Wednesday, April 24, 2013

Ahmad dan Babah.. best friend forever




Anak teruna saya ni memang obses dengan babah dia.
Rasanya kalaulah babah kena berkursus lama, mau demam ni.

Sekejapan babah takde pun dah jadi merajuk sehari suntuk.
Kalau babah balik lambat merajuk.
Celik mata ja, cari babah dulu. "Mama, babah mana? babah?"
Tak nampak babah sekejap, mula la teriak "babah", "babah", "babah".

Basuh yak - babah.
Pergi mydin - babah.
Bukak tv - babah.
Suap makan - babah.

Tapi kalau bab bercakar pun boleh tahan depa ni.
Mana tidaknya babah kena sabarrrr je dengan kerenah Abam ni.
Memang menguji kesabaran sungguh la.

Mama? Selalu dia tak heran pun.
Kadang mama ada tercongok depan mata pun nak babah jugak.
Dulu sebelum adik kuar, mama is very sad u know.
Mana daknya, asik babah je sampai mama terpinggir. Sedih
Nak cium pun tak bagi.

Mujur sekarang mama dah ada geng.
Tapi harapnya best friend ni together sampai la akhir hayat.
Yelah, selalunya orang kata anak lelaki tak rapat dengan ayah dia.
Pastu doakan babah bila babah dah takda nanti.






































 


~ Love ~

Tuesday, April 16, 2013

Fasha Sandha dah bersalin??


Pagi ini.

Saya yang cute pergi satu kedai minimart.

Nak beli suratkhabar.

Biasala, saya masih suka baca suratkhabar printed daripada online.

Mata jeling-jeling Harian Metro.

Ada gambar Fasha Sandha dengan baby dia la kat front page..!

Kakak kedai nampak saya jeling gambar Fasha Sandha dengan baby nya.


Kakak kedai : "Ni, Fasha Sandha nya udah bersalin ya dik. Comel bangat anak nya". *Kakak kedai orang Indonesia. Sila baca dengan slang Indonesia ya ibuk ibuk*

Saya yang cute : "Ooo...ye ke kak..anak lelaki ye kak"

Kakak kedai : "Kakak suka sama Fasha Sandha ni. Kalau berlakon seronok nonton.Bukan macam si ND tu *ND lagikkk tu*. Munafik. Berlakon nya munafik. Dulu bilang ngak mau berlakon yang ranjang-ranjang. Sekarang udah lain." 

Saya yang cute : *sengihhhhh je*. Mak oi kakak ni...(dalam hati..)

Thursday, April 04, 2013

Kembalilah padaku..


Mood adalah sangat susah hati.
Sebab cincin kahwin hilang.
Selama ni tiap hari pakai without fail kemana-mana pun.
Tapi dah 3 - 4 hari tak jumpa.
Aisshhh...susah ati!

Sedih tapi redha la kalau tak jumpa sampai bila-bila.
Berdoa sangat-sangat Allah 'pinjamkan' semula cincin tu pada saya.
Risau kalau ada orang yang terambil sebab hari Ahad lepas kami
buat kenduri di rumah baru.
Takut ada orang lain terjumpa atau terbuang ke.
Takdela mahal tapi sebab kan sentimental value nya tu.
Cincin nikah la katakan.

Salah satu gambar lama masa pakai cincin.
Dalam gambar tu adalah Ahmad.


Dear Cincin,
please come back soon.
I miss you already.
Yours faithfully,
Your loyal wearer


Wednesday, April 03, 2013

Wordless Wednesday : Campuq campuq

Waktu mandi untuk haiwan peliharaan Arissa
Iye, mama Arissa sangat rajin. Rajin la sangattt..


Tersenyum sorang-sorang abang ni tengok muka dia sendiri..huhu


Tokey mainan bersama sikit daripada mainan dia.
Belom kira yang dah terkorban.
Tapi dia ingat segala mala haghete benda dia, susah nak buang atau amik.


Adik belum boleh berjalan sendiri lagi.
Takpela adik, take your time
Rasanya sikit lagi insyaAllah


Anak no 2 memang garang dan hebat.
Tangan laju. Hebat melepuk abang  dan mama.
Bijak majuk guling-guling macam hindustan.


Kipas besor cenggini kalau pasang kat rumah mau terbang ultraman-ultraman Ahmad sekali. heh