Friday, July 01, 2011

Tangan Saya Sakit - Bahagian 2

Sebelum ini mama yang berangan jadi doktor pernah kata pada babah, "Tangan Ahmad takde apa-apa lah, sikit je terseliuh kut.." sebagai ayat penyedap hati sendiri.


Selepas itu, doktor betul-betul tak tipu punya dah sahkan tulang tangan kanan Ahmad memang patah. Comel je tangan Ahmad dengan tangan babah dalam filem x-ray tu. Kalau ada tangan mama sekali, bolehla framekan filem tu buat album family..huhuhu..


Bersusah payah nak tengok yang mana satu patahnya dalam x-ray tu. Sampai ada orang yang tak puas hati tak dapat A subjek Sains PMR dulu. heh..Tulang Ahmad macam terperosok tapi dah makin ok, mungkin sebab sebelum tu dah pergi berurut 2 kali.


Doktor tersebut berpendapatan  tulang Ahmad yang patah tu akan kembali bercantum secara semulajadi tanpa perlu apa-apa medication serta tidak boleh sekali-kali diurut.  Definisi "semulajadi" pada Ahmad mungkin membawa maksud "lebih lasakkan diri sebaik keluar dari bilik doktor"..huhu


Untuk semua auntie-auntie yang shantek2 dan uncle-uncle yang ensem2 yang mendoakan Ahmad sihat cergas dan mantap semula, terima kasih daun keladi, kalau jumpa boleh belanja McD..heh


Hari ni Incik Husband saya cuti peristiwa sempena hari sukan sekolah beliau semalam. Saya yang takkan dapat cuti peristiwa seumur hidup - kecuali-dapat-jadi-cikgu sekolah - muncung panjang hentak-hentak kaki tanda protes kena pergi pejabat.


Tapi saya dah imejin muncung-muncung chekgu-chekgu dan anak-anak murid yang kena berlari  termasuk muncung Incik Husband saya ketika mana saya sedang bersenang lenang tengok Nasi Lemak Kopi O dengan Ahmad esok..keh keh keh.. 


(Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan Malaysia 2011 peringkat kebangsaan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade) Taiping, Perak - http://www.moe.gov.my/bsukan)..





Selamat hari Jumaat..syukuri segala nikmat kebahgiaan yang diberikan kepada kita..

15 comments:

Anamarza said...

Amie, akak antara yg akan bermuncung panjang kalah itik serati esok, gara2 larian tu, hukhuk cedih org tu sambut besday akak ngan larian 1murid 1sukan (T_T)

Bionic women said...

hahhaha..hubby kita pun kena berlari2 anak esok..

ahmad dah jadi macam unty eily..doc kata akan bersambung secaa semula jd, tapinya keusdahnnya bersambung x kena tempat, rebeh bahu unty tau..huhu.
eily ritu pun doc kata xleh urut, urut akan mematikan otot2 yg baru nak sembuh tu..
seb bek ahmad masih baby so semuanya senang nak pulih..
semoga ahmad semakin pulih yea..

Fiza Rahman said...

Patah...bersimen lah yer tgn ahmad.

Macam² skang nih kan, sumanya nak konsep 1 malaysia.

ayukhairy said...

ami...ala........siannya ahmad..

ehh.eh..kat taiping ekk..alahai..rugi tak balik kg minggu ni..kalau tak, boleh lari sama..haha

sahromnasrudin said...

kesiannya kat anak awak tue..semoga ia cepat sembuh ya..

ramai gak blogger yg akan join larian nie kan

Sharinginfoz said...

semoga cepat recover ya, kesian tangan patah

wahida said...

aku pun tak akan sesekali dpt cuti peristiwa...errr, cuti peristiwa tu cuti mcm mana nok?

a.samad jaafar said...

biasanya tulang bebudak mungkin bercantum balik..harap2 jgn la berulang balik..

Pian tu abang lain mak lain bapak.. anak saudara abah.. dipelihara sejak kecil sbb mak pian meninggal ketika melahirkan dia.. ayah Diana sepupu arwah mak saya, kalau tak silap.. iskkk.. bersoreh pulak kita kat sini hahaha..

Hanis MY said...

comelnya ahmad berbaju belang...kiut dia sengih, odaijini ye.. wah cuti peristiwa? tatau poms...

Daddylicious said...

cepat baiknya tu...

suha said...

sian kt ahmad

meh akak suha nyanyikan lagu ah..ah..ahmad kat ahmad ye (^_^)

xmo nakal2 lg tau

velasrizal said...

jgn lasak2 dh lps ni

RaFFLeSiA MeRaH said...

salam kenal & salam ziarah...ade masa jenguk2 lah blog akak yer...mekasih....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum


salam ziarah di pagi selasa...

Unknown said...

hai ahmad, dh makin sembuh ke? takmo lasak2 lah ye..nnt tulang lari..hehe