Thursday, June 28, 2012

Latihan...



Betul. Ada perkara yang susah nak diluahkan.
Mujur saya dapat SAHABAT yang sentiasa ada di sisi.
Dan ALLAH Maha Esa yang terasa sentiasa dekat di hati.
 
Susah betul la nak luahkan, betapa celarunya hati nak makan apa berbuka nanti.
Aish...baru sehari. kikiki...
SAHABAT semua, doakan hati saya tabah melihat gambar makanan yang sedap-sedap ni.
Dan tetapkanlah hati saya daripada berbuka macam orang tak makan sepuluh hari.


*On your mark, get set, go!..Latihan sebelum mula Ramadhan*

*perempuan-yang-dudukdiamdiam-dalambilik-shoppingonline-bagus-menghabiskanduitgaji-yangbarumasukharini*
28 Jun 2012 - 2.03 pm.*5 jam menuju Maghrib*

Friday, June 22, 2012

Sungguh aku tak faham kenapa..??


Sungguh daku tak faham...

  • anak auntie rumah sebelah - muka ganas, badan penuh tatoo, balik pagi-pagi buta dengan radio kereta sikit punya kuat, kuat minum *ini bukan assumption ye sebab jumpa muntah banyak dalam longkang depan rumah - nasib baik dia tak muntah depan rumah kitorang* TAPI dalam kereta dia ada teddy bear, hiasan-hiasan perempuan gitu. hi hi hi.. 
  • kenapa kutu-kutu beras semua nak berkenduri kat dalam bekas beras kat rumah kami?!! Camne dorang boleh masuk dalam bekas tu ek? Wahai kutu beras, korang faham tak daku geli nak makan nasi bila terbayang sedara mara korang yang kat atas kepala tu? Korang menyindir daku lama tak masak ke apa? heh...*tolong bagi petua camne nak menyahtinjakan kesemua kutu beras tersebut selain daripada letak cili kering?* 
  • susah nak cari orang yang sudi jahitkan baju kurung raya Arissa..bukan lagi kecik lagi senang ke? Memandangkan daku golongan orang-orang yang sangat "pandai" menjahit, rasanya macam senang je..
  • kenapala daku ada kat ofis hari ni sedangkan patutnya tengah menikmati hari cuti yang indah kat rumah dan dating berdua-dua dengan Incik Suami...berkorban cuti demi kerja kekdahnya. ni kalau tak naik gaji ni sajela niii..heh

Tak faham dan buat-buat macam tak faham walaupun faham adalah 2 perkara berbeza..
Selamat Jumaat semua!!

Monday, June 18, 2012

Ayat yang biasa ku dengar, tapi di mana ye..?


"Mama...cepatla...dah lapo ni. Kata nak tangkap gambar makanan ni"

"Fuiyooo...blogger terer tangkap gambar"

"Mama, gambar air sirap ni tanak ambik ke letak dalam blog? 

"Gambar-gambar yang mama ambik beria-ria haritu takde pun..?"

-
-
-

Ayat-ayat di atas sila baca dengan nada menyindir..
Tangan di dada mata ke atas..

-
-
-

Inilah cabaran seorang blogger tak berapa tegar..
Kena sindir sikit dah sentap...
Merajuk tak update status...kih kih kih


n/b gambor takde. kamera masuk bengkel.


Thursday, June 14, 2012

Khamis Sudah...


Bila masuk je hari Khamis, hati macam dah rasa riang sikit.
Sebab esoknya Jumaat --- heaven nya kerja esok!.
Tapi masih ada kesedaran diri - hari Isnin masuk kerja balik..
*


Breakfast Maggi Hot Cup perisa sayuran ditemani kopi sechawen dan senaskhah sotkhabar.

~ Khamis 140512 yang sibuk.

Wednesday, June 13, 2012

Beware of new scam!



Nak berkongsi dengan anda semua...
email yang diterima daripada sahabat saya...
Tak dapat dipastikan kebenaran cerita.
Tapi apa salahnya kalau kita ambil langkah berjaga-jaga kan?
Jangan begitu mudah beri orang lain butiran akaun/ic kita..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Any cheque banked in into your account need a few days to transact.

Although the amount appears in your account, but it's still pending for transaction, the person issuing the cheque can cancel the cheque at any time!

A few days ago, one of my friends received a sms with the message: "You've strike 1st prize with a prize money of RM200,000 cash."

The sms came with a contact no.

My friend ignored it since he had heard of too many bogus scams using similar tactics.

After a short while his handphone rang, a Miss Fang asked: "Sir have you received a sms telling you that you've strike 1st prize?"

My friend answered: "Yes, I have"

Miss Fang: "Please let us have your bank account number so that we can deposit the money into your account."

My friend thought, why not, let's see what you can do.

My friend has a buddy who works in that bank.

Hence, he gave her his account number.

Ten minutes later, my friend's handphone started ringing again.

Miss Fang said: "Sir, we have deposited your prize money into your account, please check and verify."

My friend checked using his handphone and found that RM 200,000 was really deposited into his account.

He was euphoric, just like that and he's RM 200,000 richer!

30 minutes later, Miss Fang called again.

She was crying: "I'm sorry sir, I made a mistake, I forgot to deduct the tax before I deposited the prize money, 20% of RM 200,000 equals to RM40,000.

Now the company wants me to reimburse the money.

Can you please return the RM 40,000 tax? I beg you."

My friend thought for a while and felt pity for the lady.

Thinking of the money in his bank account, he went to the bank.

Suddenly he thought of his buddy working in that bank and decided to ask his buddy to double check and confirm with him first.

Upon checking, his buddy found out that the money was deposited using a cheque of a different bank.
Even though the cheque was deposited but the actual amount of money can't be transfered into his account on the same day.
  
If the other party decided to cancel the cheque, then he'll not get this RM 200,000.

My friend was shocked.

He almost lost RM 40,000.

Before my friend left for home on that day, the cheque was actually cancelled.

If not for his buddy, if not for him being a professional, or if he was cared of letting others know of striking the prize then this bogus scam would be successful.

This is a true story, please beware.

Future scams could be even better planned.

--------------------------------------------------------------------------------------- 


Tuesday, June 12, 2012

Abam Ahmad kuasa 2!

"Abam sayang adik Richa tak?" <---- nampak benor mak terpengaruh dengan bahasa anak..heh 
"Sayam.." *cium pipi adik sambil tinggalkan air liur/nasi/roti dan sebagainya*
Abang long yang tak boleh sebut "ang".
Abam (read : abang), Semayam (read : sembahyang) lonkam (read : longkang)
sayam (read : sayang).
Pelat yang pekat. 

Rasa macam dah lama tak bercerita tentang teruna saya  seorang ni.



Ahmad Raif Idlan - hampir 2 tahun 6 bulan.
Semakin bijak - bijak buat kelakar - bijak mengamuk - bijak meniru - bijak menyanyi - bijak mengaji - bijak mengambil hati - bijak main kompang <----- segala benda nak di kompangkan, badan mak bapak dia pun bolehhh..


Bijak mengambil hati?
Mengamuk sakan bila kita tak bagi barang yang dia nakkan sangat.
Dah puas mengamuk - mama serender - hulur barang - dia akan ucap "Acih" (read : terima kasih) tanpa rasa bersalah..hehe
Adoi, manala tak blood goes upstairs gini! hehe



Obses bola dan kereta, lori ambulance dan seangkatan dengannya.
Yang menjerit "jollllll!!!!" (read : gollll) sambil baring di lantai - tiru siapa la agaknya?
Masa birthday Abam Ahmad yang ke 2, kami laki bini beria buat tema "Harimau Malaya"

 



Obsesi terbaru adalah train.
Train choo...chooo...yang akan lalu atas kaki, tangan, kepala kita tiba-tiba.


Banyak dapat hadiah train masa 2nd birthday haritu.

Hero Rajinikanth saya seorang ni semakin lasak.
Mulut pot pet pot pet - taktau apa butir.
Yang pasti vocab nya semakin hari semakin banyak.



"Mama...nak yob"
Mama tak faham apa la benda "yob" tu.
Ahmad mengamuk sebab mama tak faham apa dia nak.
Dah berapa hari dia mengamuk nak "yob"


Babah kata " Dia orang Perak memang orang panggil yob"
Satu hari dia nak "yob". Dia berlari ke dapur rumah opah.
Tiba-tiba gembira sakan.
Nampak kain buruk opah sidai tepi sinki..
Rupa-rupanya "yob" tu KAIN BURUK nak lap kete dia!! haha


Setiap hari ada sahaja aksi yang buat saya geram.
Dan gelak dengan Incik Suami. 
Ada masa kami rakam aksi nya - untuk dia tengok masa depan nanti..
Moga Ahmad Raif membesar sihat, bijak dan jadi orang yang berjaya dunia  dan akhirat...




Monday, June 11, 2012

Sindrom Tamat Cuti Sekolah

On the way ke sekolah pagi tadi.

"Alamak babah...puting Arissa dalam handbag mama la...camne ni?.."

"Ye ke...?" < ----- tiba-tiba berhentikan kereta di bus stop.

....

....

....

"Ji, tolong datang ambik puting Arissa ye. Dekat bus stop lepas MMU angah letak. Tengok elok-elok. Kalau tak jumpa call balik"

....

.....

.....

Laki bini yang kelam kabut bagai nak rak bila sekolah dah buka balik. Nasib baik adik ipar belum balik KL lagi.

Sah. Tak dapat terima kenyataan la ni..heh..

Wednesday, June 06, 2012

Si manis 2 bulan

Terima kasih Kak Zakie yang  mengingatkan saya ada perkara yang gembira
yang boleh saya ceritakan di blog! hehehe 
Sebenarnya saya masih mencari semangat berkarya (apakah??) di blog.
Kadang bersemangat terlebih.
Kadang semangat entah ke mana.


Arissa Rifhana.
Hari ini sudah 2 bulan 26 hari usianya.
Dengan berat 6.1 kg.
Sudah berusaha keras untuk mengiring.
InsyaAllah mengiring dalam masa terdekat dengan
sorakan pom pom semangat dari mama dan babah.
Si bulat yang saya geramkan dan rindukan setiap hari.
Yang mengingatkan saya bahawa ciptaan Allah sangat indah dan ajaib.




















Semoga semua sahabat saya sihat dan gembira di hari Rabu ni..

: P