Friday, February 24, 2012

Restoran Dima, Bukit Beruang, Melaka

Malam semalam kami makan di Restoran Dima ni. Saje je nak tukar selera. Sian kat anak tekak asyik makan benda yang sama.


Sekarang ni memang dah jarang-jarang masak. Tambah-tambah lagi dengan perut dah sangat PJK ni. Weekend je masak sebab ada masa. Macamana nak masak malam kalau sampai rumah pun dah pukul 9. Nak makan pukul berapa pulak kalau nak menunggu siap masak. Lainla kalo masterchef. Setengah jam siap deko2 sekali..heh





Yang ni Maghot Meat (Lamb). Saiz M. Ada 3 saiz, S, M dan L. Yang untuk saiz M ni harganya RM28.00 untuk 2-3 orang. Sedap daging kambing nya.  




Kalau takde sambal tomato ni memang tak kick la sebab rasa muak makan mbekkk... 


Yang dah biasa makan makanan Arab mesti dah expert dah nama-nama jenis makanan Arab ni. Tapi silala jangan bayangkan macam restoran-restoran Arab kat KL ye. Tapi di Melaka restoran Arab ni paling top kut sebab ada juga ternampak Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Khalil Yaakob makan di sini.


Yang bestnya kat restoran ni minumannya. Memang best especially air buah. Semalam kami minum air Papaya + Milk Juice, Orange Juice dengan Sirap.  



Alamat :

Restoran Dima
Lot 1846, No 2
Jalan Bukit Beruang Utama
75450 Melaka
Tel : 06-232 3515



19 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

nampak sedap tu.. kabsyah lamb ker tu ? seriyes terliur..

lydzar said...

saiz M, beli sepinggan je dh boleh share 3 orang ni makan kan..saya pon suka nasik arab :)

Cho Zila said...

makanan arab bukanlah kegemaran sesangat tapi pergi gak sekali2... kat KLni restoran arab harga boleh tahan gak...

Totie@Tomy said...

makanan arab yang pernah saya makan nasi daging..sedap..

fiza said...

Sekali sekala layan nasi arab sedao gak kan. Pastu harga pon bley tahan gak mahalnya.

Kakzakie said...

Kakak tengok hero Amie tu bukan main... makan juga ke dia nasi arab tu. Kalau akak memang lebih suka kambing dari daging lembu...

tasekM said...

aku hari2 lalu tak pernah singgah.

Pok Amai-Amai said...

Awak duduk Melaka ke? Sy dah lama teringi nnak mkn makanan Arab. Tapi tak berkesempatan lagi. Hiks~

Anamarza said...

nampak menarik...kat sini tak jumpa la restoran mknn arab dan yg sebetulnya tak pernah ambil tahu dan tak pernah mencari, tekak melayu la katakan :)

Qhaifa Nur said...

nanti memang nak terjah kedai pak arab ni...belum pernah rasa makan makanan arab tau...belum teringin lagi.huk3..

Kazman & Sue said...

ingatkan baju je ada size.... makan pun ada saiz jugak yeee... haaa3x

ayu said...

mmmmmmmm..sedapnya!!!!!!!!

wahida said...

oh...kami laki bini pun suka makanan arab....suka sgt2...

Sharinginfoz said...

bila le nak pi melaka, teringin gak nak jalan2 bawa anak2

MOMMY AYUN said...

uishh, tengok gamba terus perut kite ni lapa .. sangat menyelerakan la.. :)

Dieyna said...

Minggu depan Dieyna nak bercuti ke Melaka, dah tempah homestay kat air keroh.. Boleh suggestkan medan ikan bakar yang paling best tak>?? hehe

a.samad jaafar said...

Uihhh... siap bagi alamat tuh hihihi..dpt komisen ke?

lyza said...

Sangat menarik..kambing..kesukaan saya..:)

Salam perkenalan dari saya..singgah n follow..;)

Tihara said...

sedap nye..kalo akk mmg ske mcm ni :)