Friday, September 23, 2011

Rumah Hijau..

Pagi tadi sempat jugak makan-makan kat pejabat terbuka orang lain. Syukur ada jugak yang sudi menjemput. Sebab jemputan adalah pagi, jadi makan-makan breakfast la pulak.


Breakfast lemang dengan rendang daging cili padi. Gila sedap. Maunya tak sedap. Orang belanja..   :  P


Lepas tu terus pergi majlis pecah tanah.







Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam semasa
majlis pecah tanah.








Kenderaan rasmi Ketua Menteri Melaka. Setaunya Datuk Seri Mohd Ali Rustam
ada juga kenderaan dengan no plat MAR 1 (Mohd Ali Rustam)


Negeri Melaka sekarang menuju ke arah negeri bandar teknologi hijau selepas mencapai matlamat sebagai  Melaka Maju 2010. Ada beberapa pejabat badan kerajaan di Melaka yang dah pun menggunakan tenaga solar untuk kegunaan menggantikan kuasa elektrik.


Tapi tak pasti pula konsep Restoran Hijau tu macamana. Mungkin restoran yang menggunakan tenaga solar untuk kegunaan harian atau menghidangkan makanan-makanan "hijau".


Saya cuma ingat masa hari sukan sekolah rendah, rumah saya adalah Rumah Hijau.


Selamat hari Jumaat semua. Hari minggu, jangan makan sampai MC hari Isnin ye... : P

9 comments:

Hanis MY said...

wahh sungguh terisi hari akak, nak jugak makan freee wuwuwu

Anamarza said...

bagus la guna tenaga solar, klau murah2 teringin jgk nak guna solar, tapi kos nya boleh tahan jugak kan.

Anonymous said...

Melaka maju ada konsep bandar hijau!! Tahun ni baru nyanyi2 lagu melaka maju... Sedap!

Fiza Rahman said...

Yer lah nok, melaka makin cantik. Masa aku gi training ada lalu kat bandar hijau tu. N9 plak dari dulu sampai skang macam tu jer, nan ado perubahannya.

Beb, tutti frutti coming soon bukak kat bukit beruang.

Sharinginfoz said...

agak2 minggu depan ada lagi ke rumah terbuka?

velasrizal said...

lawanye no plat dia tu

wahida said...

dulu aku rumah kuning...tak best...huhu...

Daddylicious said...

mmg style no platnya...mahal tu...

mekchu said...

kalo rumah dekat, boleh lah naik beskal.. konpem peluh2... eh, mekchu pun rumah hijau a.k.a garuda.. hahahaha...