Thursday, March 14, 2013

Setahun Arissa Rifhana



11 Mac 2013.
Arissa Rifhana dah setahun.
Ni lagi seorang, rasa macam cepat sangat besarnya.



Arissa Rifhana hari pertama menjenguk dunia.


 


 

Arissa seminggu.


 
Cik Iecha yang suka bebel-bebel.
Suka jerit-jerit.
 

Gambar sambut birthday Arissa tak sempat nak di upload lagi.
Sambut kecil kecilan aje mengenangkan birthday Adik jatuh hari bekerja.
Beli sebiji kek dan hadiah aje.
Dan jemput makcik dan pakcik Arissa datang rumah.

Arissa Rifhana ni kalau tengokkan lebih 'berjiwa kental' daripada Abam.
Abam sensitip orangnya.
Adik jatuh nangis sikit je.
Suka memanjat pulak tu.

Baru baik demam.
Demam nak masuk umur setahun la tu.
Tak pun demam nak tumbuh gigi.

Adik Iecha masih minum susu ibu sepenuhnya.
Syukur alhamdulillah walaupun mama struggle nak increase kan production.
Walaupun mama capek balik kerja tak sempat nak lipat baju, nak masak sedap-sedap, makan tercekik-cekik sebab nak menyusukan awak, tapi mama happy masih berusaha keras nak beri awak yang terbaik, insyaAllah.

Setakat hari ni:
  • Arissa dah pandai memapah tapi belum berjalan sepenuhnya. Kadang-kadang berdiri sendiri. Tapi selalunya kena ada sokongan. No problem, take your time. Berjalan can wait Adik.
  • Arissa pandai 'salam kaup' bila kita cakap 'salam'. Salam kaup dengan dua belah tangan dia macam nak makan tangan kita.
  • Pandai hulur barang cakap 'nah' ke 'dah'.
  • Kalau dengar azan, letak tangan kat telinga.
  • Kalau bunyi bising, tutup telinga dengan tangan.
  • Suka menyengih..gigi dah ada 6 batang. 4 bawah 2 atas. Baik, tak menggeget pun.. : )

Arissa Rifhana, sayang mama,
Selamat ulang tahun kelahiran.
Setahun lepas, 11 Mac 2012, mama bertarung nyawa untuk lahirkan awak, buah cinta mama dan babah yang kedua.
1 atau 2 sama saje dalam ruangan hati mama.
Mama doakan awak semoga jadi anak solehah.
Sihat, cergas dan membesar jadi khalifah Allah yang berjaya dunia akhirat.

Tuesday, February 26, 2013

Ahmad + Arissa


Lama tak update cerita anak-anak.
Hidup agak huru hara dua tiga minggu lepas.
Pertama, sebab opah Ahmad (ibu mertua saya) masuk IJN sebab ada masalah dengan heart beat.
Alhamdulillah opah Ahmad dah keluar IJN hari Ahad lepas.


Sepanjang opah Ahmad di IJN, kami terpaksa cari alternatif untuk jaga anak-anak.
Akhirnya Ahmad ke tadika yang ada daycare sekali.
Honestly, saya lebih suka anak ke tadika.Bersosial orang kata.
Daripada duduk rumah menghadap tv dari pagi sampai petang.


Sadly we had given ourselves up only on his third day when he cried his lungs out on that day.
Baru tiga hari dah serender.
Maybe Ahmad belum ready untuk ke tadika.
Punyala banyak excuse dia "school gelap" "teacher takde"
Eleh, macam la mama taktau, nak duk rumah tengok Otromen la tu.


Jadiknya end up duduk di rumah opah dengan pakciknya.
Mujur lepas ni dah dapat pembantu untuk mak mertua saya.
Tolong tengokkan anak-anak masa kitorang kerja.
Ni yang membuatkan semangat nak jadik suri rumah membara sehangat api..heh


Kedua, sibuk pindah rumah.
Sampai hari ni, baju masih bersepah lagi.
Dan baruuuu sedar, "owh, aku ada baju ni, baju tu?"
Eh, eh, eh *buat-buat hilang ingatan pulak dah*


Penat sangat-sangat rupanya pindah rumah ni.
Kalau rajin pindah rumah takyah la diet dah.
Boleh turun berkilo-kilo..heh





 
Tv gemuk kenangan di rumah lama.
Sedih wooo nak tinggalkan rumah yang kita banyak kenangan.
Maklumlah, kat situ la kita bina keluarga kita masa mula-mula kita kawen.
Masa kita mula-mula mengada-ngada merajok
*maklumlah, pengantin baru..kah kah*
Tempat mula-mula kita beli peti ais - mesin basuh - almari baju sendiri punya.
Sebelum ni pinjam kat mak  abah je..hehe
 

 

Ahmad dengan signature pose dia.
Mintak 2 hengget..
Dah macam-macam ragam dah sekarang ni.
Sabarrrr jela.



 
Gambar lama Adik Iecha Fahana.
Daripada Arissa Rifhana jadi Iecha Fahana sebab ikut pelat abam.
Dah nak setahun dah.
Tapi Iecha belum jalan lagi, dah pegang sana sini berdiri.
Kejapnyaaa masa.