Tuesday, July 31, 2012

Sila ambil kira keadaan sekeliling anda...heh





Kadang-kadang rasa geram juga dengan dia.
Tapi selalunya gelak la sebab dia ni kelakau dan baik macam maknya.
Manja pulak tu. Kadang sepupu dia jerit sikit kat dia dah terperosok tepi peti ais. 

Nak marah lebih-lebih bukan dia faham sangat pun kan.
Ajak lawan-lawan Ultraman lagi adalah, walaupun kita ni tengah marah dengan dia ni.
Dia tak nampak api keluar dari telinga kepala hidung apak dia kalau tengah marah.
Mak dia  dah lari siap-siap dah sebab mak dia sorang je yang boleh nampak asap tu. hehe
Kita cuma nak dia tau kita ekspresikan kemarahan kita sebab dia buat benda yang salah.

Benda yang paling dia suka buat walaupun kita dah jadi tarzan adalah mengusik adik.
Sebenarnya adik okey je. Senyum redha je.
Pastu dia suka buat kelakau, nak suruh adik dia gelak.
Nanti adik dia dah  gelak, dia senyum-senyum dengan kita cakap "Tawaaa.."
Dia nak kata adik dia ketawa la dengan kelakau yang dia buat.

Tapi dia suka genggam atau picit-picit tangan adik.
Macam nak patah-patahkan jari adik. Dia geram agaknya nengok adiknya asyik mengayuh.
Takut je jari adik terpatah ke apa. Baby kan.

Satu hari tu darah mak dia dah mendidih.
Mak dia pun tetiba dah bertukar jadi Incredible Hulk.


Apa lagi, mak dia pun nak prektis la kan apa yang dibaca.
Time ni la pun nak prektis kan, bila lagi..ehe
Denda dia letak dalam bilik sekejap.
Sebelum tu dah cakap "Mama denda sebab Ahmad suka picit jari adik sampai Adik jerit. Mama denda 1 minit".
Mula-mula dia okey je masuk sekali. Agaknya ingat nak ambik mainan dalam tu.

Pastu kena tinggal, apa lagi meraung-raung la sebab bilik tu memang bilik gelap.
Memang sesuai la untuk pesalah tegar. hehe

Sekali dia tekan kunci.
Bagussss..great job.. sekarang dia pulak bagi mak dia meraung kat luar bilik.

Gelabah tu sebab kunci bilik tu memang takdela kan.
Ntah kemana-mana.
Lagipun seingatnya pintu tu memang tak boleh dikunci.
Sejuk kaki tangan pucat lesi muka mak nya..heh
Hah..ambik kau
Meraung berganti-ganti kaedahnya..hehe

Babah dia takde pulak tu, pergi sekolah.
Ntah camne pulak boleh tak terfikir kalau terkunci macamana.
Tu la marah sangat la konon
Kan padan muka aku adoi

Tetiba gen Incredible Hulk dah masuk
Tendang je pintu tu berkali-kali.
Syukur pintu tu terbuka!

Moral of the story : Kalau nak tiru sangat Nanny 911 tu sila cari bilik yang confirm ada kunci spare yer. 

Kami masih bereksperimen dan belajar mendidik anak-anak.
Tapi Islam itu indah, lengkap termasuk cara didikan anak.
Tiba masa nanti rotan juga la alat bantuan mengajar - macam cikgu! heh
Moga anak-anak menjadi hafiz hafizah penyejuk hati kami suami isteri.

Kita sebagai ibu bapa memang sentiasa super heroes di hati anak-anak kita kan..
Jadi kita memang betul-betul kena jadi superheroes yang ada super power.
Termasuk terbang selamatkan Adik bila Abam buli dan tendang pintu! hehe..
Selamat 11 Ramadhan semua...

Wednesday, July 25, 2012

....!!


Takde idea.

Takde perkara menarik berlaku.

Kerja banyak tak siap lagi.

Artikel untuk majalah firma pun belum siap.

Puasa kali ini mencabar.

Lemah dan ketar lutut den.

Nyaris pitam kat PaRam.

Nasib baik boleh control, kata dalam hati laju-laju banyak kali.

"Jangan buat malu company, nanti ada blogger upload gambar!"


Psttt...Menu apa hari ini?

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan..mengimbau memori Ramadhan lepas

Post tahun lepas di bulan Ramadhan .Takdek kerja duk buka entri-entri lama.  Ya Allah, sekejapnya masa berlalu. Rasanya masih segar lagi memori Ramadhan yang lepas. Nak buat amalan sebanyak mungkin yang mana boleh buat Ramadhan kali ni.


Ini adalah kisah benar dan bukanlah rekaan semata-mata.
Sementara menantikan waktu yang sesuai untuk kita melakukan perkara sunat di bulan Ramadhan (read as tidur sekejap) secara berjemaah, apa kata anda semua bacalah luahan hati saya pasal mimpi ngeri saya malam tadi.
Punyalah ngeri sampai terus terkejut bangun sahur. hehe


Ada ke patut pelik je mimpi saya ni.
Saya mimpi saya nak sambung study.
Bukan seorang, dengan kawan ramai-ramai pulak tu.
Ayu je pakai baju kurung pergi kelas dengan beg opah-opah nak pergi mengaji tu.


Pastu sampaila turn nak tau saya dapat course apa.
Selak la buku pasal course-course yang ada.
Selak-selak nama saya tersenarai dalam course "I love artis"


Haha..kejadahnya course ada macam tu sekali.
Apa bendala saya fikir sebelum mimpi ye sampai gitu sekali.
Cuba imejin apala soalan periksa dia nanti.


Soalan 1
Sila terangkan dalam 1000 patah perkataan adakah anda menganggap punca hubungan pertunangan di antara penjaga gol pasukan kebangsaan,  Khairul Fahmi Che Mat atau "Apek" dengan Harmie Aimelia atau "Elia Jejariruncing" terputus disebabkan oleh gosip yang mengaitkan Apek dengan seorang gadis bernama Dahlia Teck?
Soalan 2

Berapakah nilai anggaran persalinan perkahwinan yang ditaja untuk perkahwinan Memey dan Norman Hakim?

(a) sejuta
(b) berjuta-juta lemon
(c) ermmm..rasanya adalah dalam 3 juta kut
(d) eleh, orang sponsor

Astagfirullahal'azim..
Jiwa kacau sungguh rasanya kalau dapat course gitu.
Takmauuu..tak rela!!
Ngeri betul mimpi tersebut..grrr..



Selamat berpuasa untuk semua pembaca blog ni. Mohon ampun kalau ada tersalah catatan. Jangan ponteng puasa. Huduh betul kalau orang tua yang takde uzur syarie ponteng puasa. Jom kejar pahala jom..

Thursday, July 19, 2012

Harleen's by Euro Moda & Gulati's


Pada suatu hari, kami sekeluarga telah membeli belah di Gulati's Silk House memandangkan Hari Raya Aidilfitri akan menjelang  tiba. Walaupun saya sedar Ramadhan belum pun tiba, tetapi saya tidak mahu membeli belah ketika bulan puasa supaya tenaga tidak berkurangan dan dapat beribadah dengan sempurna *poyo*.


Saya berasa sangaaaat gembira kerana dapat membeli kain untuk dijahit sebagai baju raya baru pada Hari Raya kali ini. Ini kerana sudah lama saya tidak memakai baju raya yang ditempah. Baju raya yang dibeli selalunya tidak menepati kehendak pelanggan yang berbadan comel seperti Lisa Surihani seperti saya *double poyo*.


Saya masih ingat sewaktu saya masih kecil, ibu saya selalu berpesan supaya tidak meninggalkan ibadah puasa kerana orang yang tidak berpuasa tidak dapat makan bersama dengan orang yang berpuasa ketika berbuka dan tidak dapat memakai baju raya baru di Hari Raya.*tetiba*


Di Gulati's Silk House kami telah diberikan peluang untuk mengisi borang cabutan bertuah kerana belian melebihi RM200. Seminggu selepas itu, tiba-tiba *jeng jeng jeng*  suami saya telah mendapat satu panggilan telefon yang mengatakan kami telah memenangi cabutan bertuah mingguan daripada Gulati's Silk House dan meminta suami saya untuk mengambil hadiah.


Saya berasa amat terkejut atas kemenangan ini! Ini kerana kami tidak pernah memenangi apa-apa pun jenis cabutan bertuah sebelum ini. Saya ketika itu telah membayangkan kami sedang menaiki sebuah kereta baru. *yang ni confirm triple poyo*.


Setelah suami saya balik daripada mengambil hadiah, saya sekali lagi terkejut kerana sebenarnya kami hanya memenangi tudung sebagai hadiah! Saya ketawa berjemaah bersama suami memandangkan angan-angan kami telah mengatasi angan-angan Mat Jenin *ko kalo berangan over kan*.  


Inilah dia 2 helai tudung Harleen's by Euro Moda & Gulati's yang telah kami menangi. Walaupun hanya tudung, tetapi  saya berasa amat gembira kerana kami adalah antara golongan yang 'bertuah'.


Dan kami suami isteri hidup bahagia selama-lamanya. Tamat.  







Komen pemeriksa :
Bahasa yang digunakan amat teratur dan menepati kehendak soalan. Gred keseluruhan : A+.

*Ha ha ha..meroyan seorang-seorang nak ambik exam dan jawab soalan exam. Rindunya nak jawab exam especially exam dalam bahasa Melayu. Haruskah daku menjadi student semula di kala baju tak berlipat ada di atas katil, di atas sofa serta baju sudah berbasuh tak sempat disidai dalam mesin basuh dan anak menangis minta susu? ngeeeee*


Tuesday, July 17, 2012

"I yang bayar gaji you.."

Pernah dengar tak ayat tu?

Ai la nasib pekerja firma swasta macam saya ni. "Hidup dengan gaji bayaran daripada klien". Betul ke klien/pelanggan adalah sentiasa betul? Abis tu, takde chance ke nak gaduh-gaduh dulu? hehe..

Pagi tadi kena menghadap klien yang banyak kerenah. Semalam di telefon masa baru tiba kat rumah, dah kena 'menadah telinga'. Belum habis lelah dari pagi ke petang mengderaf perjanjian yang dia hendak dah kena 'menadah' lagi. Pagi tadi sambung lagi 'tadahan' itu. 

Saya tahu dia orang kaya. Lebih kaya dari saya. Kaya berlipat ganda daripada saya. Saya cuma pacal yg hina je pun tapi saya gembira dengan kerja saya ni. Saya masih boleh gembirakan emak dan anak-anak saya. Yela, tak reti-reti bersyukur berbanding dengan kakak cleaner yang gaji cuma ratus-ratus tu je? Melampau la kalau ko tak reti nak bersyukur.

Takde efek langsung di hati saya. Sebab saya dah immune pun dengan kerenah klien. Kat KL klien lagi buat kepala migrain. Siap dalam hati kata "ek eleh, ingat garang sangat nak lawan..."...kah kah kah..

Cuma saya terfikir 'adakah kekayaan dia membolehkan dia membuat apa yang dia suka?'.  Atau dia lupa yang di atas sana yang Maha Pemberi Rezeki? Saya doakan dia sedar dan gembira dengan kehidupan dia.

Peace no war *aku-yang-tak-suka-bebel-gaduh-komplen-dan-hanya-suka-hidup-hepi-hepi-sahaja*




Monday, July 09, 2012

2 Budak Masam yang Dirindui Selalu...




2 penyejuk hati
2 penglibur lara
Abam Ahmad yang banyak kerenah.
Adik yang baik  sangat-sangat.


Abam Ahmad pandai buat kelakar antarabangsa.
Contohnya pegang kepala botak adik sambil kata "bola cepak".
Mama cepat-cepat kena bagi mainan lain takut adik betul-betul jadi bola sepak Abam.
Sepak bola sampai guling-guling atas padang kaedahnya.
Abam Ahmad tetiba boleh bertukar jadi meow atau robot lawan-lawan.
Menyamar jadi meow betul-betul yang suka duduk dekat kaki masa mama dukung adik.
Mama nak marah tapi tak jadi sebab nak tergelak dengar "meowww...meowww.."
Pelat bukan main lagi.
Beberapa perkataan baru telah dikenalpasti.
"Menon" = Belon.
"Menang" = Pegang??


Adik lebih banyak senyum dari menyusu.
Buat mama sayu kena sedekahkan susu pada pokok bunga di rumah opah.
Atau sayu di Aidilfitri buang susu ibu ke dalam sinki.
Setakat ini Adik dah mengiring dan sekali sekala meniarap.
Tapi kesian dia tak boleh nak adjust lagi kepala dengan tangannya betul-betul.
Maka dia selalu menangis minta bantuan kecemasan.
Tapi bau masam adik tetap buat mama rindu tiap hari.


Anak-anak memang pengubat hati saya dan suami.
Saya berdoa setiap hari mereka berdua membesar jadi manusia beriman.
Moga doa saya sebagai ibu dimakbulkan Allah..


p/s : Saya kesibukan. Tak sempat nak ber blog walking sangat dan membalas komen.

Friday, July 06, 2012

Karenah Abam Ahmad

Tadi baru dengar suara Incik Suami.
"Ada, dah jumpa dalam playpen adik.."
Lega...handphone yang telah diculik dan dibuat harta sendiri oleh Abam Ahmad telah dijumpai dalam keadaan selamat.
Dah lega hati baru boleh buat entri baru..keh keh

Hai la anak, kalau handphone mama hilang macamana awak nak main game Angry Birds pastu Bowling 3D pastu Shark 3D pastu Zombie pastu bermacam-macam game lagi? *nampak sangat conquer kan?*
Banyak lagila benda kelakar yang dia buat.
Nanti kita cerita lagi - *kalau cerita semua dah takde modal nak buat entri baru..keke*

Ni lagi satu hasil karya Ahmad Raif minggu lepas.
Memang macam tau tau aje nak kena beli yang baru.
Entah apa yang dia tekan, tv gemok telah berubah warna.
Tv gemok ni penuh dengan nilai sentimental tau.




Maklumlah, dulu masa zaman bertunang, Incik Tunang berusaha segagah Badang nak mengangkut tv gemok ni naik tangga seorang-seorang.
Ke tingkat 3 rumah abang masa kat KL dulu.
Berat nauzubillah tv gemok ni .
Kalau jatuh timpa kaki, memang punah harapan nak pakai kasut peep toe lagi. 
Tapi demi tunang tersayang yang comel dan bersopan santun ni la kata kan.
Kalau tak kahwin memang rugi..
Okeh, encik dan puan boleh muntah sekarang. kekeke...

Tuesday, July 03, 2012

Selasa 3 Julai

Dah Selasa dah kan..ermmm..kejapnya masa. Tup tup dah bulan puasa, lepas tu raya. Baju raya dah siap ke belom? *Soalan ko tak boleh nak over lagi ke. Puasa pun belom ni.haha*


Kami suami isteri sibuk menjala. Menjala untuk rumah baru kami. Harta immovable property pertama kekdahnya..hehe..Banyak dah kiranya ni bajet yang telah terkorban. Mahal ooo semua barang. Jadi kita deco deco secara wasatiyah jela. Nanti kita story mory ye.


Dah 2 hari pulak tu terpaksa ambik emergency leave. Hari Jumaat dengan semalam sebab anak dara saya tak sihat. Batuk dengan selesema. Bila dia tidur dia terbatuk memang marah sungguh..huhu..Macam-macam ubat masuk dah. Terpaksa. Kesian dia kalau dibiarkan.



Bukan gambar terbaru Arissa Rifhana 3 bulan 22 hari - 6.82 kg