Wednesday, September 28, 2011

Slot Lestary tv3 - Cinta Elysa




Siapa tengok drama bersiri ni semalam?
Saya tak berapa tengok sebab sibuk lipat baju-sidai baju-basuh baju-kemas baju-iron baju.
Segala benda berkaitan dengan kain baju la...
Untuk setok seminggu.
Maklumlah, wanita bekerjaya kekdahnya..heh..ada kaitan?


Yang menonton penuh khusyuk ternganga-nganga adalah...jeng jeng jeng..
Si hero kecil saya seorang tu!!
Agak confuse di situ.
Apalah yang membuatkan beliau sangat khusyuk.
Parenting tips yang tak perlu dicontohi ye kawan-kawan.
Mungkin channel babytv lebih seswai untuk beliau.
Tetapi memandangkan beliau mempunyai mak yang haloba..
- tetap nak bukak derama - nak dengar suara Fasha Sandha - sambil buat kerja rumah - maka maapkan la mak tersebut ye. hehe


Sinopsis tak berilmiah dari saya mengenai derama ini - derama yang agak menarik.
Kalau baca sinopsis dalam blog lain (malas nak tulis sinopsis), yang last-last episod tu menarik juga.


Tapi kalau terlepas satu - dua - mahupun 3 episod,
Jangan khuatir hentak-hentak kaki mahupun tarik-tarik rambut ye, sebab masih boleh agak apa endingnya.
Yang penting tengok episod 1, pertengahan dan episod akhir..
Supaya kalau akak ofis cerita pasal derama ini, masih boleh menyampuk secara konfiden.


Saya rasa Johan Arif memang sesuai dengan watak-watak crook. 
Tapi watak dalam drama ni tak sesuai nak crook - crook sangat pun.
Kalau macam 'Botak' dalam Juvana tu memang crook habisla kan.
Macamana la nanti scene yang jiwang-jiwang..


Saya nak tengok derama ni sebab Fasha Sandha la sebenarnya..okeh tipu.
Tapi saya merasakan suara Fasha Sandha semakin cuteee...especially time dia menjerit.
Rasa macam nak ambil jadi adik angkat 'maya' je..
Eh, ni pujian ikhlas ni...betulllll...tak tipu..hehehe...




11 comments:

fiza said...

Bukan aku jer yg tengok, hubby aku pon layan gak. Best...tak sabo nak tunggu next episod.

Femes ah botak lpas nih.

Anamarza said...

betul tu even terlepas satu dua episod still boleh fhm lg jln citer, akak minggu ni terlupa nak tgk :)

sahromnasrudin said...

saya tengok bola...yeahhhh..selangor menang..nnti lwn perak tau huhuhuhhh

Kakzakie said...

Kalu ada peluang nak jug tonton... tapi kakak tak begitu minat satu-satu artis. Kalau tonton pun just tonton je... kadang tu tak kenal pun. Selalu tertinggal kakak nie....

Hanis MY said...

uwaaa nak tengok jugakkk....

ayu said...

mmg follow habis cerita ini..hehe..minat betul tgk fasha tu berlakon..johan a.k.a botak ?? mmg terbaik la...hehe..

wahida said...

tak tgk nok...aku lagi suka layan citer soffiya kul 7 tu...yg kena rogol dek bapak sendiri sampai terberanak tu...

citer tu lagi meruntun jiwa...

Huzn said...

owh sukeee...feeling2 jiwa remajew bergelora gitew...eh...si johan tu cam cho laki hani kan?perasan x?

velasrizal said...

ooh ramai kan yg minat drama ni.. suma org ckp psl drama ni

Syigim said...

lamanyaaaaaa tak tgk drama bersiri. kat sini drama bersiri arab adelah hihi, tp xde subtitles so xbest tgk.

kak cari youtube je for cerekarama & series lama2. best jgk :)

eelobor said...

tak leh nak komen lebih2 la sebab tak layan citer2 lentok cam gini