, bila dah berpisah, biarlah masing-masing bawa haluan sendiri. Biarlah masing-masing cari kebahagiaan sendiri kan?


gambar majlis persandingan norman hakim memey suhaiza

Meriahnya majlis perkahwinan Memey Suhaiza dengan Norman Hakim ni ye. Semoga berkekalan la ye.


kredit gambar ohbulan!

Friday, September 23, 2011

Rumah Hijau..

Pagi tadi sempat jugak makan-makan kat pejabat terbuka orang lain. Syukur ada jugak yang sudi menjemput. Sebab jemputan adalah pagi, jadi makan-makan breakfast la pulak.


Breakfast lemang dengan rendang daging cili padi. Gila sedap. Maunya tak sedap. Orang belanja..   :  P


Lepas tu terus pergi majlis pecah tanah.







Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam semasa
majlis pecah tanah.








Kenderaan rasmi Ketua Menteri Melaka. Setaunya Datuk Seri Mohd Ali Rustam
ada juga kenderaan dengan no plat MAR 1 (Mohd Ali Rustam)


Negeri Melaka sekarang menuju ke arah negeri bandar teknologi hijau selepas mencapai matlamat sebagai  Melaka Maju 2010. Ada beberapa pejabat badan kerajaan di Melaka yang dah pun menggunakan tenaga solar untuk kegunaan menggantikan kuasa elektrik.


Tapi tak pasti pula konsep Restoran Hijau tu macamana. Mungkin restoran yang menggunakan tenaga solar untuk kegunaan harian atau menghidangkan makanan-makanan "hijau".


Saya cuma ingat masa hari sukan sekolah rendah, rumah saya adalah Rumah Hijau.


Selamat hari Jumaat semua. Hari minggu, jangan makan sampai MC hari Isnin ye... : P

Thursday, September 22, 2011

Manchester United ada pemain baru nama Ramli?


Semalam tengok jugak la siaran langsung perlawanan bola sepak antara Jepun dengan Malaysia untuk kelayakan Pra Olimpik 2012 kat RTM TV2. Keputusan akhir pasukan Jepun menang 2-0.


Tengok gaya agresif dengan semangat banzai pasukan Jepun, memang obvious la game dikuasai Jepun. Takpe, masih peringkat awal. Harap masih ada sinar harapan la untuk pasukan Malaysia.


Tapi kan...tapi kan...apsal la mata aku nampak semua pemain Jepun tu macam sama je muka dorang ek. Macam muka pelakon je semuanya.. hehe..


Pastu masa tengok game tu, ada iklan dari penaja, TM - Telekom. Bila tengok iklan tu tersengih sorang-sorang. hehehe.. Siapa dah tengok Ramli? Player baru team Manchester United daripada Malaysia? Best la iklan tu...huhuhu 


Kalaulah jadi kenyataan, mesti best...   : P 


Wednesday, September 21, 2011

Hantu Bonceng



 
Semalam boring punya pasal, sempat juga la melayan filem Hantu Bonceng ni kat youtube sementara boleh tengok lagi ni. Sungguh saya agak buta IT. Jadi kerja-kerja mencari dan mengupload serta mengdistribute link adalah tanggungjawab adik junior sebelah - yang belum dapat surat confirmation lepas habis probation period. Saya pesan pada dia, "watch at your own risk". heh.


Bila habis je tengok, perasaan adalah macam "mujur aku tengok free" sebab ada la juga niat nak nengok kat Astro First. Honestly, rating saya untuk filem ni cuma 3 bintang je kut. Tak boleh nak celen Hantu Kak Limah Balik Rumah kut sebab rupa "hantu" Kak Limah dalam HKLBR tu tetap seram walaupun dah tau dia punya ending camne..heh


Tapi hantu dalam Hantu Bonceng (lakonan Julianna Evans) ni lawa jugakla. Jadi kebarangkalian untuk pergi tandas sensorang waktu malam lepas tengok Hantu Bonceng adalah tinggi. Masa nengok HKLBR dulu siap kejut Incik Somi lagi suh teman walaupun tandas sekentut je pun. Mengade okeh. hehe


Tolak tepi isu-isu kontroversi tu macam unsur-unsur bertentangan dengan agama Islam, banyak juga part-part yang kelaka dalam filem ni dan agak kiut jugakla bila Eizlan Yusof jadik tok bomoh. heh. Pastu kalau tak masukkan scene macam si Nyet (Kunyit) nak bunuh diri sebab gegirl dia dah tau dia Mat Rempit pun takpe kut. Takde efek pun. Tapi kan, tapi kan, tetap ada pengajaran dan teladan baik dalam filem ni yang kita boleh ambik.  


Mungkin filem ni ada isu kontroversi yang menaikkan kutipan kat pawagam dia, sebab menengokkan jalan cerita dengan lakonan adalah biasa-biasa aje bagi pendapat saya la. Rasanya kalau Zizan berlakon dengan Johan baru best. Macam masa dorang hoskan Raja Lawak. Tapi mungkin orang lain ada pendapat lain kut untuk filem ni.   


Kesimpulannya, saya telah makan gaji buta selama sejam 25 minit semalam. Tapi hari ini saya sudah insaf dan akan MMZDB dengan bos masa jamuan raya opis nanti. : P

Tuesday, September 20, 2011

Besarnya Kuasa Allah...


Membaca kisah kembar Siam bercantum di kepala ni membuatkan saya kagum sangat-sangat dengan ciptaan Allah yang Maha Berkuasa.


Kagum sungguh macamana dua manusia yang berkongsi kehidupan seharian  ada hobi, citarasa tersendiri masing-masing. Kagum macamana cara dorang nak jalani hidup sehari-hari. Errr...camne nak pergi toilet, camne nak pergi keje, camne nak ermm... 


Boleh BACA DI SINI tentang kisah kembar Siam Lori dan George yang baru sambut besday ke 50.


Maka, memang wajib sangat-sangat la kita yang sempurna ni bersyukur dengan apa yang Allah berikan...


Thursday, September 15, 2011

Melencong ke Petrosains KLCC, Snowalk I-City dan Tasik Cruise Putrajaya...

Cerita hari Selasa minggu lepas. Siap ambil cuti lepas raya lagi semata-mata nak ikut rombongan anak-anak murid Incik Husband ni.

Dah kata dah beliau memang tidak boleh meninggalkan isterinya yang gojes ini keseorangan bersama si kecil. Takut kena ngorat agaknya..hehe. Okey, jangan percaya sangat. Tapi kalau nak percaya - tentang kegorjesan tersebut, silakannn..-  heh


1. Petrosains KLCC












Last pergi Petrosains ni zaman berdating dulu ye. Adalah dalam 6-7 tahun lepas. Poyo tak poyo dating kat Petrosains ko. Ilmiah katanya. Jadi, agak peghak juga la bila datang kali ini.

Maklumlah, ada macam-macam yang baru kecuali dinosaur yang boleh menyanyi-nyanyi tu. Anak-anak murid Incik Husband sudah semestinya gembira sebab ada yang langsung tak pernah jejak Kuala Lumpur. Bukan Petrosains ye, KL. 

Ahmad jangan cerita. Kerja beliau sepanjang dalam Petrosains adalah mengukur luas Petrosains sambil lari sana sini. Semputtt..!

Bayaran masuk ke Petrosains: Dewasa RM12, Remaja (13-17 tahun) RM7, Kanak-kanak (5-12 tahun) RM4, Kanak-kanak (bawah 5 tahun) PERCUMA, warga emas (55 tahun ke atas) RM6.

Petrosains memang tempat yang sesuai untuk sesiapa yang berminat nak merasai dunia sains dan teknologi terutamanya tentang bidang industri petroleum.

Sebetulnya kan excited terlebih sudah sebab dapat pergi KLCC. Dah lama sungguh tak cium bau udara KLCC. heh


2. Snowalk, I-City

 

Lepas cium bau KLCC, terus pergi Shah Alam untuk ke I-City. Tak pernah pergi sebelum ni. Agak sayang la sebab dari blog-blog lain, rasanya I-City ni memang taman cahaya - sesuai pergi waktu malam. Tapi dah kita ni orang tumpangan kekdahnya, maka ikutkan ajelah.

Tapi agak mahal juga bayaran masuk ke Snowalk I-City ni. Kalau tak silap untuk dewasa RM25, untuk kanak-kanak RM20. Bayaran termasuk untuk baju sejuk ala-ala kat obersi la kan.

Tapi boot kena sewa untuk RM10 sepasang. Sarung tangan, stokin ada dijual kat booth kat luar. Sebab kitorang kedekut, hehe, maka takyah sewa boot. Lagipun tak berapa jam pun nak duduk dalam tu. Beku otak, tangan duduk lama-lama dalam peti ais.

Seronok la bagi sesiapa yang tak pernah masuk tempat-tempat bersalji. Kami dah pernah pergi taman salji kat Genting, jadi kepeghakan melihat salji agak tidak obvious. heh.

Ahmad kat dalam ni asyik cakap "jukkk..jukkk..". Pastu beliau macam terbeku sekejap. hehe. Takdela penat nak mengejar sana sini. Selamat.


3. Cruise Tasik, Putrajaya




Tujuan gambar-gambar di atas diambil adalah untuk menangkap gambar monumen/bangunan kat luar tu. Tapi yang kelihatan adalah gambar budak kecik seorang ni.

Lepas I-City terus pecut pergi Cruise Tasik, Putrajaya. Seronok juga tengok bangunan-bangunan Putrajaya ni. Cantik-cantik semua. Rasa macam nak bawak balik Melaka sebiji.

Tapi adalah tersangat terkejut bila guide tu tunjuk "Hah, kat sebelah kiri kita sebelah rumah Tan Sri Dato' Sri Lim Kok Wing dengan rumah Tun Dr Mahathir Mohamad adalah rumah Norman KRU.." Besar gila rumah dia. Dia tak buat open haus ke ek? heh..

Banyak jenis cruise ni. Kalau nak tengok bayaran boleh tengok kat sini: Cruise Tasik.

Kesimpulan :

= Memandangkan rombongan ni balik hari, jadi sangat penat okeh. Pastu esok kena kerja pulak tu. Elokla buat hari Jumaat ke. Boleh rehat-rehat esoknya.

= Sekali-sekala pergi tempat macam ni memang seronok. Especially kalau bawa anak-anak.

= Putrajaya sangat besar okeh. Tercabut lutut nak berjalan dari tempat wuduk ke tempat solat wanita. Adoi.

= Apsal la sejak dua menjak ni entri-entri adalah berbentuk assignment. Ada item A, B C lagi. Ghasakk..heh

Wednesday, September 14, 2011

Battle of Revenge...

Situasi A

10 September 2011, ulangtahun kelahiran saya ke *tut*.
Tahun lepas, 10 September jatuh pada 1 Syawal.
Potong lemang letak lilin birthday kaedahnya.. heh...


Tapi, entah kenapa saya tak terasa diri sendiri dah makin tua...


Mungkin ... sebab jerawat yang masih hebat menguasai muka..??
Mungkin ... sebab gelak saya masih boleh didengar dek budak staf tingkat 2.
Mungkin ... sebab saya jeles bila Ahmad dapat mainan baru..hehe


Suami saya post di wall Facebook saya... 

hepi birthday laling.semoga menjadi lebih sihat dan dipermudahkan dlm segala urusan.umur yg meningkat hanya menjauhkan kita dari angka 1 tetapi ketahuilah ia mendekatkan kita dgn kematian.sentiasa gandakan amalan sunat dan menjaga amalan2 wajib. I Really love you.
 
Semalam lepas balik kerja, Incik Husband saya ajak ke shopping complex. Nak beli kad birthday saya katanya.


Saya kata, "Eh, abang nak bagi kad birthday kat mama ek? Boleh mama belikan sekali kad birthday abang. Mama tak beli lagi pun. Dah lama dah.." 

Beliau balas, "Eh, mama tak bagi kad birthday kat abang..?? Ye ke?? Kalau camtu abang tak payah beli la. Kita seri ek.."


sob...sob...sob...pembalasan berlaku..



Situasi B


Saya masih didalam mood tidur-mimpi ngeri-terkejut-terkejut..
Semalam lagila serius. Langsung tak boleh tidur lena.
Asyik mimpi pasal kerja, pasal dokumen aje.
Last-last bila terjaga terus menghadap tv sampai pukul 4 pagi.


Huwaaa...puas nak menjawab dengan klien ni nanti kalau dia kena penalti.
Ribu riban ok. Puluh-puluh ribu riban.
Kalau potong gaji haruslah beli stok megi untuk 3 tahun.
Tambah lagi penyebabnya bukan saya.
Owhh..kenapa saya pulak yang harus tak tidur malam...!!


Situasi A + B = oh...di manakah keadilan..

Tolong doakan saya selamat dunia akhirat ye... : P

Monday, September 12, 2011

Rindu...

Saya rindu nak mengupdate blog.

Kesian dekat blog.

Di anak tirikan.

Rindu nak baca komen kawan-kawan semua.

Tapi keadaan saya masih tak mengizinkan.

Banyak gila benda yang nak dimerapukan.

Cuma tak cukup masa. 

Harusla bagi priority pada kerja dulu.

Kena siapkan kerja baru boleh update secara aman.

Kena pergi jemputan open house banyak- banyak dulu barulah boleh update secara tenteram.

 heh