Thursday, January 27, 2011

Google Malaysia mencari pekerja...

Seperti yang diketahui, enjin carian terbesar dunia, Google dah buka cawangan pejabat terbaru di Malaysia hari Rabu haritu, kalau tak silapla.

Baca lanjut di SINI.

Sebelum ni, di Asia, Google dah ada pejabat di Singapura dan Korea Selatan.

Jadi, pejabat baru Google Malaysia tengah duk cari pekerja/staff. Sesape yang rasa macam teringin nak keje dan ada kelayakan bidang-bidang IT dan ada seangkatan dengannya, bolehle jenguk-jenguk kat www.google.com.my/jobs.

Mana tau kut-kut ada rezeki nak keje kat situ kan.

Wednesday, January 26, 2011

Ahmad Dhani jugak jadi pojaan hati Astro akhirnya..

Berita pagi di Sinar FM pagi tadi, sah Ahmad Dhani vokalis kumpulan Dewa dari Indonesia adalah pengetua Akademi Fantasia ke 9 dan yang terakhir. Syukurlah dah berakhir pun Akademi Fantasia ni. Dah cukup ramai dah artis dalam negara kita ni. Tak terbaca dah gosip dalam paper tiap-tiap hari. Siap front page you.. 

Dulu masa zaman kat matrik memang langsung tak kenal sape la Ahmad Dhani vokalis kumpulan Dewa ni. Makhluk Allah yang mana satu ntah. Lagu pun tak pernah dengar, inikan pulak muka nya. Memori saya cuma ada yang hensem-hensem je.. heh.

Camne ntah, kakak saya rupanya peminat kumpulan Dewa ni. Sila imejin ye, travel dari KL balik Kuala Kangsar, dalam 4 jam, muntah angin dengar lagu Dewa tak berhenti-henti. Balik dari kampung lagi. Naik senak.

Pastu siap request masa besday dia, nak CD original kumpulan Dewa. Keji kan? Sebab masa tu memang tak ambil pusing pasal artis, *bajet suci, baca buku pelajaran je*, makanya, beli tapi tak ingat tajuk mahupun cover album tu gambar apa. Lepas tu lepas buat kaji selidik, tau la sikit-sikit pasal Ahmad Dhani dan Dewa.

Tapi Ahmad Dhani ni, pelik je pahamannya. Bila time bernikah, elok pulok ikut Shariah. Tapi tang lain, wallahualam.  




Ni dalam majalah Media Hiburan baru la jugak. Selamba je dia pakai. Apa sebenarnya agama dia ni ek? Tapi isu Ahmad Dhani pakai salib dah lama. Masa konsert pun ada isu Ahmad Dhani pakai tshirt gambar salib.

Agaknya apa kriteria atau istimewanya Ahmad Dhani di mata Astro sampai terpilih jadi pengetua Akademi Malaysia, di Malaysia?

Tuesday, January 25, 2011

Hello, can I help you??

Pernah dengar tak segmen "Can I help you?" kat radio Era waktu pagi-pagi bersama Pak Nil, Hanif dan Rei? Siapa yang rajin dengar radio Era mesti tau segmen tu mengenai apa kan. Segmen prank call yang "memaksa" kita berbual dengan caller kita dalam bahasa Inggeris.

Baru kejap tadi received a call daripada seorang wanita daripada Singapura. Dia sebenarnya nak bertanyakan sesuatu mengenai bidang Islamic finance, yang sememangnya major portfolio firma saya. Major, tapi saya yang tak reti..huhu.

Dia punya sleng mak datuk, memang terbelit lidah punya. Nama yang sikit punya cun "Amirah" dan jadi "Emeiyrah" dah bunyinya. Pandai-pandaila macamna nak pronounce kan yer..heh

Tapi first benda yang terlintas dalam kepala masa tu "eh, ni ke benda can I help you tu ke? mati aku kalau dorang on kat radio..tapi caller ni perempuan...lol" < ---- serius dah terjangkit bahasa muda mudi sebab dalam hati pun cakap lol..hehe..lol

Perasan tak? perasan tak? *Sila muntah*. Macam la ada sesiapa yang sebuk-sebuk nak call. : P

Tapi tetiba kesedihan pulak yang melanda hati sebab rasanya dah agak lama tak berbual dengan sesiapa dalam bahasa Inggeris. Kat ofis ni kebanyakannya bercakap dalam bahasa Melayu. Maklumla staff ramai Melayu. Ada sorang dulu Chinese pun dah berenti sebab sakit kanser. Dengan bos pun cakap bahasa Melayu je. Karang kalau cakap bahasa Inggeris dorang kata tebiat. Takpun mesti yang kata, hover kau ye, bajet KL. huwa huwa huwa...

Dulu masa zaman kerja kat KL, memang ramai client Chinese dan bangsa lain yang "memaksa" kita bercakap dalam bahasa Inggeris. Tapi di sini, setakat ini, kebanyakan portfolio assignment saya adalah untuk agensi kerajaan atau syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri yang berkomunikasi mostly dalam bahasa Melayu.

Dan bos opis lama dulu, kelulusan luar negara dan agak senior umurnya. Jadi bila kita tergedik-gedik bercakap dengan dia dalam bahasa Melayu, tetiba je "English, please". Apa lagi, ermm aaa ermm aaa je.. macam nak kena pang..tapi pastu makin mantop pulak bila speaking rasanya.

Mujurla kadang-kadang berangan juga speaking omputih dengan Ahmad dan Mr Husben. Nasib baik Ahmad kecik lagi, kalau tidak mesti dia nyampah..hehehe..

Betul sangat ye kata pepatah  : Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah. Kalau tak selalu amalkan, lama-lama dah kurang berbuah dah 'pokok' kita. Gugur satu satu, lama-lama togel...



Thursday, January 20, 2011

Pacific Sutera, Kota Kinabalu Sabah


Up up and away..!!  : P... Negeri di bawah bayu..

Gambar-gambar dari kamera kodok kami.. : P








Pulau apa ye?








Pemandangan dari tingkap belon, bandar Kota Kinabalu 1000 kaki dari aras laut. ok tipu


haruskah men 'ta ta' sewaktu kita baru tiba, anakku?




gambar toilet je??..eh, gambar tidak menunjukkan niat..hehe



Air mineral jerrr?? Bersyukur boleh takkk??


cubaan menyepahkan bilik walaupun tak sampai saploh minit check in




macam pergi hanimun pulak yer...heh



nice private beach..nak celup kaki pun tak sempat..apatah lagi nak lari2 anak macam Baywatch


again..hasrat hati bajet celup2 kaki buat fish spa pun tak tertunai -- pinjam ek Kak Ina KL 




menyekodeng awek main golf pagi2..haruskah awek itu pakai skirt pendek pagi2???!!



incik kuning ai folo bajet hot di atas ituk, bah







harbour...captured dari tepi the resort's cafe. i guess the resort behind is Magellan Sutera..nice view


keletihan seharian tawaf resort...before checked out.

Tak sabar nak tunggu our next trip...!!

Wednesday, January 19, 2011

Tahun baru yang busy..

Busy nya sejak masuk tahun baru 2011 ni. Kadang-kadang merungut dalam hati juga. Kesian kat suami dengan anak, sebab kadang-kadang sampai tak ada masa di rumah.

Sehari suntuk kulit ai yang mulus ni (uwek) tak dapat pengcahayaan yang cukup. Keluar pagi sebelum matahari terbit, balik lepas matahari tenggelam. Kalaulah matahari BFF mungkin dah merajuk tulis surat letak dalam beg sekolah tak mao kawan lagi. Macam la gaji saploh ribu. Padehal ciput je. ngehh..Kalaula bos tak nampak calon pekerja cemerlang ni (angkat tangan tinggi-tinggi...saya!...saya!..saya!) taktau la nak kata apa.

Eh, teringat pulak zaman sekolah rendah. Bila besfren marah kat kita atau merajuk ke, mesti tulis surat luahan perasaan cakap apa yang dia tak puas hati pada kita. Pastu letak bawah meja. Takpun letak dalam beg sekolah kita masa kita yang rasa tak bersalah ni tengah sedap mencekik kat kantin time rehat. Eh, sape yang dapat surat macam tu ek? hehehe...

Time sekolah menengah, pendekatannya lebih brutal ye. Siap buat macam grouping satu dorm. Selalunya satu dorm la. Buat bulatan, pastu kau cakap apa yang kau slek dengan aku. Pastu aku pulak pulun apa yang aku tak puas hati dengan kau. Tapi masih terkawal, tegur sikit-sikit je pun. Sopan la lagi. Lahai, bukannya dia jahat sangat sampai bunuh orang pun. Paling tak boleh lupa, ada sorang kawan tu tegur sorang lagi, suruh basuh baju dalam baldi dia sebab dah busukkk..!! Pastu budak yang kena tegur suruh basuh baju tu terus tukar sekolah..

Masa kat universiti pulak, ada usrah. Dengar tazkirah, mengaji Quran ramai-ramai, sembang-sembang, gusip-gusip sensasi. Teringat ada sekali tu, kitorang tegur seorang kawan ni. Dah kata namanya UIA, mestila pakai tudung. Tapi kawan saya ni memang tak pakai tudung kat luar dan kaki clubbing. Zaman-zaman remaja baru nak naikla katakan. Pastu dorang yang lain ni attack dia habis-habisan. Dorang ni cuma takut dia minum je. Pastu dia nangis. Rasa kesian kat dia. Nasib baik dengar je. Lagipun bukannya dia budak jahat, nakal-nakal camtu je. Lagipun pengaruh kawan kut.

Kesimpulannya, macamana cara terbaik kita nak menegur orang lain? Sedangkan diri kita sendiri pun kureng. Tapi apa yang orang tu buat sangat slek di pandangan mata kita. Rasa macam tak boleh blah sangat-sangat maksimum dah. Kalau tegur jadi gaduh. Ke nak biarkan je? Dan paling best, dia lebih senior  bertahun-tahun daripada kita dari segi umur mahupun dalam kerja...

Thursday, January 13, 2011

Balik dengan azam baru 2011

I'm back..!!

Kami dah balik semenanjung hari Isnin dengan selamatnya. Hari Isnin sampai, Khamis baru buat entri. Rajin, kan?

Syukur Alhamdulillah. Sebab baru pertama kali ke Sabah, memang terasa sangat best. Tambah-tambah pulak training nya fun dan tak memenatkan, except tak berapa cukup tidur.

Kesimpulannya, Pacific Sutera Harbour Kota Kinabalu memang best. Cantik giler private beach dia. Air laut biru.

Ada ramai tourists yang berkulit putih-putih belaka. Sesuai untuk buat aktiviti skodeng..heh. Ada jeti untuk private boats dan puas hati dengan makanannya.

Prouds Mama's Diary, yes, berjaya juga ke pasar Filipina, tak sempat nak borong 'banyak', dapat borong 'sikit' je.. : P

Nasuha, usahkan orang utan, bulu dia pun haram kami tak jumpa..hehehe..kali ni pergi training, bukan holiday. Next time kalau ada rezeki nak tangkap gambar peluk2 dengan orang utan. Eh, tapi kami ada beli key chain orang utan..comel rupanya Orang Utan ni kan.. : P

arep, nanti gi hanimun kat sini tau..beshhh..

Lady of Leisure, nak pergi Borneo Railway juga nanti! heh..plus 'berangan' nak panjat Gunung Kinabalu..

ayu, Hanis My, Fiza, Kak Anamarza, nurhafiz, heidi shafiq, Honey Bunny, kak ina KL, Bro Nik sharinginfoz, - walaupun cuma jejak kaki kat Airport, Sutera Harbour dan sikitttt je bandar Kota Kinabalu, tapi Sabah memang best la..rasanya akan datang lagi bila Ahmad dah besar. Jom cuti-cuti 1Malaysia. Boleh cuba cari cicak tokek sekali..ahak ahak..

So, apa lagi..teng teng teng teng..next station...Kota Kinabalu Sabah.

Our last trip by flight was in July last year, pergi Langkawi. Naik AirAsia. Kali ini pun naik AirAsia. Kena bujet supaya boleh meronggeng tempat lain lepas ni.

Tapi Cik Husben boleh pulak tanya soklan tak dapat terima kenyataan...

"eh, mama..kenapa seat ni terasa sempit sangat ni. Masa pergi Langkawi ok lagi. AirAsia tukar boeing lagi kecik ke?"


Supaya next time AirAsia tak jadi mcam ni, jadi azam tahun baru kami adalah nak DIET!! 

: P


nota kukukaki : gambar Sabah next entry ye..


credit pada kosmo! online


.

Friday, January 07, 2011

Kota Kinabalu, here we come!!

uwek, sungguh tak berselera nak pergi sebenarnya sebab kena pergi 3 days and 2 nights training kat sana..tapi bos dah warning, kena pergi jugak. Kalau la jalan-jalan yuha-yuha, rasanya lebih bahagia.. : P

Sebab dah rela paksa, maka ku angkut la hero berdua tu sekaligus. Kena bayar sendiri ok. Untuk diri sendiri je yang ofis tanggung 100%.

Apa pun, this is our first time ke Sabah. To be specific, The Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu sebab training akan dibuat di situ. Adalah membuatkan jiwa ku sedikit kacau bila Mr Husben ngan Ahmad boleh jalan2 --- dah boleh imejin senyum lebar-lebar sambil makan eskrim---, tapi saya kena duk dalam dewan je diam2..waa..

Lady of Leisure, we will be staying in Pacific Sutera and not Magellan Sutera. How i wish dapat pergi ngintip kat Magellan, nak skodeng spa-spa nya.. : P


Nanti kita apdet cerita-cerita orang yang kengkonon kena pergi Sabah secara paksa  rela ye.. 

Happy weekend everyone!!

Happy Birthday Khairul Fahmi Che Mat (KFCM)

Owhh...entri ini sebenarnya tidak disengajakan. Sepatutnya entri dengan tajuk "Saya sangat cemerlang pagi ini". Iye, jam 7.15 dah terpacak di ofis yang office hour nya mula jam 9!!.

Iye, pembaziran sedikit waktu tidur di situ. Cemerlang nya diaaaa...tepuk tangan..tepuk tangan. Bangun awal, celen waktu rasmi lalat.

Berkira-kira : nak tumpang tido balik kat ofis ke takyah, nak tido balik ke takyah, nak tido balik ke takyah, dah sejam...

Dan dengan cemerlang dan tanpa menoleh ke belakang, serta tanpa rasa bersalah, makan 2 biji telur setengah masak, hash brown, baked beans dgn toast butter + jem stroberi.

Owh..cemerlangnya perut saya pagi ni ye. Lebih mahal patutnya duk lebih lama dalam perut, tapi ada tanda-tanda perut memberontak manja..lol..

Belek-belek paper pagi ni sambil breakfast...."ehhhh..hari ni besday Khairul Fahmi la..mudanya dia...".


Kosmo! : Nik Khairul Fahmi Che Mat, Dilahirkan pada 7 Januari 1989, Penjaga Gol pasukan bola sepak Malaysia.

Bila masa nama si Khairul Fahmi ni ada "Nik"? Cubaan untuk mengelirukan pembaca ni. Sape ada fotostet ic Fahmi?

Glemer kau dik ye..meletup2. Dapat rezeki rumah lagi. Hadiah besday la tu. Bersyukur dan teruskan usaha memantopkan bola sepak Malaysia. Kalau ada rezeki main ngan Man Utd, kasi akak tiket free dalam selai dua. Thanks in advance. Kahwin la cepat2..akak  dah tak larat nak nyanyi lagu "Kalau Berpacaran" dalam hati lama-lama.. heh...

nota kukukaki : kadang-kadang impian boleh jadi kenyataan.  : P




Thursday, January 06, 2011

...mungkin lebih ramai yang jadikan "tak tahan tengok" sebagai faktor kurangkan hukuman...

Hukuman apa? kat sini saya rujuk pada hukuman untuk perogol. "Tak tahan tengok" apa pulak? Tak tahan tengok perempuan yang berpakaian seksi sangat.

Semalam berjalan-jalan menghabiskan duit *macam* orang kaya kat Dataran Pahlawan, ternampak dua tiga orang wanita yang pakai baju tapi serupa macam tak pakai baju. Mak oi, kau gila ke apa pakai baju gitu?

Boleh masuk world record -- seluar terpendek di dunia, baju terjarang ala-ala transparent abad ini. Heran juga ye, yang kita pakai macam biasa pun sejuk jugak dalam shopping mall tu, mereka ni selamba je. Kulit tebal ke?

Yang pasti muka kena tebal nak pakai macam tu kan..

Acik yang perempuan ni pun tertoleh 2 -3 kali menengok, inikan pulak lelaki-lelaki sejati yang masih belum pupus, termasukla Mr Husben, yang setia pada yang satu -- owhh..ayat penyedap hati.

Ala, tu kan biasa bagi lelaki, kang kalau dia pandang lelaki tertoleh senyum2 sampai 4-5 kali, kita pulak yang naik risau kan. Eh, maksudnya akak pun perempuan sejati ke?..haha..tak senonoh ok.

Oh, sungguh saya tak jeles kalau anda nak berpakaian begitu, tapi setiap perkara ada adab dan aturannya, tak kira apa jua agama. Masing-masing ada pendirian, pegangan dan akal fikiran sendiri. Berfesyen biar kena pada tempatnya, audience nya, quorum nya.  

Jadi harap dapat gunakan akal fikiran anda yang waras ditempat yang betul -- maksudnya boleh kalau nak seksi gaban gitu, tapi kat dalam bilik untuk suami atau tempat yang takde kanak-kanak. Kalau kau nak pergi funeral pakai gitu, memang saje nak kena pang..

Dan gunakanlah akal anda dan tunjukkan belas kasihan anda sebab pakaian anda  mendorong jenayah dan penganiayaan pada wanita lain yang tak berpakaian seksi.

Jadi, rasanya faktor mitigasi dalam perbicaraan kes rogol, "pakaian seksi mendorong saya merogol" adalah faktor mitigasi yang menjadi semakin "biasa".

*harapan anda untuk tengok tayangan percuma tak tercapai ye, sebab "for my own eyes only"..LOL*

Tuesday, January 04, 2011

Tengkiu Anda Semua...

Inilah follower-follower saya setakat hari ni. Sori ye, sebab saya belum habis menuntut lagi, maka gambar-gambar profile anda semua di bawah adalah tidak mengikut urutan turutan yang hakiki dan di kopi pes sahaja..


Terima kasih pada semua followers yang sudi follow blog ni yang takde apa x factor pun...nak cerita pasal resepi, masaknya kadang-kadang jarang-jarang, nak cerita pasal parenting, kita pun tengah belajar tatih2, nak bagi tazkirah uhuk uhuk..nak cerita pasal kerja..alamak ai..boring la, lagipun byk PnC kan..nak jadi travelog, travel nya jarang sekali, nak tepek gambar banyak2, segan pulak sebab tak dapek nak kumpul duit nak pergi slimming centre lagi..lol

walaupun tak ramai, tapi saya hargai anda semua. Follower saya tak bertambah setiap hari beribu riban macam blogger lain, tapi rasanya macam tersengih jugak sorang2 sebab ada juga yang sudi ke blog ni. Tapi ada sesetengah yang tak tinggalkan link. Makanya, takleh nak link ke blog anda.

Blogging ni rupanya menarik giler..OMG (Oh..menarik giler!!). Macam-macam benda la kita tau.Kenal macam-macam blogger. Ada yang rajin apdet tiap jam, ada yang cantik cun hensem macho, ada kaum ibu-ibu, ibu yang menyusukan, ada budak-budak remajeee, ada yang buat duit extra dgn blogging, dan dapat banyak tips yang baik maupun yang merapu...lol

Kita follow satu blog sebab kita sukakan identiti blogger tu dan apa yang dia tulis walaupun kita tak kenal pun siapa dia ni, anak siapa, duk mana. Yang pasti, saya suka baca apa yang blogger lain tulis. Kadang-kadang tak sempat nak update entri sendiri sampai seminggu sebab BW dan komen di belog blogger lain. ok tipu. sebenarnya takde idea..heh

Toce semuaa...!!