Thursday, July 14, 2011

Obsesi Nombor...


Minggu lepas pasangan Beckham yang sensasi dikurniakan seorang bayi perempuan yang dinamakan Harper Seven Beckham. Dilahirkan pada 10 Julai jam 7.55 pagi waktu  Amerika Syarikat, dengan berat 71lb 10oz. Lebih kurang 3.6 kilogram. Mak oi..semangat!!


Kagum juga dengan determination Victoria Beckham ni. Sila imejin ye kesakitan selepas caesarean section yang ke 4.  Adoi nya punnn..!! Selalunya doktor akan menasihatkan 3 caesarean section delivery adalah had maksimum walaupun rekod dunia paling banyak 11 kelahiran caesarean section. Ok, tetiba rasa nak menangis mengenang nasib diri sendiri pulak..hehe..


New mum ... pregnant Victoria Beckham in June


Okeh. Nak cerita pasal nama anak perempuan Beckham ni. "Harper" - nama Inggeris klasik dikatakan dipilih oleh Victoria dan "Seven" dikatakan dipilih sebab diri mereka dekat dengan nombor 7. Harper pun dilahirkan jam 7 pagi, dalam bulan 7 dengan berat 71lb 10oz. Jadik eloklah dinamakan Seven. Macam tak sesuai pula kalau letak "Nine"...


Tapi "Seven" pula menggambarkan personaliti yang cenderung dengan seni. Terutamanya seni muzik kut. Ala, macam Sheila on 7. 7 kan bermaksud tujuh nota muzik. 


Growing brood: Victoria and David are already parents to sons Brooklyn, Romeo and Cruz


Dulu, masa Beckham main untuk kelab Manchester United dan pasukan England, glamour betul "Beckham 7". Kawan-kawan saya yang mengigau-ngigau tak tentu hala pasal Beckham ni pun ramai. Sikit-sikit nombor 7, sikit-sikit nombor 7.


Tu belum yang tahap meroyan lagi. Saya ingat lagi ada seorang roommate masa kat matrik UIA, P.J dulu namanya D.B = David Beckham.... Hai DB, ingat kita lagi tak??*sambil lambai-lambai tangan secara eksaited dengan muka tersengih-sengih mintak pang sedas* Kita lupala, kita ada pinjam sabun awak dulu. Lupa nak ganti...kira halal la ek..hehe..ok melalut..Jersi MU DB berlambak. Poster Beckham apatah lagi. Tahan mata dengan iman jela. Saya takdela tak suka David Beckham, tapi saya rasa waktu tu Eric Cantona sangatlah cool dengan gaya maki hamun dia..haha..pang sedass!! 


Tapi bila sekarang Beckham main untuk LA Galaxy, Beckham pakai jersi 23. Jadi mungkin ada betul juga rumours obsesi pasangan Beckham ini terhadap nombor 7. Memang dah bajet anak last ni nak letak nama "Seven".

Dan dah ada pakar analisis nama yang bagitau lebih elok kalau nama anak Beckham ni ditukar. Sebab katanya nama Harper macam nama sebuah planet baru yang dinamakan dengan nama angkasawan yang mula-mula discover planet tersebut. Adoi tragis sungguh ramalan ni. Huruf "H" pulak menggambarkan stress dan nama ni dikatakan sarcastic nanti untuk si Harper ni. Lahai, biarlah nak letak nama apa pun. Macam Gwyneth Paltrow, anak dia selamba je dia letak nama Apple sebab dia rasa anak dia manis macam buah epal..heh 

Sebenarnya bercerita pasal nombor ni saya teringat peristiwa 2 minggu lepas. Budak-budak ofis ni hah ada tournament futsal. Punyala masing-masing excited berebut nak chop nombor jersi. Kecoh betul budak-budak ni.heh..Pastu ada seorang ni tanya kat saya... 

"Kak, ko tau tak apa maksud nombor 69? Aku nak jersi nombor 69 tapi dorang gelak-gelak kat aku kak. Nape dorang kata lucah? Apsal aku taktau kak?" --- Ini dialog sebenar. Bukan rekaan semata-mata. Ini serius macam Wonderpets.

"Takpela kalau ko taktau pun...bukan Datuk bagi bonus lebih pun kalau ko tau" ... : P


Budak lawyer seorang ni saya taktau la dia ni memang innocent ke apa sebab Tiger Show pun dia taktau apa dia. Padehal kat belakang ofis kat Melaka Raya ni berlambak jerrr...opsss...

moral : sila banyakkan aktiviti pembacaan anda...haha

16 comments:

Anamarza said...

akak tak obses ngan nombor, tapi klau time memasak mesti ganjilkan nombor bilangan penggunaan lada/cili. kata orang klau gamjil lagi pedas tah la hihi

lydzar said...

hehe mmg innocent lah tu..Becham ngn anak dia ni pon jadi tajuk bualan gosipan kitroang lunch time nnt :D

luna said...

Mak ai, 4 kali operate. Dadah apa dia ambil supaya tak sakit.
Mak yang 3 kali ni pun hentak2 kaki sebab serik.
Tapi anak first dia 12 tahun kan? Anak first Sue baru 3 tahun ...ekeke

Hanis MY said...

wahh seme pun caesarean ingtkan bersalin normal,peknen2 pun pakai heel tak hengat... kak amirah dulu pun caesarean jugak ke? saya takleh imejin la cemana sebab tak pernah der pengalaman huk2...

serius tak faham naper no 69 tu lucah wuwuwu...

ayat opps kat bawha tu tak menahan haha yer ke kak?

Matjoe said...

celebriti jer boleh poyo camni

Bionic women said...

macamaner dia ni dh 4x operate tapi x gemuk ek..kenapa kita kat mesia ni kalau sebut kata operate mesti kait ngan gemuk susah turun berat badan..hadoiii..

eh, amie dulu masa kita bercinta kan, pernah jugak tanya en suami, kenapa 69 tu lcah??? hahahha..kita kata cantik aper no tu. hahaha

velasrizal said...

suma pelik2 nama anak2 dia

Bigdaddyz said...

suka seven eleven banyak barang....hehe

ayu said...

semacam je nama anak dia..

Fitri Senin said...

Aah la...sy pn xfhm no 69 tu apa

wahida said...

aku pun suka no. 7...ada byk kisah di sebalik 7 tu...cewah!!

aku tak suka beckam since dia pernah curang dulu....nyampah!!

fiza said...

Letaklah nama yg best sket...haihhhh...

Aku pon suka no. 7 sbb aku lahir 7/7, berat 7 paun 7 aun (dlm kg aku tak reti kira ☺☺)

Sharinginfoz said...

memang suka betul ngan nombor 7 ya

a.samad jaafar said...

saya pernah jumpa sorang budak yg namanya paling best.. anak org asal di hulu grik.. Betik anak Pisang.. elok je saya tengok.. terer manjat kelapa lagi hihihi..

kak ina kl said...

akak suka pulak no 12 sebab berkongsi bulan yang sama dengan anak-anak sambut harijadi

e.l.i.s.s.m.i.e said...

wah sampai 4 kali c-sec erk. eliss ni sekali pun dah sakit ni..aduhai.bila nak beranak lagi ni :p