Friday, September 03, 2010

Para Pencari Tuhan di Astro Oasis

Ok..haritu saya ada buat entri mengenai drama "Geng Surau" di Astro Oasis. Baca lebih lanjut di SINI. Siri Geng Surau ni masih ada lagi sekarang sampai la nanti bila bulan Ramadhan meninggalkan kita. Oh, sedihnya Ramadhan dah nak habis..

Hari ni pulak nak bercerita mengenai sinetron Indonesia, "Para Pencari Tuhan", juga di saluran 106 Astro Oasis yang juga ada kaitan dengan surau. Siarannya setiap pukul 1.30 petang dan ulangannya sebelah malam. Dan ada ulangan marathon lagi setiap Sabtu pagi.

Walaupun sentimen politik luar negara dan pergolakan di antara negara kita dan jiran, Indonesia sedang meluap-luap, janganla sampai takmau tengok sinetron yang best ni, sempena bulan Ramadhan. Biarlah kerajaan kita tangani isu tu secara diplomasi dan matang.

Tapi kalau betullah apa yang suratkhabar tulis yang kata pendemonstrasi tu dibayar RM10 untuk buat demonstrasi, kesian la jugak. Miskin kan, sanggup buat apa saje. Semoga semuanya aman damai, dan hubungan seperti biasa. Kalo tidak tak boleh nak pegi melancong ke Indonesia.
 
Menarik sangat sinetron ni. Skrip dan cerita yang amat baik dan mendedahkan pendekatan terhadap Islam secara santai. Arahan oleh Deddy Mizwar dan Kikky ZKR. 

Sinetron ni actually tentang kisah cinta Muhammad Azam dan Aya. Ditambah pula dengan cerita 3 lelaki yang berusaha nak bertaubat dan dah insaf. Sebelum ni dorang bertiga ni macam penjenayah la. Sorang tu pengedar dadah (kalau tak silap la), pastu sorang lagi pencuri. Dorang ni insaf dan berusaha cari ilmu mengenai Islam. Memang kelakar sangat la dorang ni...Barong, Chelsea (asik pakai jersi Chelsea) ngan Juki.

Deddy Mizwar yang berlakon sebagai Abang Jack memang takyah nak kata pe lagila. Dari sinetron "Kiamat Sudah Dekat" lagi dah minat dengan lakonan Deddy Mizwar. Selamba je lakonan tapi  memang mentarbiahkan.

Kebanyakan masa dorang ni dihabiskan di surau di kampung di mana Azam jumpa dengan Aya dan tinggal kat situ sebab nak pujuk Aya kahwin dengan dia. Macam-macam cara Azam berusaha nak mengorat Aya untuk dijadikan isteri. Dorang ni dah kenal lama, tapi camne ntah, Aya marah sangat pada Azam dan lost contact. Azam ni plak gile blagak, tapi sebenarnya sgt religious (alim tapi suka cakap besar sket--lebih kepada sindiran kut). Dah terlambat gak folo siri ni, tapi bila dapat chance nak tengok memang melekat.  

Kelakar, romantik, best!! Mesti tengok....

Sipnosis lanjut Para Pencari Tuhan di SINI.

6 comments:

Unknown said...

agreed.
dh habih ke citer tu ye?
tgk kt oasis mcm dh xde je.
bese tgk kul 10mlm nye slot.

amirah said...

tu la..duk mencari jugak bila time ulangannya..heran betul la..geng surau pun mcam dah takde je??

Unknown said...

ouh.
x folow sgt geng surau.
cm x best je.
haha...

tp yg para pencari tuhan tuh,
kalo ikut citer dia mcm x habih lg.

amirah said...

geng surau best la irshad..bolehla daripada tkde..tp para pencari tuhan ni mmng best..bila ek schedule dia?kalo ada bgtau ek..hehehe

Unknown said...

orites.
kalo jumpa saya bgtau ye.
sbnrnye tgh carik webs nk donlod citer tuh.
x jumpa2 lagi smpai skrg.

minah leter said...

salam irah..ye kew ??hehe..bguslah tu ade asrama kucing..tapi aku takutlah miow aku tu tak dapat sesuaikan diri..habis semua owang kene cakar..hehe..