Tuesday, February 26, 2013

Ahmad + Arissa


Lama tak update cerita anak-anak.
Hidup agak huru hara dua tiga minggu lepas.
Pertama, sebab opah Ahmad (ibu mertua saya) masuk IJN sebab ada masalah dengan heart beat.
Alhamdulillah opah Ahmad dah keluar IJN hari Ahad lepas.


Sepanjang opah Ahmad di IJN, kami terpaksa cari alternatif untuk jaga anak-anak.
Akhirnya Ahmad ke tadika yang ada daycare sekali.
Honestly, saya lebih suka anak ke tadika.Bersosial orang kata.
Daripada duduk rumah menghadap tv dari pagi sampai petang.


Sadly we had given ourselves up only on his third day when he cried his lungs out on that day.
Baru tiga hari dah serender.
Maybe Ahmad belum ready untuk ke tadika.
Punyala banyak excuse dia "school gelap" "teacher takde"
Eleh, macam la mama taktau, nak duk rumah tengok Otromen la tu.


Jadiknya end up duduk di rumah opah dengan pakciknya.
Mujur lepas ni dah dapat pembantu untuk mak mertua saya.
Tolong tengokkan anak-anak masa kitorang kerja.
Ni yang membuatkan semangat nak jadik suri rumah membara sehangat api..heh


Kedua, sibuk pindah rumah.
Sampai hari ni, baju masih bersepah lagi.
Dan baruuuu sedar, "owh, aku ada baju ni, baju tu?"
Eh, eh, eh *buat-buat hilang ingatan pulak dah*


Penat sangat-sangat rupanya pindah rumah ni.
Kalau rajin pindah rumah takyah la diet dah.
Boleh turun berkilo-kilo..heh





 
Tv gemuk kenangan di rumah lama.
Sedih wooo nak tinggalkan rumah yang kita banyak kenangan.
Maklumlah, kat situ la kita bina keluarga kita masa mula-mula kita kawen.
Masa kita mula-mula mengada-ngada merajok
*maklumlah, pengantin baru..kah kah*
Tempat mula-mula kita beli peti ais - mesin basuh - almari baju sendiri punya.
Sebelum ni pinjam kat mak  abah je..hehe
 

 

Ahmad dengan signature pose dia.
Mintak 2 hengget..
Dah macam-macam ragam dah sekarang ni.
Sabarrrr jela.



 
Gambar lama Adik Iecha Fahana.
Daripada Arissa Rifhana jadi Iecha Fahana sebab ikut pelat abam.
Dah nak setahun dah.
Tapi Iecha belum jalan lagi, dah pegang sana sini berdiri.
Kejapnyaaa masa.


16 comments:

eelobor said...

yer...mmg betul. anak saya pun dah nampak sedikit perbezaan apabila ke tadika. dah pandai bergaul dgn orang walaupun masih ada malu2...

Fiza Rahman said...

Ahmad tak bersedia lagi nak skolah ☺☺. Lama2 nnt ok lah tu. Kejap jer dah beso anak dara nih. Macam muka abam ^_^.

tasekM said...

beli rumah baru eh..?

:)


.

Tihara said...

oh banyak kenangan yang nostalgik :)

Qhaifa Nur said...

taska ramai kawan...
kat luar nanti senang bergaul...
banyaknya kenangan...

faraherda.razalan said...

Gamba tak ley nak view. Sedihlah!

Kakzakie said...

Muka adik dgn abang kian ada iras sama. Anak ayah mereka nie Amie...

Memula kadang tak suka ke Taska sebab belum kenal kawan tapi lama-lama mesti suka..

amirah said...

bro eelobor : tapi nampaknya mcm lambat lagi la nak anta ke sekolah

fiza : eh, betul ke mcm muka abam? huhu

tasekM : aah, rumah sendiri. dulu duk umah mak mertua je..dekat dah ngan tasik utama..huhu

tihara : aah, sangat222 la banyak

kak qhaifa : tu la, tapi tak terlayan kerenah dia masa nak di hantar tu. silap2 mcm haritu, terus kena ambik cuti..

fara : eh, ye ke? tktau nak kata apa yg tak kena

kakzakie : tu la kak, sebenarnya nak kalau boleh dia ke sekolah tapi nampaknya mcam susah jugak. nanti lambat laun kena jugak hantar ke sekolah tu..

Azian Elias said...

pindah rumah mmg memenatkan.. tak habis setahun. heee

wahida said...

huwaaaaa...kenapa aku tak boleh tgk gambar neh???

Cho Zila said...

kalau bab pindah rumah memang tau dah susahnyer semuanpun kena buatkan... tak sanggpuler akak..

akakpun suka anak2 duk tadika.. tapi kecik lagi tak sampai hati ler pulak kan... kalau dah besar baik duk tadika.. banyak gak dia belajar..

aTieYusof Family said...

mmg penat kan bila pindah rumah ni?..dah pernah rasa dulu..mau ambik masa jg untuk kemas semua..hehe.
klu anak dah sedia ke Tadika boleh hantar kot..sbb kt sana nti boleh byk bergaul..:)

Pen Biru said...

pindah umh ni smggu pn blm tntu hilg penat

Kakzakie said...

Ahamd & Arissa auntie rindulah nak tengok gambar terbaru... mama kamu ni tunjuk sebulan sekali tahu-tahu adik dan boleh main lompat tinggi baru tunjuk sekali lagi..

psst: Amie sibuk ye.

lizz said...

salam..
baru pindah rumah yer...penat tapi seronokkan...

GreenJade said...

camne ibu mertua sis? hope sembuh spt sedia kala ya

hehehe sweet je soklan dokter tu...