Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs. Singapura malam ini..

Shirt badge/Association crest

Dekat wall kawan-kawan saya di Facebook, penuh dengan status pasal perlawanan yang akan berlangsung malam ni.
Siap kat wall memasing dah tampal badge Harimau Malaya.. 
Dengan lirik lagu pom pom lagi.. 
Ada yang siap beli jersi Malaysia jugak.


Menunjukkan betapa tingginya harapan peminat bolasepak negara untuk melihat pasukan negara dalam barisan  Piala Dunia FIFA 2014.
Pusingan kelayakan kedua selepas Singapura menewaskan Malaysia dengan 5 berbalas 3 gol minggu lepas dalam pusingan pertama.


Punyala semangat berkobar-kobar masing-masing sampai diriku yang kerdil ini terasa nak ikut pergi stadium sekali.
Tapi susah pulak kalau nak seludup Ahmad maklumlah insan-insan bawah umur ni.
Tapi jugak mana boleh tinggal Ahmad.
Kalau tinggal macamana nak latih beliau biasakan diri dengan stadium, tempat beliau nak kerja besar nanti..ngeee
Teringat kali terakhir tengok bola live masa Sukan Komanwel Kuala Lumpur.
Masa Malaysia score rasa macam nak menangis. Over kan?  : P


Doa sangat-sangat semoga Malaysia menang bergaya malam ni.
Tolonglah menang malam ni harimau-harimau sekalian.
Anda semualah harapan kami..


Mengaumlah sekuat hati Harimau Malaya...!!!

Pen Digital Quran saya..

Ini pen digital Al-Quran saya. Incik Husband saya hadiahkan saya 2 hari lepas. Incik Husband beli dari seorang ustaz di sekolah dia. Memahami betulla suami saya ni. Rasa macam nak masuk pertandingan 'Mari Menari' dekat Astro pulak ~ hah..mintak pelempang satu..


Punyala teringin dari dulu. Sekarang baru dapat. Alhamdulillah. Harap lepas ni terus-terusan dipermudahkan dan didekatkan hati ini dengan Al-Quran. Hantaran siap bagi al-Quran, tapi bacanya liat..eh, eh, sape tu? panas..panas.. hehe..Lepas ni, insyaAllah..


Istimewanya pen ini ianya adalah pen elektronik yang apabila disentuh di mana-mana surah yang terdapat di dalam al-Quran atau buku panduan yang disediakan dalam set tu, pen itu boleh membacanya. Jangan letak kat telinga pulak ye. Bukan apa, bentuk pen ni pun sama macam termometer digital Ahmad. Karang tersilap pulak.


Setnya. Ada Al-Quran 30 juzuk, pen digital, buku panduan, indeks surah, earphone, charger, kabel, pastu ada tali sangkut kat leher rasanya -- eh, bukan untuk jerut leher.



Camtula caranya.


Ini al-Quran dan pennya. Suami kita kata jangan kena panas sebab dia macam guna infra red


Tekan-tekan je. Boleh Translate. Boleh kecik besarkan volume. Boleh pasang MP3. Boleh baca buku.





Yang ni indeks surah. Kalau nak bawak Quran agak berat, bawak yang indeks ni je dengan pen. Pen pun boleh baca indeks ni. Misalnya Surah Maryam tu, letak je muncung pen kat situ. Tapi kalau macam ni, bacaan penuh surah jela. Kalau Quran lengkap 30 juzuk tu boleh pilih ayat mana yang kita nak baca.

Comelnyaaa..jari sape tu? Jejari runcing..heh
Info lain:

1. Mengandungi set al-Quran lengkap 30 juzuk, buku doa harian, Muqaddam dan Panduan Solat. Doa mudah-mudah, doa harian yang kadang-kadang kita tak hafal pun ada.

2. Letak je kat mana-mana surah atau doa pilihan, pen sure boleh baca. Jadi jangan la letak kat tempat-tempat yang tak berkenaan ek.

3. Boleh pilih bacaan qari. Ada bacaan qari Sheikh Saad Al-Ghamidy, Abdul Rahman As Sudais. Ada qari yang baca cepat, susah sikit kita nak ikut bacaan, jadi boleh tukar.

4. Boleh tukar bahasa terjemahan bahasa Melayu dengan Inggeris. Terjemahan dia jelas dan suara agak macho ~ ngee.

5. Ada MP3 untuk nasyid jugak.

6. Boleh baca Muqaddam, doa harian, tahlil, panduan solat yang disediakan.

7. Ada earphone. Boleh pasang kat telinga sambil kita ikut bacaan. Feel-feel macam kat Mekah.

Jangan risau sebab ini pen digital Quran  yang ada kebenaran Bahagian Kawalan Penerbitan al-Quran, Kementerian Dalam Negeri dan dah beberapa kali dibuat pembetulan. InsyaAllah harapnya semuanya ok.


Macamana pun, walaupun hanya Al-Quran elektronik, jangan la diabaikan adab-adab ketika membaca Al-Quran. Boleh baca SINI, SINI, SINI dan banyak lagi untuk adab-adab membaca Quran.

p/s : Program "Adik & Al Quran" di TV9 tu dihentikan siaran sebab hosnya, Ustaz Haji Zamri Haji Mohd Zainuldin menyertai perhimpunan BERSIH 9 Julai lepas ye. Harap cuma 'direhatkan' bukan diberhentikan terus sebab program tu menarik gila...


Wednesday, July 27, 2011

Saya terasa sangat palsu bila...

...beli barang basah kat pasar ke supermarket ke mahupun kat minimart depan taman....


Sebelum kahwin, mana ada nafsu serakah nak beli barang-barang basah gini kan.
Ala, belajar tinggi-tinggi kan, boleh ambik orang gaji nanti ~ berlagak/verangan nak mamp..hahaha..
Tapi sebelum kahwin ada juga la terjebak dalam aktiviti isteri-isteri solehah ni.
Baru nak kenal daun ketumbar dengan  daun sup..heh


Bila dah kahwin, ada suami dengan anak barulah keinsafan tu terbit.
Di mana jelas Melaka dan Perak adalah dua negeri yang mempunyai buku resepi yang berbeza. heh
Tapi nampaknya macam sinar keinsafan tu datang lambat sangat..


Bukan apa, saya terasa diri saya sangat 'pelesu' bila..
bersama-sama orang lain 'buat-buat' macam berebut udang saiz L ke XL ke XXL ke..
'buat-buat' muka konfiden masa pilih-pilih bawang...
'buat-buat' macam muka terer bila pilih ikan..
'buat-buat' macam muka riak masa pilih kobis, terung..


'Pelesu' sungguh rasanya sebab sampai sekarang saya tak faham motif konsep 'berebut' pilih memilih tu..
Kadang-kadang saya jeling-jeling orang sebelah, apa yang dia ambik, saya ambik..heh
Sebab bagi saya nampak sama je.
Pastu macam kadang-kadang penat berdiri pilih-pilih lama-lama sebab nampak samaaaa je..
Eh, ye ke?
Ada la juga menuntut ilmu dari mak dan kakak saya, tapi ilmu nampaknya masih belum penuh di dada..
Ke saja buat-buat derhaka? heh


Ada sekali tu kat Te**co, siap ada seorang apek tu kata pada saya disebelah, 'banyak yang tak elok la bawang besar ni...'
Dia tak ambik satu pun padehal plastik saya dah penuh dah..
Tengok..tengok..tu apek tu..!!
Apa kejadahnya aku ambik bawang tak elok sepelastik..Sentap okeh.haha


Tapi sah ini bukan kecacatan genetik!! hehe..


Jom buat aktiviti berfaedah sambung ayat jom...


Saya terasa sangat 'pelesu' bila...


Tuesday, July 26, 2011

Jiran Kami.

Karangan saya hari ini bertajuk "Jiran Kami"

Kami mempunyai ramai jiran memandangkan kami tinggal di sebuah rumah teres di sebuah taman perumahan.
Tidak disangka-sangka, rupanya kami mempunyai jiran yang baik hati.
Jiran tersebut adalah jiran yang tinggal di hadapan rumah kami.
Beliau sangat baik hati kerana telah menghadiahkan (??) kami seplastik buah rambutan pada hari Ahad yang lepas.
Beliau sangat baik hati walaupun kami tidak mengenali beliau selama ini.


Kami juga suka pada jiran sebelah kanan rumah kami.
Ini kerana beliau (auntie) juga baik hati kerana pernah menghadiahkan (??) sejambak (??) buah rambutan juga pada suatu masa dahulu.
Auntie sangat-sangat peramah dan kami selalu bergosip ketika auntie sempat menangkap saya sedang menyidai baju di luar.
Kadangkala saya terpaksa menipu auntie dengan mengatakan dapur saya hampir rentung untuk menghentikan perbualan dengan auntie.
Ini kerana auntie sangat peramah orangnya. 


Kami tidak berapa suka pada jiran sebelah kiri rumah kami kerana keluarga ini sangat misteri.
Malahan, kami tidak sempat berkenalan senyum mahupun bersalam dengan mereka sekeluarga.
Rumah mereka dipenuhi pokok-pokok bunga dan tidak berbunga dan selalu sahaja gelap gelita.
Semasa Ahmad masih berada dalam perut saya (??), kami tidak dapat tidur lena kerana keluarga ini sangat misteri nusantara kerana mereka suka bertukang di waktu malam atau menjelang pagi.
Mereka juga suka bersembang kuat pada pukul 12 tengah malam dan ke atas serta menumbuk sambal tengah-tengah malam buta.
Pada suatu malam, dinding bilik tidur kami seperti dikorek-korek dengan cangkul bunyinya.
Suami saya sangat risau lalu telah memanggil (?? *macam lambai-lambai pulak*) polis untuk memeriksa rumah mereka.
Mujur polis tersebut tidak menyerbu masuk rumah mereka.
Jika tidak, besar kemungkinan, kami terpaksa berpindah pada malam itu juga.. : P


Kami tidak sempat hendak bermesra-mesra-an dengan jiran tetangga memandangkan kami keluar rumah sebelum pukul 7 pagi dan balik selepas 8 malam.
Jadi kami tidak pasti kalau-kalau mereka pun agak menyampah dengan kami.
Kami pura-pura sibuk macam Perdana Menteri Uganda walaupun kami tidak kaya.
Kami hanya kerja makan gaji sahaja.
Eh, saya telah melalut dan telah terkeluar dari tajuk karangan. 
Risau pula markah ditolak oleh pemeriksa. 


Tapi saya dapat merasakan jiran saya yang saya sebutkan di perenggan pertama di atas akan turut membuat sebuah karangan bertajuk "Jiran Saya Yang Tidak Baik Hati".
Ini kerana ketika beliau memberi salam, suami saya telah menggeleng-gelengkan kepala kepada beliau membawa maksud...
"Kak, tak nak beli kak..takpe takpe..terima kasih banyak"



p/s : rindu nak buat karangan Bahasa Melayu macam SPM dulu.


Friday, July 22, 2011

Episod Gegata Ahmad dan Chelsea...

Bila pagi ini boss call saya minta kerja, Amirah, hotel management agreement yang simple tu dah siap ke?.....gulp, baru saya terperasan hari ini adalah hari Jumaat.
Dan yes, saya telah berjaya memeram kerja tersebut selama seminggu akhirnya..!!
Usaha murni yang bagus nampaknya.
Kemungkinan kena buang kerja adalah sangat tinggi. heh..
Tak kisah la. Janji dalam hati ada Taman Rashidah Utama maklumlah esok cuti.. : P



Semalam saya dan teman tapi mesra saya menghabiskan 'masa berkualiti' bersama di depan tv.
Menghadap Astro Arena saluran 801 berdua bersama si kecik yang dah terlelap awal.
Agaknya Ahmad tak berapa nak dapat terima kenyataan nak tengok gaya mak apak dia nanti kalau pasukan Harimau Malaya Malaysia menang..heh..Jadi mungkin beliau rasa lebih berfaedah kalau beliau tidur awal malam tadi.



Sambil-sambil tengok Torres dan Drogba menendang bola, saya toleh pada Ahmad yang tidur sambil menggaru.
Garu muka, garu tangan, garu kaki.
Bila dibelek-belek, rupanya muka, tangan Ahmad penuh dengan gegata.
*owh.,..perkataan gegata ni sumpah saya baru google sekejap tadi sebelum mengarang entri ini, bukan apa, takut sesat lagi menyesatkan pula*
Tapi orang kita selalu panggil tahi ulat kan?



'Gegata' cute aje bunyinya kan? Macam bunyi "gatal-gatal" dalam bahasa Kelantan.
'Tahi ulat' pula boleh membuatkan orang salah anggapan sehingga mengundang soalan-soalan begini : "Ulat apa, mama?" "Kat mana ada ulat?" "Ulat macam hama ke?".
Yang menyebabkan saya gelabah dan memberikan jawapan begini : "Kena tahi ulat la babah kalau kita jalan bawah pokok"..
Membawa maksud ulat sedang buang air besar *sopannya ayat..hihi* di atas pokok terkena kita yang kebetulan lalu di bawah pokok. hihihi..
Eh, macamana rupa tahi ulat ek? Ulat bulu punya tahi warna apa? hik hik hik...



Mujur juga tiada adegan tilam diletak di luar rumah dan satu keluarga tidur di atas tikar.
Ish ish ish..kejam tu.



Saya juga ada alergi pada habuk dan masa kecik selalu jugak kena gegata.
Kalau belum pernah kena gegata, masih belum lulus jadi kampung girl.
Jadi saya ingat lagi kalau kena gegata/tahi ulat, mak saya sapu badan saya dengan bedak sejuk tambah garam.
Lumur-lumur. Takyah pergi spa.

petua lain. Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan ditempat terkena gegata dan tempat-tempat yang gatal.

Dan akhirnya Ahmad tidur lena sampai ke pagi. Syukur.


Tapiii...owh, daku kechiwa. Torres ku mengapa dikau main sebegitu rupa? Adakah disebabkan ketidakhadiran ku disisi mu membuatkan dikau gundah gulana sehingga tidak dapat fokus di atas padang? Hahaha...memang entri nak mintak kena maki ni..



Jom semua..kita buat kerja!! Seriously, mengikut waktu tempatan saya masih ada 7 jam (termasuk waktu untuk makan sambil bergosip) waktu bekerja! fuhhh...



Salam hari Jumaat. Jom ceria-ceria. Rendahkan diri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, maafkan kesilapan orang lain dan minta maaf atas kesilapan kita... : P



Wednesday, July 20, 2011

Tak Sihat

Dah berapa lama saya rasa badan tak sihat ni. Pening, demam pendek kata tak sedap badan betul. Mujur batuk dah ucap selamat tinggal. Syukur.
Tapi saya tabah dan nampak macam taf je setakat ni.
Kalaula ini penghapus dosa, saya redha.
Nangis sikit-sikit je. he



Balik keje, sampai je rumah, terdampar terus.
Bukan lagi macam, lebih-lebih lagi daripada ikan paus yang terdampar-dampar kat tepi-tepi pantai macam dalam  National Geographic channel tu..



Ahmad pun tak sihat juga. Nampak makin kurus je hero saya ni.
Biasa la kami kan sehati sejiwa. Mama tak sihat mestila together geder pun Ahmad tak sihat juga.
Minum susu sikit sangat. Minum air kalerful (read as : Sunquick, Ribena, Milo, Vitagen dll) pun sikit je.
Makan pun ciput. Bila suap makanan siap tutup mulut rapat-rapat.
Macam la mama nak sabotaj beliau sangat. heh
Tapi cergas semacam. Main bola macam Torres je. eh..eh..eh



Tapi saya syukur pada Allah. Si dia jarang sekali sakit atau tak sihat.
Kalau sakit pun sekejap je.
Tak pasti pulak kalau si dia buat-buat macam sihat walaupun sakit demi menjaga kami.



Jodoh ketentuan Allah nampaknya sangat sempurna.
Kami saling melengkapi seperti sebuah puzzle yang indah.. cewahh.
Kalau salah seorang takde, maka tak lengkapla puzzle tersebut walaupun puzzle tersebut ada nombor-nombor dibelakangnya..
Betul, si dia memberikan saya kekuatan, walau merajuk, saya masih bertahan. Takde lari rumah pun. Atau mungkin tak tau nak tumpang rumah siapa kalau lari. heh..



Tapi hari jadi Incik Husband 16 haribulan yang lepas saya tak bagi apa-apa pun.
Setakat wish je. Tu pun macam lupa eh, ye ke ada wish? huhu..
Si dia kata ala, abang dah tua la, takyah la kad-kad hadiah-hadiah ni.
Sebab kami sentiasa bersama (macam sweet takkk??!!), jadi saya tak sempat nak curi-curi masa membeli hadiah mahupun kad.
Kalau beli sama-sama tak surprise.


Wahai sahabatku sekalian, adakah itu satu sindiran..??!! Apsal saya macam rasa tak bersalah je ni?? huhuhu...



Monday, July 18, 2011

Ahmad dan bas..

Ahmad dan bas. Umpama isi dengan kuku.
Asal lalu je bas ke lori ke mesti si kecik ni menjerit sekuat hati kat telinga mama "Basssss...!!". 


Siap tunjuk dengan jari telunjuk lagi. Kalau ada 100 bijik bas. Maka 100 kali la terjerit-jerit.


Sila imejin kalau sepanjang 6 jam balik kampung Kuala Kangsar berapa bijik bas + lori yang telah disalah anggap sebagai bas telah dijeritkan...


Dah puas dah ekspelin (read : explain) bas tak sama dengan lori.

Ahmad, bas bawak orang. Bas bawak mama. Bas bawak babah, opah, pakcik mak andak mak ucu pak itam. Bas bawak auntie yang kerja kat kilang. Bas bawak abang dengan kakak pergi school.

Lori bukan bas. Lori bawak car. Lori bawak barang. Lori bawak rice. Lori bawak banyak ball.

Explain benda-benda yang dia dah reti nak cam tapi tetapla jugak lori tu difitnahkan sebagai bas. Kekadang van pun dia tuduh jadik bas.


Tolong..tolong..camne nak explain kat budak kecik sorang ni...krisis identiti ibu remaja beranak satu..hihi


Ahmad, sumpah mama tak tipu awak. Betul. Lori bukan bas. Bas bukan lori.

Grrrr...


p/s : Teringat masa zaman sekolah menengah dulu kitorang selalu gelak-gelak. "Macamana kalau anak kita tanya, Mak, DAN, ATAU, MEMANDANGKAN, WALAU BAGAIMANAPUN tu apa?"

Tips Tambahan Sewakan Rumah..


Berhati-hati semasa nak menyewakan rumah kita pada warganegara asing.
Tips tambahan - Perlu pastikan penyewa warga asing yang nak menyewa rumah kita ada permit masuk yang sah atau paspot yang masih sah.
Juga dan tidak berada di Malaysia lebih daripada tempoh yang dibenarkan.


Sebab ada yang minta nasihat lepas saudaranya kena penjara sebab sewakan rumah pada warga asing.
Semasa rumah tu disewakan, permit penyewa masih sah tapi tamat tempoh dalam masa tempoh penyewaan.


Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen

Dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta.
Hukuman:
Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000. Sekiranya lebih daripada 5 orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.

Seksyen 55E Akta Imigresen
Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.

Hukuman:
Denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Selamat hari Isnin semua. Rajin-rajinkan diri di hari Isnin demi mencari rezeki yang halal...  : P

Thursday, July 14, 2011

Obsesi Nombor...


Minggu lepas pasangan Beckham yang sensasi dikurniakan seorang bayi perempuan yang dinamakan Harper Seven Beckham. Dilahirkan pada 10 Julai jam 7.55 pagi waktu  Amerika Syarikat, dengan berat 71lb 10oz. Lebih kurang 3.6 kilogram. Mak oi..semangat!!


Kagum juga dengan determination Victoria Beckham ni. Sila imejin ye kesakitan selepas caesarean section yang ke 4.  Adoi nya punnn..!! Selalunya doktor akan menasihatkan 3 caesarean section delivery adalah had maksimum walaupun rekod dunia paling banyak 11 kelahiran caesarean section. Ok, tetiba rasa nak menangis mengenang nasib diri sendiri pulak..hehe..


New mum ... pregnant Victoria Beckham in June


Okeh. Nak cerita pasal nama anak perempuan Beckham ni. "Harper" - nama Inggeris klasik dikatakan dipilih oleh Victoria dan "Seven" dikatakan dipilih sebab diri mereka dekat dengan nombor 7. Harper pun dilahirkan jam 7 pagi, dalam bulan 7 dengan berat 71lb 10oz. Jadik eloklah dinamakan Seven. Macam tak sesuai pula kalau letak "Nine"...


Tapi "Seven" pula menggambarkan personaliti yang cenderung dengan seni. Terutamanya seni muzik kut. Ala, macam Sheila on 7. 7 kan bermaksud tujuh nota muzik. 


Growing brood: Victoria and David are already parents to sons Brooklyn, Romeo and Cruz


Dulu, masa Beckham main untuk kelab Manchester United dan pasukan England, glamour betul "Beckham 7". Kawan-kawan saya yang mengigau-ngigau tak tentu hala pasal Beckham ni pun ramai. Sikit-sikit nombor 7, sikit-sikit nombor 7.


Tu belum yang tahap meroyan lagi. Saya ingat lagi ada seorang roommate masa kat matrik UIA, P.J dulu namanya D.B = David Beckham.... Hai DB, ingat kita lagi tak??*sambil lambai-lambai tangan secara eksaited dengan muka tersengih-sengih mintak pang sedas* Kita lupala, kita ada pinjam sabun awak dulu. Lupa nak ganti...kira halal la ek..hehe..ok melalut..Jersi MU DB berlambak. Poster Beckham apatah lagi. Tahan mata dengan iman jela. Saya takdela tak suka David Beckham, tapi saya rasa waktu tu Eric Cantona sangatlah cool dengan gaya maki hamun dia..haha..pang sedass!! 


Tapi bila sekarang Beckham main untuk LA Galaxy, Beckham pakai jersi 23. Jadi mungkin ada betul juga rumours obsesi pasangan Beckham ini terhadap nombor 7. Memang dah bajet anak last ni nak letak nama "Seven".

Dan dah ada pakar analisis nama yang bagitau lebih elok kalau nama anak Beckham ni ditukar. Sebab katanya nama Harper macam nama sebuah planet baru yang dinamakan dengan nama angkasawan yang mula-mula discover planet tersebut. Adoi tragis sungguh ramalan ni. Huruf "H" pulak menggambarkan stress dan nama ni dikatakan sarcastic nanti untuk si Harper ni. Lahai, biarlah nak letak nama apa pun. Macam Gwyneth Paltrow, anak dia selamba je dia letak nama Apple sebab dia rasa anak dia manis macam buah epal..heh 

Sebenarnya bercerita pasal nombor ni saya teringat peristiwa 2 minggu lepas. Budak-budak ofis ni hah ada tournament futsal. Punyala masing-masing excited berebut nak chop nombor jersi. Kecoh betul budak-budak ni.heh..Pastu ada seorang ni tanya kat saya... 

"Kak, ko tau tak apa maksud nombor 69? Aku nak jersi nombor 69 tapi dorang gelak-gelak kat aku kak. Nape dorang kata lucah? Apsal aku taktau kak?" --- Ini dialog sebenar. Bukan rekaan semata-mata. Ini serius macam Wonderpets.

"Takpela kalau ko taktau pun...bukan Datuk bagi bonus lebih pun kalau ko tau" ... : P


Budak lawyer seorang ni saya taktau la dia ni memang innocent ke apa sebab Tiger Show pun dia taktau apa dia. Padehal kat belakang ofis kat Melaka Raya ni berlambak jerrr...opsss...

moral : sila banyakkan aktiviti pembacaan anda...haha

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Ahmad Tetap Hero di Hati Mama...

Dah terasa lama pulak tak bercerita pasal anak bujang hero seorang ni. Eh, tapi macam baru je.heh..Cerita pasal tangan Ahmad : Tangan Saya Sakit Bahagian 1 dan Tangan Saya Sakit Bahagian 2. Dah namanya mak-mak mestilah cerita pasal anak kan? Kalau pasal percintaan hindustan mak bapak dia, karang ada yang fengsan muntah-muntah pulak..hehe

 
Tangan Ahmad dah semakin ok. Tulang yang membengkak tu pun macam dah kurang bengkaknya. Tapi masih nampak kebengkokannya. Terima kasih untuk yang mendoakan anak bujang trang tang tang saya ni yang nampaknya makin hero. Mestilah hero kalau gaya protes adalah gaya Ong Bak : hentak-hentak kaki dan tumbuk-tumbuk dinding??!! grrrrr...

 

Setakat kehidupan saya ini, momen terindah dalam hidup adalah melahirkan Ahmad Raif Idlan. 25 Disember 2009, subuh Jumaat. Saya ingat sangat hari tu sebab sepatutnya cuti free hari sambutan Krismas.  First time tengok Ahmad, magisnya..ajaibnya ciptaan Allah...subhanallah, Allah Maha Besar. Dalam operation theatre saya menangis macam budak kecik  hilang mak kat shopping complex. heh




Dalam pantang, saya emosi. Mana taknya, bila ada je orang datang melawat ...."Tak macam muka ayah nya waktu kecil pun. Dulu ayahnya macam budak Cina". Memula terasa sangat. Apa maksudnya tu? Kalau tak ikut muka bapa, mestila muka mak kan? Habis tu....?? Sentap tau. Saya tau la anak saya kulit gelap. Tak macam Incik Husband putih melepak la waktu kecik.

















 
Iye, anak saya berkulit gelap macam saya. Ikut genetik saya la tu. Bukan macam saya waktu kecik je, sekarang pun saya gelap jugak...hehe. Saya ingat lagi, kenangan masa zaman saya kecik2, kakak-kakak dengan abang-abang saya selalu saiko saya.

 
Ada ke patut dorang kata saya anak angkat mak dengan arwah abah. Dorang kata mak jumpa saya kat tepi jalan. Tu pun dah sental guna berus kalau tak lagi legam. Sebab saya je yang over gelap dan over gedempol. huhuhu..Over kan dorang semua. Tau la depa semua putih-putih melepak. Tengok, betapa berat penderaan mental yang dilakukan pada saya dulu..grrr..


Saya masa tu percaya habis-habisan. Maklumla, budak kecik yang innosen, baik hati, lemah lembut *yang ni tambah-tambah..heh*. Yang menambah lagi keyakinan 100 persen tu adalah memang depa semua putih-putih dan muka kitorang masing-masing memang tak sama. Lagi pun masa tu kecik lagi kan. Zaman tu percaya kat Jepun memang ada raksasa yang lawan-lawan dengan Ultraman..huhu


Bungkus baju-baju dalam beg plastik, bajet nak lari rumah sebab merajuk. Tapi bila sampai simpang rumah, terus patah balik. Tak jadi lari rumah sebab lupa bawak megi buat bekal.. haha..Bila dah tua bangka ni, bila difikir-fikirkan balik apa ke bengongnya ntah. Nak lari, lari jela. Lepas tu gelemer muka masuk dalam paper "Ibu Rayu Anak Balik"..Mengada-ngada..hehe  


Ok balik cerita dalam pantang. Masa tu fikiran terganggu jugak. Dah katanya dalam pantang, mesti la emosional, fikiran tak menentu pulak tu. Ahmad waktu dalam pantang pulak boleh tahan jugak pitching dia bila nangis. Tak tidur pulak tu. Memang baikkkkk sangat anak mama waktu tu..heh.. Terjejas sangat  perasaan waktu tu. Mujur dapat kawal dan tak over. Tu pun sebab dapat tengok Raja Lawak kat Astro dengan main Facebook..hehe

 
Mujurla Incik Husband selalu je sedapkan hati. Sejukkan hati saya yang emosional membara ni. "Macamana pun, Ahmad kan anak kita. Sama je, hitam ke putih ke. Asalkan sihat dan cergas dan comel".  Jadi, terubat jugaklah perasaan kesentapan yang teramat tu.


Bila difikirkan secara waras, kita patut bersyukur dan hargai apa yang dah Allah berikan, anugerahkan pada kita. Ciptaan Allah itu sendiri dah terlalu istimewa. Seharusnya kita fikir-fikirkan sejauh mana peritnya kita, ada manusia lain yang lebih menderita dan lebih teruk menanggung perasaan.



Jadi, walau warna kulit Ahmad gelap macam mama, mama syukur mama dapat anak yang bijak dan comel macam mama jugak...huhuhu...*puji diri sendiri melalui anak nampaknya*..


Yang penting, walau apa pun orang kata, Ahmad tetap hero hindustan no 1 dalam hati mama.  Dark, tall, handsome macam Abishek Bachan ... : P .


Entah apa motif  entri hari ni agaknya ye. Yang pasti saya sedih sebab ada ahli keluarga saya yang marah dan merajuk dengan maknya sejak minggu lepas dan masih menumpang rumah saudara terdekat lagi. Kenapa kita sanggup melukakan hati ibu kita ye? Adakah sebab kita tak sehaluan, tak sezaman tak sependapat?  Saya akui kadang-kadang saya pun tak sehaluan dengan mak saya, tapi bila difikir-fikir, menyesal.

 
Saya terfikir kalaulah saya ibu itu dan Ahmad buat macam tu pada saya, apa la perasaan saya dikala itu?
 

p/s : Untuk yang bertanya, saya masih lagi batuk-batuk macam opah-opah setakat hari ini. Bila nak tidur malam dan menjelang pagi, irama batuk adalah seperti koleksi lagu-lagu kumpulan Metallica. heh. Ke klinik untuk follow up lagi minggu ini.. Doakan saya...

Monday, July 11, 2011

Terima kasih daun keladi elissmie.com



2 minggu lepas saya terima bungkusan cinta lagi…heh..
Daripada eliss daripada elissmie.com.


 


Lahai..comelnya hasil keraftangan eliss ni.
Kretip sungguh.  

 

Hairclip..nak simpan untuk gegirl next edition kalau ada rezeki..hehe



Keychain Port Dickson -- mesti eliss beli masa pergi PD aritu kan..?


Terima kasih daun keladi eliss.
Saya gembira ada kenalan baru dan dapat rezeki...
syukur Alhamdulillah... :  P