Aktiviti minggu lepas. Okeh ini adalah sangat awkward sebab teringin sangat-sangat nak pergi Jom Heboh tv3 kali ni. Kaedahnya macam mengidam la sebab sebelum-sebelum ni memang tak pernah teringin dan tak pernah pergi pun.
Katanya nak exercise berjalan banyak-banyak supaya dimudahkan bersalin kan. Pergi masa last day hari Ahad. Sebelum tu hari Sabtu dah nak pergi tapi sebab jalan sangat lah jem, terus tak jadi singgah Jom Heboh.
Muka budak hepi sebab dapat jalan-jalan. |
Medan selera dalam Melaka International Trade Centre (MITC). Okey juga ada food court ni sebab takdela panas. |
Sikit punya ramai orang. Heran apa yang orang lain cari kat sini. Heh, agaknya orang lain tu pun pandang slek kat aku. "Apala mak buyong jalan cenggini ni buat kat sini?" |
Orang tak berputus asa walaupun cuaca sangatlah terik. Rupanya nak hujan lebat petang tu. Incik Husben kata " Takpe, latihan sebelum pergi Mekah nanti" heh... |
Babah nak tangkap gambar style cenggitu, dia pun sama. |
Ahmad suka sangat "nano".. (read : ambulans, kereta bomba, kereta dan motor polis). Lama-lama akan jadi "nano nano nano". Pengaruh lagu Awan Nano barangkali. Mama tumpang sekaki. Bulat kannnn?? |
Agaknya apa la yang diterajang dek sup ni? |
Nota kaki :
1. Kebanyakan orang datang Jom Heboh ni nak jalan-jalan je dan nak tengok artis kut. (kut??) sebab tak ramai yang pegang beg/plastik pun. (Termasuk kitorang).
2. Susah nak jadi artis rupanya. Tengah panas kena senyum depan orang ramai. Tak senyum orang kata sombong. Baju ketiak habis basah. Make up cair. Uii..tabah. huhu
3. Tak sesuai la untuk baby kecik sangat. Ada yang bawak baby kecik sangat. Macam newborn baby je. Kut ye pun sian la baby tu kat terik-terik panas.
4. Banyak juga kedai ye di Jom Heboh ni. Yang cari rezeki lebih pun ramai. Terutamanya yang jual payung..huhu..
5. Taktau la next time nak pergi lagi ke tidak..