Thursday, January 06, 2011

...mungkin lebih ramai yang jadikan "tak tahan tengok" sebagai faktor kurangkan hukuman...

Hukuman apa? kat sini saya rujuk pada hukuman untuk perogol. "Tak tahan tengok" apa pulak? Tak tahan tengok perempuan yang berpakaian seksi sangat.

Semalam berjalan-jalan menghabiskan duit *macam* orang kaya kat Dataran Pahlawan, ternampak dua tiga orang wanita yang pakai baju tapi serupa macam tak pakai baju. Mak oi, kau gila ke apa pakai baju gitu?

Boleh masuk world record -- seluar terpendek di dunia, baju terjarang ala-ala transparent abad ini. Heran juga ye, yang kita pakai macam biasa pun sejuk jugak dalam shopping mall tu, mereka ni selamba je. Kulit tebal ke?

Yang pasti muka kena tebal nak pakai macam tu kan..

Acik yang perempuan ni pun tertoleh 2 -3 kali menengok, inikan pulak lelaki-lelaki sejati yang masih belum pupus, termasukla Mr Husben, yang setia pada yang satu -- owhh..ayat penyedap hati.

Ala, tu kan biasa bagi lelaki, kang kalau dia pandang lelaki tertoleh senyum2 sampai 4-5 kali, kita pulak yang naik risau kan. Eh, maksudnya akak pun perempuan sejati ke?..haha..tak senonoh ok.

Oh, sungguh saya tak jeles kalau anda nak berpakaian begitu, tapi setiap perkara ada adab dan aturannya, tak kira apa jua agama. Masing-masing ada pendirian, pegangan dan akal fikiran sendiri. Berfesyen biar kena pada tempatnya, audience nya, quorum nya.  

Jadi harap dapat gunakan akal fikiran anda yang waras ditempat yang betul -- maksudnya boleh kalau nak seksi gaban gitu, tapi kat dalam bilik untuk suami atau tempat yang takde kanak-kanak. Kalau kau nak pergi funeral pakai gitu, memang saje nak kena pang..

Dan gunakanlah akal anda dan tunjukkan belas kasihan anda sebab pakaian anda  mendorong jenayah dan penganiayaan pada wanita lain yang tak berpakaian seksi.

Jadi, rasanya faktor mitigasi dalam perbicaraan kes rogol, "pakaian seksi mendorong saya merogol" adalah faktor mitigasi yang menjadi semakin "biasa".

*harapan anda untuk tengok tayangan percuma tak tercapai ye, sebab "for my own eyes only"..LOL*

12 comments:

ayu said...

ami, setuju ngan kata2 ami..

fiza said...

Btul tu. Dorang ni berpakaian seksi utk apa? Tunjuk body @ nak menarik perhatian org...hhmmmm...takut tgk fesyen² zaman skang.

kucingorengemok said...

islam suruh tutup, tutup aje lah kan... kang kena rogol marah!

BIONIC WOMEN said...

betul tu amirah...
tu kat Melaka, kalau kat KL ni..
x payah ler nak cakap...
kekadang tu pelik sangat, kita yg tengok ni ase segan, dowang yg pakai tu rasa aper ek..atau kalau dowang tgk org lain pakai cam dowang tu..apakah dowang akan kata "wow, cantiknya"..huhuhuhu..
pelik2...

Hanis MY said...

Wahh best la post akak yg ni, ada lawak dan juga pengajaran, 2 in 1 gitu hebatlah i likee.. org sekarang tak faham betul cara depa berpakaian especially yag pakai tetat dn jarang tapi pakai tudung cemana tuuu??? pengsan!

Anamarza said...

Sekarang ni usah kan kat bandar2 besar, yg kat felda dan kampung pun dah mula nak tunjuk body, pakai baju ketat nampak lurah, tak de rasa malu langsung!!!!

harap dijauhkan la dari anak2 kita perangai cam tu kan-amin!!!

azzey said...

amirah: klu itu alasannya...makin ramai le yg jd penjenayah dan jd mangsa penjenayah...:(

wahida said...

lain kali amek gambar ye, supaya semua blogger cuci mata..mana aci u sorang je tgk...kehkeh

arep_lockermonth said...

hai. sy arep. follower baru blog nih.follow me back k lau sudi!

Lady of Leisure said...

hehe kene pakai pakaian yang lebih sesuai kan..

amirah said...

ayu : amie pun takdela alim sgt, tp risaunya hati nengok...

fiza : takut untuk anak2 di masa depan jugak..ermmm

KOG : kalau rogol dia sorang lain citer, ni orang lain pulak terbabit, silap2 melahirkan perogol bersiri..ishh

eily : taktaula nak kata.Taktaula baju ke apa yg dorang pakai ni.Risau hati nengok

hanis : fesyen menjadikan orang kita macam tu la. kalau tak up to date org kata ketinggalan..ishkkk

kak ana : tu la pasal. Tp kat melaka ni kdg2 orang dr luar. mat salleh pun adala jugak sket2..

amirah said...

azzey : itula yg merisaukan saya kalau ada anak perempuan nanti..dalam rumah pun bahaya, inikan pulak kat luar.

hai arep. will follow back..

lady : pakai kena pada tempat..kalau pakai seksi sgt kat tepi jalan yg busy, mesti ada accident nnt...