Thursday, March 29, 2012

Buah Cinta Hati Kedua Kami - Arissa Riffhana


Inilah Adik Baby yang ditunggu-tunggu. Arissa Riffhana. Tapi caya tak kalau kata masuk hari ini (hari ke 19 Adik Baby), babah tak sempat lagi nak buat MyKid beliau. Sian beliau kan..huhu..dah teka dah mesti jadi macam Abang dulu juga..Maka bila tak daftar lagi tu bermakna nama tu pun tak final la jugak lagi..adoyai
















Macamana pun kami bersyukur proses bersalin berakhir dengan selamatnya dan Arissa sihat. Lagipun kali ni suami dapat kesempatan untuk tengok kelahiran Arissa. Syukur pada Allah sebab berikan kami kesempatan untuk jadi 'new parents' untuk kali ke 2. Nanti nak cerita la pengalaman bersalin Arissa. Takde orang terasa nak baca pun nak cerita jugak..tak kira..hehe


Setakat ni Arissa baik je. Syukur. Tapi Arissa memang punch in shift malam la. Malam berjaga macam langsung tak tido je. Sebab bila saya  terjaga je tengok dia tengah terkebil-kebil sorang-sorang. Lepas tu kerap benar membuangnya. Pastu kelakar bila dia kentut kuat macam orang tua, dia terkejut dengan bunyi kentut dia, pastu nangis kuat-kuat.


Kawan-kawan semua, sila ucapkan "Selamat berjaga malam" untuk saya ye..hehe..


Saturday, March 24, 2012

Hadiah kita...




Uncles and aunties...
cantik tak basikal baru kita?
Babah kita bagi untuk birthday ke 2 tahun kita..
Tapi kita tak pandai kayuh penuh lagi..
Nanti kita nak main basikal dengan adik baby kita..


Sunday, March 18, 2012

Alhamdulillah..adik baby dah tengok dunia..

Salam sahabat blogger semua *sambil sengih macam kerang busuk*

Syukur pada Allah, adik abang long Ahmad, baby girl dah selamat menjengah dunia pada 11 Mac 2012 pukul 1.46 pagi dengan berat 3.4 kg secara normal. 

Nama adik baby belum ada secara rasminya..insyaAllah ringkas senang dan takdela unik ke pelik ke serta tak mengundang bebelan opah nanti..hehe

Nanti mama beranak dua dalam pantang ni update lagi ye...

Terima kasih atas doa, sokongan dan tanda ingatan...

Ai lap yu alls ketat-ketat la...




Tuesday, March 06, 2012

Diari Hamil Saya : 39 minggu hamil..bila adik nak keluar ni??


Dah masuk 39 minggu pun. Masih takde show nak bersalin. Agaknya selesa Adik Baby duk dalam perut mama ye.

Sangat ajaibnya sakit urat dah makin kurang dan boleh berjalan catwalk! *Baca boleh percaya jangan*. Jalan sikit punya la laju - kata nak exercise kan.

Dah tak boleh fokus dah nak kerja ni. Adik ohhh adik, bila nak tengok mama, babah dengan Abang Long ni?

Mama yang berdebar dan risau sebab tanak kena induce..sob sob sob. Hari-hari kena jalan la ni nampaknya..

Friday, March 02, 2012

Diari Hamil Saya : 38 weeks plus and countdown begins...

Menghitung hari...dah 38 minggu plus. 11 hari lagi ke EDD. Takdela lagi tanda nak keluar Adik Baby setakat ni. Best agaknya duduk dalam perut mama.

Harapnya Adik Baby keluar cepat la dari EDD sebab Adik Baby dah semangat dah. Yelah, hasil dari segala gula benda manis yang mama dah mentekedarahkan. Sejak menjak ni dah tak berapa nak kontrol makanan manis dah. Semua main redah je.


Ada jugak la rasa sakit perut sekali sekala.  Tapi sakit perut kali ni rasanya macam period pain. Kadang-kadang tengah masak ke, tengah solat ke, sakit perut. Tapi taktau ini contraction ke tidak. Masa Ahmad dulu mana sempat rasa contraction sebab pastu je terus kena sorong masuk operation theatre.  


Isnin lepas final check up di hospital, 13 Mac (EDD) kena admit wad. Pastu 14 Mac kalau takde tanda gak kena induce. Seram dengarnya. Walaupun berat badan sendiri turun, tapi berat Adik Baby naik sangat-sangat. Dah prepare semua barang. Cuma mental guwe ni tak sure la dah prepare ke belum..huhu

Nak menjawab komen-komen sahabat-sahabat yang berkenaan :

kakzakie : belum cuti lagi dan belum hand over kerja lagi kak. Semua kerja dah siap cuma belum sempat nak hand over lagi...ermm..bilalah agaknya ye. Akak, bagilah tips ke petua ke mudah bersalin...

yob samad : hehe..tapi kalo jadi penguin lagi comei kan..Pantang sini la yob. Nape? Nak datang melawat bawak hadiah beso ek..hehe..

wahida : rasa mcam perut takdela beso sangat..tp melonjong ke depan. Depa kata tengok dari belakang macam tak peknen. Tapi dari belakang la. Kalo dari tepi agak ngeri gak la..haha..Orang la yang kata kannn..hehe..bukan taknak letak Wahida...kang tergelemer sangat pulak ..orang-orang nama Wahida sume gelemer2..huhu

kak ana : ada la jugak 2-3 nama..tp last2 nanti ada je yang tak setuju..huhu..camne tu..tp semestinya nama anak ringkas-ringkas senang je sebab babahnya tanak nama-nama canggih sangat katanya..menurut perintah jela kak..



Hello, Amirah
Your due date is right around the corner and your baby's just waiting for the right time to be born. She's continuing to build a layer of fat, which will help her to control her body's temperature after birth and will put on more weight (boys tend to be slightly heavier than girls). Take it easy during the final week or so - this may be your last opportunity to relax. Instead of spending every available minute decorating the nursery or folding baby clothes, go out and see a movie, read a book or take long naps. Don't forget to spend some quality time with your husband too - it will probably be your last chance to have an evening out together for a while.



















Thursday, March 01, 2012

Musim...



Mawi dengan Ekin dah dapat baby girl..
Nama baby girl dorang "Cahaya Malaika"..
Katanya bermaksud "Cahaya Permaisuriku"
Tapi terus teringat pelakon Hindustan Malika Sherawat tu.,.huhu


Bienda pun dah dapat baby girl.
Nama baby Bienda "Lavienda Namiraz"..
Apalah agaknya maksudnya ye.
Namiraz sangatlah familiar tapi lupa maksudnya.


Errr...adik baby belum ada nama rasmi lagi.
Asyik selak buku nama tapi tak juga jumpa..


12 days before the EDD.
Countdown begins....
Berdebarnyaaaa.....