Monday, February 13, 2012

Serba salah..


Malam Sabtu haritu Mak telefon. Terkejut tengok nombor telefon rumah kat kampung. Berderau darah. Bila sambut je dengar bunyi orang menangis. Lagila kecik besor dah rasa hati. Dengar je suara mak panggil nama, lega dah sikit rasanya. 


Mak kata dia teringat kat kitorang sekeluarga. Dia kata dia asyik menangis je bila teringat kami. Agaknya dia dah terasa lama sangat kami ni tak balik kampung. Last balik pun masa Raya Haji kan. Cakap dengan Mak, tak larat lagi dah nak balik kampung. Terasa jauh sangat. Last balik kampung haritu, pukul 12 tengahari bertolak dari Melaka, pukul 11 malam baru sampai kampung.  


Bukan taknak balik kampung. Kami memang akan peruntukkan masa untuk balik kampung tiap-tiap bulan. Masa Mak kat KL, tiap-tiap minggu atau bila ada cuti je kami akan jenguk Mak. Tapi sekarang ni dah dekat sangat nak bersalin. Jalan pun kadang-kadang kena pimpin. Macamana nak travel jauh-jauh?


Tulang/urat kat pelvis sangat sakit. Tak pasti disebabkan sciatic nerve pain (sakit urat antara pinggul dan pinggang) atau tulang ke. Maklumlah pernah jatuh motor terduduk  dan patah kaki kanan. Sakitnya taktau macamana nak explain. Rasa macam tulang punggung terkehel pun ada. Terutamanya lepas bangun dari berbaring atau duduk. Kat ofis pun sama. Siap kena pegang dinding lagi.


Sebab doktor takde penyelesaian yang terbaik selain daripada telan panadol atau paracetamol dan tak digalakkan berurut atau tampal koyok, maka haruslah penderitaan tu dilalui dengan senyuman kannn..


Rasanya dia sunyi sangat tu walaupun ada anak yang lain yang balik kampung...aishhh..serba salah rasanya...


31 comments:

fiza said...

Mak dlm kerinduan. Lama gak tu tak balik. Soh lah mak dtg melaka ☺☺

amirah said...

susah la beb, sape lak nak jaga dia nanti bila keje..kalau kat kampung ada abang tolong jaga..kan dia takleh jalan dah..kena guna wheelchair

Anamarza said...

susah bila duk berjauhan kan amie, tak pa la rajin2 call harap2 terubat jugak rindu mak amie kat amie

Pok Amai-Amai said...

Kmpg awak kat ne? Ala, susah2...suh je mak dtg kl. Huhuhu! Ilang sket rindu.

amirah said...

kak ana : tu la, memang kena rajin call..tp selalunya call tak berjawab..especially time mak duk sorang2..dia takleh nak angkat call.....

amirah said...

fara : takde la jauh mana pun..tp aduhai dengan keadaan gini..huhu..tu la, kalo dia sihat nak lama dah suh dtg KL

Kazman & Sue said...

hati seorang ibu ....... kita kena pandai menguruskannya...

a.samad jaafar said...

kirim gambo perut je.. tak boleh ke gitu? hihihi..

Sharinginfoz said...

kena balik le tu, teringat sangat tu

ayu said...

alahai..siannya mak ami..mesti serba salah skrg ni kan

Mr.Clive said...

menghayat hati betol post ni...terima kasih kerana berkongsi... :'(

sahromnasrudin said...

terharu sy baca entri ini..semoga mak awak senantiasa mendapat rahmat Allah SWT

Tihara said...

laa kesiannya, mmg serba salah..kesian kat parents..diri seniri pn tak terdaya..Insya Allah semuanya akan berjalan dgn lancar nt..take care mira :)

Cho Zila said...

ala kesiannyer pulak kyer,,, nak buat camner kan.. kalau larat dah tentu kita balik gakkan... takper mungkin dia paham cuma dia rindujer...

LYAfrina said...

ye la... sbg anak msti kt cuba y tbaik utk hiburkan org tua kita kan.. tp apa daya dgn keadaan sekarang kan.. xpela..nnti cubalah ajak mak duk kat rmh beberapa hari..utk dia lpskn rindu..

amirah said...

kazman & sue : tula, memang nak jaga hati dia sgt2..ada anak yg lain ramai lagi tp nak kita jugak balik kg..camne tu

amirah said...

yob mad : kalo kirim gambo perut je karang mak salah paham pulok sebab betui ke idok gambo perut anok die..hehe

amirah said...

bro nik : doktor dah tak bagi nak travel jauh dah sbb ada je sakit sini sana..takut terbersalin on the way je

amirah said...

ayu : tu ler masalahnya...ada anak2 yg lain je tp dia dah rindu kat kitorng la tu kut..

amirah said...

Mr Clive : mak saya dah tak sihat..dah tak boleh jalan lagi..jadi beremosi je..asik menangis.. : (

amirah said...

bro sahrom : terima kasihla doakan mak saya...

amirah said...

tihara : thanks tihara..

amirah said...

cho zila : tu la..skrng ni sket je lagi nak bersalin..lepas ni dlm pantang bolehla balik kampung skjp

amirah said...

LYAfrina : susahnya hati saya ni sebab takde orang boleh bawak mak ke rumah sndr..kena angkut segala mcm wheelchair dan tongkat dan kena pastikan ada org kat rumah..bahaya tinggal sorang2..

Hanis MY said...

huhu sedih plak baca, takpelah kak takleh balik pun calling2 la selalu... hilang sikit rindu tapi mesti tak terubat selagi tak jumpa kan...

wahida said...

alahai sian ko ngan mak ko...kalau aku pun serba salah dah tu..tu lah..nak suh dia dtg jenguk ko, mak ko pun tak sihat sgt kan...

sudahnya mmg kena mak ko sabar sikit sampai ko dah bersalin nnt...

keep koling org tua tu tau!!

Kakzakie said...

Amie... kakak cadangkan walau tak balik selalulah call mak... dapat dengar suara pun dia ok lagi pun dia tahu Amie sedang sarat sekarang nie...

Mak rindu macam Amie kalau jauh dgn Bujang kecik tu bayangkan...

Amy Syaquena said...

terharu baca post nie moga bonda sis sentiasa mendapat rahmat dari allah swt.

ct rahani said...

sabar la sis.. kerapkan telefon mak.. mungkin sedikit sebanyak terubat rindunya..

kayna said...

kat mana kampung? naik flight tak leyh ke?

anisalya said...

rindu la tu lama tak jumpa. perasaan mak ni lain sikit.